Kabbalah Penyembahan Yahudi Kepada Iblis Lucifer


Kabbalah adalah salah satu cabang ajaran ilmu sihir yang diamalkan oleh kaum Yahudi untuk memahami bagaimana alam dan kehidupan berfungsi. Penerimaan kepercayaan Kabbalah dalam kaum Yahudi adalah disebabkan oleh penindasan yang panjang selama beribu tahun oleh bangsa lain, akibat daripada kejahatan mereka sendiri.

Gambar hiasan

Dan 'Qabala' yang sering ditulis 'Kabbalah' adalah diantara kepercayaan tertua yang paling dihormati, sebuah bentuk ilmu yang berupaya menyingkap pengertian-pengertian mistik yang terselubung dalam Tanakh (Kitab Suci Ibrani).

Kabbalah menawarkan pemahaman mistik ke dalam hakikat Tuhan, lalu membentuk asas tafsiran agama mistik.

Nama kabbalah itu sendiri diambil dari kata Ibrani 'qibil' yang bermaksud 'menerima' dan dalam pengertian ini adalah "menerima dontrin okultisme (ilmu sihir) rahsia".

Istilah "Kab" mulanya digunakan dalam teks-teks Talmud, di antara Geonim (para rabi abad pertengahan awal) dan oleh Rishonim (rabai-rabai abad pertengahan yang kebelakangan) sebagai rujukan kepada kumpulan tradisi lisan yang lengkap dari ajaran Yahudi.

Sejak masa zaman Nabi Ibrahim a.s. meninggalkan Sumeria (sekarang dikenali sebagai Iraq) sampailah penjajahan Rom ke atas Palestin, kabbalah tetap menjadi kepercayaan Yahudi yang sangat rahsia, ajarannya hanya diketahui oleh anggotanya.

Ia juga disampaikan hanya dari mulut ke mulut secara lisan, oleh pendeta tertinggi kepada ahli bawahannya.

Sepanjang tempoh masa ini, pendeta tertinggi itu tinggal di Sumeria, kemudian menyebarkannya ke Mesir dan Palestin kuno.

Salah seorang pendeta tertinggi kabbalah ialah Samiri, tokoh yang mengajak Bani Israel yang baru sahaja keluar dari tanah Mesir untuk menyembah sebuah patung anak sapi yang diperbuat daripada emas.

Ketika mereka ini ditinggalkan oleh Nabi Musa a.s. untuk menyepikan diri atau bersendirian untuk bermunajat kepada Allah di gunung Tursina di Sinai dan menerima wahyu yang kesepuluh dari Allah.

Setelah sekian lama berakhirnya penjajahan Rom ke atas Palestin, para pendeta tinggi kabbalah memutuskan untuk meneruskan tradisi okultisme kuno itu dengan merakamnya secara bertulis di atas kertas papyrus yang berupa gulungan (scroll) sebagai satu usaha agar ia dapat diwariskan kepada generasi Yahudi berikutnya.

Ketika tempoh pendudukan Rom itu, ajaran kabbalah dihimpunkan dari pelbagai tradisi lisan ke dalam beberapa gulungan dan akhirnya dijilidkan menjadi sebuah kitab.

Tugas untuk menghimpunkan ajaran yang masih berupa lisan dipikul oleh dua orang, iaitu Rabbi Akiva ben Josef yang menjadi ketua Majlis Tinggi Pendeta Sanhedrin pada waktu itu dan turut dibantu oleh Rabbi Simon ben Joachai.

Ketika itulah ajaran kabbalah menjadi ajaran yang bersistematik dengan menjadikannya dua jilid; 'Sefer Yetzirah' (Kitab Genesis, tentang Penciptaan Alam Semesta), dan 'Sefer Zohar' (Kitab Keagungan).

Cabang Ilmu Sihir

Cabang ilmu Kabbalah boleh dibahagikan kepada tiga cabang berbeza mengikut tahap amalannya;

Yang pertama, ada ilmu teori di mana seseorang perlu sedar dan faham dimensi-dimensi alam yang berbeza.

Kedua, cabang ilmu amalan di mana seseorang perlu tahu teknik-teknik bagi membolehkan mereka mencapai tingkat ilmu pemahaman yang lebih tinggi.

Yang ketiga adalah ilmu magis, di mana seseorang mampu mengubah realiti atau situasi.

Cabang ketiga ini sangat berkait rapat dengan upacara pemujaan, tangkal, azimat dan banyak lagi amalan mistik yang diamalkan penganut agama Yahudi.

Kitab Zohar

Kitab rujukan ilmu Kabbalah yang terbesar adalah kitab Zohar, yang dianggap sebagai rujukan terbaik menggabungkan unsur mistik daripada kitab Taurat serta kepercayaan-kepercayaan alam yang ada.

Bagaimanapun, berikutan unsur-unsur mistik serta spiritual yang terlalu kuat terkandung dalam kitab tersebut, bukan semua pihak dapat menerimanya sebagai sebahagian daripada ajaran rasmi Yahudi.

