Kaedah Rawat Hfmd Dengan Cepat Dan Berkesan
Punca HFMD
Tahukah anda HFMD berpunca daripada jangkitan virus?
Kajian menunjukkan lebih 70 jenis virus boleh menyebabkan HFMD tetapi jenis paling biasa ialah virus coxsackie A16(CxA16) dan enterovirus 71 (EV71). HFMD juga boleh disebabkan enterovirus lain, tetapi ia jarang berlaku. Kumpulan enterovirus ini termasuk virus polio, coxsackie, echovirus dan enterovirus lain.
Apakah simptom yang dikenalpasti?
Demam – bermula dengan demam ringan dan hilang selera makan.
Ruam dan melepuh di bahagian tapak tangan,tapak kaki dan kadang-kadang di punggung selepas 1-2 hari demam bermula.
Bintik-bintik merah mula kelihatan. Ulser di dalam mulut (lidah dan tekak).
**Biasanya gejala HFMD mula kelihatan selepas 3 hingga 7 hari seseorang terdedah kepada jangkitan.
Adakah HFMD mudah berjangkit?
Ya. HFMD amat mudah berjangkit terutamanya kepada kanak-kanak 5 tahun ke bawah. Wabak ini mampu berjangkit dari seorang pesakit kepada individu lain melalui hubungan terus (direct contact) dengan cairan dari hidung, mulut, peluh mahupun najis penghidap HFMD. Wabak ini mampu berjangkit semasa minggu pertama dijangkiti.
(HFMD tidak menjangkiti haiwan atau merebak diri haiwan.)
Bolehkah HFMD menjejaskan orang dewasa?
HFMD jarang memberi kesan kepada orang dewasa yang sihat. Namun begitu, sekiranya seseorang dewasa menghidap penyakit ini, ia akan menjadi lebih teruk dimana kaki dan tangan akan membengkak.
Bolehkan gejala HFMD ini dicegah?
Amalkan kebersihan diri dan tempat tinggal yang baik
Basuh tangan sekembalinya dari tempat kerja sebelum memegang anak kecil
Basuh tangan dengan sabun dan air yang bersih selepas ke tandas, membersihkan najis bayi,menukar lampin dan sebelum menyediakan makanan.
Menutup mulut dan hidung semasa batuk dan bersin.
Membasuh permainan anak, perabot dan lantai dengan cecair pencuci yang mengandungi klorin.
Menggalakkan anak-anak membasuh tangan selepas ke tandas,bermain dan sebelum makan.
Sentiasa menjaga kebersihan rumah dan persekitaran
Elakkan tempat awam
Elakkan dari membawa anak-anak ke tempat awam sekiranya mereka disahkan dijangkiti penyakit HFMD (kuarantin) seperti nurseri, pusat asuhan, taman permainan, pasaraya, pasar, sekolah dan tempat-tempat yang dikunjungi orang ramai.
Elakkan hubungan rapat
Elak sentuhan seperti mencium, memeluk, atau berkongsi pinggan atau cawan dengan orang yang dijangkiti.
Kuarantin
Sekiranya HFMD menjangkiti kanak-kanak yang dihantar ke nurseri, tadika, taska atau pusat asuhan adalah dinasihatkan agar tidak dibenarkan ke institusi tersebut sehingga sembuh bagi mengelakkan jangkitan. **(Lebih kurang 10 hari dari hari demam atau sehingga hilang bintik merah pada tangan, kaki dan mulut)
Sekiranya perlu, premis atau institusi perlu ditutup dari tarikh mula sakit pesakit terakhir. Sekiranya berlaku di sekolah,memadai menutup kelas yang terlibat kerana semakin besar kumpulan kanak-kanak,semakin rendah risiko jangkitan.
5 cara rawat HFMD
Bersih dan cuci rumah anda
Adalah bagus untuk menggunakan pencuci organik yang bebas bahan kimia. Setelah mendapatkan perkhidmatan doktor, langkah pertama ialah bersihkan lantai, mainan dan perabot dengan pembasmi kuman yang tidak merbahayakan.
Guna pembersih serbaguna Basic H dari Shaklee yang organik dan mesra alam. Hanya dengan beberapa titis untuk sebaldi air, lantai anda pasti bersih dan terhindar dari kuman dan virus merbahaya.
Cuci semua pakaian dan fabrik
Pakaian yang telah digunakan termasuk semua fabrik cadar, tuala dan sebagainya mesti dicuci. Sebaiknya direndam kedalam air panas terlebih dahulu sebelum dicuci menggunakan mesin. Gunakan Fresh Laundry Concentrate
Bersihkan tubuh anak
Bersihkan tubuh anak sekerap mungkin sewaktu dia dijangkiti HFMD. Anda boleh juga gunakan Basic H bagi membasmi kuman dan virus ditubuh sikecil. Gunakan tuala bersih dan basahkan dengan air yang telah dititiskan dengan basic H. Insyaallah ia juga boleh menurunkan suhu tubuh ank ketika demam. Jangan risau kerana Basic H ialah organik dan tidak mengandungi bahan kimia. Selamat digunakan kerana ia diperbuat dari kelapa dan juga jagung.
Alternatif lain, boleh gunakan Baby Gentle Wash Shaklee
Sapu krim pada lepuhan dan ruam merah
Satu lagi ikhtiar yang boleh dilakukan bagi mengelakkan jangkitan merebak dan menjadi lebih teruk (minta dijauhkan sehingga merebak ke paru-paru apalagi menjadi radang di otak). Gunakanlah krim serbaguna tanpa paraben dari Shaklee iaitu Herbal Bland. Sapu setiap kali selepas anda membersihkan tubuh sikecil. Insyaallah si kecil juga akan lebih selesa. Krim ini tidak berminyak dan ia akan memberikan rasa segar dan selesa kepada si kecil.
Berikan makanan yang meningkatkan imun
Ini sepatutnya menjadi amalan ibu bapa memberikan makanan sihat dan bernutrisi kepada anak anak bukan hanya sewaktu anak tidak sihat. Imun anak masih lemah tidak sekuat orang dewasa. Sebab itu jangkitan HFMD biasanya berlaku pada kanak kanak yang berusia 7 tahun kebawah. Walau bagaimanapun anda boleh mencuba memberikan anak anda multivitamin seperti Meals Shakes atau vitamin untuk imun badan seperti OmegaGuard
Jadi, bagi ibubapa yang ada anak kecil bersiap sedialah dengan set HFMD ini dirumah anda. Bagus untuk mencegah dan juga digunakan untuk merawat anak anda dengan cepat secara semulajadi dan selamat.
Apa kata mereka?
Cara Dapatkan Produk Shaklee?
Untuk dapatkan info lanjut mengenai masalah atau produk seperti di atas serta konsultasi eksklusif khas untuk anda, sila hubungi saya segera:
Hawa Rashid
Shaklee Independent Distributor
C.O.D Kawasan Kuala Nerus,UMT,UNISZA, Kuala Terengganu & Postage Seluruh Malaysia
Call | SMS | Whatsapp:
013 – 4076351
SID No.:
915471
Email:
[email protected]
The post Kaedah Rawat HFMD Dengan Cepat Dan Berkesan appeared first on Hawa2u.com.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://hawa2u.com/kaedah-rawat-hfmd-dengan-cepat-dan-berkesan/