Jun Somin Dedah Song Jihyo Paling Kerap Hubunginya Ketika Berehat Turut Bantu Lee Kwangsoo Semasa Sakit
Setelah hampir dua bulan merehatkan diri daripada aktiviti lasak dalam “Running Man”, Jun So-min kini kembali dengan gahnya dalam rancangan tersebut. Kepulangannya itu nyata disambut dengan meriah oleh abang-abang dan kakaknya.
Jun So-min nyata tidak dapat menyorokkan rasa gementarnya selepas sekian lama tidak berhadapan dengan kamera yang banyak.
Saya rasa seperti kembali ke kali hari pertama muncul dalam rancangan ini. Hati saya berdebar.
Apabila ditanya mengenai waktu rehatnya, wanita itu menjelaskan bahawa dia kini lebih mengenali kepentingan orang sekeliling. Bahkan So-min menyatakan bahawa dia menggunakan peluang itu untuk mengenalpasti siapa yang tidak menyayangi dan menghargainya.
Tambah So-min lagi, dalam ramai kenalannya, Song Ji-hyo adalah orang yang paling kerap bertanyakan khabarnya.
Kalau mengambil kira semuanya, Ji-hyo adalah orang yang paling banyak sekali menghubungi saya.
Lagi kelakar apabila So-min mendedahkan bahawa Ji-hyo acap kali bertanya mengenai kemunculannya meskipun sudah terang lagi bersuluh dalam berita mengatakan bahawa dia akan kembali selepas sebulan.
Saya sedar memang Ji-hyo tak guna internet.
Bahkan Lee Kwang-soo menambah bahawa semasa pergelangan kakinya retak, Ji-hyo turut memberikannya alat bantuan yang memudahkan lelaki itu untuk mandi dalam keadaan yang tidak mengizinkan itu.
Menerusi pendedahan pelakon wanita ini, ramai yang tidak menyangka bahawa Ji-hyo merupakan seorang yang mengambil berat mengenai ahli “Running Man” sehingga sebegini. Walaupun nampak senyap apabila di hadapan kamera, ternyata wanita itu mempunyai hati yang besar.
Ji-hyo orang gua. Lawaknya apabila dia tanya bila So-min nak muncul kembali?
Melihatkan So-min terpaksa berehat seketika, hebat betul Ji-hyo dapat bertahan selama 10 tahun.
Baiknya Ji-hyo…
Sudah dapat di agak daripada Ji-hyo orang gua, seronok melihat So-min dan Ji-hyo.
Kan best kalau peminat Ji-hyo boleh berbaik dengan peminat So-min seperti ini?
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://kimchidaily.my/jun-somin-dedah-song-jihyo-paling-kerap-hubunginya-ketika-berehat-turut-bantu-lee-kwangsoo-semasa-sakit/