Kacang Tanah Goreng Dengan Bawang Putih



Kacang goreng ini memang kegemaran saya. Saya memang suka meratah bawang putih yang digoreng garing. Dulu ketika saya menpunyai Sri Handayani, pembantu rumah yang bekerja dengan kami selama 18 tahun di USJ, dia selalu menyediakan kacang ini. Dan saya tidak pernah sekali pun melihat bagaimana dia menyediakannya kerana dia selalu memasak ketika saya di pejabat.

Sehingga kini saya masih teringat dengan Sri tapi terputus hubungan terus nampaknya. Maklumlah dia lama bekerja dengan kami. Dari umur anak saya Boy 2 tahun sehingga lah Disember 2010. Kalau ada yang mengetahui di mana dia sekarang, harap bolehlah hubungi saya. 

Sekadar untuk bersilaturrahim dengan orang yang pernah hidup bersama kami sahaja. Dia orang Jawa dan asal dari Surabaya. Anak anak saya pernah terserempak dengan beliau di kawasan USJ dulu. 

Rasanya dia berhenti kerana tidak mahu ikut kami berpindah ke rumah sekarang. Mungkin kerana dia dah ramai kawan di sana dan dia suka bersolat di surau berdekatan rumah kami yang lama. Tapi saya sebenarnya tidak kisah pun jika dia mahu berhenti tapi tak perlu lah menukar nombor telefon sehingga terus tidak dapat dihubungi sebaik meninggalkan rumah kami.  Saya selalu tersasul memanggil nama Sri pada Ros, pengasuh Ammar.

Kacang ini sangat sedap. Lebih lebih lagi saya suka meratah bawang putih yang digoreng garing. Hubby pun sama, sambil menonton televisyen, sambil mengunyah kacang ini. Lagi sedap bila dikunyah sekali dengan daun limau purut garing dalamnya. 
Jom layan resepi yang saya guna di bawah ini dan jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba..



Kacang Tanah Goreng Dengan Bawang PutihOleh: Azie Kitchen
Bahan rebusan:500 gram kacang tanah - tanpa kulit2-3 helai daun limau purut - hiris4 ulas bawang putih - ketuk1/2 kotak santan kotak + sedikit air
Sedikit garam
Bahan goreng:5 ulas bawang putih - hiris nipisgaram
Masak santan dengan bahan di atas sehingga mendidih. Masukkan kacang tanah dan rebus sehingga santan kering dan kacang lembut. Angkat dan tos. 


Panaskan minyak dan goreng bawang putih hiris sehingga garing dan sedikit kekuningan. Terus angkat supaya tidak terlalu keperangan kerana proses memasak akan terus berlaku selepas bawang diangkat dari kuali. 
Goreng pula kacang tanah sehingga tenggelam. Masukkan daun limau purut yang dihiris. Goreng sehingga garing dan keperangan sahaja. Jangan terlebih garing kerana kacang akan terus masak selepas diangkat dari dapur. 

Angkat dan masukkan ke dalam penapis supaya minyaknya jatuh. Hentak hentakkan dengan senduk bagi memastikan minyak jatuh. 


Tuang kacang atas kertas untuk sejat minyak sambil di kacau. 
Masukkan bawang putih goreng dan kacau rata. Jika suka, boleh tabur sedikit garam. Simpan dalam bekas kedap udara.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.aziekitchen.com/2019/10/kacang-tanah-goreng-dengan-bawang-putih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Langkah Masak Lempeng Bawang Putih Yang Sedap Dan Mudah

Langkah Masak Lempeng Bawang Putih Yang Sedap Dan Mudah

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 527 hits
Lempeng melempeng untuk sahur memang sedap sungguh Eh ada ke istilah melempeng Asyik lempeng kosong Jom kita bagi berperisa sikit tambah daun bawang dan bawang putih Jadi ler Lempeng Bawang Putih Ni min kongsikan cara buat lempeng buat adik...
Sup Cendawan Ala Pizza Hut Roti Bawang Putih Mudah Dan Sedapnya

Sup Cendawan Ala Pizza Hut Roti Bawang Putih Mudah Dan Sedapnya

papar berkaitan - pada 18/10/2019 - jumlah : 586 hits
Roti Bawang Putih memang sedap bila dipadankan dengan Sup Cendawan Berkrim Buat hidangan Tengah Malam mahupun dimakan sarapan memang mantaplaa Super jiimat dan super sedap Kalau badan terasa nak demam atau hilang selera makan dua sajian ni ...
Resipi Maitake Goreng Bersama Pucuk Kacang Dan Telur Cendawan Istimewa Dari Jepun

Resipi Maitake Goreng Bersama Pucuk Kacang Dan Telur Cendawan Istimewa Dari Jepun

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 450 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan sekalian Ok kali ini nak masuk dapur lagi lah untuk memasak dapur dah lama tak berasap ni Hari tu masa Maha pergi jalan kat Pasaraya AEON Nampak satu cendaw...
Nikmati Ayam Goreng Halal Yang Pertama Di Jepun

Nikmati Ayam Goreng Halal Yang Pertama Di Jepun

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 941 hits
Ramai daripada kita mencari makanan halal di Jepun di luar bandar bandar utama seperti Tokyo dan Kyoto boleh menjadi cabaran bagi kita kebangkitan pelancong Islam ke Jepun juga bermakna di bandar bandar kecil dan di luar juga mula menampung...
Ayam Goreng Cabai Garam Resep Dan Cara Membuatnya

Ayam Goreng Cabai Garam Resep Dan Cara Membuatnya

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 384 hits
Jagat Resep Ayam Goreng Cabai Garam Resep dan Cara Membuatnya kali ini admin Jagat Resep informasikan untuk anda dimana resep ayam goreng cabai garam yang enak Tak hanya enak makanan ini juga cukup menyehatkan Disantap bersama nasi putih ha...
Nak Masak Ayam Goreng Ala Mamak Style Boleh Guna Rempah Mama Uwais

Nak Masak Ayam Goreng Ala Mamak Style Boleh Guna Rempah Mama Uwais

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 736 hits
Rempah perapan ayam goreng ala style mamakRempah Perapan Ayam by Mama UwaisNampak dimata hanya biasa biasa saja tapi disebalik luar biasa terselit luar biasa Apa rahsia luar biasa rempah perapan ayam goreng ni by Mama uwaisApabila rempah re...
Resipi Ayam Goreng Kunyit Berempah Bangkit Selera Dengan Lauk Ringkas

Resipi Ayam Goreng Kunyit Berempah Bangkit Selera Dengan Lauk Ringkas

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 381 hits
Kadang kita tak tahu nak masak apa untuk dihidang atas meja makan Kalau takde idea jom buat lauk ni Menyediakan ayam goreng adalah salah satu lauk yang senang dan sedap Tak kira untuk sarapan makan tengah hari atau makan malam Ayam goreng m...
Jemu Ayam Goreng Jadikannya Ala Ala Teppanyaki

Jemu Ayam Goreng Jadikannya Ala Ala Teppanyaki

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 591 hits
Kat rumah ni sebolehnya memang ana akan cuba elakkan beli ayam untuk sajian menu Bukan apa bila anak anak balik depa memang tak nak makan ayam sebab sepanjang di kolej ayamlah menu mereka seharian Tak nasi ayam ayam cincang nasi kukus ayam ...
Mee Hoon Goreng Sedap

Mee Hoon Goreng Sedap

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 758 hits
Asalamualaikum dan salam selasa bila dirumah ada tetamu maka breakfast pun tidaklah asik toast n nescafe o kosong jer la kan dan pepagi hari kak rose merajinkan diri buat mee hoon goreng sedap ni untuk derang yang biasa breakfast dengan mak...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut