Jutaan Pengguna Whatsapp Berubah Ke Aplikasi Lain


 
WhatsApp mengemas kini polisi yang memaksa penggunanya berkongsi maklumat dengan Facebook.LONDON: Jutaan pengguna WhatsApp mengambil langkah drastik mengabaikan aplikasi berkenaan menjelang kemas kini polisi privasi yang bakal memaksa mereka berkongsi maklumat dengan Facebook.
Kemas kini itu berkuat kuasa 8 Feb, menjejaskan pengguna WhatsApp di semua negara di luar Eropah dan UK, di mana sedia wujud undang-undang perlindungan maklumat ketat.
Pengguna di rantau terbabit akan diwajibkan memberi izin kepada Facebook untuk mengakses maklumat mereka, termasuk nombor telefon dan maklumat mengenai bagaimana mereka berinteraksi dengan orang lain sebelum boleh terus menggunakan aplikasi berkenaan.
Syarat itu terpakai tanpa mengira sama ada pengguna WhatsApp terbabit mempunyai akaun Facebook atau tidak.
Berita ini menyebabkan ramai pengguna ‘melompat’ ke aplikasi saingan lain, lapor Sensor Tower.
Ketika perubahan polisi itu diumumkan pada 7 Jan, Telegram menunjukkan hampir 1.7 juta muat turun, manakala Signal 1.2 juta muat turun, berbanding WhatsApp yang lazimnya mendominasi cuma menunjukkan 1.3 juta muat turun.
Pemasangan WhatsApp juga jatuh kira-kira 13% kepada 10.3 juta muat turun pada tujuh hari pertama Januari, berbanding tujuh hari sebelumnya.
Minggu lalu, WhatsApp pertama kali memaklumkan penggunanya mengenai perubahan privasi dalam satu makluman.
Menurut polisi itu: “Sebagai sebahagian daripada syarikat Facebook, WhatsApp menerima maklumat dan berkongsi maklumat dengan syarikat Facebook yang lain.
“Kami mungkin menggunakan maklumat yang diterima daripada mereka, dan mereka mungkin menggunakan maklumat yang dikongsikan itu untuk membantu menjalankan operasi dan memasarkan perkhidmatan kami dan produk syarikat Facebook,” ujarnya.
Secara dasarnya, Facebook kini boleh mengakses maklumat akaun termasuk nombor telefon, maklumat mengenai bagaimana anda berinteraksi dengan pengguna lain, dan rekod berapa kerap serta berapa lama anda menggunakan WhatsApp.
Maklumat lain yang boleh dikongsi dengan Facebook termasuk alamat IP, maklumat berhubung butiran pelayar, bahasa dan zon masa.
WhatsApp dibeli oleh Facebook pada 2014, dan telah berkongsi maklumat dengan syarikat induknya itu sejak 2016.
Bagaimanapun, sebelum ini pengguna boleh memilih untuk tidak berkongsi maklumat peribadi dengan Facebook tetapi kini sebaliknya, jika pengguna mahu terus menggunakan khidmat WhatsApp di luar Eropah.
Ramai pengguna WhatsApp yang berang menyuarakan rasa tidak puas hati di Twitter dengan mengatakan tidak akan lagi menggunakan aplikasi itu, susulan polisi baru berkenaan.
Seorang daripadanya berkata, “Saya baru saja memadamkan WhatsApps dan Instagram daripada telefon saya kerana terma dan syarat barunya menakutkan saya.”
Seorang lagi pengguna menyuarakan perkara sama dengan berkata, “Saya memadam WhatsApp minggu lalu. Memang saya kehilangan beberapa rakan dan itu agak teruk, tetapi saya melihat Facebook sebagai satu perusahaan jenayah; saya tidak mampu memberikan mereka akses terhadap maklumat saya.”
“Saya memadam WhatsAppa hari ini. Saya menggunakan Signal dan menganggapnya hebat. Harap-harap anda semua mengikut saya ke situ!” kata seorang lagi pengguna.
Menurut App Annie, kedudukan WhatsApp di United Kingdom (UK) dan Amerka Syarikat (AS) merudum susulan berita itu.
Di AS, WhatsApp kini di nombor 38 dalam carta muat turun, dan nombor 10 di UK iaitu jauh kurang daripada biasa.
Sebaliknya, Signal dan Telegram semakin meningkat kedudukannya, masing-masing pada nombor satu dan 13 dalam carta muat turun UK.
Jake Moore, Pakar Keselamatan Siber di ESET berkata, bukan sesuatu yang mengejutkan apabila ramai pengguna memadamkan WhatsAppa susulan kemas kini polisi privasi itu.
“Makluman bahawa aplikasi itu tidak boleh digunakan melainkan anda bersetuju (dengan syarat) mungkin bukan cara terbaik kerana membuatkan orang ramai rasa dipaksa memberikan maklumat peribadi mereka.
“Kita mungkin juga melihat orang ramai beralih daripada aplikasi ini kepada yang lebih memfokuskan privasi dan melindungi maklumat kita dengan lebih terperinci.
“Adalah amat penting bahawa pengguna lakukan apa saja yang termampu untuk melindungi maklumat peribadi, dan mesti menyedari betapa bahayanya jika ia jatuh ke tangan pihak yang tidak bertanggungjawab,” ujarnya.
Apakah kesan perubahan polisi ini untuk anda?
Bermula 8 Feb, WhatsApp akan mengongsikan maklumat pengguna dengan syarikat induknya, Facebook.
Walaupun WhatsApp akan berkongsi data dengan Facebook, perlu diingat bahawa WhatsApp adalah sulit dan Facebook tidak akan dapat melihat kandungan mesej anda.
Bagaimanapun, ia dapat melihat siapa yang menerima pesanan anda, selain kekerapan bertukar-tukar mesej.
Jika menggunakan WhatsAppa, anda sepatutnya menerima pemberitahuan menjelaskan perubahan itu.
Pemberitahuan itu menggariskan ciri perkongsian maklumat baru selain menggesa supaya anda “Setuju” dengan syaratnya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/01/jutaan-pengguna-whatsapp-berubah-ke.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Must

