Juruukur Bangunan Patut Diiktiraf


Tarikh: 13/08/2007

Surat Khabar: Berita HarianPENGANJURAN Konvensyen Pengurusan Aset dan Kemudahan Negara (Nafam) hari ini dan esok adalah bukti bahawa kerajaan benar-benar inginkan pembaharuan dalam sistem pengurusan dan penyelenggaraan bangunan awam yang hilang hala tuju dan keberkesanannya.
Keperluan mengadakan konvensyen yang julung kali ini kelihatan begitu mendesak berikutan beberapa siri kerosakan bangunan kerajaan yang begitu hangat dilaporkan media tempatan sehinggakan ia secara tidak langsung mencalar kredibiliti Jabatan Kerja Raya (JKR) yang selama ini diberi kepercayaan dalam mengurus serta memantau kerja pengurusan dan penyelenggaraan bangunan awam.
Bertitik-tolak daripada peristiwa itu, Kementerian Kerjaraya (KKR) memaklumkan kepada umum bahawa segala masalah berkenaan akan diatasi dengan merangka pelan jangka panjang iaitu mewujudkan Bahagian Juruukur Bangunan dan Unit Penyelenggaraan Pusat di bawah JKR bagi memantau serta mengurus kerja penyelenggaraan dan kawalan pembinaan dengan lebih sistematik dan berkesan.
Usaha itu dibuat selepas KKR mendapati bahawa jurusan Juruukur Bangunan adalah satu-satunya kursus ditawarkan institusi pengajian tinggi awam dengan memberi tumpuan khusus kepada aspek kawalan pembinaan dan penyelenggaraan bangunan bagi memastikan sistem serta prosedur kerja dapat diseragamkan di bawah unit berkenaan.
Tanpa unit berkenaan, proses membaiki terutama apabila ia membabitkan keruntuhan struktur bangunan akan mengambil masa lama termasuk urusan penyediaan kertas cadangan pembaikan dan pelantikan kontraktor.
Proses itu akan menyebabkan kerosakan menjadi bertambah buruk dan kosnya terus meningkat, selain pekerja tidak dapat bertugas dengan selesa.
Apa yang menjadi harapan dengan berlangsungnya Nafam 2007 nanti ialah peranan Juruukur Bangunan perlu diiktiraf sejajar pengetahuan dan kemampuannya dalam membantu kerajaan mengurus serta melaksanakan kerja penyelenggaraan bangunan dengan lebih berkesan.
Kebolehan Juruukur Bangunan tidak perlu dipertikaikan kerana kesediaan KKR untuk mewujudkan Bahagian Juruukur Bangunan di JKR adalah satu pengiktirafan kementerian terbabit.
Selain itu, profesion ukur bangunan ini sememangnya sudah lama mendapat pengiktirafan daripada Institute of Surveyor Malaysia, Royal Institute of Chartered Surveyor, United Kingdom, Balai Ikhtisas Malaysia, Bahagian Jaminan Kualiti, Kementerian Pengajian Tinggi dan Jabatan Perkhidmatan Awam bagi melakukan kerja kawalan dan pemeriksaan bangunan.
Juruukur Bangunan boleh memastikan undang-undang bangunan dipatuhi dan memeriksa keadaan bangunan serta keperluan keselamatan, menasihati kerja perubahan, penambahbaikan, pemuliharaan bangunan, keperluan insurans dan pengurusan guna ruang.
Apa juga rumusan yang akan dibuat dan dilaksanakan Nafam 2007 diharap dapat memberi sedikit berita gembira buat ribuan graduan Juruukur Bangunan yang menanti hampir 13 tahun bagi mendapatkan pengiktirafan kerajaan dalam membela nasib mereka untuk sama-sama memainkan peranan dalam industri pembinaan dan pengurusan bangunan negara.
Nafam 2007 dijangka akan lebih berjaya dan dapat merealisasikan segala objektif dirangka dengan lebih cepat dan sistematik kerana kaedah pelaksanaannya digalas mereka yang pakar iaitu hasil gabungan tenaga pakar yang terdiri daripada Arkitek, Jurutera serta Juruukur Bangunan yang sememangnya dilatih dalam aspek pembinaan secara mendalam.
Semua kerosakan membabitkan aset kerajaan dapat diuruskan secepat mungkin tanpa perlu melalui kerenah birokrasi. Cara ini juga dapat membaiki sistem penyampaian kerajaan yang selama ini dipertikaikan banyak pihak termasuk Perdana Menteri sendiri.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://nonieybs.blogspot.com/2010/02/juruukur-bangunan-patut-diiktiraf.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bangunan Tahfiz Tergadai Kerana Forex

Bangunan Tahfiz Tergadai Kerana Forex

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 167 hits
KUALA LUMPUR Kerana mahu menambah pendapatan bagi menguruskan pusat tahfiz seorang pengetua yang bergelar ustaz sanggup meminjam wang daripada Ah Long dan mengadaikan dua buah bangunan tahfiz yang diwakafkan untuk asrama pelajar di Ipoh Per...
Wujud Asli Bangunan Bangunan Di Spongebob

Wujud Asli Bangunan Bangunan Di Spongebob

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 90 hits
Kamu yang pernah nonton Spongebob pasti bertanya tanya kenapa yang bangunannya seperti tidak asing Bangunan yang ada dalam serial kartun tersebut ternyata terbuat dari barang yang memang ada di This is a content summary only Visit my websit...
Melaka Diiktiraf Tapak Warisan Dunia Unesco 5 Lokasi Menarik Ini Wajib Kunjungi

Melaka Diiktiraf Tapak Warisan Dunia Unesco 5 Lokasi Menarik Ini Wajib Kunjungi

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 431 hits
KECIL kecil cili api Itu adalah peribahasa tepat mengenai negeri Melaka yang unggul sebagai destinasi pelancongan popular di Malaysia
Pemkot Batu Janji Beri Bantuan Bahan Bangunan Ke Rumah Terdampak Banjir Bandang

Pemkot Batu Janji Beri Bantuan Bahan Bangunan Ke Rumah Terdampak Banjir Bandang

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 221 hits
Terpenting Dewanti memastikan Pemkot Batu akan menjamin adanya pembangunan kembali bagi rumah rumah terdampak banjir yang tentunya berada di lahan sesuai peruntukannya
Darul Ulum Yasin Al Fadani Kini Dibuka Dan Ayuh Bantu Pembinaan Bangunan Tahfiz Ini

Darul Ulum Yasin Al Fadani Kini Dibuka Dan Ayuh Bantu Pembinaan Bangunan Tahfiz Ini

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 256 hits
Assalamualaikum Setiap kita pasti mahukan yang terbaik untuk anak anak kita Anak anak kita yang memiliki ilmu agama dunia dan akhirat dengan seimbang Biarlah mereka dibimbing ke syurga dan percaya ramai ibu bapa inginkan keadaan begitu Saya...
Wagub Riza Bakal Minta Kepastian Penyebab Ambruknya Bangunan Sma 96 Jakarta

Wagub Riza Bakal Minta Kepastian Penyebab Ambruknya Bangunan Sma 96 Jakarta

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 103 hits
Riza berharap ke depan tak ada lagi sekolah sekolah di Jakarta yang mengalami hal serupa Apalagi kala sudah digunakan untuk kegiatan belajar mengajar
Bangunan Di Tmn Komersial Tpandan Indan Park Lokasi Syurga Dadah

Bangunan Di Tmn Komersial Tpandan Indan Park Lokasi Syurga Dadah

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 124 hits
Bangunan letak kenderaan di Jalan 6 8 Pandan Indah Commercial Park di sini bukan sahaja umpama hidup segan mati tak mahu malah dipenuhi dengan sampah sarap dan berbau busuk Peniaga di kawasan itu mendakwa pada waktu malam bangunan empat tin...
Pelajar Perempuan Cedera Selepas Terjun Bangunan Sekolah

Pelajar Perempuan Cedera Selepas Terjun Bangunan Sekolah

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 177 hits
Pelajar perempuan cedera selepas terjun bangunan sekolah Kulai Pelajar perempuan berusia 17 tahun nyaris maut selepas dipercayai terjun dari tingkat empat bangunan sekolah di sini Selasa lalu Ketua Polis Daerah Kulai Superintendan Tok Beng ...
Oriental Kopi Klcc Port Minum Kopi Terbaru

Pasar Raya Flagship Jaya Grocer Di Sunway Pyramid Tarik Pengunjung Dengan Penampilan Serba Baharu

U Mobile The New Ali Baba Contractor For The Second 5g Network Tender

The Celebrity Legs And Feet In Tights 2024 Pantyhose Queen Poll Full Contender List

Panas Artis Wanita Malaysia Ditahan Polis Thailand Turut Ditemukan 6 000 Biji Pil Kuda

Projek Tebatan Banjir S Ngor Gagal Rugi Besar

Iphones Dalam Bahaya Amaran Baru Peretasan Sasarkan Peranti Apple

Jangkitan Kulit Utama Oleh Mycobacteria Bukan Tuberkulosis Laporan 6 Kes


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Senyawa iQIYI Malaysia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Project Projek Exit Astro Originals

Pelajari Asal Usul Nama Makhluk Seram Kisah Fiksyen Barat Yang Terkenal

10 Fakta Filem Kahar Kapla High Council Yang Ramai Tak Tahu Prekuel Drama Project Projek High Council

Anugerah Seri Angkasa 2024 Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Hadiah Persembahan Penyampai Trofi Dan Segala Info ASA 36


Malaysiaweeklyrecap 30 September

Malaysiaweeklyrecap October

Learning Has Always Been Distinctive Not Uniform

Ebook Rahsia Taobao

Larangan Menjalinkan Hubungan Sulit Dengan Suami Isteri Orang

12 Cawangan Ahmad S Fried Chicken Yang Semakin Mengganas Di Pasaran