Kadar Tambang Naik Bukan Salah Kami Grab





Grab Malaysia menafikan pihaknya menaikkan kadar tambang dan menegaskan pihaknya menggunakan model harga dinamik yang memastikan penumpang mempunyai pengangkutan apabila memerlukan dan rakan kongsi pemandunya diberi pampasan sewajar dan adil untuk masa serta usaha mereka. 

Menurut Grab, tambang perkhidmatan akan melambung atau naik apabila bilangan orang yang menempah perkhidmatan itu tinggi berbanding bilangan pemandu yang ada di sesuatu kawasan, sekali gus menggalakkan lebih ramai pemandu menuju ke tempat penumpang berada. 


Selain itu, turun naik harga perkhidmatan itu juga disebabkan pengurangan bilangan pemandu Grab yang mampu menampung peningkatan mendadak dalam permintaan perjalanan daripada penumpang. 


Pada pertengahan Mei 2022, bilangan rakan kongsi pemandu di platform itu masih kurang daripada 70 peratus berbanding semasa sebelum Covid-19. Disebabkan wabak itu juga, ramai rakan kongsi pemandunya menjadi tidak aktif dan juga kerana kekurangan permintaan daripada penumpang.


Selepas kerajaan melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 baru-baru ini turut menyaksikan peningkatan permintaan tempahan perjalanan di platform itu. 


Grab turut mendakwa, penetapan pelbagai syarat oleh pihak kawal selia seperti latihan selama enam jam, ujian di sekolah memandu, pemeriksaan kenderaan, pembelian insurans dan mengumpul serta menyerahkan dokumen kepada pelbagai agensi kerajaan untuk diproses menjadi faktor halangan pemandu baru untuk menyertai perkhidmatan Grab. 


"Ini melambatkan rakan kongsi pemandu baharu yang boleh menyertai dan menawarkan perkhidmatan untuk mendapat manfaat mencari pendapatan tambahan yang telah dicipta untuk mereka," kata Grab. 


Sementara itu, Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong semalam berkata, penawaran dan permintaan yang tidak seimbang serta kesesakan lalu lintas tinggi menjadikan masa perjalanan lebih lama merupakan antara faktor utama menyumbang kepada lonjakan tambang, selain menjejaskan kualiti perkhidmatannya. 


Beberapa syarikat e-hailing juga telah menunjukkan penurunan bilangan pemandu berdaftar sebanyak 30 peratus berbanding sebelum Covid-19 melanda negara. Kekurangan itu secara tidak langsung menyebabkan masa menunggu kenderaan di beberapa tempat menjadi lebih lama daripada jangkaan. 


Dalam masa sama, fasa peralihan ke endemik sejak 1 April lalu telah menyebabkan peningkatan mendadak terhadap permintaan perkhidmatan e-hailing. Dalam tempoh sama juga menyaksikan pergerakan bebas orang ramai bagi menjalani aktiviti harian turut menyumbang kepada kesesakan lalu lintas. 


Faktor-faktor tersebut telah mempengaruhi formula pengiraan tambang yang digunakan oleh pengendali e-hailing yang merangkumi pelbagai faktor termasuk jarak perjalanan, aliran trafik, keadaan cuaca, serta penawaran dan permintaan pasaran. 


Dari segi peraturan struktur tambang pula, terdapat dua caj iaitu tambang asas dan surcaj di mana kerajaan tidak mengawal tambang asas dan surcaj tidak boleh melebihi dua kali ganda daripada tambang asas, dengan mengambil kira kadar waktu puncak dan harga bahan api.


Pengendali e-haling dibenarkan untuk menetapkan struktur tambang mereka berdasarkan formula sendiri dan syarat perkhidmatan mereka dengan pengguna dalam pasaran terbuka. 


Dalam perbincangan pihak Kementerian Pengangkutan dengan syarikat pengendali e-hailing baru-baru ini, syarikat penyedia perkhidmatan itu memberi jaminan akan memperuntukkan lebih banyak sumber ke arah meningkatkan bilangan pemandu yang ada pada masa ini. 


Di pihak kerajaan, kerajaan akan terus memastikan lebih banyak syarikat pengendali e-hailing bersama-sama perkhdimatan teksi dan bas tersedia untuk menawarkan lebih banyak pilihan kepada pengguna.


Sumber: MalaysiaKini


source https://www.thereporter.my/2022/05/kadar-tambang-naik-bukan-salah-kami-grab.html

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kongsibro.blogspot.com/2022/05/kadar-tambang-naik-bukan-salah-kami-grab.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Syarikat E Hailing Dipanggil Isu Kadar Tambang Naik Kata Wee

Syarikat E Hailing Dipanggil Isu Kadar Tambang Naik Kata Wee

papar berkaitan - pada 23/5/2022 - jumlah : 272 hits
Syarikat e hailing dipanggil isu kadar tambang naik kata Wee Dikemas kini 31 minit yang lalu Diterbitkan pada 22 May 2022 10
Tangani Segera Kenaikan Tambang Grab

Tangani Segera Kenaikan Tambang Grab

papar berkaitan - pada 30/5/2022 - jumlah : 444 hits
Tangani segera kenaikan tambang GrabPosted By on May30 9 2022Peningkatan tambang perkhidmatan e hailing Grab sejak kebelakangan ini menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pengguna Menurut laporan pengguna merungut kerana tambang di...
Bila Berat Badan Naik Bukan Salah Menu Raya

Bila Berat Badan Naik Bukan Salah Menu Raya

papar berkaitan - pada 18/5/2022 - jumlah : 213 hits
BILA BERAT BADAN NAIK BUKAN SALAH MENU RAYA Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih Assalammualaikum wbt RAYA tak raya kita tetap makan Minum Cuma biasanya hari raya ni lain macam sikit menu sini sana dan di rumah sendiri pun...
Tambang Naik 2 Kali Ganda Mot Panggil Syarikat E Hailing Beri Penjelasan

Tambang Naik 2 Kali Ganda Mot Panggil Syarikat E Hailing Beri Penjelasan

papar berkaitan - pada 24/5/2022 - jumlah : 250 hits
Tambang naik 2 kali ganda MOT panggil syarikat e hailing beri penjelasanHiasan Foto Warna WarniKementerian Pengangkutan sedang meneliti dan berbincang dengan syarikat perkhidmatan e hailing berhubung aduan serta rungutan orang ramai mengena...
Kadar Tambang Ecrl Berpatutan Dan Mesra Rakyat Ka Siong

Kadar Tambang Ecrl Berpatutan Dan Mesra Rakyat Ka Siong

papar berkaitan - pada 15/5/2022 - jumlah : 192 hits
PUTRAJAYA Kadar tambang bagi Projek Landasan Rel Pantai Timur yang akan ditentukan kelak adalah setara dengan kadar tambang perkhidmatan kereta api sedia ada yang berpatutan dan mesra rakyat Itu jaminan diberikan Menteri Pengangkutan Datuk ...
Pengguna Merungut Tambang Grab Mahal Ini Jawapan Pemandu Grab

Pengguna Merungut Tambang Grab Mahal Ini Jawapan Pemandu Grab

papar berkaitan - pada 24/5/2022 - jumlah : 257 hits
Minggu lalu kami telah berkongsi tentang rungutan pengguna berkaitan tambang Grab yang semakin melambung sejak beberapa minggu ini Daipada perkongsian pengguna di serata media sosial hampir kesemuanya bersetuju bahawa tambang Grab kini meni...
Dia Masih Naik Bas Pelawak Jo Hyeryun Dedah Kim Jongkook Seorang Yang Kedekut

Dia Masih Naik Bas Pelawak Jo Hyeryun Dedah Kim Jongkook Seorang Yang Kedekut

papar berkaitan - pada 12/5/2022 - jumlah : 269 hits
Pada siaran 11 Mei program KBS Problem Child in House Jo Hye ryun telah muncul sebagai tetamu ARTIKEL BERKAITAN Pada awalnya Jo Hye ryun berkongsi perbincangan dengan MC Song Eun yi Kim Sook dan Jung Hyeong don sebagai pelawak yang direkrut...
Hiburan Tak Sedar Diri Pemandu Lori Nahas 5 Sahabat Didakwa Drive Sambil Bertiktok Netizen Naik Hantu

Hiburan Tak Sedar Diri Pemandu Lori Nahas 5 Sahabat Didakwa Drive Sambil Bertiktok Netizen Naik Hantu

papar berkaitan - pada 13/5/2022 - jumlah : 313 hits
Kemalangan tragis melibatkan dua buah lori treler bersama sebuah kenderaan sehingga melibatkan 5 orang yang menaiki kereta jenis Honda City maut masih diperkatakan sehingga ke hari ini Ini berikutan pendedahan sorang warga maya mengenai sal...
Sandiaga Ingin Sineas Muda Naik Kelas Dan Buka Lapangan Kerja

Sandiaga Ingin Sineas Muda Naik Kelas Dan Buka Lapangan Kerja

papar berkaitan - pada 15/5/2022 - jumlah : 205 hits
Dengan adanya forum Mukidi diharapkan para sineas muda mampu menggali potensi unik setiap daerah dan mengangkatnya dalam sebuah karya film pendek yang berkualitas serta berdaya saing
Redmi Pad 2 Series Drops With Next Level Entertainment

Friday Notes From The Quran Declaring This Halal And Declaring That Haram

Penjual Tempatan Berinovasi Dalam Landskap E Dagang Yang Semakin Melangkaui Persaingan Harga

Compartment Food Box Custom Solusi Ideal Untuk Makanan Seimbang Menarik

Itu Keputusan Hakim Peguam Negara Pm Anwar Tak Masuk Campur Urusan Dnaa Najib

Beli Iphone Murah Bawah Rm2000 Di Malaysia Refurbished Vs Second Hand Mana Lebih Berbaloi

Hiburan Yakin Dan Merdu Suaranya Nur Fazura Lancar Lagu Baru Berjudul Luar Biasa Kolaborasi Bersama Ade Govinda

Honey Trap When Seduction Meets Spycraft In The Shadows Of Power


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Upsi Oriental Daily 19 06 2025

Lirik Lagu Tunggu Aku Danial Ismail And Hyqal Haidy

Pokok Cili Padi Vs Pokok Ciku Di Kebun Kecilku

Brownies Dan Creampuff Nuttella Ekin Yusof

Siti Nurhaliza Bisakah Chord

Fazura Luar Biasa Chord