Jumlah Sales Jauh Beza Bila Pakai Kopiah Sales Jatuh Teruk Bila Tertinggal Kopiah Kat Rumah Peniaga


Perniagaan merupakan bidang yang diceburi oleh ramai orang kerana boleh memberikan pulangan yang lumayan. Walaupun perniagaan juga berisiko untuk rugi, namun usaha yang gigih dan strategi yang bijak dapat membawa pulangan yang lumayan.
Namun begitu, ada juga dalam kalangan peniaga yang menggunakan ‘taktik’ untuk memastikan perniagaannya meraih keuntungan. Begitulah yang dikongsikan oleh pengguna Facebook Moreeza Mohamad mengenai akal, emosi dan sentimen ketika berniaga. Dia juga merupakan peniaga yang menawarkan jualan berasaskan Nanas.
Berdasarkan pengalamannya, dia menyedari bahawa lebih menguntungkan mencari ‘perniagaan’ berupa simpati dan sentimen. Ikuti penceritaan pengalaman beliau seperti berikut:
Taktik duduk atas lantai kotor untuk raih simpati Pengalaman aku berniaga di kaki lima Maybank Seksyen 9 BB Bangi, aku dapat melihat betapa lebih menguntungkan mencari ‘perniagaan’ berupa SIMPATI dan sentimen.
Lebih kurang jam 8.30 malam, setiap kali aku sampai ke Maybank untuk berniaga, akan kelihatan 2 orang dari Selatan Thai yang berpangkat pakcik dan makcik memakai Kopiah, kain pelekat, tudung labuh dan sanggup duduk langsung di atas lantai kaki lima. Memang nampak kesian. Berkesan sungguh emotional effect pada org lain hanya dengan taktik duduk direct atas lantai. Padahal kotor lantai tu. Yang makcik tu akan letaklah keropok2 (tak berkualiti dan murahan) atas lantai. Tak susun elok2 pun, macam tak minat jual sgt pun. Yang pakcik pula, bawa bam (takde kualiti dan murahan) dalam beg kecil kononnya sebagai barang perniagaan. Harga yg dijual RM10 sangat tidak setimpal dengan kualiti barang yg dijual. Mereka sentiasa datang awal dan akan port betul2 di kiri kanan pintu masuk bank. Terpaksalah aku pergi jauh dari lokasi strategik yang mereka sudah ambil. Mereka boleh berbahasa ‘kelate’ dan akan cuba create ‘small talk’ dengan aku mungkin sebab segan dgn kehadiran anak tempatan yang mencari rezeki berniaga ditanahair sendiri.
Gambar: Moreeza Mohamad Pelanggan bagi duit tapi tak ambil barang jualan. Ajaib sungguh Setelah aku bersedia untuk memulakan proses menjual produk Nenas2ku, kagum aku melihat ‘perniagaan’ berteraskan simpati Pakcik Makcik itu begitu laris. Boleh kata ada saje pelanggan yang ‘mencampakkan’ 10 ringgit, 5 ringgit kepada mereka. Yang lebih menakjubkan, pelanggan tidak mengambil apa2 pun barang jualan mereka. Ajaib sungguh. Duit masuk, barang tak keluar. WOW!
Sedang aku pula, walaupun nenas MD2 aku sedap, berkualiti, value for money dan hanya dijual pada harga RM6, pelanggan akan bertanya macam2 dan membuat muka serius sebelum membeli. Itupun hanya dibeli setelah aku berjaya memberi layanan dan penerangan yg dapat meyakinkan mereka.
Dilatih untuk tidak beri kerjasama kerana khuatir taktik kantoi Dari jam 8.30 sehingga 9.30 mlm , aku anggarkan pendapatan PakCik Makcik itu boleh mencecah RM150 setiap seorg. Sungguh lumayan. Hanya dalam 1 jam. Sedang aku masih terkial2 nak buat sales RM30 sahaja pun. Penat berdiri, menyusun buah, mengelap botol yg basah, dll. Seronoknya ‘perniagaan’ mereka.
