Jurujual Dibebas Dilepas Tuduhan Memandu Melulu Sehingga Sebabkan Kematian Lapan Remaja Berbasikal


JOHOR BAHRU, 28 Okt (Bernama) — Mahkamah Majistret, di sini hari ini, melepas dan membebaskan seorang jurujual wanita, daripada tuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal, dua tahun lepas.
Majistret Siti Hajar Ali, membebaskan Sam Ke Ting, 24, tanpa memanggilnya membela diri terhadap pertuduhan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh di akhir kes pendakwaan.
Siti Hajar dalam penghakimannya berkata mahkamah membuat keputusan berkenaan bersandarkan beberapa perkara termasuk situasi jalan berbukit yang gelap dan berselekoh di mana pemandu tidak boleh menjangkakan terdapat kumpulan berbasikal yang ramai di jalan itu pada pukul 3 pagi selain keadaan bahaya itu sendiri dicipta oleh kumpulan basikal lajak tersebut.
“Berdasarkan keterangan pasukan penyiasat, terdapat pokok besar di laluan berkenaan dan pencahayaan malap walaupun terdapat lampu di tembok pembahagi jalan.
“Aktiviti itu (basikal lajak) sudah umum diketahui di situ (lokasi kejadian), terdapat aduan mengenai perlumbaan basikal lajak di situ. Adalah munasabah mereka yang lalu di situ akan menjangka situasi terjadi, namun, hanya terpakai kepada penduduk di situ dan mereka yang selalu menggunakan jalan itu. Ia tidak adil kepada pengguna yang jarang menggunakan jalan itu atau penduduk yang tidak tinggal di situ,” katanya.
Menurut Siti Hajar, siasatan turut mendapati tertuduh tidak berada di bawah pengaruh alkohol, tidak menggunakan telefon bimbit serta memakai tali pinggang keledar ketika memandu sekaligus membuktikan tertuduh memandu dalam keadaan bertanggungjawab dan berjaga-jaga.
Beliau turut mengingatkan ibu bapa supaya menjaga anak-anak bagi mengelak kejadian itu berulang malah pihak polis diminta untuk bertindak tegas berhubung aktiviti berkenaan.
“Maka bersandarkan kepada alasan-alasan yang saya nyatakan sebentar tadi, jika saya memutuskan tertuduh untuk membela diri, beliau memilih untuk berdiam diri bagi pertuduhan dikemukakan terhadap beliau.
“Persoalannya adakah saya akan mensabitkan beliau berdasarkan kepada keterangan dikemukakan pihak pendakwaan. Jawapan saya adalah tidak.
Dengan​​​​​​ ​itu, tertuduh mesti dilepas dan dibebaskan tanpa dipanggil membela diri,” kata Siti Hajar.
Mengikut pertuduhan, Sam, yang memakai baju T berwarna putih didakwa memandu kereta bernombor pendaftaran JQB 9984 di Jalan Lingkaran Dalam, di sini, secara melulu atau dengan berbahaya hingga menyebabkan kematian lapan penunggang basikal pada 3.20 pagi, 18 Feb 2017.
Dia didakwa menyebabkan kematian Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14; Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14; Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhar, 16; Fauzan Halmijan, 13; Mohamad Azhar Amir, 16; Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14; Muhammad Shahrul Nizam Marudin, 14 dan Haizad Kasrin, 16.
Dia dituduh mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda sehingga RM20,000, jika sabit kesalahan.
Sam terdahulu didakwa di mahkamah sama pada 28 Mac 2017 dan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Syafiq Mohd Ghazali manakala tertuduh diwakili peguam, Muhammad Faizal Mokhtar.
Seramai 46 saksi pendakwaan dikemukan sepanjang perbicaraan yang bermula Ogos 2017 dengan 214 eksibit.
Mahkamah turut mengarahkan lesen memandu tertuduh dikembalikan serta merta dan wang jaminan RM10,000 dikembalikan kepada penjamin.- BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/10/28/jurujual-dibebas-dilepas-tuduhan-memandu-melulu-sehingga-sebabkan-kematian-lapan-remaja-berbasikal/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tragedi Basikal Lajak Jurujual Bebas Dakwaan Sebabkan Kematian 8 Remaja