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bikin Para Pengguna Pindah Ke Lain Hati Whatsapp Akhirnya Tunda Penerapan Kebijakan Baru Mereka

Bikin Para Pengguna Pindah Ke Lain Hati Whatsapp Akhirnya Tunda Penerapan Kebijakan Baru Mereka

papar berkaitan - pada 17/1/2021 - jumlah : 255 hits
Kalian setuju nggak sih dengan kebijakan ini Atau milih ganti ke aplikasi chat lain yang lebih aman
Tutorial Update Aplikasi Whatsapp Kat Fon Huawei

Tutorial Update Aplikasi Whatsapp Kat Fon Huawei

papar berkaitan - pada 3/1/2021 - jumlah : 449 hits
UPDATE WHATSAPP KAT FON HUAWEISemua dah tau kan Android sekat banyak benda dalam PlayStore untuk pengguna Huawei Gelabah abam bangun pagi tadi tengok WhatsApp tak ble bukak sebab dia mintak update Tutorial Update Aplikasi Whatsapp kat Fon H...
Whatsapp Berkongsi Bagaimana Mereka Menggunakan Data Pengguna Untuk Produk Facebook

Whatsapp Berkongsi Bagaimana Mereka Menggunakan Data Pengguna Untuk Produk Facebook

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 218 hits
Pada tahun 2014 WhatsApp akhirnya menjadi milik Facebook sepenuhnya Selepas itu pelbagai spekulasi teori konspirasi dan pelbagai lagi berita mengenai Facebook boleh mengintip pengguna WhatsApp mencuri data dan pelbagai lagi Tetapi walaupun ...
Kaspersky Integrasi Whatsapp Dan Facebook Akan Terus Bertambah Pilih Aplikasi Permesejan Yang Anda Selesa

Kaspersky Integrasi Whatsapp Dan Facebook Akan Terus Bertambah Pilih Aplikasi Permesejan Yang Anda Selesa

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 275 hits
Kaspersky yang terkenal dengan penawaran antivirus dan sekuriti kini telah pun mengeluarkan komen mereka berkaitan dengan isu melibatkan perubahan polisi oleh WhatsApp Bercakap mengenainya Kaspersky mengatakan tiada perkara yang percuma dan...
Pilih Untuk Hapus Akaun Whatsapp Anda Atau Terima Dasar Privasi Baru Dari Aplikasi Whatsapp

