Kabinet




Shafiq Fadly









Pelantikan Dato Joe untuk menjalankan tugas sebagai Menteri Sumber Asli dan Amir Hamzah pula sebagai Menteri Ekonomi adalah bukti apa yang saya katakan dahulu; DILEMMA TERBESAR PMX ADALAH TIDAK ADA CALON YANG LAYAK DALAM KALANGAN PIMPINAN PH UNTUK MENJADI MENTERI.


Punyalah ramai Menteri PH, tapi PMX terpaksa melantik Naib Presiden UMNO untuk menjalankan tugas jawatan yang disandang bekas Naib Presiden PKR. Kenapa tak lantik Saifuddin, Fahmi, Fadhlina atau Zaliha? Kalau yang paling dekat dengan Sumber Asli pun, kenapa tak lantik Chang Lih Kang?


2 portfolio ini, Ekonomi dan Sumber Asli adalah 2 portfolio yang amat besar. Ditambah 1 lagi nanti MITI juga akan dikosongkan, menjadikan 3 portfolio yang amat besar. JUJUR. Siapa dalam kalangan pimpinan PKR yang baru menang ini layak mengisi jawatan-jawatan ini? Naib Presiden Ramanan? Ketua AMK Kamil, Naib Izuan? Naib Ketua Wanita Juwairiya? MPP Maszlee? Tak ada.


Sebab itu, PMX kini perlu berjiwa besar. Seperti mana beliau yakin dengan kepimpinan Dato Joe untuk memangku, begitu jugalah beliau kena yakin dengan bakat-bakat dalam UMNO untuk isi jawatan-jawatan itu. 


Menteri Ekonomi boleh serah pada Dato' Dr. Noraini Ahmad, Ketua Wanita UMNO. Beliau ada pengalaman luas pembuat dasar sejak 2008 sebagai Timbalan Menteri selepas itu Menteri Penuh, Pengerusi PAC dan Pengerusi RISDA. Pernah dilantik Pengerusi MATRADE dan turut terajui beberapa agensi kerajaan lain seperti MyNIC dan ATSB. 


Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam serahkan kepada Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah, MKT No. 1 UMNO yang juga bekas Menteri Tenaga, Sumber Asli dan Alam Sekitar. Memang elok sangat dah tu. Beliau bekas Menteri dan dasar-dasar sekarang pun adalah hasil cetusan idea zaman beliau. Kesinambungan ini akan bawa banyak manfaat untuk negara.


Menteri MITI boleh serah pada Datuk Seri Ahmad Maslan, MKT No. 3 UMNO selepas DS Zambry Kadir. Pengalaman luas dalam MITI sebagai bekas Timbalan Menteri MITI dan Timbalan Menteri Kewangan.


Pemimpin-pemimpin PKR boleh dilantik sebagai Timbalan dahulu untuk mereka belajar selok-belok, dan penggal depan bolehlah lantik sebagai Menteri penuh jika masih jadi kerajaan.


PMX Anwar Ibrahim perlu berjiwa besar untuk negara. Juga untuk dirinya kekal sebagai PM penggal kedua. 


Malaysia sedang menuju ke tempoh yang amat mencabar. Pilihanraya pula sudah tak lama. Kalau banyak isu tak diselesaikan, ia bukan sahaja mengheret kerajaan ini, tetapi mengheret beliau sendiri selaku Perdana Menteri. Buat masa ini, keutamaan PMX sepatutnya bukanlah hanya pada partinya sahaja, tapi keutamaannya mestilah dalam membina pasukan kabinet yang hebat dan kuat untuk mendepani cabaran dan survival kepimpinannya untuk PRU akan datang.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/07/kabinet.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ultimate Port Dickson Travel Guide 2025 Beaches Culture Hidden Gems In Negeri Sembilan

Isu Blog Pening Dengan Masalah Failed To Follow Boleh Cuba Cara Ini

Sasar Sejuta Peserta Harian Metro 17 07 2025

Beng Hock S Family Insists On Justice After Dap Bow

Netizen Teruja Syed Saddiq Tempah Songkok Video

Netizen Terhibur Lihat Siti Nurhaliza Melatah Video

Eyes In The Sky Strengthening Malaysia S Defence With Ai And Drones

Where Would You Be Having Your Next Meal


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


So What Will You Be Calling For Next A Ban On Cigarettes Alcohol And Kapcais

Validating Startups Market Research

Rindu Yang Tak Bertepi Setahun Tanpa Tokwan

The Science Behind Thermitight A Safe Path To Firmer Youthful Skin

Jangan Dok Sibuk Hal Orang Aku Tahu Bahagian Aku Liana Rosli Jawab Kritikan Anak Perempuan Terlalu Seksi

Saya Tak Jangka Malaysia Rupanya Seperti Ini Lelaki Dari As Kongsi Realiti Sebenar Layanan Masyarakat Tempatan