Juwairiya Kalah Dalam Menang


ULASAN
Juwairiya ketika hair di
hard perarakan calon.DALAM pilihan raya di enam buah negeri lalu banyak hal yang mengejutkan berlaku. Terjadi di luar kotak fikiran banyak pemerhati politik. Antaranya ialah kekalahan calon-calon yang dijangka menang mudah dan kemenangan lawannya yang tidak terduga. 
Kalau berdasarkan pola pengundian sebelum ini mengambil kira keputusan pilihan raya ke-14 sesetengah penyandang dikira akan menang dengan mudah. Penggabungan atau kerjasama politik membentuk suasana baru memberi advantege kepada satu pihak menyebabkan pihak lain pula akan menangis tanpa lagu. 
Seperti bergabungnya PH dengan Umno (BN) dalam congakan di atas kertas ia menguntungkan PH dan BN. Jika pertandingan tiga penjuru seperti pilihan raya ke-14 menyebabkan berlaku pecahan undi namun tidak lagi dałam pilihan raya kali ini.
Calon-calon parti yang bergabung sudah pasti akan menjuarai pertandingan baik di kawasan separuh bandar mahupun di kawasan luar bandar. Berdasarkan perolehan undi oleh PH dan BN ketika mereka bertanding tiga penjuru dengan PN, ia akan memberi kelabaan kepada gabungan itu. Nisbahnya 2: 1.
Namun anggapan itu meleset, penggabungan atau kerjasama politik itu tidak memberi keuntugan kepada PH dan BN semasa pilihan raya 12 Ogos lepas sebaliknya memberi kelabaan berganda kepada PN yakni kerjasama di antara Bersatu dengan Pas.
Hakikat tidak seperti diramalkan, inilah keunikan dan keanehan demokrasi. Alih-alih calon yang diperkirakan akan tewas menjadi pemenang. Saya tidak mahu membawa anda meninjau jauh ke seluruh kawasan, tetapi saya menumpukan ke kawasan N18 Dewan Undangan Hulu Kelang yang bersebelahan kediaman saya dan jauh sedikit kawasan N17 DUN Gombak Setia.