Tragedi Basikal Lajak Jurujual Bebas Dakwaan Sebabkan Kematian 8 Remaja

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 2030 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Sam Ka Ting Bebas Tuduhan Kematian 8 Remaja Berbasikal Lajak

Sam Ka Ting Bebas Tuduhan Kematian 8 Remaja Berbasikal Lajak

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 1318 hits
Sam Ka Ting bebas daripada tuduhan memandu secara melulu hingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak pada 18 Februari 2017 JOHOR BAHRU Mahkamah Majistret di sini hari ini melepaskan dan membebaskan seorang jurujual wanita dari...
Pemandu Didakwa Langgar 8 Remaja Berbasikal Lajak Sehingga Mati Dibebaskan Mahkamah

Pemandu Didakwa Langgar 8 Remaja Berbasikal Lajak Sehingga Mati Dibebaskan Mahkamah

papar berkaitan - pada 28/10/2019 - jumlah : 2102 hits
Jurujual wanita yang dituduh memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak pada 18 Februari 2017 dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini lapor Harian Metro Majistret Siti Hajar Ali membuat...
Bersukan Pada Waktu Malam Kurang Sesuai Mampu Sebabkan Serangan Jantung Dan Kematian Mengejut

Bersukan Pada Waktu Malam Kurang Sesuai Mampu Sebabkan Serangan Jantung Dan Kematian Mengejut

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 276 hits
Masyarakat milenial kini menjadikan waktu bersukan pada waktu malam sebagai rutin harian mereka Mana tidaknya sepanjang hari mereka sibuk bekerja sehingga tiada masa langsung untuk kekal aktif Oleh sebab itu mereka lazimnya memilih waktu ma...
Disebalik Pembebasan Wanita Penyebab Kematian Lapan Kanak Basikal Lajak Ini Fakta Yang Anda Perlu Tahu

Disebalik Pembebasan Wanita Penyebab Kematian Lapan Kanak Basikal Lajak Ini Fakta Yang Anda Perlu Tahu

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 1249 hits
Mahkamah Majistret di sini hari ini melepas dan membebaskan seorang jurujual wanita daripada tuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal dua tahun lalu Mahkamah membuat keputusan tersebut bersandarkan...
Kes 8 Remaja Basikal Lajak Maut Suspek Dibebaskan Dari Tuduhan

Kes 8 Remaja Basikal Lajak Maut Suspek Dibebaskan Dari Tuduhan

papar berkaitan - pada 28/10/2019 - jumlah : 1813 hits
JENAYAH MAHKAMAH Majistret Johor Bahru hari ini melepas dan membebaskan jurujual wanita daripada tuduhan memandu secara melulu hingga mengakibatkan kematian lapan remaja berbasikal lajak pada 18 Februari 2017 Majistret Siti Hajar Ali membua...
Smartphone Diperiksa Remaja Di Tanjung Balai Ketahuan Disodomi Buruh Bangunan

Smartphone Diperiksa Remaja Di Tanjung Balai Ketahuan Disodomi Buruh Bangunan

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 195 hits
Kasus cabul ini terbongkar setelah ibu kandung korban curiga melihat isi smartphone putranya pada 28 Oktober 2019
Dua Remaja Kait Wang Tabung Masjid Ditahan

Dua Remaja Kait Wang Tabung Masjid Ditahan

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 337 hits
KUANTAN 31 Okt Dua remaja lelaki berumur 16 tahun ditahan sekumpulan jemaah Masjid Al Falah Perkampungan Sungai Isap 2 di sini awal pagi tadi kerana disyaki mencuri wang tabung masjid Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohamad Noor Yusof Ali be...
Tentara Israel Tembak Mati Remaja Palestina Hanya Dihukum Kerja Sosial 1 Bulan

Tentara Israel Tembak Mati Remaja Palestina Hanya Dihukum Kerja Sosial 1 Bulan

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 287 hits
Di pengadilan tentara itu mengaku dia menembak Utsman Rami Halas 14 tahun pada 13 Juli 2018 meski dia tidak mendapat izin menembak dari komandannya dan padahal situasinya tidak dalam keadaan kontak senjata atau kondisi yang membahayakan
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti