K Jaan Terburu Buru Nak Mansuh Hukuman Mati Bekas Igp


Faisal Asyraf   Bekas ketua polis negara Abdul Rahim Noor mengkritik keputusan pentadbiran Pakatan Harapan untuk memansuhkan hukuman mati sebagai terburu-buru

Abdul Rahim berkata kerajaan perlu menjalankan kajian terperinci dan mendapatkan pandangan orang ramai mengenai hal ini sebelum membuat keputusan.

"Di antara 60 peratus dan 80 peratus orang ramai di luar sana yang berkata hukuman mati perlu dikekalkan," kata Abdul Rahim pada sidang akhbar di Kampung Baru, Kuala Lumpur hari ini.

Pada Disember tahun lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong mengumumkan Rang Undang-Undang untuk memansuhkan hukuman mati mandatori dijangka akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada sidang berikutnya.

Menurut laman web parlimen, sidang Dewan Rakyat selanjutnya dijadualkan berlangsung dari 11 Mac sehingga 11 April tahun ini.

Abdul Rahim berkata Dewan Rakyat perlu mempertimbangkan suara rakyat dan mengekalkan hukuman mati.

"Ia tidak mudah. Barangkali, mudah-mudahan kabinet akan mengubah keputusan awalnya dan mengekalkan hukuman mati," katanya.

Apa jadi pada keluarga mangsa
Menurut Abdul Rahim, sementara beberapa pihak, termasuk Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) menyatakan sokongan terhadap langkah kerajaan untuk memansuhkan hukuman mati, perhatian terhadap keluarga mangsa bunuh kurang diambil berat.

"Ia tak seimbang. Suhakam, Majlis Peguam, NGO seperti Lawyers For Liberty menyokong pemansuhan hukuman mati.

"Apa yang terjadi dengan sokongan kepada keluarga mangsa bunuh? Tiadakah keprihatinan terhadap mereka sebagaimana pihak-pihak lain yang menunjukkan perhatian untuk memansuhkan hukuman mati?

"Jika tiada hukuman mati, maka keluarga ini hanya mampu menangis," katanya.

Abdul Rahim menjelaskan negara maju seperti Rusia, China dan Jepun mengekalkan hukuman mati kerana mereka melihat hukuman tersebut berkesan untuk mencegah jenayah.

"Sementara negara-negara yang memansuhkan hukuman mati melihat kadar jenayah meningkat," katanya tanpa menjelaskan secara lanjut dakwaan ini.

Untuk rekod, di Amerika Syarikat, kadar jenayah pembunuhan di negeri yang tiada hukuman mati lebih rendah berbanding negeri yang melaksanakannya

Bunuh dibalas bunuh
Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Razali Ismail pada November lalu berkata mengekalkan hukuman mati bukanlah penawar terhadap "ketidakadilan peribadi" yang berakibat daripada jenayah pembunuhan.

"Saya fikir dunia menerima pemansuhan hukuman mati dan kami bersama pendirian itu.

"Pasti akan selalu berlaku ketidakadilan peribadi tetapi kami tidak boleh terus dengan prinsip 'bunuh dibalas bunuh' itu," kata Razali ketika diminta mengulas kemarahan awam mengenai laporan seorang bayi berumur sembilan bulan maut selepas dirogol dan didera oleh suami penjaganya.

MP Gelugor Ramkarpal Singh berkata beliau selalu menyokong pemansuhan hukuman mati, namun kes sebegini membangkitkan keperluan budi bicara mahkamah mengenakan hukuman mati terhadap "kes jenayah yang cukup kejam itu."
Ramkarpal menggesa kerajaan mengekalkan hukuman mati bagi "kes-kes tertentu."

Menurutnya, kes ini termasuklah pembunuhan kejam terbaru melibatkan kes rogol dan bunuh bayi berusia sembilan bulan serta satu lagi kes dera kanak-kanak melibatkan mangsa yang berusia tiga tahun, dengan syarat bukti dan keterangan melampaui keraguan yang munasabah.

Pengarah Eksekutif Amnesty International Malaysia (AIM) Shamini Darshni bersetuju dengan pendirian pengerusi Suhakam, berkata hukuman mati tidak akan mencegah jenayah daripada berlaku.

