Kacang Panjang Goreng Hempedal Dan Majlis Persaraan Bnm
Alhamdulillah kerana akhirnya majlis persaraan untuk pesara BNM tahun 2019-2021 telah diadakan di Lanai Kijang pada 30 September yang lalu. Dengan adanya majlis tersebut, barulah terasa rasminya kami bersara. Hahaha walaupun telah lebih 2 tahun bersara. Sempena persaraan, kami diberikan sijil perkhidmatan dan cenderahati berupa duit syiling kijang emas.
BNM banyak mengajar pahit manis dalam kehidupan, ianya adalah universiti "kehidupan" yang mengajar sesuatu yang tiada di sekolah dan universiti. Mengajar mempraktikkan teori yang diajar di kelas dan juga seminar seminar.
Banyak suka duka yang saya lalu sepanjang perkhidmatan. Sebagai organisasi berasaskan prestasi, semua staf perlu sentiasa membuat yang terbaik, perlu sentiasa secara pro aktif mencari projek yang boleh dicadangkan kepada pihak pengurusan.
Saya pernah diberi bonus ZERO sepanjang saya berkhidmat sepertinya saya langsung tidak berkhidmat pada tahun berkenaan tapi Allah lah pemberi rezeki. Saya tetap menjalani kehidupan seperti biasa, anak anak dapat memakai baju raya seperti biasa. Alhamdulillah kerana Allah memberi rezeki selepas saya bersara, rezeki yang tidak disangka sangka. Mungkin ianya sebagai ganti bonus atau kerugian lain sebelum ini.
Pernah bertugas di Jabatan Sumber Manusia selama 18 tahun, membolehkan saya mengenali semua staf satu ketika dahulu. Mereka masih mengenali dan menegur saya. Inilah kegembiraan yang saya rasai.
Tidak dinafikan ada segelintir yang tidak sudi bertegur sapa dengan saya seolah langsung tidak mengenali walaupun tanpa mereka ketahui, saya pernah sedikit sebanyak menolong dalam kerjaya mereka. Dari masih dalam perkhidmatan sehingga setelah bersara pun, hatta sehingga ke majlis persaraan. Hahaha. OK lah sekarang kita masuk pula bab resipi.
Hari ini saya kongsikan resipi mudah iaitu kacang panjang goreng hempedal. Boleh juga dicampurkan dengan hati ayam, jika suka. Hempedal ni selalunya lebih keras, jadi kalau nak cepat, boleh direbus dahulu sebelum diletakkan garam kunyit dan digoreng.
Bila menyediakan hidangan, terasa tidak lengkap jika tiada hidangan sayur. Kebiasaannya ada lauk berkuah, lauk sayuran dan lauk kering seperti ikan goreng, telur goreng atau apa apa lauk yang bergoreng.
Boleh klik di SINI untuk resipi kacang panjang goreng dengan hati dan hempedal ayam ala ala sambal jawa yang menggunakan halia muda yang banyak. Resipi ini pun sedap dan kegemaran saya juga.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....
Kacang Panjang Goreng Dengan HempedalOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:1 ikat kacang panjang - potong serong1 mangkuk hempedal - boleh tambah hati ayam, jika suka1 biji bawang Holland - hiris bulat1 biji cili merah - hiris 3 ulas bawang putih - hiris5-6 biji cili padi - hirisSedikit serbuk perasaSedikit kicap lemak manis
Cara cara:Masukkan garam dan serbuk kunyit dalam hempedal dan gaul rata. Panaskan minyak dan goreng sehingga masak atau garing yang disukai. Angkat dan tos. Nota: Kalau guna hati dan hempedal, elok direbus dulu sehingga empuk sebelum dilumur garam kunyit dan goreng.
Kurangkan sedikit minyak lebihan menggoreng hempedal tadi. Tumis bawang putih sedikit wangi, masukkan cili padi. Tumis sehingga bawang keperangan.
Masukkan kacang panjang, bawang besar dan cili merah. Gaul rata.
Masukkan serbuk secukup rasa dan hempedal yang digoreng tadi. Gaul rata. Tutup api. Nota: Jangan terlebih masak supaya kacang kekal rangup.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aziekitchen.com/2022/10/kacang-panjang-goreng-hempedal-dan.html