Kalah bukan penamat perjangan.Kerjasama diantara PH dengan BN diperkirakan memberi kemenangan mudah kepada calon BN dan PH diked-dua kerusi itu berdasarkan jumlah undi diperolehi kedua-dua parti dalam pilihan tahun 2014. 
Di Hulu Kelang berlaku perlawanan satu lawan satu di antara Azmin Ali dengan Juwariya Zulkifli,
pertembungan itu boleh dianggap di antara bos dengan kuli (anak buah). Juwairiya merupakan Naib Ketua Wanita Keadilan bertembung dengan Azmin bekas timbalan presiden Kadilan yang kini melarikan diri dan mencari ruang dalam Bersatu. 
Juwairiya bekas Adun Bukit Melawati sepenggal, manakala Azmin bekas Adun Bukit Antarabangasa dan ahli parlimen Gombak dua penggal. Dalam pilihan raya umum lalu Azmin kalah di kerusi parlimen Gombak ditangan Amiruddin Shari yang juga MB dan bekas anak buahnya. Kerusi itu dipegang Azmin dua penggal. 
Beza pengalaman dan satus diantara keduanya agak jauh dan luas jurangnya. Logiknya Juwairiya bukan lawan setanding dengan Azmin. Bukan sahaja kerana genda, tetapi juga bila diukur dari segi pengalaman politik. Juwairiya boleh dianggap adik kalau pun tidak anak kepada Azmin.
Justeru pertandingan itu dramatik sekali semacam sengaja mahu membunuh kerjaya Juwairiya di Hulu Kelang. Juwairiya tidak pernah terfikir yang dia akan dibawa ke Hulu Kelang apa lagi untuk berhadapan dengan Azmin Ali yang bermukim di Bukit Antarabangsa. Sebagai sang setia parti, Juwairiya tidak membantah perpindahan beliau dari Bukit Melawati ke Hulu Kelang di saat ahir. Beliau akur penuh rela sebagai pimpinan bawahan.  
Perubahan disaat akhir itu adalah strategi PH untuk jamin kerusi Hulu Kelang kekal ditangan PH. Mungkin dalam hisab parti Juwairiya paling sesuai untuk berhadapan dengan Azmin. Mulanya calon yang disebut akan mempertahankan kerusi DUN 18 itu adalah Anfal Saari, yakni anak bekas Adun Hulu Kelang dua penggal Saari Sungip. Barang kali PH mengira Ketua Awan Amanah itu tidak mampu untuk berhadapan dengan Azmin maka Juwairiya dipertaruhkan. 
Memanglah perkiraan di atas kertas Juwairiya boleh menang di kerusi berkenaan dengan senang apabila mengambil kira jumlah undi yang berpihak kepada PH menerusi Saari Sungip sebelum ini. Dalam pilihan raya ke-14 Saari mengutip 25,746 menang dengan majoriti 14,808 mengalahkan calon BN Ismail Ahmad yang memperolehi 10,938 undi dan Kamaluhisyam Mohd Suhut daripada yang mendapat 7,573.
Dengan mencampurkan undi PH dan BN, Juwairya akan mengutip paling sedikit 30,000 undi manakala calon PN (Pas dan Bersatu) paling bank 10,000 undi. Atau pun kalau separuh undi BN lari ke PN, Azmin baru memperolehi kira-kira sekitar 15,000 undi.
Namun apa yang berlaku sebaliknya, Juwariya kalah dalam pilihan 12 Ogos dengan 2,373 undi apabila Azmin meráih 25,579 sementara Juwairiya 23,987. Ini bermakan Juwairiya gagal mendapat undi dari BN dan juga gagal untuk mendapat undi penuh diperolehi Saari tahun 2014. 
Apa yang boleh disimpulkan disini kerjasama PH dengen BN tidak berkesan dan berlaku seperti diharapkan. Dengan mengandaikan kira-kira 70 peratus undi BN yang keluar tidak sampai 20 peratus yang mengundi Juwairiya. Kenapa?
Tentu ada sebab-sebab tertentu yang membawa kepada kenapa berlaku kecelakaan demikian, jelasnya penyokong BN tidak menyokong Juwairiya. Kalau semua penyokong BN yang keluar mengundi than 2014 menyokong Juwairiya sudah pasti beliau akan rain undi hingga 30,000. Apakah kekurangan itu disebabkan jumlah keluar  mengundi rendah? Kalau benar begitu kenapa? 
Apa dialami Juwairya itu sama dengan nasib dialami calon-calon PH dan BN di negeri-negeri lain. Masing-masing kalah mengejut apabila mereka gagal mendapat undi asal Umno. Bahawa ada berlaku pelarian undi BN kepada BN. Dalam pada itu juga mungkin berlaku sabotaj sesama sendiri. Biasa. 
Perkara ini sudah dibuat bedah siasatan. Antaran yang dikenali ialah kerjasama BN-PH tidak sampai ke peringkat akar umbi. Tempo masa penggabungan di antara BN dan PH tidak sempat dijelaskan kepada penyokong bawahan ditambah pula tengan serangan pihak PN sungguh hebat. Aparat BN dań PH gagal memberi penjelasan kępada pengundi bawahan menyebabkan ada yang keliru dan terpana-pana dengan perkembangan baru politik.
Selain itu apa dihadapi Juwairiya tidak ada kerjasama mantap dari kalangan PH sendiri khabarnya parti Amanah tidak pembantu Juwairiya. Sepanjang kempen 11 hari bekas Adun Saari Sungip tidak turun pembantu Juwairiya mungkin sibuk kepada membantu kempen anaknya di Tempelar atau alasan keuzuran. Anehnya semasa pengumuman calon anaknya beliau nampak mengagahkan diri berada atas well chair. Kealpaan Saari ini sedikit sebanyak membawa kesan buruk buat keresi Hulu Kelang.
Projek yang gagal atau tergendala bertahun dierahnya tidak dijelaskan dengan baik dan menyakinkan. Kelemahan dan sisa sisa kegagalan Saari ini terpaksa dipikul oleh Juwairiya.
Tanpa ada kerjasama Saari ini sedikit sebanyak memberi kesan buruk kepada Juwairiya. Boleh jadi ada dalam kalangan Amanah tidak sedia menerima Juwairiya bertanding di Hulu Kelang kerana mereka mengira kerusi itu adalah hak Amanah. Perkara ini seperti sengaja tidak dijelaskan bagi kefahaman penyokong dan ahli Amanah.
Bagaimana pun kekalahan tipis Juwairya itu adalah takdir dan nasib yang ada hikmahnya tersendiri. Yang nyatanya Azmin Ali tidak gembira dengen kemenangan itu. Dengan meraih majoriti 2,373 ia adalah terlalu rendah buat Azmin sebagai seorang tokor utama dalam PN dan digelar sebagai si Kotol oleh Anwar. 
Sepatunya paling busuk Azmin perlu raih lebih 10,000 undi majoriti baru setara dengan kedudukan dań ketokohannya. Kalau lawan dengan anak buahnya pun beliau gagal mendapat majoriti tinggi mungkin kalau beliau diadukan dengan mana-mana pemimpin lelaki lain dari Keadilan Azmin boleh tertumus.   
Justeru apa dialami Juwairya itu bolehlah disifatkan kalah dalam kemenangan. Kalah kerana tidak mendapat undi melebihi Azmin terapi menang kerana menyamai peratus undi diperolehi Azmin. 
Hikmahnya dari perpindahan Juwairiya ke Hulu Kelang itu membolehkan selepas ini beliau membina kekuatan politik dan menjadikan Hulu Kelang sebagai pengkalannya. Azmin jangan seronok sangat  dengan kemenangan tipis itu, empat tahun lagi Juwairya kembali mencabar kedudukannya dengan lebih yakin, padu dan bersemangat lagi. [wm.kl. 12:26 pm. 29/08/2023]




