Jumlah Kluster Pendidikan Terus Meningkat 180 Lagi Positif


AGENDA DAILY
Ibu bapa menunggu anak masing-masing untuk menerima suntikan dos vaksin Covid-19. - Gambar FB SK Putrajaya Presint 5-1
Sebanyak 11 daripada 17 kluster baharu yang dikesan dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari semalam melibatkan kluster berkaitan pendidikan, dengan 180 individu disahkan positif Covid-19.
Pada Rabu, Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan 16 daripada 20 kluster baharu yang dikesan melibatkan kluster berkaitan pendidikan, membabitkan 304 individu, kebanyakannya pelajar dan pelatih pusat latihan polis, positif Covid-19.
Menerusi kemas kini laman sesawang Covidnow tengah malam tadi, KKM memaklumkan 11 kluster baharu pendidikan itu dikesan di lapan negeri – Pulau Pinang, Kelantan, Perak, Selangor serta Kuala Lumpur, Kedah, Negeri Sembilan dan Sabah – dengan satu kluster menular di negeri lain.
Menurut KKM dua kluster berkaitan pendidikan dikesan di Pulau Pinang membabitkan Kluster Jalan Berapit di Seberang Perai Tengah melibatkan 12 kes; dan Kluster Bukit Panchor, Seberang Perai Selatan (lima kes).
Di Kelantan – Kluster Jalan Kompleks di Kota Bharu melibatkan 13 kes; Kluster Jalan Bukit Merbau di Pasir Puteh dan Kota Bharu (sembilan kes); serta Kluster Lorong Banggol Manok, Pasir Mas (sembilan kes).
Sementara itu dua kluster pendidikan dikesan di Perak membabitkan Kluster Jalan Raja Dihilir, Kinta melibatkan 13 kes; dan Kluster Kota Gopeng di Kampar (tujuh kes).
Di Selangor dan Kuala Lumpur – Kluster Seksyen Lima Wangsa Maju di Titiwangsa dan Gombak melibatkan enam kes, sementara di Kedah membabitkan Kluster Dah Teratai Jingga di Kota Setar, Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap dan Baling dengan 18 kes.
Kluster pendidikan juga dikesan di Negeri Sembilan iaitu Kluster Bukit Chengkau Ulu di Rembau melibatkan 72 kes, manakala Kluster Pandan Pandan di Putatan, Sabah pula membabitkan 16 kes.
Sejak minggu pertama 2020 hingga 19 Januari lalu, KKM telah mengesan sebanyak 52 kluster berkaitan pendidikan yang melibatkan 30 sekolah menengah, termasuk 27 daripadanya yang membabitkan sekolah berasrama.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin pada sidang media semalam memaklumkan perhimpunan ramai dalam kalangan pelajar telah meningkatkan risiko penularan jangkitan menyebabkan 15 kluster di sekolah dikesan pada minggu pertama persekolahan.
“Pada minggu kedua persekolahan bilangan kluster pendidikan meningkat sekali ganda kepada 33 kluster. Semua negeri ada melaporkan kluster kecuali Perlis, Terenggau, Sarawak dan WP Labuan.
“Bagi 52 kluster pendidikan yang telah dilaporkan sejak minggu pertama tahun 2022, siasatan mendapati 44 kluster dengan kes indeksnya adalah pelajar, indeks kes adalah guru atau pensyarah bagi lima kluster dan staf sokongan pusat pendidikan bagi tiga kluster lagi,” kata Khairy.
Sehubunga itu katanya, KKM memberi penekanan kepada sektor pendidikan dengan kepentingan untuk saringan gejala pelajar, guru dan staf sebelum masuk ke kawasan sekolah atau institusi.
Selain itu KKM juga memberi penekanan kepada:
Pengujian RTK Ag ke atas murid, guru dan staf mengikut strategi pengujian Covid-19;Pemerkasaan ibu bapa untuk memantau status kesihatan anak dan bertanggungjawab untuk tidak menghantar anak ke sekolah sekiranya bergejala; danMenjalankan penilaian risiko penularan jangkitan Covid-19 di institusi masing-masing dari semasa ke semasa, agar Tindakan pencegahan dapat segera diambil.KKM juga mengingatkan kepada Pegawai Kesihatan Daerah, sekiranya terdapat kes positif dilaporkan oleh pihak sekolah atau institusi pendidikan, siasatan dan penilaian risiko perlu dijalankan bagi menilai status penularan jangkitan.
Selain itu, tindakan pembersihan dan disinfeksi serta pengesanan kontak perlu dijalankan di samping pelaksanaan aktivi-aktiviti kawalan dan pencegahan Covid-19.
KKM akan mengadakan perbincangan dengan pihak Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi dalam masa terdekat bagi mengukuhkan aktiviti kawalan dan pencegahan penularan jangkitan Covid-19 di institusi pendidikan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2022/01/jumlah-kluster-pendidikan-terus.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tidak Patuh Sop Punca Kluster Pendidikan Meningkat

