Jung Hyesung Hwang Seungeon Bakal Bergandingan Dalam New Normal Gene
Terbaru, satu poster dengan keserasian hebat antara dua pelakon wanita Jung Hye-sung dan Hwang Seung-eon yang bakal bergandingan sebagai teraju utama dalam “The New Normal Gene” telah disiarkan.
“The New Normal Gene” hasil karya daripada penulis skrip dan juga pengarah Choi Sun-mi, akan disiarkan di saluran TVbing dan juga senarai siaran YouTube. Walaupun “The New Normal Gene” menyasarkan konsep penceritaan kehidupan sederhana, ia juga merupakan sebuah drama yang mengisahkan perjuangan seorang editor yang menyertai majalah digital “New Normal Gene”, yang berada di carta teratas ‘trend’.
Jung Hye-sung yang memegang watak Cha Ji-min, seorang editor yang menjalani kehidupan yang sederhana, yang jauh lebih berbeza dalam fesyen berbanding rakan sebayanya, Song Ro-ji yang mana dilakonkan oleh Hwang Seung-eon, merupakan ketua editor termuda di “New Normal Gene” dan dia merupakan seorang yang gila berkerja.
Poster utama yang dikeluarkan adalah satu teaser untuk menunjukkan situasi kelangsungan hidup Cha Ji-min dan Song Ro-ji di pejabat, yang akan dibentangkan dalam majalah digital “New Normal Gene”, di mana masalah hidup dan mati terperangkap dalam sesebuah ‘trend’.
Di dalam poster itu, Cha Ji-min kelihatan senang di samping rakannya Song Ro-ji dan tersenyum mesra, tetapi Song Ro-ji kelihatan seperti dia cuba menjaga jarak antara mereka malah posisi tangannya seolah-olah dia tidak selesa. Kedua-dua wanita ini mempunyai personaliti berbeza yang bergandingan di “New Normal Gene”.
Rata-rata peminat sangat menantikan jenis keserasian yang akan mereka tampilkan menerusi drama ini. “New Normal Gene” akan disiarkan buat kali pertama di TVbing pada 10 Jun, dan penonton juga boleh menontonnya di saluran YouTube pada 17 Jun ini. Jom sama-sama kita tonton dan jangan lupa kongsi pendapat korang okay!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kimchidaily.my/jung-hyesung-hwang-seungeon-bakal-bergandingan-dalam-new-normal-gene/