Kahwin Sepupu Hukum Dalam Islam Kesan Isu Influencer


Kahwin sepupu bukanlah perkara asing dalam masyarakat kita, malah sering berlaku dalam kalangan keluarga yang rapat.
Walaupun dari sudut hukum Islam ianya dibenarkan, isu ini tetap mencetuskan pelbagai pandangan, ada yang menyokong atas dasar kekeluargaan, dan ada pula yang risau akan risiko kesihatan genetik.
Dalam artikel ini, kita kupas secara ringkas dari sudut hukum, kesihatan, serta pandangan masyarakat tentang perkahwinan antara sepupu.
Baca juga: Faraid : Sistem Pembahagian Harta dalam Islam
Apa itu Kahwin Sepupu? Kahwin sepupu merujuk kepada perkahwinan antara dua individu yang mempunyai hubungan sepupu sama ada sepupu pertama (sepupu seibu sebapa atau seibu atau sebapa), atau sepupu yang lebih jauh (seperti sepupu kedua atau ketiga).
Dalam konteks ini, sepupu pertama ialah anak kepada adik-beradik ibu atau bapa kita.
Hukum Kahwin Sepupu Berdasarkan kepada Irsyad Hukum Siri Ke-617: Hukum Perkahwinan Sepupu, hukum kahwin sepupu adalah harus. Namun begitu, syarak lebih menggalakkan seseorang itu berkahwin dengan wanita luar atau yang tiada pertalian keluarga dekat, supaya anak-anak yang lahir kelak memiliki tahap kesihatan dan keturunan yang lebih baik, serta hubungan persaudaraan dapat dipelihara dengan lebih harmoni.
PENJELASAN LENGKAP:
Sepupu dikategorikan sebagai kaum keluarga yang tidak termasuk dalam mahram. Justeru, kahwin sepupu sendiri adalah dihalalkan dalam Islam. Hal ini seperti mana firman Allah SWT dalam Surah al-Ahzab, ayat 50 yang bermaksud:
 يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّبِيُّ إِنَّآ أَحۡلَلۡنَا لَكَ أَزۡوَٰجَكَ ٱلَّٰتِيٓ ءَاتَيۡتَ أُجُورَهُنَّ وَمَا مَلَكَتۡ يَمِينُكَ مِمَّآ أَفَآءَ ٱللَّهُ عَلَيۡكَ وَبَنَاتِ عَمِّكَ وَبَنَاتِ عَمَّٰتِكَ وَبَنَاتِ خَالِكَ وَبَنَاتِ خَٰلَٰتِكَ ٱلَّٰتِي هَاجَرۡنَ مَعَكَ
“Wahai Nabi, sesungguhnya Kami telah halalkan bagimu isteri-isterimu yang engkau berikan maskahwinnya, dan hamba-hamba perempuan yang engkau miliki dari apa yang telah dikurniakan Allah kepadamu sebagai tawanan perang; dan (Kami telah halalkan bagimu berkahwin dengan sepupu-sepupumu, iaitu): anak-anak perempuan bapa saudaramu (dari sebelah bapa) serta anak-anak perempuan emak saudaramu (dari sebelah bapa), dan anak-anak perempuan bapa saudaramu (dari sebelah ibu) serta anak-anak perempuan emak saudaramu (dari sebelah ibu) yang telah berhijrah bersama-sama denganmu.”
Kenyataan ini disokong dalam Kitab Fath al-Mu’in, halaman 455. Di mana Syeikh Zainuddin menyatakan bahawa perkahwinan di antara saudara sepupu adalah diharuskan oleh syarak:
‌فيحرم ‌به آخر لآية: {حُرِّمَتْ عَلَيْكُمْ} نساء قرابة غير ما دخل في ولد عمومة وخؤولة
“Haram berkahwin sebagaimana akhir bagi ayat (Diharam atas kamu menikahi) dengan wanita-wanita kerabat selain daripada yang berada dalam darjat saudara sepupu dari sebelah ayah dan sebelah ibu.”
Selain itu, Dr. Wahbah al-Zuhaili juga menyatakan bahawa tidak haram perkahwinan dikalangan saudara sepupu. Hal ini berdasarkan kepada firman Allah SWT dalam Surah an-Nisa’, ayat 24:
وَأُحِلَّ لَكُم مَّا وَرَآءَ ذَٰلِكُمۡ
“….Dan (sebaliknya) dihalalkan bagi kamu perempuan-perempuan yang lain daripada yang tersebut itu.”
Walaupun, Dr. Wahbah menyebut kahwin sepupu dalah harus namun ia tidak digalakkan. Ianya kerana perkahwinan ini, boleh memberi kesan terhadap kesihatan anak-anak yang bakal lahir seperti cacat tubuh badan.
Risiko Dari Sudut Kesihatan dan Genetik Inilah yang sering menjadi perdebatan utama. Walaupun dibenarkan dalam Islam dan undang-undang Malaysia, terdapat kebimbangan dari sudut kesihatan genetik kerana:
1. Risiko Penyakit Genetik Tinggi
Kedua-dua pihak mungkin membawa gen pembawa (carrier) untuk penyakit genetik tertentu. Jika kedua-dua ibu bapa adalah pembawa, risiko anak menghidap penyakit tersebut lebih tinggi (contohnya Thalassemia, penyakit metabolik, dan lain-lain)
2. Konsanguiniti
Kahwin antara saudara terdekat dikenali sebagai consanguineous marriage. Ia meningkatkan risiko kecacatan kongenital, masalah intelek, dan komplikasi kesihatan lain, bergantung kepada latar belakang genetik keluarga.
3. Masalah Kesuburan atau Keguguran
Beberapa kajian menunjukkan bahawa pasangan sepupu mungkin menghadapi kadar keguguran atau masalah kesuburan yang sedikit lebih tinggi.
⚠️ Penting: Justeru penting sebelum berkahwin, pasangan disarankan untuk melakukan ujian saringan pra-perkahwinan, seperti ujian Thalassemia, terutama jika berkahwin dengan saudara rapat.
Baca juga: Borang Nikah: Proses Permohonan Kebenaran Kahwin
Kebaikan & Keburukan Kahwin Sepupu Kebaikan KeburukanMemudahkan hubungan kekeluargaan (dah kenal latar belakang)Risiko penyakit genetik lebih tinggiMempererat silaturrahim dan menjaga warisan keluargaKonflik keluarga boleh menjadi rumit jika berlaku masalah rumah tanggaLebih mudah restu ibu bapa kerana sudah kenal-mesraAda stigma dalam masyarakat moden (khususnya golongan muda atau bandar) Contoh Perkahwinan Sesama Sepupu Dalam sirah, kita dapat melihat beberapa contoh perkahwinan sesama sepupu sendiri pada zaman Rasulullah SAW, seperti:
Rasulullah SAW berkahwin dengan sepupu baginda yang bernama Zainab. Anak perempuan Rasulullah SAW iaitu Ummu Kalsom dan Ruqayyah berkahwin dengan sepupu mereka iaitu ‘Utbah dan ‘Utaybah. Saidina Ali berkahwin dengan sepupunya sendiri yang jug merupakan anak kepada Rasulullah SAW iaitu Fatimah. Isu Influencer Terkenal Kongsi Cerita “Sweet” Berjodoh Dengan Sepupu Baru-baru ini, seorang pempengaruh terkenal telah berkongsi kisah pertemuannya dengan jodoh, yang merupakan sepupunya sendiri.
Menurutnya, detik awal perkenalan mereka bermula ketika mereka pulang beraya di kampung. Perkongsian tersebut telah mencuri perhatian netizen dan mencetuskan pelbagai reaksi.
Ada yang berpendapat tiada isu kerana perkahwinan dengan sepupu tidak haram di sisi agama, namun ada juga yang kurang senang dengan cara kisah itu didedahkan secara terbuka, kerana bagi mereka ia bukan sesuatu yang wajar dikongsi secara umum.
Kredit: Thread @syamimiaa Kesimpulan Kesimpulannya, Islam membenarkan perkahwinan sesama sepupu namun lebih menggalakkan perkahwinan dengan saudara jauh atau tidak ada kaitan dengan kekeluargaan.
Melalui tweet yang dimuat naik oleh Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, beliau berkata dalam memahami konteks ini biarpun ada sesetengah pendapat yang menyatakan berkahwin sepupu memberi mudarat dari segi kesihatan genetik, namun mungkin nisbahnya terlalu kecil. Di situ fahamlah kita mengapa Allah membenarkan kahwin sepupu sendiri tetapi tidak mengalakkannya.
Baca juga: Selamat Pengantin Baru: Contoh Ucapan Tahniah Pengantin