Tidak Patuh Sop Punca Kluster Pendidikan Meningkat

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 239 hits
Kuala Lumpur Ketidakpatuhan prosedur operasi standard semasa dan di luar waktu persekolahan formal terutama ketika di asrama antara faktor peningkatan kluster institusi pendidikan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata faktor lain dike...
Kasus Covid 19 Terus Meningkat Menkominfo Minta Masyarakat Bijak Bepergian

Kasus Covid 19 Terus Meningkat Menkominfo Minta Masyarakat Bijak Bepergian

papar berkaitan - pada 22/1/2022 - jumlah : 349 hits
Menteri Komunikasi dan Informatika Johnny G Plate meminta masyarakat meningkatkan kewaspadaan terhadap penularan Covid 19 dengan mematuhi protokol kesehatan
Lonjakan Kluster Pendidikan 62 Kluster Dalam Seminggu

Lonjakan Kluster Pendidikan 62 Kluster Dalam Seminggu

papar berkaitan - pada 22/1/2022 - jumlah : 349 hits
Berikut adalah Rangkuman Mingguan Bernama mengenai Covid 19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 15 Jan hingga pukul 11 59mlm 21 Jan 2022
Sabah Jangka Lebih Banyak Kluster Baharu Babitkan Institusi Pendidikan

Sabah Jangka Lebih Banyak Kluster Baharu Babitkan Institusi Pendidikan

papar berkaitan - pada 27/1/2022 - jumlah : 453 hits
Masidi Manjun berkata saringan kontak rapat dalam kalangan penghuni asrama di enam sekolah dan ia menunjukkan akan berlaku peningkatan kluster KOTA KINABALU Lebih banyak kluster Covid 19 membabitkan institusi pendidikan dijangka muncul di S...
Kes Pelajar Positif Covid 19 Di Melaka Membimbangkan

Kes Pelajar Positif Covid 19 Di Melaka Membimbangkan

papar berkaitan - pada 26/1/2022 - jumlah : 381 hits
MELAKA 26 Januari Angka kes positif Covid 19 melibatkan pelajar daripada institusi pendidikan di negeri ini dilihat semakin membimbangkan jika semua pihak tidak mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan M...
6 Siswa Positif Covid 19 Smpn 115 Jakarta Ditutup Sementara

6 Siswa Positif Covid 19 Smpn 115 Jakarta Ditutup Sementara

papar berkaitan - pada 24/1/2022 - jumlah : 297 hits
Saat sekolah ditutup sementara pembelajaran dilakukan secara online Pembelajaran tatap muka akan kembali diberlakukan pada Senin 31 Januari 2022
Junhoe Ikon Yoshi Treasure Telah Disahkan Positif Covid 19

Junhoe Ikon Yoshi Treasure Telah Disahkan Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 25/1/2022 - jumlah : 359 hits
Nampaknya makin ramai artis di bawah agensi YG Entertainment yang telah disahkan positif COVID 19 Sebelum ini telah diumumkan bahawa Jin hwan Yun hyeong DK iKON dan Seung hoon WINNER telah diuji positif bagi COVID 19 Pada hari ini pula YG E...
Eric The Boyz Telah Diuji Positif Untuk Covid 19

Eric The Boyz Telah Diuji Positif Untuk Covid 19

papar berkaitan - pada 24/1/2022 - jumlah : 315 hits
Nampaknya ramai idola K pop yang telah diuji positif untuk COVID 19 baru baru ini Pada 24 Januari IST Entertainment iaitu agensi kepada THE BOYZ telah mengumumkan bahawa salah seorang ahli dari kumpulan tersebut iaitu Eric telah disahkan po...
Gali Inisiatif Untuk Positif

Gali Inisiatif Untuk Positif

papar berkaitan - pada 24/1/2022 - jumlah : 186 hits
GALI INISIATIF UNTUK POSITIF Assalammualaikum wbt Salah satu punca atau penyebab timbulnya banyak penyakit disebabkan masalah Masalah yang terpendam atau dipendam Masalah yang tidak dileraikan dan tidak cuba dinyah dengan kadar paling seger...
Mn Akan Ditolak Umno Pas Tu Nak Tumpang Kepimpinan Orang Lain Hadi Awang Tak Mampu Untuk Jadi Pm

Meronda Sdary Cari Landmark Imbau Nostalgia

Top Commentators Of December 2025 Tahniah Blogger Na

Variation Top On Slot Gacor Hari Ini Agent

Masakan Kampung Pahang Warisan Sedap Yang Ramai Tak Kenal Wajar Dihidupkan Semula

Anniversary 01 Januari 2026

Best Attorney For Car Accidents Securing Your Future

Keputusan Pengomen Tegar Blog Abam Kie 2025


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Attorney For Car Accident In Houston Expert Support

Tahun Baru Harapan Baru Tak Perlu Drastik Pun Janji Konsisten

Backdrop Printing Apa Yang Perlu Dipertimbangkan Sebelum Tempah

Perancangan Strategik Nfdp Membentuk Hala Tuju Dan Visi Melalui Kerjasama Jurulatih Dan Kakitangan Teknikal

Perubahan Besar Kwsp Untuk Tahun 2026 Apa Yang Perlu Tahu

Anak Perempuan Pelakon Tommy Lee Jones Ditemui Meninggal Dunia Di Hotel California