Kabinet Baharu Dewan Pemuda Pas 2019 2021


Manzaidi Mohd Amin
Kabinet Dewan Pemuda Pas Malaysia sesi 2019-2021 yang dibentuk dalam tempoh 48 jam.

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM) telah membentuk organisasi Jawatankuasa Harian sayap parti itu untuk sesi 2019-2021.

Pembentukan organisasi itu mencatat sejarah apabila berlaku dalam tempoh 48 jam sejurus selepas peralihan sesi kepimpinan baharu yang dilantik dalam Muktamar DPPM pada 19 dan 20 Jun lalu.

Menurut ketuanya yang baharu, Ir. Khairil Nizam Khirudin, daripada 10 ahli jawatankuasa Harian DPPM, enam adalah muka baharu yang mempunyai pelbagai latar belakang pendidikan yang hebat, kompeten dan berpengalaman luas dalam skop tugas masing-masing.

Katanya, beliau yakin kombinasi yang ditawarkan itu menjanjikan gerak kerja dinamik dan berwawasan bagi menggalas tanggungjawab memperjuang agenda anak muda Malaysia.

Tugas besar sebagai Setiausaha DPPM merangkap Ketua Sektor Pengurusan sesi ini diamanahkan kepada Akram Ikrami Taib Azamudden.

Beliau yang merupakan AJK DPPM sesi lalu dipilih oleh mesyuarat berdasarkan keupayaan dan kebolehan dalam mengurus dan mentadbir organisasi, selain berpengalaman sebagai jurulatih dalam bidang yang sama.

Tugas beliau mengurus organisasi digandingkan bersama Muhd Khidhir Prof Datuk Dr. Izaidin selaku Penolong Setiausaha 1, portfolio yang sama digalasnya ketika sesi sebelum ini.

Jelas Ir. Khairil Nizam lagi, bagi jawatan Penolong Setiausaha II pula, pihaknya melantik tokoh muda dari Kedah, Mohd Aizat Zakaria yang berpengalaman sebagai Setiausaha Dewan Pemuda Pas Negeri dan Penolong Setiausaha Badan Perhubungan Pas Kedah selama beberapa penggal.

“Selain itu, tokoh mahasiswa dan anak muda yang sedang melonjak naik iaitu Muhammad Faizzuddin Mohd Zai pula diberi tugas sebagai Penolong Setiausaha III.

“Untuk jawatan Bendahari pula, kami bersetuju melantik Roslan Md Esa. Selain pernah menjawat jawatan Setiausaha Dewan Pemuda Pas Pahang dan AJK DPPM sesi lalu, pengalaman beliau membangunkan dan menguruskan Ma’had Tahfiz Al-Abrar di Bentong amat kami perlukan untuk meneruskan legasi cemerlang Bendahari sebelum ini. Beliau juga merupakan Ketua Sektor Kewangan dan Ekonomi sesi ini,” katanya dalam kenyataan kepada media hari ini.

Bagi mendepani cabaran media sosial yang sengit, Abdul Malik Ab Razak dipilih menjawat jawatan Ketua Penerangan, merangkap Ketua Sektor Komunikasi Strategik.

Beliau merupakan tokoh mahasiswa dan anak muda yang diberi kepercayaan menjadi Setiausaha Akhbar kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang juga merupakan AJK DPPM sesi lalu.

Mohd Al Ghazali Abu Bakar pula diberikan tugas mengetuai jentera pilihan raya DPPM sebagai Pengarah Pilihan Raya.

“Pengalaman beliau sebagai Pengarah Jabatan Pilihan Raya Badan Perhubungan Pas Terengganu sesi ini dan Timbalan Pengarah Pilihan Raya DPPM sesi lalu merupakan faktor utama mengapa beliau dipilih menggalas tugas ini.

“Selain itu, sebagai bukti perhatian serius terhadap bidang pendidikan dalam parti, kami bersetuju mengangkat Ketua Sektor Pendidikan sebagai salah seorang AJK Harian DPPM.

“Tugas mencabar ini diberikan kepada seorang jurutera kanan kelahiran Sarawak yang lebih dikenali sebagai Lebai Engineer iaitu Muhtar Suhaili, Bendahari DPPM sebelum ini,” katanya.

Beliau menjelaskan, dengan pelantikan itu, lengkaplah semua ketua kepada tujuh sektor dalam DPPM.

Ketua Pemuda, Timbalan dan Naib Ketua Pemuda masing-masing mengetuai Sektor Politik, Sektor Tanggungjawab Sosial dan Khidmat Masyarakat serta Sektor Sumber Manusia dan Latihan.

Manakala empat sektor lain iaitu Sektor Pengurusan diketuai Setiausaha; Sektor Kewangan dan Ekonomi diketuai Bendahari; Sektor Komunikasi Strategik dan Sektor Pendidikan.

“Proses pembentukan dan pelantikan portfolio lain di bawah semua tujuh sektor ini juga telah hampir sempurna dan akan diumumkan dalam masa terdekat setelah ianya selesai dan lengkap sepenuhnya.

“Pembentukan segera kabinet DPPM sesi baharu ini membuktikan Pas tidak ketandusan pemimpin pelapis muda.

“Bahkan, DPPM mempunyai ramai calon berbakat tinggi yang sentiasa dilatih dari semasa ke semasa,” katanya.

Berikut senarai penuh keputusan pemilihan Dewan Pemuda Pas Malaysia 2019-2021.

