Kah Kah Kah Panglima Perang Kena Selop Panglima Pala Bapak Apa Lagu Tu


 
DINASIHAT KURANGKAN AKTIVITI, SANUSI KINI DISEDARI ADALAH LIABILITI.

Pada mulanya, berikufan Menteri Besar Kedah, Sanusi Md Nor tidak muncul dalam beberapa program kempen semalam, konon dikatakan ketidakhadirannya itu kerana faktor keselamatan.
Setiausaha Politiknya, Afnan Hamidi Taib Azamudden dilaporkan berkata, Sanusi dinasihatkan tidak berada di pentas ceramah buat masa ini kerana bimbang keselamatannya.
“Pagi tadi Menteri Besar ada mesyuarat di Kuala Lumpur yang membincangkan perkara besar dan daripada itu dinasihatkan beliau untuk tidak meneruskan ceramah pada malam ini kerana dipercayai ada ‘perangkap’ yang dipasang oleh musuh.
“Perangkap itu mengkehendaki MB kita masuk ke dalam itu, dia pegang dan buat sesuatu yang tidak dijangka, waktu ini kita kena sedia dengan segala kemungkinan, saya dah sebut dah, dalam tempoh sehari dua ini kemungkinan akan berlaku sesuatu yang dahsyat,” dakwanya.
Ikut hukum akal, amat tidak logik dan sukar sebenarnya menerima kemungkinan wujudnya sesuatu ancaman keselamatan terhadap Sanusi.
Ini kerana beliau bukan pemimpin yang merbahaya, sebaliknya hanya banyak merapu dan buat lawak saja dalam ceramahnya.
Pernahkah kita dengar ada pelawak di dunia ini diancam bunuh, hendak ditangkap atau diperangkap oleh sesiapa?
Kalau mahu dikira, Anwar Ibrahim ketika kempen PRU15 lalu, jauh lebih popular dan digilai rakyat ke mana saja beliau turun berkempen.
Tetapi, pernahkah kita mendengar Anwar ada diancam keselamatannya sehingga beliau membatalkan hadir dalam program-program yang sudah ditetapkan?
Tak pernah kan??
Lagi pun, Sanusi juga sentiasa dikawal oleh pegawai pengiring daripada PDRM setiap masa, selain unit amal Pas sendiri sejak sekian lama tidak kurang hebatnya dalam memberi kawalan kepada para pemimpin-pemimpin mereka.
Jadi, di mana tidak selamatnya Sanusi?
Agaknya, lantaran sedar ancaman keselamatan itu memang tidak logik dan boleh membuatkan orang ketawa saja, Sanusi sendiri tampil meredakan keadaan.
Katanya, beliau dinasihatkan oleh Pas Kedah untuk mengurangkan aktivitinya.


“Faktor keselamatan yang dinasihatkan itu antaranya tak bawa kereta laju-laju semata-mata nak cepat sampai.
“PAS Kedah ambil langkah bagi mengurangkan aktiviti saya supaya tak terkejar-kejar ke sana sini. Macam-macam boleh terjadi dalam perjalanan,” tambah Sanusi lagi.
Pulakkk??
Namun, logikkah Sanusi diminta memgurangkan aktiviti kempennya kerana bimbang keselamatannya ketika dalam perjalanan?
Kalau benar Sanusi ada pengaruh, boleh menambah jumlah undi dan keberadaannya memungkinkan kemenangan cemerlang diperolehi, kenapa dikurangkan aktivitinya?
Bukankah sepatutnya dibanyakkan lagi aktivitinya?
Tidak sukar menjangka sebenarnya kenapa langkah itu diambil oleh Pas Kedah.
Ia tidak lain kerana Sanusi kini dirasakan sudah jadi liabiliti kepada Pas Kedah dalam usaha untuk mereka memperolehi kemenangan pada 12 Ogos nanti.
Faktor utama tentunya adalah disebabkan isu nadir bumi atau REE yang jelas memperlihatkan beliau banyak berbolak-balik, memusing-musing cakap dan tidak berkata benar berkenaan perkara itu.
Ternampak semakin ditekan dan didedahkan satu persatu fakta oleh Saifuddin Nasution Ismail berkenaan REE itu, Sanusi semakin terperangkap dan terbelit dengan kepuraan-puraannya sendiri.