"Kami tidak sama sekali memperkecilkan apa (tragedi) yang terjadi. Tetapi apa yang ingin kami katakan hukuman mati tidak memberi kesan pencegahan jenayah," kata Shamini.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/01/kjaan-terburu-buru-nak-mansuh-hukuman.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Tinggal Bersama Teman Lelaki Isteri Racun Suami Sampai Mati

Nak Tinggal Bersama Teman Lelaki Isteri Racun Suami Sampai Mati

papar berkaitan - pada 8/1/2019 - jumlah : 644 hits
Nak tinggal bersama teman lelaki isteri racun suami sampai matiSeorang lelaki berusia 45 tahun maut selepas minum minuman bercampur dengan racun yang diberi oleh isterinya dalam kejadian 16 Disember lalu lapor Tribun News Dalam kejadian di ...
Bekas Calon Ahli Jawatankuasa Amk Mati Di Tetak Tiga Lelaki

Bekas Calon Ahli Jawatankuasa Amk Mati Di Tetak Tiga Lelaki

papar berkaitan - pada 8/1/2019 - jumlah : 530 hits
SHAH ALAM Seorang bekas calon Ahli Jawatankuasa Angkatan Muda Keadilan daerah ini maut selepas ditetak dengan parang oleh tiga lelaki dalam kejadian di tingkat bawah Flat PKNS Jalan Plumbum Seksyen 7 di sini petang semalam Dalam kejadian pu...
Pn Tangerang Vonis Hukuman Mati Bandar 103 Kilogram Ganja

Pn Tangerang Vonis Hukuman Mati Bandar 103 Kilogram Ganja

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 237 hits
Ketua Majelis Hakim Lebanus Sinurat dalam pembacaan putusannya menyatakan terdakwa Gunawan alias Botak terbukti melakukan tindak pidana peredaran narkotika sesuai pasal 114 ayat 2 juncto pasal 132 ayat 1 Undang undang pidana narkotika nomor...
Bapa Goncang Anak Sampai Mati Ibu Merayu Hukuman Penjara Dipanjangkan

Bapa Goncang Anak Sampai Mati Ibu Merayu Hukuman Penjara Dipanjangkan

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 493 hits
SELEPAS dua tahun berlalu seorang ibu akhirnya berkongsi foto anaknya yang meninggal secara tragis Menerusi foto itu Ruben Sweet Harris enam bulan terbaring di hospital sambil memegang permainan kegemarannya Foto itu dirakam beberapa jam se...
2 Kanak2 Dibunuh Ketika Tidur Jika Hukuman Mati Dimansuhkan Apakah Kematian Mereka Terbela

2 Kanak2 Dibunuh Ketika Tidur Jika Hukuman Mati Dimansuhkan Apakah Kematian Mereka Terbela

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 445 hits
Anak hang dah selamat mandi darah Itu jeritan terakhir didengar seorang ibu Noorhasyelawati Yusoff 37 tahun selepas suspek memasuki rumahnya dan mengelar dua anaknya yang sedang tidur di dalam bilik di Kampung Tengah Jalan Kuala Sungai Yan ...
Didakwa Bunuh Majikan Tki Pria Terancam Hukuman Mati Di Malaysia

Didakwa Bunuh Majikan Tki Pria Terancam Hukuman Mati Di Malaysia

papar berkaitan - pada 6/1/2019 - jumlah : 354 hits
Tenaga Kerja Indonesia asal Pematangsiantar Sumatera Utara Jonathan Sihotang kembali menjalani sidang di Mahkamah Majistret akhir Desember 2018 Pria 31 tahun itu dituduh membunuh majikannya
Sidang Perdana 5 Terdakwa Pembunuh Khashoggi Dituntut Hukuman Mati

Sidang Perdana 5 Terdakwa Pembunuh Khashoggi Dituntut Hukuman Mati

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 242 hits
Perkara pembunuhan jurnalis Jamal Khashoggi memasuki sidang perdana di Arab Saudi Di persidangan perdana ini sebanyak 11 terdakwa disidang dan lima di antaranya dituntut hukuman mati
Kanada Menunggu Keputusan Pilihan Raya Tinjauan Usd Cad

Wall Street Memastikan Rumah Putih Tetap Terkawal

Apa Agenda Mereka Mengapa Ktm Perlu Ditukar Tetapi Nama Penjajah Kekal Mekar

From Stress To Success Ptti Rewards Spm Legends In Style

Perkasakan Ekonomi Melayu Harus Jdi Keutgamaan Bermula Dengan Langkah Apertama

Develop A Scalable Business Model

Aktiviti Majlis Sambutan Aidilfitri Meriah Raya Span Ppim 21 04 2025

Terkini Syarat Baharu Masuk Ke Thailand


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Techcrunch Mobility Slate S New Ev Truck And Tesla S Competing Realities Revealed

Dua Lelaki Dikenakan Denda Kerana Mengganggu Ketenteraman Awam Di Festival Songkran Bandar Utama Mall

Dua Pemimpin Pas Campur Tangan Pru2025 Singapura

Terus Melangkah Uk Setuju Bantu Malaysia Dalam Teknologi Dan Inovasi Baharu Fadillah

9 Tips Mudah Kurangkan Resdung

World Bank Forecasts 3 9 Growth For Malaysia