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/kahwin-sepupu/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kahwin-sepupu

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukum Cipika Cipiki Dalam Islam Antara Sunnah Dan Larangan

Hukum Cipika Cipiki Dalam Islam Antara Sunnah Dan Larangan

papar berkaitan - pada 11/4/2025 - jumlah : 67 hits
Tradisi mencium pipi kanan kiri saat bertemu teman dekat kian umum bahkan dianggap simbol keakraban Tapi apakah kebiasaan ini sejalan dengan tuntunan Islam
Kerajaan Lemah Gagal Atasi Isu Fitnah

Kerajaan Lemah Gagal Atasi Isu Fitnah

papar berkaitan - pada 5/4/2025 - jumlah : 77 hits
FITNAH sudah tersebar Uunnnssstit percaya dan bantu sebarkan fitnah Kementerian Pendidikan cukup keluarkan penafian sahaja ke Apakah tidak perlu TINDAKAN TEGAS Apakah fitnah ini tidak memberi kesan kepada kerajaan
Hero Atau Zero Mp Diminta Cerdik Ulas Isu Kebakaran Putra Height

Hero Atau Zero Mp Diminta Cerdik Ulas Isu Kebakaran Putra Height

papar berkaitan - pada 6/4/2025 - jumlah : 71 hits
Jogho Kelate Tak salah nak jadi HERO tambah tambah disaat berlakunya sesuatu tanpa diduga Saya melihat semua pihak telah mainkan peranan Kelibat pemimpin bersilih ganti PMX dah mainkan peranan seawal kejadian GPM dan Pengerusi MARA pun suda...
Isu Penjaja Belon Muhammad Za Imuddin Berisiko Lumpuh

Isu Penjaja Belon Muhammad Za Imuddin Berisiko Lumpuh

papar berkaitan - pada 7/4/2025 - jumlah : 74 hits
Suraya Roslansurayaroslan mediaprima com myMUHAMMAD Za imuddin berkerusi roda ditemani ibunya Hasnah bersama peguam Muhammad Rafique Rashid dua kiri dan Dr Hafidz Rizal pada sidang media FOTO Aswadi AliasKuala Lumpur Muhammad Za imuddin Azl...
Isu Ni Pun Nak Tunggang

Isu Ni Pun Nak Tunggang

papar berkaitan - pada 2/4/2025 - jumlah : 73 hits
Walaun Dan MACAI PNyakau bodoh yang tunggang isu ni Mai tngok sini jangn meroyan dah la Kebakaran saluran gas Syarikat Automotif Cherry Malaysia sumbangkan 50 unit kereta untuk kegunaan sementara mangsa kebakaran selama sebulan
Pempengaruh Sinis Rakyat Malaysia Isu Boikot Betul Ke Orang Kita Dan Makin Lupa

Pempengaruh Sinis Rakyat Malaysia Isu Boikot Betul Ke Orang Kita Dan Makin Lupa

papar berkaitan - pada 2/4/2025 - jumlah : 132 hits
Dulu beria boikot air hijau tiba tiba dah boleh minum balik dengan alasan orang lain pun dah start minum Perangai apa ni Video terbaru pempengaruh Syafiq Ahmad berjaya menarik perhatian kami kerana dilihat seolah olah sedang menyampaikan me...
Bagaimana Memulakan Perniagaan Kedai Runcit Sendiri

Perak Deputy Speaker Defends Nga Over Abuse Of Power Claims

Take This Gowingo Check And You May See Your Struggles Literally

Umno Seeks Court Order To Claim Seri Pacific Hotel Land Held In Trust By Dr Mahathir Daim And Two Others

Madani Govt Finally Eyes Empathetic Ptptn Fix

Kedegilan Ibu Hamil Yang Berbahaya Bikin Doktor Stress

Startup Paling Menarik Yang Diperkenalkan Di Google Cloud Next

Roundel Roundup 7 Custom Bmw Motorcycles To Inspire Your Project


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jana Pendapatan Lumayan Dari Rumah Dengan Bisnes Makanan Delivery Tanpa Perlu Kedai Modal Besar

Masuk Usia 40 An Ini 6 Perkara Penting Yang Kebanyakan Orang Cari

Buasir Otak Tv Roblox Lawan Alien Dalam Perang Dunia Live

Digital Double Meanings What Garden Gummies Say About Today S Social Media Culture

71 Peratus Rakyat Austria Sanggup Boikot Barangan As Tinjauan

7 Destinasi Bajet Mesra Di Kl Bamboo Playhouse Taman Botani Perdana 6 30 Pagi