Pilih Untuk Hapus Akaun Whatsapp Anda Atau Terima Dasar Privasi Baru Dari Aplikasi Whatsapp

papar berkaitan - pada 8/1/2021 - jumlah : 651 hits
PILIH UNTUK HAPUS AKAUN WHATSAPP ANDA ATAU TERIMA DASAR PRIVASI BARU DARI APLIKASI WHATSAPP Pengguna WhastApp minggu ini mulai menerima pemberitahuan mengenai kemas kini Syarat Perkhidmatan dan Dasar Privasi baru dari aplikasi pesanan seger...
Whatsapp Menyebarkan Iklan Mengingatkan Pengguna Yang Mereka Hormat Dan Jaga Privasi Pengguna

Whatsapp Menyebarkan Iklan Mengingatkan Pengguna Yang Mereka Hormat Dan Jaga Privasi Pengguna

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 223 hits
Pada awal Januari WhatsApp telah mengemaskini polisi privasi pengguna menyatakan bagaimana mereka menggunakan data pengguna dengan produk Facebook Disebabkan itu ramai berhenti menggunakan WhatsApp dan mula beralih ke Telegram dan juga meny...
Diktator Kata Orang Lain Diktator

Diktator Kata Orang Lain Diktator

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 246 hits
W FAUDZIN Uweekk nak muntah aku Diktator tuduh org lain diktator 2 X 5 5 X 2 Bezanya muhyiddin tak mahu letak jawatan walaupun dia tiada majoriti lagi Si tua saka bodo ni pula letak jawatan walaupun masih ada majoriti kerana mahu halang Anw...
Senarai Bantuan Kerajaan 2021 Untuk B40 M40 Pelajar Ipt Warga Emas Lain Lain

Senarai Bantuan Kerajaan 2021 Untuk B40 M40 Pelajar Ipt Warga Emas Lain Lain

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 635 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraSenarai Bantuan Kerajaan 2021 untuk B40 M40 Pelajar IPT Warga Emas Lain Lain Berikut merupakan senarai bantuan yang diberikan kerajaan untuk golongan yang terjejas pendapatannya Sekiranya anda tergolong da...
Dua Mangsa Nahas Sriwijaya Air Guna Identiti Orang Lain Bakal Berkahwin

Dua Mangsa Nahas Sriwijaya Air Guna Identiti Orang Lain Bakal Berkahwin

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 342 hits
204 total views 181 views today Jakarta Dua mangsa nahas pesawat Sriwijaya Air dipercayai menggunakan identiti individu lain ketika membeli tiket penerbangan Kompas melaporkan hasil maklumat yang diperoleh dari media sosial kedua dua mangsa...
Exploring The Underwater Caves Of The Yucat N Peninsula

Sekuriti Berjaya Menggagalkan Cubaan Seludup Siswi Ke Asrama Lelaki Apabila Mengesyaki Ada Sesuatu Dalam Beg

Buat Program Infaq Bagi Bantuan Sana Sini Tapi Akaun Tiktok Boikotpakmat Dakwa Pak Mat Western Liat Bayar Gaji Staf

Kek Lapis Penganan Pilah

Polis Halang Penjawat Awam Di Raub Lima Individu Termasuk Ahli Parlimen Raub Akan Diambil Keterangan

Hudsons Eumenthol Jujubes Membantu Melegakan Tekak Dan Batuk

Resort Ni Cantik Tepi Pantai Design Pun Estetik

Flood Situation In Sabah Worsens


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Maher Zain Feat Harris J Qalbi Fil Madinah Chord

Marketing Semakin Mudah Chatbot Sudah Disediakan Untuk Bisnes Anda

Bawani S Ayer Kuning Bid Crucial For Putting Socialism On The National Agenda

More Flood Victims Evacuated In Sabah

Siti Kasim Rallies Behind Psm Give Smaller Parties A Chance To Deliver Shocker In Ayer Kuning By Election

Dinda Dania Katana Chord