Jumlah Kes Sakit Campak Meningkat Di Sg Risiko Penularan Besar Besaran Rendah




SINGAPURA: Singapura melaporkan kenaikan pada jumlah kes sakit campak tahun ini, dengan 14 kes dilaporkan setakat minggu yang berakhir pada 12 Julai, berbanding 11 kes bagi keseluruhan 2024, dan lapan kes pada 2023. Dalam kalangan 14 kes itu, lima adalah jangkitan tempatan.
Kelima-lima kes itu melibatkan golongan dewasa – di mana seorang sudah pun mendapatkan vaksinasi penuh bagi sakit campak, manakala status vaksinasi bagi empat lagi individu belum diketahui, menurut Agensi Penyakit Berjangkit (CDA) pada Rabu (23 Jul).
Lagi sembilan individu dijangkiti sakit campak dari luar negara.
“Walaupun jumlah kes tahun ini meningkat berbanding tahun lalu, jumlahnya lebih rendah berbanding tahun-tahun sebelum COVID-19 iaitu dari 2015 hingga 2019, di mana jumlah kes adalah antara 25 hingga 93 sepanjang tempoh yang sama,” menurut CDA dalam responsnya kepada pertanyaan Mediacorp di tengah-tengah kenaikan jumlah kes sakit campak di seluruh dunia.
Pada 2025, Amerika Syarikat mencatatkan wabak sakit campak terburuk dalam tempoh lebih 30 tahun.
Lebih 1,200 kes disahkan sejak awal tahun ini di hampir 40 daripada 50 wilayah Amerika Syarikat, dengan jumlah kes di Texas membentuk lebih 60 peratus daripada keseluruhan jumlah kes, menurut Universiti Johns Hopkins.
Kanada, yang secara rasmi berjaya menghapuskan sakit campak pada 1998, mencatatkan lebih 3,500 kes pada tahun ini.
Di Asia Tenggara, Filipina melaporkan lebih 2,000 kes setakat 10 Mei manakala Vietnam mencatatkan lebih 81,000 kes yang disyaki sakit campak setakat Mei lalu, menurut UNICEF.
RISIKO RENDAH BERLAKU PENULARAN DI SG
CDA Singapura menyatakan kenaikan pada jumlah kes sakit campak di seluruh dunia disebabkan oleh kadar vaksinasi sakit campak yang merosot di sesetengah negara dan wilayah.
“Disebabkan oleh kedudukan Singapura sebagai sebuah hab perjalanan utama dan dengan kenaikan pada jumlah kes sakit campak di seluruh dunia dan serantau, kami menjangkakan kemunculan kes secara terpencil dan dalam kelompok kecil kerana sakit campak sangat mudah berjangkit dalam kalangan individu dengan daya imuniti yang lemah,” menurut agensi itu.
“Risiko berlaku penularan besar-besaran dalam masyarakat adalah rendah disebabkan oleh perlindungan vaksinasi yang tinggi dalam kalangan penduduk tempatan. Justeru, tiada langkah kesihatan tambahan dilaksanakan buat masa ini.”
Sakit campak adalah virus pernafasan mudah berjangkit yang merebak menerusi titisan cecair apabila individu yang terjangkit batuk, bersin atau setakat bernafas sekalipun.
Ia adalah penyakit yang perlu dimaklumkan secara rasmi di Singapura, bermakna semua pengamal perubatan dan makmal dikehendaki memaklumkan Kementerian Kesihatan (MOH) dalam tempoh 24 jam dari diagnosis klinikal atau makmal.
Singapura juga mewajibkan dua dos vaksin bagi sakit campak, beguk dan rubela (MMR) bagi kanak-kanak bermula pada usia 12 bulan.
CDA menyatakan vaksinasi tetap merupakan cara terbaik untuk melindungi diri daripada sakit campak, dengan kadar keberkesanan vaksin adalah kira-kira 97 peratus dengan pengambilan dua dos vaksin sakit campak.
“Walaupun mungkin masih terdapat kes-kes individu yang sudah divaksin terjangkit virus itu, ia jarang berlaku,” tambah CDA.
CDA juga menasihati kanak-kanak dan orang dewasa tanpa bukti memiliki daya imuniti terhadap sakit campak supaya mendapatkan vaksin, terutama sekali jika mereka merancang untuk melakukan perjalanan ke negara-negara yang sedang mengalami wabak sakit campak.
“Bagi mencegah wabak dan melindungi kanak-kanak kecil yang belum lagi divaksin, kami akan terus memastikan penduduk kita mempunyai tahap perlindungan vaksinasi yang tinggi, dan kami menyarankan orang awam supaya mendapatkan suntikan vaksin,” menurut CDA.
Mereka yang dijangkiti sakit campak dinasihatkan supaya menjalani pengasingan diri, memakai pelitup dan mengelakkan sebarang interaksi sosial sehingga mereka tidak lagi berjangkit.