Rakyat mungkin terhibur dengan lawak jenaka dan aksi merapu Sanusi, tetapi apabila berdepan fakta dan kebenaran, adalah tidak mungkin rakyat yang waras boleh menerima pembohongannya yang sebelum itu dengan selamba mengatakan beliau tidak tahu apa-apa tentang REE serta tidak kenal sama sekali dengan warga China yang dikaitkan dengannya itu.
Faktor lain ialah Sanusi hanya pandai berkempen dengan melawak dan mengata orang semata-mata, tanpa menambilkan tawaran atau apa yang hendak dilakukannya kepada rakyat dalam tempoh lima tahun akan datang.
Kecenderungannya hanya menyalahkan orang lain dan kerajaan pusat.
Hello boss, sebagai menteri besar dan ada kuasa, takkan tak habis-habis letak beban kesalahan kepada orang lain belaka?
Hakikatnya, Sanusi dikurangkan aktivitinya kerana beliau kini sudah dilihat sebagai ancaman keselamatan kepada Pas dan PN sendiri dalam usaha parti itu untuk meraih kemenangan, bukan saja di Kedah tetapi juga di lima negeri yang lain.
Sikap pemimpin-pemimpin utama Pas yang berdiam diri dan tidak membantah pengurangan aktiviti Sanusi adalah bukti liabiliti beliau itu sudah tidak dapat disembunyikan lagi. – ShahbudinHusin 08/07/2023.








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/08/kahkahkahpanglima-perang-kena-selop.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Panglima Kedah Kepala Bapak Hilang Dari Radar Kah Kah Kah Hangpa Pi Cari Dia Kat Bukit Jeneri

Panglima Kedah Kepala Bapak Hilang Dari Radar Kah Kah Kah Hangpa Pi Cari Dia Kat Bukit Jeneri

papar berkaitan - pada 9/8/2023 - jumlah : 246 hits
Betul kan aku kata PAS sendiri mulai sedar Sanusi dah jadi liabiliti kepada PAS dan jejaskan sokongan terhadap PN Musim kempen ni Kan panglima Takkan panglima penakut pulak Siti Kasim yang jumpa bom bawah kereta lagi berani la Sebenarnya bu...
Penakut Rupanya Sembang Berdegar Degar Depan Enyokong Maki Pala Bapak Bagai Penakut Hang Pengecut Nak Debat Ilmiah

Penakut Rupanya Sembang Berdegar Degar Depan Enyokong Maki Pala Bapak Bagai Penakut Hang Pengecut Nak Debat Ilmiah

papar berkaitan - pada 6/8/2023 - jumlah : 232 hits
JAMZURI ARDANIElok pun Sanusi tolak Dia bukan sedar pun apa yang dia cakap nanti sibuk plak kena layan saman fitnah
Oooooo Orang Kedah Kalau Sebut Pala Bapak Hang Tu Puji Sanusi Kata

Oooooo Orang Kedah Kalau Sebut Pala Bapak Hang Tu Puji Sanusi Kata

papar berkaitan - pada 1/8/2023 - jumlah : 526 hits
Ibrahim Mat Isa Kepala bapak hang itu kata kata pujian katanya sikit hari lagi anak anak yang makin membesar di Kedah akan sebut butopakhang untuk memuji bapa mereka
Walaun Dok Jaja Rafizi Ni Kaki Fomula Termasuk Mb Pala Bapak Sanusi Bila Ajak Debat Pakat Pakat Penakut

Walaun Dok Jaja Rafizi Ni Kaki Fomula Termasuk Mb Pala Bapak Sanusi Bila Ajak Debat Pakat Pakat Penakut

papar berkaitan - pada 1/8/2023 - jumlah : 200 hits
Rafizi Ramli Saya dah hantar surat kepada syahirnomic Dari mantan menteri ekonomi PN ke panglima PN ke ekonomis teknokrat paling cerdik PN semua tidak berani bentang agenda ekonomi mereka Pantun balas Nak ke bulan konon nak menangPerancanga...
Betul Ke Flash Express Malaysia Tutup Operasi 2026

Cara Daftar Saudi Visa Bio Untuk Bakal Haji

Tahniah Malaysia Menggapai Kecemerlangan Bersama

Keadaan Mangsa Banjir Di Aceh Kritikal Bantuan Masih Diperlukan Utusan Melayu Plus 18 12 2025

Usman Awang Peranan Sasterawan Sebagai Patriot

Sabtu Kimchi Homemade Type M

Delicious Recipe Corned Beef Hash Casserole

Pendapatan Usdt Automatik Solusi Realistik Untuk Kewangan Masa Kini


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Pokok Cili Pelangi

The No Fluff Guide To Local Seo In Parker What Moves Rankings And What Wastes Money

Tragedi Serpentina Kisah Karl Patterson Schmidt Dan Satu Gigitan Fatal

Lebihan Dagangan Malaysia Merosot Drastik 58 8 Pada November 2025 Implikasi Ekonomi Dan Tindak Balas

Budi95 Jimat Rm800 Juta Sebulan Ke Mana Perginya Pm Anwar

Villa H Ark Architecture Tunisia