Jurutera Muda Terduduk Lihat Kereta Ibu Hancur Ditimpa Struktur Bangunan Mak Menangis Pada Pagi Raya
SEDIH sampai terduduk, begitulah reaksi seorang
jurutera muda apabila melihat kereta milik ibunya ranap ditimpa runtuhan
struktur bangunan akibat kejadian ribut di Bayan Lepas, Pulau Pinang
pada Jumaat lalu.
Menurut Mohamad Aliff Mohamad Faazillah, 24, dia berada di Kelantan
atas tujuan kerja sewaktu hari kejadian dan hanya mengetahui berita itu
keesokan harinya, pada Sabtu sebelum menaiki penerbangan untuk pulang ke
Pulau Pinang.
“Kejadian berlaku di kawasan kondominium tempat saya tinggal. Saya parking kereta tu di kawasan hadapan bangunan rumah kedai. Struktur atas bangunan tu runtuh akibat ribut.
“Masa kat Kelantan, dalam pukul 2 pagi kawan saya ada call. Tapi saya dah tidur. Pagi esoknya sebelum naik flight, baru saya dapat tahu.
Perkongsian Aliff menerusi Twitter miliknya.
“Sampai Penang, saya ambik Grab terus pulang. Berhenti betul-betul
belakang kereta milik mak saya, memang sedih sampai terduduk,” ujarnya
yang mesra disapa Faiz sewaktu dihubungi mStar.
Kereta tu rosak teruk di bahagian hadapan, memang total lost. Saya pun tak jangka sebab masa parking tu, cuaca elok je.
MOHAMAD ALIFF MOHAMAD FAAZILLAH
Kata Faiz lagi, dia mula menggunakan kereta Naza Citra milik ibunya
itu sejak bertugas sebagai jurutera di sebuah syarikat swasta, tiga
bulan lalu.
Malah, ibu kepada Faiz iaitu Che Nor Azizah Hassan, 52, turut menangis kerana sedih atas kejadian yang menimpa anaknya.
“Yang buat saya lagi sedih sebab mak menangis. Mak menangis pada pagi raya (Aidiladha). Tapi nasib baik pejabat dekat dengan rumah, boleh jalan kaki dalam sepuluh minit je.
Aliff bersama keluarganya.
“Cuma susah sikit nak keluar pergi jumpa client lepas ni, mungkin kena ambil Grab. Tapi saya reda dengan apa yang berlaku, benda ni di luar kawalan dan jangkaan.
“Kereta tu rosak teruk di bahagian hadapan, memang total lost. Saya pun tak jangka sebab masa parking tu, cuaca elok je.
“Saya berharap dapat perhatian pihak pemaju bangunan tu bagi pampasan
atas kejadian ni disebabkan kegagalan struktur bangunan mereka,”
katanya lagi.
Dalam pada itu, Faiz juga sudah membuat laporan berkaitan kejadian itu di Balai Polis Bayan Lepas pada Sabtu
Struktur binaan bangunan yang jatuh menghempap kereta milik ibu Aliff.
Faiz turut berkongsi foto-foto kejadian menerusi laman Twitter miliknya sehingga ia menjadi tular.
Selain menerima lebih 8,000 ulang kicau (Retweet), ramai netizen turut memberi kata-kata semangat dan meminta dia bersabar atas dugaan itu.
“Be strong bro, InsyaAllah ada hikmah besar yang Allah nak bagi di sebalik ujian ni. Hikmah paling besar adalah kau masih hidup.
“Kuatkan hati moga Allah ganti dengan yang lebih baik.
“Semoga dipermudahkan urusan dilimpahkan rezeki semewah mewahnya,” tulis beberapa netizen.
MSTAR
The post Jurutera muda terduduk lihat kereta ibu hancur ditimpa struktur bangunan, “Mak menangis pada pagi raya” appeared first on Media Serius.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mediaserius.my/jurutera-muda-terduduk-lihat-kereta-ibu-hancur-ditimpa-struktur-bangunan-mak-menangis-pada-pagi-raya/