Ini kerana bagi mereka, pengaruh kitab Zohar mampu menggelincirkan penganut ajaran tersebut daripada tanggungjawab sebenar mereka, hingga terlalu asyik dengan kepercayaan serta imaginasi, mengejar makhluk halus dan ghaib yang tidak diketahui baik atau buruk kesannya pada mereka yang cuba mempelajarinya.

Kitab Zohar penuh dengan ayat-ayat yang bersifat rahsia dan perumpamaan dan ayat-ayat itu hanya dapat difahami melalui Kitab Yetzirah seperti kitab terjemahan.

Beberapa abad selepas Masihi, di Eropah muncul kitab ajaran kabbalah yang baru bernama 'Sefer Bahir' (Kitab Cahaya).

Ajaran baharu ini mengandungi tiga kitab, ditulis dalam bahasa Ibrani yang kemudian diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa Eropah.

Ketiga-tiga kitab kabbalah itu memuatkan ajaran sangat suci bagi kultus ajaran sesat, penyembahan kepada Iblis dan menjadi buku pegangan Gereja-gereja Iblis di seluruh dunia.

Menyembah Iblis, Lucifer

Kaum Yahudi Qabalis, sebagaimana ajaran Samiri, secara terang-terangan menyatakan permusuhan mereka kepada Tuhan Yang Maha Esa, Maha Pencipta Alam Semesta.

Menurut iman mereka, Iblis atau Lucifer, sebagaimana mereka menyebutnya dengan penuh hormat, telah "diperlakukan dengan tidak adil" dan ia adalah satu-satunya tuhan yang patut disembah. Iblis adalah tuhan mereka.

Iblis, dalam bahasa-bahasa Semit (termasuk bahasa Arab) bererti "pemberontak" iaitu "memberontak kepada Allah", kerana itu kaum Qabalis tidak menyebutnya dengan nama Iblis. Mereka menyebutnya dengan nama Lucifer, yang bererti "pembawa sinar cahaya", juga bererti cahaya, terang, pencerahan dan sebagainya.

Penggunaan kata Iblis dianggap sebagai penghinaan kepada tuhan mereka.

Salah satu tema penting yang berkaitan dengan kepercayaan Kabbalah ialah kekuasaan yang datang dari cahaya, api dan matahari.

Ketiga perkara ini menjadi lambang ajaran penyembahan kepada Iblis, yang dipercayai diciptakan dari api. Segala sesuatu yang berkaitan dengan cahaya, api atau matahari, merupakan lambang Iblis.

Menurut ajaran Kabbalah, manusia tidak memerlukan Allah, bahkan menurut mereka manusia boleh menjadi manusia suci yang setara dengan tuhan.

Mereka menyebut fahaman ini dengan istilah humanisme, bahawa manusia berdaulat untuk mengatur hidupnya sendiri di dunia.

Kaum Qabalis menyebarkan fahaman ini kepada kaum bukan-Qabalis untuk menghancurkan keimanan manusia kepada Allah.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA: 5 Kitab Sihir Yang Pernah Wujud Di DuniaMisteri Kitab Kuno 'Grand Grimoire' Untuk Memanggil Syaitan
sumber: (1) (2)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2022/04/ilmu-kabbalah-sembah-iblis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Amalan Supaya Kita Elak Dari Terkena Gangguan Dan Bisikan Iblis Ustaz Kazim Elias

Amalan Supaya Kita Elak Dari Terkena Gangguan Dan Bisikan Iblis Ustaz Kazim Elias

papar berkaitan - pada 26/4/2022 - jumlah : 175 hits
Amalan Supaya Kita Elak Dari Terkena Gangguan Dan Bisikan Iblis Ustaz Kazim Elias Daripada Abdullah bin Amr r a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda Maksudnya SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT
Duta Khas Ke Emiriah Arab Bersatu Perlu Faham Cakap Yahudi

Duta Khas Ke Emiriah Arab Bersatu Perlu Faham Cakap Yahudi

papar berkaitan - pada 16/4/2022 - jumlah : 127 hits
Antara syarat perjanjian damai tahun 2020 antara Pak Arab dan Israel ialah kebenaran bagi orang Yahudi menjadi penduduk tetap di negara Arab Gulf countries Dalam masa kurang daripada 24 bulan sejak perjanjian Abrahamic Accords itu dimeterai...
Penduduk Yahudi Dilarang Masuk Ke Masjid Al Aqsa Hingga Akhir Ramadan

Penduduk Yahudi Dilarang Masuk Ke Masjid Al Aqsa Hingga Akhir Ramadan

papar berkaitan - pada 22/4/2022 - jumlah : 169 hits
Sebuah kumpulan Yahudi melawat Temple Mount di perkarangan Masjid Al Aqsa Baitulmuqaddis kelmarin AF BAITULMUQADDIS Kerajaan Israel melarang penduduk Yahudi daripada memasuki pekarangan Masjid Al Aqsa sehingga bulan Ramadan berakhir lapor a...
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


What To Expect From A Consultation With A Premier Data Analytics Company

Isteri Nekad Bakar Suami Kaki Judi

Kelantan Pengedar Dadah Menyamar Jadi Pegawai Risik Tentera

Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas