K Jaan Diancam Dari Dalam



Penguasaan DAP dalam k’jaan satu ancaman

BARU beberapa minggu lepas lanjutan isu peletakkan jawatan ‘terpaksa’ Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah mendedahkan bahawa apa yang berlaku sebenarnya adalah asakan pihak DAP untuk menguasai kerajaan.

Plihan Raya Umum ke 14, Mei 2018 lalu telah menyaksikan terbentuknya kerajaan baru Pakatan Harapan yang didukung oleh DAP (42), PKR (49), BERSATU (12) dan PAN (10) selain WARISAN (8) apabila pada malam berkenaan mereka menguasai kerajaan.
Pada malam berkenaan dalam penyusunan dan percaturan kuasa sehingga terbentuknya Kerajaan PH di Putrajaya selain beberapa buah negeri lain kecuali Perlis, Pahang, Kelantan dan Terengganu, ternyata DAP cukup gagah dan dominan.

Kuasa politik Melayu buat pertama kali menguncup dan mengecil apabila ianya berpecah tiga hasil dari persaingan sesama sendiri sedangkan para pengundi bukan Melayu ‘solid’ menyokong PH dan telah memberikan DAP kemenangan terbesar buatnya dalam sejarah.

Di beberapa buah negeri, DAP cukup dominan sehingga jika mereka menarik diri dari mana-mana Kerajaan Negeri, Kerajaan Negeri tadi boleh jatuh contohnya di Perak (DAP 18 kerusi), Negeri Sembilan (DAP 11 kerusi), Melaka (DAP 8 kerusi), Johor DAP (14 kerusi). Malah DAP boleh sahaja menuntut jawatan Menteri Besar atau Ketua Menteri di negeri-negeri ini tetapi beralah kerana mematuhi janji dalam PH.

Hakikatnya penguasaan DAP dalam kerajaan ini telah mengisi kelompongan kuasa politik Melayu yang berpecah-pecah dan ia tidak boleh dinafikan dan dengan kekuatan politik yang ada pada mereka, mereka mula membuat desakan dan tuntutan yang sebahagiannya pasti menyinggung perasaan dan kepentingan orang-orang Melayu yang selama ini memegang tonggak kuasa.

Malah Perdana Menteri Tun Dr Mahathir sendiri pernah mengakui kelesuan kuasa politik Melayu ini apabila beliau pernah mempelawa wakil-wakil rakyat Umno menyertai partinya demi memperkukuhkan kembali kekuatan kuasa politik Melayu.

Tanpa kekuatan kuasa politik Melayu, Malaysia sedang menuju suatu haluan yang baru, yang tidak lagi meletakkan kepentingan dan agenda Melayu Islam sebagai keutamaan, tetapi yang muncul lantaran dominannya DAP dalam kerajaan adalah pendekatan yang lebih Liberal, perjuangan hak kesaksamaan buat semua dengan kepentingan golongan minoriti dijaga dan dipelihara.

Demikianlah sifirnya apabila kuasa politik bukan Melayu lebih dominan akibat berpecahnya kuasa politik Melayu tadi, maka jadilah kelompok minoriti menentu dan memutuskan nasib dan masa depan golongan majoriti.

Apabila ada desakan untuk menulis semula sejarah kemerdekaan negara. Kononnya Parti Komunis Malaya (PKM) yang pernah mengganas satu negara dahulu merupakan sebahagian dari pejuang kemerdekaan, maka akur dan tunduklah kita kerana itu kemahuan mereka yang hari ini memegang kuasa sedangkan kita tidak.

Ketika abu mayat ketua pengganas Chin Peng diseludup masuk lalu ditaburkan di bumi bertuah ini yang tidak pernah memberi tempat pada beliau yang jahat dan anti nasional itu dahulu, semua diam menyepi. Sehingga hari ini tiada tindakan diambil, kerana apa? Kerana kita sudah gadaikan kuasa kita pada puak minoriti dan termakan janji-janji palsu mereka.

Malaysia Baru ini sesungguhnya adalah Malaysia impian DAP. Puluhan tahun mereka duduk di kerusi pembangkang, hari ini atas keterlanjuran orang-orang Melayu membuat pilihan, mereka yang mewakili kelompok kecil boleh naik ke atas memegang tampuk kuasa dan menentukan nasib dan masa depan negara ikut acuan mereka.

Apa nak dimarahkan jika dalam isu hiasan tanglung yang keterlaluan di sebuah sekolah Menengah di Puchong, walau pihak PIBG dan pentadbiran sekolah menurunkan, tetapi kerana kuasa di tangan DAP, sebahagian Menteri dan EXCO dikerahkan turun padang menaikkan kembali hiasan yang diturunkan kerana akur pada desakan DAP.

Begitu juga dalam hal tulisan Jawi. Ianya boleh diterima dan diraikan oleh mereka yang rasional dan bertoleransi dari pelbagai kaum, tetapi bagi sesetengan NGO yang didukung DAP menganggap kononnya ia sebahagian usaha ‘Islamisasi’ lalu bertempeklah si kaduk yang telah bertakhta atas junjung menentang, yang ramai di bawah sekadar menyaksi mengurut dada.

Kini bersuara kembali kumpulan NGO G25 yang ahli-ahlinya sarat dengan pemikiran Sekular dan Liberal. Mereka mempromosi pemikiran yang merosakkan aqidah, syariat dan akhlak umat Islam.

Mereka mempertikaikan kewujudan JAKIM dan mereka perlekeh undang-undang berkenaan murtad dan Undang-undang Syariah yang lain. Mereka tidak mewakili suara majoriti umat Melayu Islam akan tetapi kerana idea dan pemikiran mereka konsisten dengan kerajaan terutama DAP, maka mereka mendapat tempat.

Begitulah ancaman dominasi DAP dalam kerajaan yang tidak terhad pada apa yang disenaraikan tetapi lebih luas dan semakin meluas.

Mereka sesungguhnya punya kekuatan yang besar dalam kerajaan, dan kini dengan berpecahnya PKR kepada kelompok Anwar dan Azmin, DAP menjadi parti paling kuat dalam kerajaan dan tidak mustahil mereka akan terus menuntut dan mendesak pelaksanaan agenda perjuangan mereka atas alasan itu kemahuan para pengundi yang memberi kuasa pada mereka dan PH.

Ancaman ini perlu diberi perhatian oleh umat Melayu Islam kerana asakan DAP ini lebih tertumpu pada memenuhi tuntutan kelompok yang mengundi memenangkan mereka.

Menjayakan tuntutan itu bermakna segala ‘status quo’ kepunyaan umat Melayu Islam sebelum ini akan sedikit demi sedikit terhakis dan dihakis.

Kerana itu PH perlu sedar bahawa umat Melayu Islam kini sesungguhnya semakin bosan dan menjauhi mereka bukan sahaja kerana kegagalan mereka memenuhi janji-janji pilihan raya tetapi kerana DAP merupakan rakan kongsi terbesar mereka.

DAP semakin dicurigai umat Melayu Islam dan ramai semakin sedar jika dibiarkan PH terus berkuasa maka yang paling terjejas dan menghadapi ancaman besar adalah umat Melayu Islam sendiri.

Hari ini yang meniti di benak pemikiran rakyat Malaysia khususnya umat Melayu Islam, bukannya bila akan berlaku proses peralihan kuasa antara Tun dan Anwar, kerana itu tidak menfarik minta mereka. Yang lebih mereka tunggu-tunggu adalah bila kerajaan ini boleh ditamatkan perkhidmatannya kerana rakyat sudah tidak sabar dan mahu melihat kerajaan yang baru naik sebagai teraju.

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR 
– HARAKAHDAILY 16/1/2020

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2020/01/kjaan-diancam-dari-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ph Nak Tukar Pm Rakyat Nak Tukar K Jaan

Ph Nak Tukar Pm Rakyat Nak Tukar K Jaan

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 372 hits
ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR TERDAHULU Rafizi mengatakan dia tidak berniat kembali aktif dalam politik selepas dibebaskan daripada hukuman penjara 30 bulan atas kesalahan mendedahkan data bank berkaitan National Feedlot Corporation 15 November...
Derita Bangsal Buruk Ini Juga Tanggungjawab Ph Jangan Salahkan K Jaan Lama Lagi

Derita Bangsal Buruk Ini Juga Tanggungjawab Ph Jangan Salahkan K Jaan Lama Lagi

papar berkaitan - pada 12/1/2020 - jumlah : 416 hits
TIADA siapa menyangka bangsal buruk yang terletak jauh di dalam hutan di Kampung Bahagia di sini dihuni empat beranak Bangsal yang berlantaikan tanah di bahagian dapur dinding dan lantai berlubang serta bumbung banyak yang bocor dianggap is...
3 Perawat Ini Diancam Dipecat Karena Bercanda Soal Virus Corona

3 Perawat Ini Diancam Dipecat Karena Bercanda Soal Virus Corona

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 298 hits
Senyumperawat com Sebanyak tiga perawat di Rumah Sakit Umum Daerah Tarakan diajukan ke Komite The post appeared first on
Malaysia Diancam Serangan Wabak Coronavirus Ncov

Malaysia Diancam Serangan Wabak Coronavirus Ncov

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 716 hits
Semalam Langkawi mencatatkan telah menerima beberapa charter flight mendarat direct dari Nanjing ke Langkawi International Aiport Manakala beratus2 lagi flight dari China akan mendarat di Langkawi Penang KLIA Melaka JB Sabah dan Sarawak sem...
Hanya Ada Di Australia 3 Spesis Haiwan Ini Diancam Kepupusan Jadi Mangsa Kebakaran

Hanya Ada Di Australia 3 Spesis Haiwan Ini Diancam Kepupusan Jadi Mangsa Kebakaran

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 857 hits
Pakar ekologi di Australia percaya lebih satu bilion haiwan terkorban dalam kebakaran belukar di negara itu sejak September lalu Kebakaran melibatkan 25 juta ekar kawasan itu dilaporkan telah menjejaskan habitat dan mengancam pelbagai spesi...
Erick Thohir Ngaku Sering Diancam Setelah Kasus Jiwasraya Dan Asabri Mencuat

Erick Thohir Ngaku Sering Diancam Setelah Kasus Jiwasraya Dan Asabri Mencuat

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 198 hits
Ketika ditanya bentuk ancaman dan teror yang didapat Erick tidak menerangkan detailnya
Rumah Rakit Makin Uzur Pun Bukan T Jawab K Jaan Ph

Rumah Rakit Makin Uzur Pun Bukan T Jawab K Jaan Ph

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 188 hits
RUMAH rakit yang didiami Zalina bersama keluarga di tepi Sungai Kelantan dekat Tangga Krai FOTO Zaman Huri IsaSatu daripada tiga rumah rakit itu didiami Zalina Abdul Aziz 41 bersama suaminya Rosdi Che Mat 43 dan dua anak mereka yang berusia...
Kisah Rakyat Kerdil Ditipu K Jaan Awas Jangan Salah Tukar

Kisah Rakyat Kerdil Ditipu K Jaan Awas Jangan Salah Tukar

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 614 hits
17 tahun menunggu hak dikembalikan KISAH panjang seorang rakyat marhaen dari Kampung Bukit Tanah Jabi untuk mendapatkan hak milik atas sebidang tanah pusaka peninggalan arwah ayah yang telah diusahakan sejak berpuluh tahun yang lalu Kelulus...
Spekulasi Sertai K Jaan Pas Belum Terima Apa Apa Tawaran Kata Takiyuddin

Spekulasi Sertai K Jaan Pas Belum Terima Apa Apa Tawaran Kata Takiyuddin

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 318 hits
Setakat ini kita belum terima apa apa dari kerajaan Bila bercakap soal kerajaan pusat maknanya kerajaan PH bukan PM seorang kata setiausaha agung PAS
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord