Juruteknik Jadi Penternak Kambing Berjaya



Minat mendalam terhadap bidang penternakan mendorong bekas juruteknik menjual rumah didiaminya untuk berhijrah ke kampung bagi memelihara kambing

Syaderi Abdul Latif, 44, berkata selain menjual rumahnya di Semenyih, Selangor, lapan tahun lalu, beliau turut berhenti kerja untuk pulang ke Kampung Kubang Depu, Hulu Besut, meskipun bakal digelar ‘pengembala kambing’

Sebagai permulaan beliau membeli 15 ekor kambing pedaging, dan terpaksa hidup berjimat-cermat kerana pendapatannya tidak tetap, biasanya di bawah RM1,000 sebulan

“Bagaimanapun, pada 2017 saya mula menukar strategi daripada memelihara kambing pedaging kepada kambing susu. Ketika itu, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) sedang mencari peserta untuk dilatih bagi menghasilkan susu kambing,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini

Bapa kepada tiga anak itu berkata, beliau mengikuti program sistem pawah yang diilhamkan UniSZA dengan membekalkan setiap peserta sebanyak lima ekor induk kambing baka ‘UniSZA Saanen’ serta diajar cara menjaga haiwan itu bagi menghasilkan susu bermutu

Menerusi program itu, Syaderi mula mengeluarkan modal kira-kira RM150,000 bagi menambah 10 ekor lagi kambing susu dan membuat kandang baharu

“Dulu saya sering diperli (dipersenda) orang kampung kerana menggunakan duit yang banyak untuk bina kandang kambing sehingga rumah saya yang dalam proses pembinaan tergendala beberapa tahun dan belum siap sehingga kini,” katanya

Kini, beliau memiliki kira-kira 80 ekor kambing susu setelah membeli baka induk dengan harga RM4,000 seekor dan anak kambing susu berharga RM1,500 seekor

Syaderi berkata, tidak ramai usahawan yang ingin mengusahakan kambing susu, kerana sifatnya yang ‘manja’ dan mudah terdedah kepada penyakit, selain kos pengurusan yang agak tinggi berbanding kambing kampung yang lebih mudah dijaga

Dengan memelihara haiwan itu, beliau juga mampu memperoleh kira-kira 20 hingga 30 kilogram susu kambing segar setiap hari, diproses dan dibotolkan dalam lima perisa iaitu susu kurma, sirap bandung, coklat, jagung dan susu asli

Susu berkenaan dijual secara borong kepada pembekal dengan harga RM10 hingga RM15 bagi empat botol bersaiz 250 liter mengikut pakej yang ditawarkan


“Susu itu tidak boleh terdedah pada suhu bilik dalam tempoh yang lama dan jika ingin mengekalkan kesegarannya ia perlu dibekukan dan hanya dikeluarkan apabila ingin digunakan sahaja,” katanya yang kini memasarkan produk keluarannya sehingga ke Kuala Lumpur. - BERNAMA 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.rujukanniaga.com/2019/09/juruteknik-jadi-penternak-kambing.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ekonomi Melayu Ubah Mentaliti Subsidi Jika Mahu Berjaya

Ekonomi Melayu Ubah Mentaliti Subsidi Jika Mahu Berjaya

papar berkaitan - pada 10/9/2019 - jumlah : 272 hits
Ekonomi Melayu Ubah mentaliti subsidi jika mahu berjayaOleh September 10 2019Naib Pengerusi Dewan Perdagangan Islam Malaysia Cawangan Selangor Dr Hasan Jamil berpendapat mentaliti kaum Melayu wajib diubah sekiranya kerajaan Pakatan Harapan ...
Terbaring Atas Rumput Lembu Berwajah Manusia Berjaya Dilahirkan

Terbaring Atas Rumput Lembu Berwajah Manusia Berjaya Dilahirkan

papar berkaitan - pada 10/9/2019 - jumlah : 467 hits
SEEKOR lembu berwajah manusia dilahirkan sebuah perkampungan di Villa Anna Santa Fe Argentina Bagaimanapun ia hanya bertahan beberapa jam sebelum ditemui mati Satu rakaman memaparkan haiwan berkenaan terbaring di atas rumput Menurut pakar t...
Pebalap Tb Adhi Popeye Berjaya Di Kejurnas Speed Offroad Seri 1 2019

Pebalap Tb Adhi Popeye Berjaya Di Kejurnas Speed Offroad Seri 1 2019

papar berkaitan - pada 10/9/2019 - jumlah : 247 hits
Pebalap speed offroad Tb Adhi dan navigator Popeye dari tim BMB Motorsport Hascar Group berhasil menjadi juara pertama di Kejuaraan Nasional Speed Offroad 2019 di Sirkuit Tembong Jaya Serang Banteng akhir pekan lalu
Pepatah Cina Untuk Berjaya

Pepatah Cina Untuk Berjaya

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 436 hits
Jika anda beri ikan kepada seseorang lelaki anda hanya berikannya makan untuk sehari Tetapi jika anda mengajarnya untuk memancing ikan anda memberinya makan untuk seumur hidupnya Jangan takut bila punya salah dan kekurangan Lebih buruk lagi...
Senarai Tokoh Usahawan Berjaya Yang Pernah Gagal

Senarai Tokoh Usahawan Berjaya Yang Pernah Gagal

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 551 hits
Siapa kata kejayaan itu mudah dan datang sekelip mata Buka mata anda luas luas kerana semua tokoh usahawan dunia yang berjaya pasti wajib merasai kegagalan walaupun sekali Berikut adalah senarainya 1 Steve Jobs Nama usahawan ini tidak
Pernah Tutup Syarikat Dan Jual Aset Ini Kisah Pahit Getir Kash Pictures Sebelum Berjaya Terbit Filem Suatu Ketika

Pernah Tutup Syarikat Dan Jual Aset Ini Kisah Pahit Getir Kash Pictures Sebelum Berjaya Terbit Filem Suatu Ketika

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 427 hits
Mungkin ramai yang mengenali Kash Pictures Sdn Bhd tetapi tidak tahu kisah disebalik kejayaan mereka menubuhkan produksi ini dengan pelbagai dugaan dan cabaran yang mereka hadapi selama ini Setiap perkara yang kita lakukan mesti ada masa ja...
Basikal Paling Berbahaya Di Dunia Berjaya Di Cipta

Basikal Paling Berbahaya Di Dunia Berjaya Di Cipta

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 456 hits
Seorang tukang paip Colin Furze yang memegang tiga gelaran Rekod Dunia Guiness kerana ciptaannya mendakwa telah membina basikal paling berbahaya di dunia kerana dikuasai oleh enjin jet buatan sendiri dan mempunyai kelajuan hingga 80 kilomet...
Enjin Pesawat Airasia Terbakar Di Udara Juruterbang Berjaya Bawa Pesawat Kembali Ke Landasan

Enjin Pesawat Airasia Terbakar Di Udara Juruterbang Berjaya Bawa Pesawat Kembali Ke Landasan

papar berkaitan - pada 7/9/2019 - jumlah : 290 hits
Penerbangan AirAsia dari Maldives ke Bangkok terpaksa berpatah balik dan membuat pendaratan cemas selepas pesawat itu dilaporkan mengalami kebakaran di bahagian enjin Menurut juruterbang pesawat FD178 yang dikendalikannya itu selamat membua...
Bayi Berusia Setahun Menggigit Seekor Ular Tedung Hingga Mati

Mrsm Seluruh Negara Diisytihar Cuti Esok

Quant Finance In 2026 The Age Of Hybrid Intelligence

Cara Tebus Bantuan Tunai Rm100 Sara Guna Mykad

Rafizi 7 Perusahaan Sosial Ayuh Malaysia Mula Operasi September

Quantum Internet The Future Of Ultra Secure Communication

Anwar Heads To Indonesia For Annual Meet Abang Jo Hajiji In Tow

Kereta Idaman Keluarga Tak Sampai Pegawai Bank Hilang Ratusan Ribu Kwsp Terpedaya Scammer


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Frentastix Cari Jalan Pulang Chord

Turun Anwar Rally Police Nab Chegubard For Sedition Probe

Community Sentencing Law Won T Apply To Current Inmates Says Deputy Minister

Water Samples From Sungai Ketil Sent To Chemistry Dept Following Fish Kill Incident

Thailand Amankan Posisi Ketiga Di Piala Aff U 23 2025 Usai Tundukkan Filipina 3 1

Kuala Lumpur Dalam Kenanganku