Source link


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://edisiviral.com/2025/07/23/jumlah-kes-sakit-campak-meningkat-di-sg-risiko-penularan-besar-besaran-rendah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jumlah Wartawan Terbunuh Di Gaza Meningkat Kepada 232 Orang

Jumlah Wartawan Terbunuh Di Gaza Meningkat Kepada 232 Orang

papar berkaitan - pada 26/7/2025 - jumlah : 141 hits
Pejabat Media Gaza mengesahkan seramai 232 wartawan terbunuh sejak perang Israel Gaza bermula termasuk jurufoto Adam Abu Harbid yang maut dalam serangan udara di Al Yarmouk Gambar fail AP GAZA CITY Pejabat Media Kerajaan Gaza mengesahkan ju...
Ramai Akui Walaun Turun Ramai Amk Tim Nia Jangan Duduk Diam Kamu Punya Tugas Besar Bukan Macam Kura Kura Ingat Tu

Ramai Akui Walaun Turun Ramai Amk Tim Nia Jangan Duduk Diam Kamu Punya Tugas Besar Bukan Macam Kura Kura Ingat Tu

papar berkaitan - pada 27/7/2025 - jumlah : 150 hits
OK RAMAI YANG TURUN SAYA AKUI HIMPUNAN TURUN ANWAR SEPARA BERJAYA TENGOK KEMUNCAK MALAM INI MACAM MANA Saya turunkan posting di awal tadi yang saya kata tak ramai Sorry KERAJAAN MADANI BAHAYA BOLEH REBAH PADA PRU 16 JIKA TIDAK PERBAIKI KELE...
Chegubad Ditahan Polis Hari Ini Yiddin Cakap Besar Itu Suara Walaun

Chegubad Ditahan Polis Hari Ini Yiddin Cakap Besar Itu Suara Walaun

papar berkaitan - pada 28/7/2025 - jumlah : 117 hits
Ketua Bersatu Port Dickson Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard ditahan polis petang ini didakwa berkaitan dengan perhimpunan Turun Anwar yang berlangsung di ibu negara Sabtu lalu Peguam Muhammad Rafique Rashid Ali berkata pihaknya dimaklu...
Kesalahan Tun Besar Tapi Tiada Tindakan Atas Faktor Usia Pm Anwar

Kesalahan Tun Besar Tapi Tiada Tindakan Atas Faktor Usia Pm Anwar

papar berkaitan - pada 27/7/2025 - jumlah : 123 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan piala kepada Johan Pertandingan Bahas Kategori Bahasa Inggeris Sekolah Menengah Alam Shah sempena Pertandingan Akhir Bahas Piala Perdana Menteri ke 50 Tahun 2025 di Pusat Konvensyen Anta...
Mb Kedah Ketawa Besar Di Sebelah Pm Anwar

Mb Kedah Ketawa Besar Di Sebelah Pm Anwar

papar berkaitan - pada 26/7/2025 - jumlah : 112 hits
HarapandailyJuly 25 2025Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dilihat ketawa besar semasa sesi bergambar pada Majlis Perasmian Sambutan Peringatan Hari Antidadah 2025 di Dataran Darulaman hari ini Aksi Ketua Pengarah Pilihan...
Minyak Turun Tapi Jiwa Terbakar Peniaga T Shirt Rugi Besar Marah Pada Pmx

Minyak Turun Tapi Jiwa Terbakar Peniaga T Shirt Rugi Besar Marah Pada Pmx

papar berkaitan - pada 23/7/2025 - jumlah : 167 hits
ISWARDY Morni Minyak Turun Tapi Jiwa Terbakar Peniaga T Shirt Rugi Besar Marah Pada PMXKUALA LUMPUR 23 Julai Seorang peniaga t shirt dari Kelantan meluahkan rasa kecewa dan marah selepas terpaksa melupuskan hampir 1 000 helai baju bertulis ...
Pkr Paya Besar Gesa Ksn Benar Penjawat Awam Turun Himpunan Mereka Mahu Abah Kembali Jadi Pm

Pkr Paya Besar Gesa Ksn Benar Penjawat Awam Turun Himpunan Mereka Mahu Abah Kembali Jadi Pm

papar berkaitan - pada 23/7/2025 - jumlah : 180 hits
KUANTAN Ketua Cabang Keadilan Paya Besar Wan Fauzldin Wan Samad berpendapat Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar perlu membenarkan penjawat awam turun padang pada Himpunan Turun Anwar Saya tidak setuju dengan kenyataan KSN...
Selebriti Muda Jadi Isteri Keempat Vvip

Why We Ve Been Told Time And Again Not To Speculate When Police Investigation Is Ongoing Yb Rafizi

Isu Jalur Gemilang Pas Nasihat Umno Dap Kembali Kepada Prinsip Rukun Negara

Advise Akmal To Shut Up First Dap Youth Tells Tok Mat

Serving Hope Supporting The Spastic Children S Association With Every Pickleball Bag

Cinta Tak Mengenal Usia Datuk Kahwin Nenek Video

Lelaki Ditahan Tetak Kepala Rakan Guna Kapak

Siap Gelak Dasar Menunggang Didakwa Selit Agenda Politik Di Solidariti Zara Qairina Rafidah Teruk Dikecam


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Messi Pulih Dari Cedera Inter Miami Bungkam La Galaxy 3 1

Rezeki Yang Tidak Disangkakan

Quick Eating Well Healthy Banana Bread Recipe

Best Fence Materials For Chester Va Weather Wood Vs Vinyl Vs Metal 08 17

Banyak Chanteq

Beli Takoyaki Agong Di Stadium Paroi