Kad Biru Bola Sepak Diperkenalkan Penjaga Gol Tidak Terkecuali
Kad Biru Bola Sepak Diperkenalkan! Penjaga Gol Tidak Terkecuali 13
Tular dan heboh di media sosial berkenaan kad biru bola sepak yang akan diperkenalkan dalam semua perlawanan bola sepak. Ia mungkin kedengaran agak janggal kerana peminat bola sepak terbiasa dengan dua kad sahaja iaitu kad kuning dan kad merah.
Walaubagaimanapun terdapat beberapa kenyataan mengenai kad biru bola sepak yang dianggap sebagai inisiatif baharu bagi mewujudkan sistem perlawanan bola sepak yang adil dan saksama.
Berkenaan Kad Biru Bola Sepak
Apakah Itu Kad Biru Bola Sepak?
Kad Biru Bola Sepak Diperkenalkan! Penjaga Gol Tidak Terkecuali 14
Kad biru bolak sepak merujuk Lembaga Persatuan Bolasepak Antarabangsa kad yang membolehkan pengadil menghantar pemain keluar selama 10 minit untuk kesalahan kecil. Contohnya, pemain yang tidak menunjukkan contoh yang baik seperti tidak menghormati perlawanan akan diberikan kad biru. Pemain akan diminta untuk tinggalkan padang selama 10 minit.
Sekiranya pemain itu masuk dan bermain sekali lagi, dan ia dikenakan kad biru buat kali kedua, maka pemain tersebut terkeluar daripada permainan yang mana fungsi layangan kad biru kedua adalah sama seperti kad merah.
Isu Melibatkan Kad Biru Bola Sepak
Khususnya peminat bola sepak, pengurus-pengurus Liga Perdana Inggeris dan bekas pemain menyelar pengenalan layangan kad biru dalam sukan itu. Menurut mereka ia adalah idea yang membuang masa dan akan menjadikan permainan bola sepak lebih membosankan.
Dengan masalah kontroversi VAR masih belum berjaya diselesaikan, kehadiran kad biru akan memberi ketidakpuasan hati kepada para peminat bola sepak. Pengadil boleh melayangkan kad biru untuk menghalang kekasaran lebih serius serta ancaman terhadap pegawai perlawanan juga.
Kad biru berfungsi seperti kad kuning dan boleh bertukar kepada kad merah jika dilayangkan dua kali dalam satu perlawanan atau melalui layangan kad biru dan kuning.
Dijangkakan penggunaan kad biru akan mula digunakan pada perlawanan piala FA nanti.
Pandangan Pengadil Malaysia dan Pengurus Liverpool Berkenaan Kad Biru Bola Sepak
Kenyataan Pengadil Malaysia, Subkhidin Mohd Salleh
Kad Biru Bola Sepak Diperkenalkan! Penjaga Gol Tidak Terkecuali 15
Menurut bekas pengadil Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) Subkhiddin Mohd Salleh berpendapat tidak ada keperluan untuk memperkenalkan peraturan kad biru di peringkat tertinggi sukan itu.
Menurutnya lagi, meskipun peraturan itu pernah digunakan di pertandingan rendah khususnya peringkat bawah umur, walaubagaimanapun penggunaan kad merah dan kuning dalam sukan bola sepak sudah memadai bagi menghukum pemain yang melakukan kesalahan.
Situasi apabila kad biru dilayangkan, pasukan yang kehilangan seorang pemain buat sementara waktu akan memperlahankan tempo permainan dengan mengawal bola di bahagian sendiri manakala pasukan lawan akan meningkatkan serangan.
Kenyataan Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp
Kad Biru Bola Sepak Diperkenalkan! Penjaga Gol Tidak Terkecuali 16
Menurut Jurgen Klopp, beliau tidak bersetuju dengan peraturan baharu kad biru yang bakal diperkenalkan dalam bola sepak.
Katanya, “Pengenalan kad baharu hanya akan memberi lebih banyak kemungkinan gagal, kerana perbincangan yang akan berlaku nanti adakah pengadil sepatutnya melayangkan kad biru atau kad kuning? Ia hanya menjadikannya lebih rumit dalam membuat keputusan. Jika mereka mahu mengujinya, saya tidak mempunyai masalah dengan ujian.”
Namun, jika itu adalah langkah pertama untuk bersetuju, Jurgen klopp mengatakan dia tidak tahu kerana ini adalah kali pertama dia mendengar mengenai perkara ini dan baginya ia bukan idea yang hebat.
Bagaimana Kad Biru Bola Sepak Akan Diperkenalkan?
Dalam hal ini, penggubal undang-undang bola sepak telah bersedia bagi memperkenalkan peraturan yang akan menyaksikan pengadil boleh melayangkan kad biru dan mengeluarkan seorang pemain dari padang untuk tempoh masa10 minit sekiranya berbeza pendapat dengan pegawai perlawanan atau melakukan kesalahan kecil.
Menurut Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (IFAB) akan memberi lampu hijau bagi ujian itu pada mesyuarat tahunannya pada Mac. Selain itu, pemerhati sukan bola sepak tanah air Datuk Richard Scully menyifatkan pengenalan kad biru kemungkinan akan dimanipulasi mana-mana pasukan untuk mendapatkan keputusan positif dalam perlawanan.
Beliau merasakan tidak wajar ada tambahan kad biru, kerana pada tujuannya dan relevannya. Kalau nak kompetitif, baik kita ketatkan undang-undang sedia ada. Apa yang dilihat kalau ada kad biru ini, ia akan digunakan secara salah oleh pemain atau jurulatih sesebuah pasukan. Jadi adalah lebih baik dikekalkan dengan kad kuning dan kad merah sahaja dalam bola sepak.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sistemguruonline.my/2024/02/kad-biru-bola-sepak.html