Ada sekali tu, duit tukar aku dah habis, jadi aku risau tak dapat nak bagi duit tukar pada pelanggan nanti, jadi aku minta pada pakcik dan makcik tu nak tukar note 50 aku sebab aku tahu mereka dapat banyak duit note 10 dan 5. Yang menyedihkan, mereka kata takde dan tak dapatlah aku tukar duit dgn mereka. Nampak sangat menipu. Aku rasa mereka telah dilatih utk tidak bagi kerjasama sebab nanti ‘kantoi’ la mereka dapat banyak duit. Setelah beberapa kali aku berniaga di situ, aku dapat rasakan mereka rasa ‘tak sedap’ sebab mereka tahu aku tahu ‘taktik’ mereka dan pendapatan mereka. Mereka cuba berbaik2 dgn aku, biasalah sembang2 tanya itu ini. Kadang2 macam kenen2 nak makan free. Maaf, aku tak dapat bagi. Dia mampu beli sebab dapat duit banyak. Cuma taknak beli supaya nak kekal nampak susah dan nampak kesian. Sedang aku yang penat berusaha nak proses Nanas2 tu lagi, nak berniaga lagi, tiada siapa nak kesian.
Ada Hilux ‘plate’ Thailand datang ‘pick up’ Aku perati, dekat2 jam 12 malam (ATM tutup), akan sampai satu TOYOTA HILUX plate Thailand. Parking jauh sikit, nak sorok2 le tu. Dan disuruh seorang budak kecik utk pergi ke Pakcik dan Makcik tu. Macam messenger la. Supaya tak nampak pemandu Hilux tu. Pakcik dan Makcik tu pun akan berjalan menuju ke Hilux tu membawa hasil yg lumayan. Dan berlalu pergilah bisnesman dan bisneswoman hebat dari Selatan Thai itu. Esok kemari lagi dari siang sampai ke malam. Hasil perniagaaan mereka akan dibawa ke tempat mereka tanpa memberi apa2 faedah kepada anak2 jati Malaysia yg masih ramai yg susah dan gigih berusaha siang malam.
Bisnes model menagih simpati dan ‘agama’ sangat berjaya di dalam pasaran orang Melayu di serata lokasi. Orang Melayu memang ‘cerdik’.
Bila pakai kopiah, sales terus tinggi Muka aku sebijik macam Cina. Org Cina pun ingat aku Cina. Jadi, kalau aku jaga booth aku, org Melayu tgk atas bawah dari jauh. Payah nak singgah membeli. Apa nak buat. BMF punye ‘kejayaan’.
Jadi, walaupun aku paling tak suka ‘menunggang’ agama, aku terpaksa pakai kopiah semasa berniaga. Analisa aku menunjukkan, jumlah sales sangat jauh berbeza apabila aku memakai kopiah dengan apabila aku tidak berkopiah. Sales jatuh teruk apabila aku tertinggal kopiah aku kat rumah. Pelik. Produk aku kualiti dan halal tetap yg sama tetapi Sales figure berbeza apabila berkopiah dan tak berkopiah. Hahaha. Giler!
Berniaga itu SUNNAH. Meminta-meminta bukan SUNNAH Penat aku menulis, namun aku yakin pasaran orang Melayu akan terus ‘cerdik’ mengkayakan orang Selatan Thai, orang Pakistan berjubah dan berjambang, orang Afganistan berjubah, penunggang agama dan watak2 kesian. Tidak menilai melalui kualiti, kebersihan dan harga barang yang dibeli. Patutlah sehingga harini orang Islam ke, Melayu ke masih belum dapat membuat kapal terbang sendiri, kereta sendiri, basikal ke, handphone sendiri ke, waima seluar dalam sendiri pun belum lagi. Sebabnya, buat apa susah payah buat dan keluarkan teknologi sendiri. Kan lebih syok duduk atas lantai dan menadah tangan mengaut untung.
Dan aku juga yakin, selagi orang Islam meminta-minta, menipu dan masih tidak ‘cerdik’ di dalam memberi sedekah atau membeli, umat Islam akan terus mundur. Buktinya ialah, mana ada negara2 maju seperti Jepun, Korea, Switzerland, Denmark, Australia dll yg rakyatnya akan menyusun strategi, taktik dan meminta-minta dan menagih simpati.
Sumber: Moreeza Mohamad
The post “Jumlah Sales Jauh Beza Bila Pakai Kopiah, Sales Jatuh Teruk Bila Tertinggal Kopiah Kat Rumah” – Peniaga appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/12/19/jumlah-sales-jauh-beza-bila-pakai-kopiah-sales-jatuh-teruk-bila-tertinggal-kopiah-kat-rumah-peniaga/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bayi 8 Bulan Maut Akibat Lemas Selepas Jatuh Tertonggeng Ke Dalam Tong Sampah Di Rumah Pengasuh

