Kacang Hijau Lagi Cepat Empuk Dengan Cara Ni Pejam Mata Pun Boleh Buat
Hujung minggu ini pastinya menu bubur kacang menjadi pilihan untuk sajian minum petang anda sekeluarga. Pun begitu proses memasak bubur kacang yang agak lama hingga menunggu kacang empuk adakalanya membuatkan masa terbuang begitu saja.
Nak cepatnya waktu memasak? Ini perkongsian tip melembutkan kacang hijau yang perlu mama cuba. Memang pantas!
Suka makan bubur kacang? Ini saya bagi tips lembutkan kacang dengan cepat.
Tak payah rendam berjam-jam. Tak payah rebus lama-lama, confirm cepat masak dan jimat gas.
Boleh buat bila pagi-pagi teragak nak buat bubur kacang. Tips ini tak perlu untuk yang ada periuk pressure cooker ya.
Basuh bersih-bersih kacang hijau.
Bungkus dalam plastik dan letak air, macam nak buat ais batu.
Kemudian frozen kan.
Bila-bila nak masak, tak payah nyah beku.
Masuk dalam periuk dan tambahkan air, terus rebus.
Tak sampai 20 minit kacang dah kembang, senang dan jimat masa!
Selamat mencuba.
Wow memang pantas! Bila kacang dan empuk kemudian tambahkanlah gula pasir, gula merah, santan dan daun pandan. Siap!
Memang mudah dan senang.
Menarik: Akhirnya Mama Hang Lega, Misi Cerai Susu Berjaya, MUA Bellaz Ada Cara Sendiri/
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
Nak tahu rahsia sediakan hidangan enak yang buat anak berselera makan? Jom, sertai E-Workshop Kelas Penyediaan Makanan Anak: Sedap, Sihat & Selamat di https://toko.ideaktiv.com/product/e-workshop-kelas-penyediaan-makanan-anak-sedap-sihat-selamat/
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie.
Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Sumber: Facebook Seri Ramlan
The post Kacang Hijau Lagi Cepat Empuk Dengan Cara Ni, Pejam Mata Pun Boleh Buat! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/kacang-hijau-lagi-cepat-empuk-dengan-cara-ni-pejam-mata-pun-boleh-buat/