Pengerusi Tetap: Kamal Ashaari
Timbalan Pengerusi Tetap: Nor Azariza  Mohd Alawi

Ketua Pemuda: Ir. Khairil Nizam Khirudin
Timbalan Ketua: Ahmad Fadhli Shaari
Naib Ketua: Afnan Hamimi Taib Azamudden

Ahli Jawatankuasa:
Akram Ikrami Taib Azamudden
Hafez Sabri
Muhtar Suhaili
Izwan Abdul Halim
Khairul Nadzir Helmi Azhar
Roslan Md Esa
Mohammad Arifiriazul Paijo
Mohammad Nadzim Ahmad
Abdul Malik Abd Razak
Muhammad Fadzli Abu Bakar
Mohd Al Ghazali Abu Bakar
Juwahir Amin

Pemeriksa Kira-Kira:
Mohd Shahir Abu Hassan
Muhammad Ali Rajaie Jamaludin. – MalaysiaGazette



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/06/kabinet-baharu-dewan-pemuda-pas-2019.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Muda Tunggu Pru 15 Hukum Ph Dewan Pemuda Pas

Anak Muda Tunggu Pru 15 Hukum Ph Dewan Pemuda Pas

papar berkaitan - pada 30/6/2019 - jumlah : 342 hits
Dewan Pemuda Pas yakin golongan muda kini hanya menunggu masa dan menanti Pilihan Raya Umum Ke 15 bagi menghukum kerajaan Pakatan Harapan Ketuanya Ir Khairil Nizam Khirudin berkata dalam konteks pilihan raya lalu tidak dinafikan sememangnya...
Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat Sesi 2019 2021

Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat Sesi 2019 2021

papar berkaitan - pada 24/6/2019 - jumlah : 413 hits
JAWATANKUASA HARIANPRESIDENYB Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi AwangTIMBALAN PRESIDENYB Dato Tuan Ibrahim bin Tuan Man NAIB PRESIDENUstaz Haji Idris AhmadYB Dato Nik Amar AbdullahYAB Dr Ahmad Samsuri MokhtarKETUA DEWAN ULAMA PAS PUSATYB ...
Zamri Vinoth Tak Patut Berucap Kata Pemuda Pas Perlis

Zamri Vinoth Tak Patut Berucap Kata Pemuda Pas Perlis

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 519 hits
Diterbitkan Hari ini 10 39 pagiMUKTAMAR PAS Nama Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu bergema lagi dalam dewan persidangan Pemuda PAS di Bukit Gambang dekat Kuantan pagi ini Berucap pada sesi membahas ucapan utama ketua Pemuda PAS wakil PAS Moha...
Tahniah Buat Kepimpinan Dppm Sesi 2019 2021

Tahniah Buat Kepimpinan Dppm Sesi 2019 2021

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 281 hits
JAWATANKUASA KERJA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA SESI 2019 2021 PENGERUSI TETAP Ustaz Kamal B Ashaari TIMB PENGERUSI TETAP Ustaz Nor Azariza B Mohd Alawi KETUA PEMUDA Ir Hj Khairil Nizam B Khirudin TIMBALAN KETUA YB Ustaz Ahmad Fadhli B Shaari ...
Tak Timbul Siapa Terajui Pembangkang Pemuda Umno Jawab Pas

Tak Timbul Siapa Terajui Pembangkang Pemuda Umno Jawab Pas

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 205 hits
June 20 2019 7 36 PMKUALA LUMPUR Pemuda Umno berpandangan tidak timbul soal teraju barisan pembangkang selepas Pemuda PAS hari ini berkata kerjasama politik antara kedua dua parti itu perlu menjadikan PAS sebagai nakhoda Ketua Pemuda Asyraf...
Pemuda Pas Susun Strategi Satu Lawan Satu

Pemuda Pas Susun Strategi Satu Lawan Satu

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 224 hits
SYAHIRAH SALLEH KUANTAN Ketua Pemuda PAS Malaysia Ir Khairil Nizam Khirudin tekad menyasarkan saingan PRU15 nanti berlaku secara satu lawan satu iaitu satu komponen melawan satu komponen PH Menurut beliau antara langkah bakal diambil bagi m...
Muktamar Dewan Muslimat Pas Kali Ke 59 Bermula Hari Ini

Muktamar Dewan Muslimat Pas Kali Ke 59 Bermula Hari Ini

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 360 hits
KUANTAN Muktamar Tahunan Dewan Muslimat Pas Kali Ke 59 bermula hari ini dengan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan merasmikannya sebentar lagi dalam persidangan yang dihadiri kira kira 750 perwakilan di Bukit Gambang Resort City d...
Ta Awun Strategi Ampuh Melayu Ketua Dewan Ulama Pas

Ta Awun Strategi Ampuh Melayu Ketua Dewan Ulama Pas

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 294 hits
Pas menyifatkan ta awun antara parti itu dengan UMNO merupakan strategi ampuh bagi memastikan keberadaan masyarakat Melayu sebagai kaum teras yang menjadi penentu kestabilan politik tanah air Ketua Dewan Ulama Pas Datuk Dr Mahfodz Mohamad b...
Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City

High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Masdo Perih Jerih Chord

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Isn T Akmal S Call To Reject Passport Renewal Based On Bm Fluency A Disservice Amid Looming Kkb Polls

Saat Jenazah Berada Di Liang Lahad

The Evolution Of Adult Entertainment