Pernah Tutup Syarikat Dan Jual Aset Ini Kisah Pahit Getir Kash Pictures Sebelum Berjaya Terbit Filem Suatu Ketika
Mungkin ramai yang mengenali Kash Pictures Sdn Bhd tetapi tidak tahu kisah disebalik kejayaan mereka menubuhkan produksi ini dengan pelbagai dugaan dan cabaran yang mereka hadapi selama ini.
Setiap perkara yang kita lakukan mesti ada masa jatuh bangun yang membuatkan kita lebih tabah menghadapinya. Kisah suka duka yang diceritakan oleh Prakash Murugiah melalui laman Facebook peribadinya yang merupakan salah seorang insan yang bertungkus lumus untuk menaikkan nama syarikat itu.
Kini, segala usaha dan penat lelah sudah dibayar apabila Filem Suatu Ketika – Langit Impianmu di bawah naungan Kash Pictures Sdn Bhd sudah mula ditayangkan pada hari di seluruh pawagam tanah air.
Menurutnya dalam satu kenyataan di laman Facebooknya, beliau menceritakan kisah pergorbanannya pada 10 tahun lepas di mana beliau terpaksa menjual premis syarikatnya pada harga RM 27,000 untuk menolong menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh syarikatnya.
Toyota Hilux yang aku beli 5 tahun yang lalu telah menjadi bumbung tempat ku tinggal untuk beberapa bulan kebelakangan ini. Kadang-kala aku juga tumpang rumah kawan aku, Visnu. Tetapi kerana tak mampu bayar duit minyak dan tol, kadang kala aku tinggal saja dalam kereta kesayangan aku.
Katanya, selepas menyelesaikan pelbagai hutang akhirnya beliau dan abangnya hanya ada wang RM 500 untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.
Untuk pengetahuan pembaca, Kash Pictures yang telah ditubuhkan pada Februari 2009 dengan rakan kongsinya Min Li. Beliau memberitahu Abangnya, Prabakar Murugiah, Penerbit Eksekutif syarikat ini agar mencari kerja di tempat lain.
FOTO: PRAKASH
Abang aku seorang Jurutera Elektrikal, meninggalkan kerjanya bergaji tinggi di Singapura hanya kerana aku meminta tolong untuk menguruskan syarikat aku. Walaupun aku dan Min hanya mampu memberinya RM3,000.00, Abang aku bersetuju tanpa berpikir. – Prakash
Daripada berada disebuah pejabat yang penuh dengan 20 staf, kami akhirnya akur dengan kegagalan kami sehingga hanya mampu menyewa sebuah bilik untuk menjalankan urusan kerja.
Daripada 20 staf sekarang hanya tinggal kami berempat dengan selalu dibantu oleh peguam dan juga bagaikan abang kami, En.Balendran Balasingam. Kami akan sentiasa akan berjasa kepada beliau kerana tak pernah berhenti menolong kami.
Seorang demi seorang meninggalkan syarikat tersebut walaupun ada yang sanggup tidak dibayar gaji, janji dapat bekerjasama menolong memulihkan setiap cabaran yang berlaku.
Suatu hari, ketika beliau menuju ke pejabatnya dengan memandu kereta untuk kali terakhir diiringi bersama pekerja kereta terpakai bersama rakannya. Menurutnya, beliau sembunyikan perkara ini daripada penyunting dan jurutera audio syarikatnya supaya mereka tidak tahu apa yang berlaku.
Bagi tidak membebankan sesiapa, tindakannya menjual premis syarikat dan keretanya adalah jalan terbaik untuk membayar bebanan hutang yang lepas.
Semuanya bermula hanya dengan mimpi dan cita-cita untuk membuat sebuah filem. Apa lagi cabaran yang perlu aku dan mereka lalui? Hanya TUHAN yang tahu. Mungkin ini takdir kami. Satu pengajaran yang perlu kami tempuhi.
Mungkin sebab aku selalu bersikap positif dan sentiasa gembira sehingga dianggap gila. Setiap individu yang aku sebut tadi telah bertungkus-lumus kerja kuat untuk menjayakan impian aku. Mereka menjadikan Impian aku, Impian mereka. Tamak ke aku? Mereka korbankan mimpi mereka untuk aku dan beginikah aku bayar mereka kembali?
Bagaikan sebuah mimpi untuk Prakash, apabila mendapat panggilan daripada abangnya di mana mereka telah mendapat dana daripada FINAS sejumlah RM 1.5 juta untuk melaksanakan sebuah filem.
Inikah erti pengorbanan sebenar mengejar sebuah Impian? Sebuah Kisah yang kami siapkan pada 2011. Sebuah Kisah untuk rakyat Malaysia. Sebuah Kisah hidup orang biasa mengejar cita-cita. Pernah diberitahu banyak kali yang cerita sebegini tidak akan diterima oleh rakyat dan penonton wayang disini.
Selang 8 tahun kemudian, pada tanggal 12 September 2019 merupakan hari bersejarah untuk mereka. Pada hari ini, filem Langitkan Impianmu telah ditayangkan diseluruh pawagam di Malaysia.
Mungkin kerana kami sentiasa percaya pada diri kami. Mungkin ditakdirkan begini jalan cerita yang perlu kami lalui sebelum ianya ditontonkan ke mata dunia.
Tahun ini kami, Kash Pictures SB genap 10 tahun. Mungkin perjalanan kami baru bermula. Satu perjalanan yang amat bermakna bagi kami.
“Kalau Nak Menang Tak Senang, Kalau Kau Kalah Tak Salah.” -DZA
Teruskan Permainan! Teruskan Perjuangan! Inilah Kisah kami Suatu Ketika Dahulu! Langitkan Impianmu!
Sumber: Prakash Murugiah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2019/09/12/pernah-tutup-syarikat-dan-jual-aset-ini-kisah-pahit-getir-kash-pictures-sebelum-berjaya-terbit-filem-suatu-ketika/