Kahwin Di Hotel Puri Pujangga Ukm Bangi Dapat 2 Dalam 1
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Hujung tahun ni memang masa untuk memenuhi undangan perkahwinan walaupun tengah dalam keadaan banjir sekali pun majlis tetap berlangsung dengan meriah. Maha sendiri pun dapat juga beberapa jemputan perkahwinan hujung tahun ini ada yang dekat dan juga ada yang jauh
Tapi kalau ada pasangan yang masih tercari-cari tempat untuk melangsungkan perkahwinan dalam keadaan yang selesa dan juga tenang tanpa masalah banjir dan sebagainya mungkin Hotel Puri Pujangga @ UKM Bangi boleh dipertimbangkan. Maha belum lagi ada pasangan tapi teringin tu ada nak kahwin belum jodoh kata orang wakakaka. Bila tengok dewan perkahwinan cantik-cantik dan meriah ni rasa macam nak kahwin cepat jer
Baru-baru ini Maha dijemput untuk menghadiri 'Wedding Open Day' di hotel tersebut. Saja jer tengok-tengok apa yang mereka tawarkan dalam pakej perkahwinan di sini. Kali ini Hotel Puri Pujangga kerjasama dengan SASES selaku wedding partner menawarkan harga serendah dari RM45nett untuk seorang. Dengan tawaran harga ini pasangan pengantin boleh dapat 2 dalam 1 tau
Apa yang dimaksudkan 2 dalam 1 tu? Ini yang menarik kalau korang pilih untuk buat majlis yang bermakna di hotel ini, korang akan dapat lokasi perkahwinan yang lengkap termasuk makanan serta juga dapat penginapan sekali. Diberi nama Pakej 'Pujangga Bronze' ini kena order minima untuk 1000pax tetamu. Alang-alang dah buat kenduri kat hotel mesti nak ajak ramai orangkan
Pakej ini termasuk sekali dengan :- 10 bilik penginapan 2 hari 1 malam- 1 bilik 'Bridal Suite' untuk pengantin- Meja beradab untuk 10 orang- Sistem Audio dengan 2 mikrofon- Rostrum- Pentas untuk pelamin - Karpet merah- 'Food Testing' untuk 10 orang- Percuma Wi-Fi- Dewan berhawa dingin- 'Centrepiee' untuk setiap meja- 2 VIP Dome- Pakir percuma untuk tetamu- Valet parking (2 kereta)
Percuma lagi pasangan pengantin akan dapat- Dekorasi Pelamin- Dekorasi meja beradab- Fotografi- Door Gifts- Kek Kahwin- Busana Pengantin (Sanding)
Mesti keluarga dan juga pasangan pengantin akan utamakan makanan kepada tetamu kat sini tak perlu risau kerana menu utama terbaik di sediakan bagaikan hidangan raja. Antara menu yang boleh dipilih seperti Nasi Minyak/Nasi Briani/Nasi Tomato, Daging Rendang/Briani/Palembang, Ayam Masak Merah/Goreng Berempah/Kuzi, Dalca Sayur, Jelatah, Papadom, Kuih muih, Buah-buahan, Air Sirap Limau, Teh 'O' dan Kopi 'O' Panas.
Tu pilihan menu untuk tetamu tapi ada, terdapa juga menu disediakan untuk meja Makan Beradab bagi pengantin. Antara yang ada seperti Nasi Minyak/Nasi Briani/Nasi Tomato. Ayam Panggang, Ikan Siakan 3 Rasa, Udang Masak 'Butter', Koktail Buah, Air Sirap Limau, Teh 'O' dan Kopi 'O' Panas. Semua ni dengan harga yang Maha bagi tahu tadi sebab ia dalam satu pakej
Bagi pasangan yang ada bajet lebih sikit boleh memilih untuk beberapa pakej lain yang ada ditawarkan disini seperti Pakej 'Pujangga Silver', Pakej 'Pujangga Gold' dan juga Pakej 'Pujangga Diamond'. Setiap pakej ada kelebihan dan juga kelainan sendiri demi memenuhi kehendak tuan rumah dan juga pasangan pengantin.
Selain daripada pelamin dalam dewan kat Hotel Puri Pujangga @ UKM Bangi ini juga ada menawarkan untuk perkahwinan ala 'Garden'. Di mana mereka akan menyediakan dekorasi diluar kawasan dewan yang sangat selesa dan cantik. Nak buat majlis akad nikah boleh, resepsi boleh, atau juga majlis lain sangat sesuai di kelilingi kehijauan dan juga angin sepoi-sepoi bahasa. Maha bila tengok rasa macam nak kahwin esok juga hehehe sebab tu duk berangan duduk kat pelamin tu
Untunglah siapa yang ada perancangan nak kahwin tahun depan boleh start booking sekarang. Datang terus ke hotel ini untuk sesi rundingan lanjut dan juga boleh booking untuk sesi food testing supaya semua orang berpuas hati. Maha kalau dah ada pasangan pun nak buat kenduri kat sini tak jauh dari KL dan juga sesuai untuk orang area Bangi, Kajang, Serdang atau Putrajaya nak buat majlis di sini
Sebarang pertanyaan lanjut dan juga infomasi boleh hubungi mereka di sini:Tel : 03-8927 4128 03-8922 2891 03-8926 2443Email :
[email protected] : https://www.facebook.com/puripujanggaInstagram : https://www.instagram.com/puripujanggahotelLaman web : www.puripujangga.com
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mahamahu.com/2019/12/kahwin-di-hotel-puri-pujangga-ukm-bangi.html