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2023/08/juwairiya-kalah-dalam-menang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tips Ampuh Menang Main Slot Gacor Hari Ini

Tips Ampuh Menang Main Slot Gacor Hari Ini

papar berkaitan - pada 26/8/2023 - jumlah : 165 hits
Tips Ampuh Menang Main Slot Gacor Hari Ini Halo para pecinta judi online Apakah Anda ingin menang dalam permainan slot online gacor hari ini Jika iya artikel ini akan memberikan Anda tips ampuh untuk mencapai kemenangan yang Anda impikan Sl...
Strategi Ampuh Cara Menang Main Poker Online Di Indonesia

Strategi Ampuh Cara Menang Main Poker Online Di Indonesia

papar berkaitan - pada 25/8/2023 - jumlah : 192 hits
Strategi Ampuh Cara Menang Main Poker Online di Indonesia Halo para pecinta poker online di Indonesia Apa kabar kalian hari ini Jika kalian adalah pemain poker online yang sedang mencari strategi ampuh untuk menang artikel ini cocok untuk k...
Rahasia Menang Togel Taiwan Yang Harus Anda Ketahui

Rahasia Menang Togel Taiwan Yang Harus Anda Ketahui

papar berkaitan - pada 25/8/2023 - jumlah : 200 hits
Rahasia Menang Togel Taiwan yang Harus Anda Ketahui Apakah Anda penggemar togel Taiwan Jika iya maka Anda pasti ingin mengetahui rahasia menang togel Taiwan yang sering kali sulit dipahami Jangan khawatir karena dalam artikel ini saya akan ...
Menang Di Prk Pulai Kemenangan Politik Moderat

Menang Di Prk Pulai Kemenangan Politik Moderat

papar berkaitan - pada 28/8/2023 - jumlah : 261 hits
Pengundi pada Pilihan Raya Kecil P161 Pulai diseru untuk melaksanakan tanggungjawab membuang undi pada 9 September ini Pengalaman buruk di Pilihan Raya Negeri negeri yang dipertahankan Pakatan Harapan baru baru ini apabila faktor keluar ber...
Pas Nak Menang Dengan Cara Berbohong

Pas Nak Menang Dengan Cara Berbohong

papar berkaitan - pada 30/8/2023 - jumlah : 181 hits
Pada hari yang sama video itu tular calon PAS yang mewakili Perikatan Nasional untuk Dewan Undangan Negeri Simpang Jeram Dr Mohd Mazri Yahya dipetik media sebagai berkata salah satu fokusnya ialah memecahkan tembok permusuhan yang dibawa DA...
Liar Menang Perak Di Contentasia Awards Ke 4

Liar Menang Perak Di Contentasia Awards Ke 4

papar berkaitan - pada 29/8/2023 - jumlah : 209 hits
Karya karya terbitan Astro telah merangkul lima anugerah di ContentAsia Awards ke 4 bertempat di Bangkok pada Khamis yang lalu Astro menang dua anugerah perak dan tiga gangsa menerusi kandungan premiumnya Kejayaan itu membuktikan Astro ungg...
Ini Kisah Ahmad Samerin Yang Menang Rm1 Juta Dalam Pertandingan Jutaria Yang Real

Ini Kisah Ahmad Samerin Yang Menang Rm1 Juta Dalam Pertandingan Jutaria Yang Real

papar berkaitan - pada 29/8/2023 - jumlah : 247 hits
Buat kita yang membesar lewat 90 an Jutaria adalah antara permainan yang sering dimainkan untuk menghabiskan masa lapang Tambah pula waktu zaman itu mana ada Facebook Twitter atau YouTube Namun tahukah anda sebenarnya Jutaria pernah hadir d...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Cat888 1 2024

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025

10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun