K Jaan Ph Dikuasai Dap Lupa Bela Graduan Lepas Bergaji Menggunung Gamis
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) menyifatkan pengumuman berhubung potongan gaji secara automatik bagi peminjam PTPTN dalam Belanjawan 2019 sebagai “mengejutkan” dan membebankan golongan yang berpendapatan rendah.
“Ini adalah polisi yang sangat membebankan anak muda khususnya buat mereka graduan muda yang terpaksa ikat perut untuk membina kehidupan secara berdikari selepas mereka menamatkan pengajian mereka,” kata presidennya, Muhammad Faizzuddin Mohd Zai dalam kenyataan media hari ini.Persatuan mahasiswa itu juga menyifatkan kerajaan PH “seolah-olah melupakan” tujuan perjuangan untuk membela golongan graduan dan rakyat berpendapatan rendah.“Kos sara hidup yang tinggi, nilai mata wang Malaysia yang rendah, dan peluang pekerjaan tenaga mahir yang rendah dan pendapatan (gaji) yang rendah bagi graduan baru adalah beban sedia ada yang terpaksa dihadapi oleh anak muda Malaysia hari ini.“Kerajaan PH seolah-olah telah melupakan tujuan perjuangan mereka untuk membela nasib golongan graduan dan golongan berpendapatan rendah apabila sudah menikmati gaji-gaji yang menggunung selepas menjadi menteri di dalam kerajaan Malaysia,” katanya.Kenyataan itu dibuat sebagai merujuk pengumuman dalam Belanjawa 2019 bagi pembayaran balik hutang PTPTN dengan cara potongan gaji berjadual antara 2 peratus hingga 15 peratus daripada pendapatan bulanan peminjam.Dalam ucapan pembentangannya, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata pembayaran balik itu terpakai kepada peminjam berpendapatan melebihi RM1,000 sebulan.Untuk rekod, dalam manifesto pilihan raya umum (PRU) ke-14 sebelum ini, antara janji PH adalah menangguhkan pembayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua peminjam yang mendapat gaji kurang dari RM4,000 sebulan.Sementara itu, Faizuddin berkata pendekatan yang mahu diambil kerajaan itu akan menyebabkan lebih ramai keluarga yang berpendapatan rendah takut untuk menghantar anak mereka ke pengajian yang lebih tinggi.“Kerajaan sepatutnya menyediakan satu mekanisme yang tuntas untuk membantu rakyat keseluruhan sama ada mereka miskin atau kaya untuk mendapat pendidikan tanpa yang ada yang didiskriminasi selaras dengan perlembagaan Malaysia Perkara 12.“Kami mahasiswa konsisten mengatakan bahawa kerajaan wajib membantu rakyat untuk menikmati pelajaran bermula daripada pengajian rendah hinggalah ke pengajian yang tertinggi,” katanya.http://pakdin.my/tag/ptptn
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ibnuhasyim.com/2018/11/kjaan-ph-dikuasai-dap-lupa-bela-graduan.html