Kacang Buncis Goreng Telur Menu Simple Untuk Dinner
KACANG BUNCIS GORENG TELUR, MENU SIMPLE UNTUK DINNER | Selain digoreng bersama dengan ikan bilis, Fiza jugak suka goreng kacang buncis dicampur dengan telur. Kebetulan, balik dari sekolah semalam encik suami belikan sebungkus kacang buncis.
Di tempat Fiza, sebungkus kacang buncis seberat 250gram dijual dengan harga RM4. Murah ke mahal? Cuba komen. 😂
Jadi, untuk makan malam semalam… Fiza masakkan kacang buncis campur telur dan ayam goreng je. Untuk pencuci mulut, Fiza kupaskan buah jambu batu. Begitulah menu simple untuk makan malam kami anak-beranak semalam.
Baca Juga : Buncis goreng ikan bilis
Seperti biasa… Memandangkan Fiza free malam ni, Fiza tambahkan blog post resepinya di sini. Rasanya takde lagi blog post yang berkaitan dengan kacang buncis goreng telur ni.
Kita lari kejap dari topik ek! 🤭
Fiza nak share la jugak tentang blog. Entri jenis apa yang orang banyak cari kat blog Fiza. So far, setakat ni banyak jugak menu-menu simple yang menjadi carian. Al-maklumlah, sekarang ni harga barang naik. Semua perbelanjaan nak kena cut off. Jadi, kalau boleh semua orang nak berjimat. Masak menu simple je pun, jadi… Janji perut kenyang. Kan?
Kemudian, resepi simple macam ni pun sangat berguna jugak buat mereka yang baru nak belajar memasak. Budak sekarang senang. Tak reti masak, google je resepi. Try banyak kali pun tak kisah. Lama-lama pasti pandai jugak memasak. Betul tak?
Bukan macam zaman Fiza dulu. Takde gajet. Kalau tak belajar dengan mak, alamat lambat la nak pandai memasak. Pernah tau, first time buat biskut… Keras kejung. Abang long baling kat dinding pun tak pecah. Cis!!! Masa tu kena main kaw-kaw dengan abang. Huhu… Kenangan sungguh. Rindu pulak zaman dulu yang takde gajet. Kan?
Apa-apa pun… kita teruskan dengan resepi jela ek!
Resepi Kacang Buncis Goreng Dengan Telur
Untuk resepi ni... Antara bahan yang diperlukan adalah seperti berikut :-
Kacang buncis sebungkus yang telah dipotong3 biji cili yang telah dihiris halus4 biji bawang putih dihiris halus2 biji bawang merah dihiris halusPerencah secukup rasa maggieSebiji telur danSedikit minyak untuk menumis
Cara memasaknya pulak, pertama panaskan minyak. Bila minyak dah masak, masukkan bawang dan cili. Bila dah naik bau, masukkan telur. Bila telur dah hampir masak, masukkan pulak kacang dan sedikit air. Tak perlu banyak sangat air tau. Kiranya macam tumis kering la. Then, perasakan dengan perencah secukup rasa maggie. Simple je kan… Cara masaknya.
Biasanya, Fiza sediakan bahan je dulu. 15 minit before nak makan barulah Fiza masak. Fiza suka makan sayur yang panas-panas, barulah fresh. Sedap sangat! Bagi Fiza la. 🤭
Fiza selalu ingatkan anak-anak, walaupun makanan yang kita ada simple je. Ada lagi orang di luar sana yang lagi susah. So, belajarlah erti bersyukur. Alhamdulillah… Semua kekenyangan.
#ResepiSimple#KacangBuncisCampurTelur
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fizacrochet.com/2022/08/kacang-buncis-goreng-telur-menu-simple.html