Kain Buruk Kayangan Norwex Yang Viral Berbaloi Ke Beli


KAIN BURUK KAYANGAN NORWEX YANG VIRAL, BERBALOI KE BELI?






Wah tajuk tak tahan yer. Kain buruk kayangan! Hihi. Sejak dua menjak ni viral kain lap Norwex. Di media sosial, ramai yang kongsikan tentang kain ni. Kawan-kawan Cik Rose sendiri ramai yang menggunakan kain ni. Selepas mereka guna, mereka jual. Boleh juga jana pendapatan kan. Sambil menyelam, minum air gitu. Alhamdulillah. 


Kenapa kain ni viral? Kenapa kain ni digelar kayangan? 


Sudah pastilah kerana harganya. Ada yang cakap kain ni mahal. Ada yang cakap, berbaloi beli walapun mahal. Ini kerana harganya setanding dengan kualitinya. 


Oh ya, ingin Cik Rose maklumkan  terlebih dahulu, Cik Rose tidak pernah membeli kain Norwex ini dan juga bukan penjual kain ini. 


Sebelum bercerita lebih lanjut, ha, mari Cik Rose ceritakan serba sedikit perihal kain ni. 





PENGENALAN JENAMA NORWEX


Jenama Norwex tiba-tiba boom di musim PKPP ni. Ramai yag share mengenai Norwex. Rupanya,  kain Norwex ni  menjadi kegilaan ramai wanita sekarang ni. Dikenali juga sebagai kain magic sebab kebolehan kain ni mengelap stain dan kotoran dalam masa yang singkat.


Oh boleh memudahkan tugas di rumahlah kiranya. Jimat masa gittew.  


Norwex ni berasal dari negara Norway since dari tahun 1994. Norwex ialah singkatan pada norwegian experience. Tahun ini masuk tahun ke-26 Norwex berada di pasaran. Lama dah wujud jenama Norwex ni! 


Norwex masuk ke Malaysia tahun 2019. Sekarang, Norwex dah berada lebih di 13 buah negara tau. Ini bukan produk baru, tetapi yang dah lama dan terbukti, cuma baru masuk sini jer. -  Oh dah lama rupanya, cuma baru boom! 







7 KELEBIHAN KAIN NORWEX YANG ANDA MESTI TAHU!


• Tiada bahan kimia.
• Sangat menyerap dan tahan lama.
• Membuang sehingga 99% bakteria.
• Teknologi baclock - Mengurangkan bau, kulat dan bakteria.
• Menjimatkan masa dan wang. 
• Mudah dijaga.
• Ada warranty.











KAIN NORWEX - KAIN LEVEL KAYANGAN? 


Oleh kerana kain ni agak mahal, ia di label sebagai  level kayangan! Ade je yer. hihi. Khabarnya harga yang tinggi ini disebabkan kualiti yang ada pada kain ni. 


Ada teknologi Backlock iaitu kain ini bersih sendiri dari bakteria dalam tempoh 24 jam. Dan kain ini juga ada jaminan 2 tahun. Wow! Ada warranty uols. Patutlah. Jarang-jarang kain lap -lap ni ada warranty. 








Apa yang best dengan kain Norwex ni?


✅ Kerja mengelap jadi lagi mudah dan jimat masa. Kalau lap minyak kat dapur lepas masak, kerja 10 step boleh jd 3 step. hanya menggunakan air atau UPP detergent Norwex sendiri. - Ramailah yang suka kalau bab -bab boleh jimat masa ni. Maklumlah, macam-macam nak buat kan. Kadang-kadang tu boleh jadi stress sebab penat nak buat itu ini. Nak nak pula kalau memang kena buat sorang-sorang, tak ada yang membantu. Boleh menangis tengok dapur serabut!


✅ Nak cuci kipas atau tempat tinggi, guna envirowand. Habuk tak bersepah dan melekat di mop jer. - Ni macam best! Geram kalau cuci kipas syiling, habuk berterbangan! Kang nak kena bersihkan lantai/ karpet. Dua tiga kali kerja pula jadinya! 


✅ Nak lap cermin tak perlu pakai suratkhabar dah. Guna window cloth, zassss berkilat sampai nampak jelas semua apa yang ada kat muka. - Wow wow! Ni banyak syok! Emmm macam tergodalah pulak! 


✅ Bila anda menggunakan kain yang berkualiti dan ada standart, pastinya kain yg digunakan akan tahan lebih lama dan menjimatkan dalam waktu jangka panjang. Teknologi BackLock tersebut akan menghalang kain berbau busuk,bertahi lalat dan menghalang pembiakan bakteria pada kain. - Ni part paling bagus. Kain berkualiti, boleh guna ulang-ulang dan tahan lama. Tak adalah kejap-kejap nak kena beli baru kan. 










Alah membeli, menang memakai. 


Jika benar bagai di kata akan kelebihan kain ini, bagi Cik Rose memang berbaloi untuk dimiliki. Harga setanding kualiti. Berbaloilah kita beli mahal, dan boleh diguna berulang kali, siap ada warranty. Berbanding kita beli kain yang lebih rendah harganya,  tapi kerap pula kena beli. 


Apapun, lihat poket kita. Ok ke tak. Kalau korang tak beli, janganlah kecam orang yang beli dengan pelbagai kata sindiran. 


Barang-barang di pasaran ni memang  ada target pengguna yang tersendiri. Kalau nak cakap bab harganya yang sedikit mahal, mungkin ia tidak menjadi beban pada sesetengah orang. Berbalik kepada soal kemampuanlah.  Anda mampu, anda beli. Anda tak mampu, cari altenatif lain. Tak ada yang halang pun kan. 


Kalau bab harga ni, bukan kain ni jer. Ada lagi bab lain. Cik Rose nak selitkan sikit. Contohnya tudung. Ada yang cakap, ala beli je tudung RM10. Buat apa beli tudung RM 50 (contoh ya).Sama je, cantik jugak. Itu kata anda. Ada yang sanggup berbelanja lebih untuk sehelai tudung kerana kualiti kainnya, designnya dan lain-lain. 


Janganlah korang kecam lebih-lebih.  Itu baru bab tudung, belum masuk bab beg, baju, jam, ha kopi pun sama! Hihi. Ada je suara-suara yang nak menyindir kan. Buat apa beli mahal-mahal, yang murah pun elok. Itu kata anda. Tapi tak betul 100%. Kalau tanya Cik Rose, jujurnya Cik Rose tak kisah berbelanja lebih untuk barangan yang ada kualiti tersendiri. 


Akhir kata,  tepuk poket anda. Bukan tepuk dada tanya selera ok. hikhik.  Nak beli, beli. Tak nak beli, jangan kecam orang yang menjual pula. Supportlah kawan-kawan yang berusaha keras untuk mencari pendapatan tambahan. Kalau rasa tak nak beli, diam jer. Jangan tulis yang negatif - negatif pula. 




BELI TUDUNG MAHAL - MEMBAZIR


Oh ya, Cik Rose nak selit sikit pengalaman peribadi. Cik Rose antara peminat tudung jenama Fareeda dulu. Sanggup beratur dan tunggu di facebook untuk keluaran terbaru tudung Fareeda. Memang beli dan pakai tudung Fareeda masa tu. 






Biarlah orang nak cakap apa, Cik Rose ok jee. hikhik. 


Bab harga, kalau mampu teruskan. Tak mampu, cari altenatif lain. Tapi, tapi, tapi. Jangan sama sekali menyokong produk yang meniru produk asal,  gred AAA katanya. 


Korang marah kalau orang tiru penulisan korang, marah kalau orang ambil idea korang. Tapi, korang ok je menyokong produk tiruan. Emmm. 


Cik Rose pernah mengikuti satu bengkel oleh Encik Hafiz Cutecarry suatu masa lalu. Beliau pernah cakap, pakai atau gunalah barangan dari jenama yang original. Bukan yang tiruan. Kalau korang rasa jenama A mahal, belilah jenama B yang lebih rendah. Asalkan ia jenama asal. Jangan menyokong produk tiruan. 


Contohnya beg tangan LV. Kan mahal. Kalau tak nak keluarkan bajet yang tinggi untuk sebuah beg,  carilah altenatif lain. Beli jenama Carlo Rino atau Polo. Bukan dengan membeli LV gred AAA. Ni contoh sahaja yer. 




Yang meluahkan rasa,
Cik Rose yang masih belum terjebak dengan kain Norwex tapi akan support kawan-kawan yang pakai dan jual kain Norwex. 








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com/2020/12/kain-buruk-kayangan-norwex-yang-viral.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berbaloi Ke Beli Kain Lap Norwex Yang Digelar Kain Dari Kayangan Ni

Berbaloi Ke Beli Kain Lap Norwex Yang Digelar Kain Dari Kayangan Ni

papar berkaitan - pada 22/11/2020 - jumlah : 818 hits
Sekarang viral kain lap kayangan Norwex di social media Harganya memang agak mahal Dan sebab tu lah ianya menjadi bualan ramai Buat yang tak tahu apa itu kain Norwex korang kena baca sampai habis Mana tahu korang salah seorang yang memerluk...
Kain Buruk Kayangan Mahal Patut Beli Atau Tidak

Kain Buruk Kayangan Mahal Patut Beli Atau Tidak

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 576 hits
KAIN BURUK KAYANGAN MAHAL PATUT BELI ATAU TIDAKHai semua ada sedikit masa untuk saya kongsi sedikit pandangan mengenai kain buruk harga kayangan mahal Patutkah kita beli atau tidak sesuatu yang mahal padahal cuma untuk dijadikan kain buruk ...
Hanya Menggunakan Wirenet Dapur Jadi Kemas Dan Tersusun Berbaloi Beli

Hanya Menggunakan Wirenet Dapur Jadi Kemas Dan Tersusun Berbaloi Beli

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 243 hits
Sebenarnya nak menyusun atur ruang dapur bukanlah sukar cuma perlukan kerajinan Bukan pula dengan membeli barangan yang mahal dapur menjadi gah Oh salah jika mempunyai tanggapan sebegitu Seperti mana yang dikongsikan oleh Noor Hafiza Mohama...
Dijambret Di Depan Bank Kakek Makmur Uang Itu Untuk Beli Kain Kafanku

Dijambret Di Depan Bank Kakek Makmur Uang Itu Untuk Beli Kain Kafanku

papar berkaitan - pada 29/11/2020 - jumlah : 255 hits
Aksi penjambretan terjadi di salah satu bank di Jalan Kartini Kota Baubau Sulawesi Tenggara Kejadian tersebut terekam oleh CCTV Video yang diunggah di media sosial Sabtu memperlihatkan aksi dua orang begal menggunakan sepeda motor jenis yam...
Kain Lap Norwex

Kain Lap Norwex

papar berkaitan - pada 25/11/2020 - jumlah : 739 hits
Teks Rosilawati Wahid Foto Masa teman Amni terdengar kakak kakak misi bercerita tentang kain Fuhh lain macam penangan kain lap ni Jadi bualan hangat meniti dari mulut ke mulut Ooo boleh lap bersih hilang semua kesan kesan kotoran Kain ni la...
Bomba Halau Babi Sesat Di Pusat Beli Belah

Bomba Halau Babi Sesat Di Pusat Beli Belah

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 256 hits
Bomba halau babi sesat di pusat beli belah Source https malaysiagazette com 2020 12 06 bomba halau babi sesat di pusat beli belah respond Bomba halau babi sesat pusat beli belah
Orang Ramai Kecoh Babi Masuk Ke Bangunan Kompleks Beli Belah Alamanda Di Putrajaya

Orang Ramai Kecoh Babi Masuk Ke Bangunan Kompleks Beli Belah Alamanda Di Putrajaya

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 730 hits
PUTRAJAYA Kompleks beli belah Alamanda di sini kecoh apabila seekor babi hutan tiba tiba masuk ke dalam bangunan itu pada tengah hari tadi Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Putrajaya Shaari Abdullah berkata pihaknya menerima panggilan mengen...
Jangan Kisah Orang Lain Beli Kuih Apa

Jangan Kisah Orang Lain Beli Kuih Apa

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 384 hits
Saya ibaratkan berpolitik ni macam nak beli kuih untuk minum petang Belilah kuih yang sesuai dengan tekak sendiri Kalau tak suka tak usah beli Selesai masalah Jangan pula dicaci maki penjualnya atau kuihnya Dan satu lagi kalau orang lain be...
Buasir Otak Tv Beli Kereta Idaman Guna Duit Youtube

Buasir Otak Tv Beli Kereta Idaman Guna Duit Youtube

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 391 hits
Bila akhirnya dapat juga beli kereta idaman guna duit pendapatan Youtube Jom tonton animasi ini
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik