Jumpa Saya Dulu Ugut Ugut Ini Tak Jalan Hishammuddin




KUALA LUMPUR: Penganjur kepada perhimpunan aman veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang akan berlangsung pada 6 Jun ini diminta supaya bertemu dengan pihak Kementerian Pertahanan terlebih dahulu.
Ini kerana, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyifatkan, tuntutan yang dibuat oleh pihak penganjur bukanlah perkara baharu, sebaliknya ia adalah sesuatu yang sedang diusahakan ketika ini.
Malah, beliau menegaskan bahawa kebajikan veteran tentera akan terus diberikan keutamaan, terutamanya apabila Persatuan Veteran ATM (PVATM) akan menyambut ulang tahun ke-100.
“Sebelum ini, kita ada agenda perumahan, kesihatan dan pendidikan, kita tidak pernah lupa veteran. Amalan kita dari dulu lagi merupakan sikap terbuka, jadi kalau ada mana-mana pihak yang ada cadangan atau pandangan atau keinginan, datang kepada kami, cakap.
“Jangan kita gembar-gemburkan sesuatu tetapi saya tidak boleh sekat mereka, kalau mereka nak buat apa mereka nak buat, buat tetapi fikir baik-baik. Dah bincang dengan kita dulu ke apa yang diinginkan supaya yang penting, pembelaan kepada veteran,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas merasmikan prapelancaran Blueprint Perumahan 3.0 Kementerian Pertahanan dan majlis menandatangani perjanjian jual beli rumah SASaR di Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur.
Pada masa sama, katanya, veteran tentera juga mempunyai peranan penting dalam menjaga kebajikan, tetapi bukan dengan cara mengugut mana-mana pihak.
“Bagi saya sebagai Menteri Pertahanan, yang penting ialah untuk mendekati dan melibatkan diri secara langsung dengan mereka yang betul-betul ikhlas membela kebajikan veteran dan tak ada perkara yang saya tak sanggup lakukan.
“Kalau sekiranya hujah itu dibawa kepada saya secara bersemuka. Ugut-ugut ini semua tak jalan,” katanya.
Minggu lalu, dianggarkan 5,000 veteran ATM akan mengadakan perhimpunan aman di ibu negara pada 6 Jun ini secara serentak di semua negeri bagi menyuarakan rasa tidak puas hati berhubung isu kebajikan tentera berpencen, tidak berpencen dan diberhentikan.
Pengerusi Perhimpunan Aman Veteran ATM, Datuk Abdul Rahman Husain berkata, terdapat empat tuntutan yang diperjuangkan sejak 2014.
Pertama, memohon Majlis Angkatan Tentera (MAT) melaksanakan penyelarasan pencen bagi veteran yang bersara sebelum 2004 dan 2013 mengikut Perkara 137 Perlembagaan Persekutuan, Seksyen 187 Akta Angkatan Tentera dan peraturan-peraturan pencen serta faedah-faedah lain di bawahnya.
Kedua, memohon MAT memberi pertimbangan supaya anggota tentera diberi hak yang sama seperti penjawat awam lain iaitu diberi pencen setelah berkhidmat sekurang-kurangnya 10 tahun perkhidmatan.
Ketiga, memohon MAT menubuhkan satu Lembaga Pengampunan dengan meringankan hukuman segala kesalahan yang telah dibicarakan oleh mahkamah tentera dan pegawai atasan bagi mereka yang layak.
Keempat, memohon MAT mengkaji semula veteran yang cedera ketika perang, semasa bertugas atau cedera disebabkan tugas berat semasa perkhidmatan diberi rawatan di Pusat Hospitaliti Tentera Udara (PHU) dan ‘Layan Sentiasa’ seperti yang diberi oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan insurans selain insurans kelompok yang dibayar sendiri oleh anggota tentera. – UTUSAN




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2022/05/jumpa-saya-dulu-ugut-ugut-ini-tak-jalan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zaman 33 Bulan Dulu Ya Teloq Pun Hilang

Zaman 33 Bulan Dulu Ya Teloq Pun Hilang

papar berkaitan - pada 29/3/2025 - jumlah : 263 hits
Ada yang kata mana2 Kerajaan sama saja bukti fakta angka2 gambar2 tidak menipu bila ber longok2 gini jangan malas berfikir jadi yang berilmu juga tahu beza mana yang bagus Alhamdullilah terima kasih Pengundi2 Kerajaan Madani YDPA Malaysia k...
Nanti Dulu Kejayaan Anak Anak Perlu Pengorbanan

Nanti Dulu Kejayaan Anak Anak Perlu Pengorbanan

papar berkaitan - pada 29/3/2025 - jumlah : 327 hits
Ummul Syabinar 9A TAK MEMBAWA APA APA MAKNA Saya melihat beberapa individu yang gigih buat fake acc semata mata nak komen benda ni dekat post orang lain Ada di tiktok page jakim dan lain2 Tapi kali ini kena dekat post saya jadi saya perlu b...
Kebakaran Saluran Gas Siasat Dan Bantu Dulu Sebelum Kita Bahas Mb Jawab Pembangkang

Kebakaran Saluran Gas Siasat Dan Bantu Dulu Sebelum Kita Bahas Mb Jawab Pembangkang

papar berkaitan - pada 4/4/2025 - jumlah : 331 hits
Menteri Besar Amirudin Shari mahu perbahasan mengenai kebakaran saluran gas di Putra Heights dibuat dengan tertib SHAH ALAM Sekarang bukan masa untuk ahli politik berbahas kerana tumpuan utama harus pada menyelesaikan siasatan kebakaran sal...
Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Tahun 2025

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Kerajaan Cari Jalan Turun Harga Kereta Ckd Untuk Rakyat

Top Commentators Of October 2025 Tahniah Blogger Lydia

Cara Jana Income Tanpa Perlu Kedai Ebook Bisnes Makanan Delivery Untuk Semua


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rambut Gugur Lepas Bersalin Klinik Estetik Kuala Lumpur Ini Buktikan Rawatan Boleh Pulihkan Keyakinan Wanita

Delicious Recipe Beef Marinade Tenderizer

Diam Tak Bertegur Sapa

Doa Malam 9 Nov 2025

Lelaki Maut Tiga Termasuk Kanak Kanak Cedera Kemalangan Di Laluan Berhampiran Sekolah Kebangsaan Desa Bakti Mentakab

Talking The Indian Girder Concept With Ola Steneg Rd