Bayi 8 Bulan Maut Akibat Lemas Selepas Jatuh Tertonggeng Ke Dalam Tong Sampah Di Rumah Pengasuh

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 511 hits
Seorang bayi perempuan berusia 8 bulan maut selepas terjatuh dari katil dan terus termasuk ke dalam bakul sampah Dalam kejadian yang berlaku pada jam 6 15 petang kelmarin di rumah pengasuh di Taman Pasir Pinji Ipoh kejadian itu hanya diseda...
Ronaldo Pun Pakai Jersi Tulisan Jawi Kat Malaysia Orang Hina Benci Jawi

Ronaldo Pun Pakai Jersi Tulisan Jawi Kat Malaysia Orang Hina Benci Jawi

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 1308 hits
Beberapa bulan lalu terdapat beberapa pihak menolak dan membantah cadangan pengenalan pembelajaran tulisan jawi dan khat yang bermula tahun depan di sekolah jenis kebangsaan Perkara tersebut dibanding dengan tindakan Cristiano Ronaldo apabi...
Guru Sd Ditemukan Tewas Membusuk Dalam Rumah Kontrakan Di Medan

Guru Sd Ditemukan Tewas Membusuk Dalam Rumah Kontrakan Di Medan

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 173 hits
Dia diduga telah meninggal lebih dari tiga hari kata Kapolsek Medan Labuhan AKP Edi Safari
Belasan Wanita Berpakaian Seksi Digiring Keluar Dari Rumah Karaoke Di Surabaya

Belasan Wanita Berpakaian Seksi Digiring Keluar Dari Rumah Karaoke Di Surabaya

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 313 hits
Diduga digunakan sebagai tempat prostitusi sebuah rumah karaoke keluarga digerebek polisi Hasilnya belasan wanita berpakaian seksi dan puluhan botol minuman keras diamankan polisi
Anak Luka Ketika Bermain Doktor Dedah Penjaga Jahit Luka Anak Di Rumah Sampai Terkena Jangkitan Tetanus

Anak Luka Ketika Bermain Doktor Dedah Penjaga Jahit Luka Anak Di Rumah Sampai Terkena Jangkitan Tetanus

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 412 hits
Isu vaksin kini merupakan isu yang sensitif untuk dibahaskan di Malaysia kerana masih terdapat golongan anti vaksin iaitu tidak menerima vaksin di negara ini Seorang doktor telah memuat naik satu kisah yang berlaku kepada seorang kanak kana...
Cerita Kepanikan Hilman Larikan Rizki Ke Rumah Sakit Usai Digigit Ular Kobra

Cerita Kepanikan Hilman Larikan Rizki Ke Rumah Sakit Usai Digigit Ular Kobra

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 233 hits
Hilman menuturkan anaknya dirawat selama tiga hari di Rumah Sakit UI Mulai dari masuk Ruang IGD Ruang PICU sampai Ruang rawat inap Hilman mengatakan tidak mengeluarkan biaya sepeser pun untuk perawatan anaknya
Rugi Hampir Rm300 Juta Rumah Di Masuki Perompak

Rugi Hampir Rm300 Juta Rumah Di Masuki Perompak

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 249 hits
LONDON Perompak memecah masuk rumah sosialit Britain Tamara Ecclestone yang juga anak perempuan bekas pemilik Formula 1 Bernie Ecclestone serta mencuri sejumlah besar barang kemas berharga kata keluarga itu semalam Saya memaklumkan dengan s...
Rumah Naik Lalang K Jaan Ph Pekak Tidak Peka

Rumah Naik Lalang K Jaan Ph Pekak Tidak Peka

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 513 hits
Rumah dah naik lalangSERAMAI 57 pembeli rumah kecewa apabila kediaman yang dibeli sejak 13 tahun lalu di Taman SL ATM Perdana Mukim Apam di sini terbengkalai Projek terbabit yang merangkumi 12 unit banglo dan 44 rumah teres sepatutnya siap ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba