Jumaat Yang Memenatkan
Salam semua,
Cuma nak bagitau, semalam 1 Disember 2023 merupakan Jumaat yang memenatkan bagi aku. Seawal pagi pukul 7 pagi aku dah bangun, disebabkan bini aku masuk kerja pukul 7, oleh yang demikian dia terus pergi kerja tanpa menyiapkan 2 orang anak aku. Pukul 7 pagi tu aku kena bangun dan kena bangunkan kedua-dua anak aku, mandikan dorang dan pakaikan dorang baju.
Selepas dorang pakai baju, aku bagi dua-dua orang tu tgk Youtube untuk mengelakkan dorang bergaduh dan selerakkan barang sementara aku pulak mandi. Selepas tu aku pun anta dorang ke pengasuh dan taska. Selepas tu aku pun masuk kerja..bos ajak meeting pukul 9 pagi, tapi tak jadi sebab takda beberapa staff, so dia tunda pukul 3 petang.
Pukul 9.30 pagi aku keluar la ke Restoran Nasi Kandar Saddam untuk breakfast. Aku breakfast makan nasi sebab tengahari nanti ada jamuan kat lab aku sempena Deepavali dan majlis perpisahan 3 staff lab aku iaitu Puan Yus, Tharmini dan Quek. Sebab tu kena makan awal, nanti time jamuan, takda la kenyang sangat.
Selepas kenyang aku pun balik la lab sambung buat kerja. Nasib baik la ada student budak degree dari UiTM bernama Afifah yang tolong aku run sample..kurang la sikit penat aku. dalam pada masa yang sama, aku dikejutkan dengan mengatakan aku kena 'lunch call'. Disebabkan awal bulan, so jadual lunch call bulan Disember tak keluar lagi..hanya diketahui pada pagi tu sahaja. Aku dah la rancang selepas jamuan aku nak balik tido disebabkan kepenatan. Penat semalam pun tak hilang lagi, so ingat tengahari tu nak tido sampai dari kul 12 ke pukul 3 petang..terpaksa la aku ponteng solat Jumaat sebab kalau aku pergi, takut terlelap dan takut orang pandang-pandang plak.
So, pada pukul 11.00 ke 11.30 pagi tu aku bersiap sedia la, sebab aku kena baca doa kat jamuan tu. Ada gak staff yang dah balik awal sebab ada hal yang kena selesaikan. Biasa kalau pukul 11.45 - 12 tghari tu aku dah chow dah. Ni sebab ada jamuan, aku terpaksa tunggu..Jamuan start pukul 11.45 pagi, dan selepas beberapa ucapan, dan nangis2, aku pun baca doa dan selepas tu kita makan2..
Disebabkan nasi beriani ayam tu dah siap bungkus, so senang sikit la perjalanan majlis, orang just amek bungkusan makanan dan cari tempat untuk makan. Aku pun sama, selepas amek bungkusan makanan, aku tinggalkan majlis untuk buat lunch call di lab aku la. Time tu dah pukul 12.20 tghari. Ni nak citer, boleh pulak mesin depan buat hal, probe dilution tertusuk ke atas petutup tiub. Dah tak leh run mesin depan, hanya boleh run mesin belakang.
Engineer datang pada pukul 2.45 petang. Dia nak ajar aku sebab hanya ada aku sorang di lab masa tu, tiba-tiba Akma datang dan beberapa staff yang lain pun datang nak belajar cara tukar probe. Selepas tukar probe, pukul 3 petang datang la Puan Arzu untuk buat meeting. Aku yang mengantuk tu pun terpaksa la kuatkan diri untuk hadir meeting tu selama sejam aku berdiri. Owh, lupa plak nak bagitau, aku makan nasi yang siap bungkus tadi pukul 2.30 petang.
Pukul 4 petang berakhir la meeting dan aku pun sambung kerja analisis air kencing. Masuk Disember aku masuk tempat baru iaitu analisis air kencing. Sebelum tu pada bulan Oktober dan November aku berada di HbA1c. Selepas buat beberapa sampel air kencing, pada pukul 4.10 petang datang pulak U32 aku yang baru tak sampai sebulan pindah ke lab aku, dia datang ajak nak suruh aku tolong angkat barang. Ko bayangkan dah pukul 4, time orang dah prepare nak balik dia boleh plak suruh kita ni angkat barang. Incas angkat barang, si Riduan dah keluar pi amek anak dia, sebab dia 'short call'. Aku pulak yang kena jadi 'kambing hitam'.
Aku kena tolong dia angkat barang 2 tempat ye..dalam bilik 'cold room' dan stor barang. Nano dan Riduan mengelak untuk tolong angkat barang dengan alasan ada kerja nak di buat. Ye la, dah dekat pukul 5, orang malas la buat kerja dan dah siap-siap nak balik..Boleh pulak si U32 ni datang secara huru-hara suruh angkat barang. Habis angkat barang tepat pukul 5.02 petang. Lagi sekali aku geram sebab biasa aku balik awal dalam pukul 4.55 petang dan akan thumb print pukul 6 petang ke atas sebab sambil2 ambik anak aku dari taska, so aku akan thumb keluar agak lewat. Alhamdulillah takda komplen lagi dari bos besar setakat ni.
Aku balik dengan keadaan kepenatan ya amat. Nasib baik tak puasa atau 'short call' Kalau tak aku dah pengsan..balik dari tempat kerja pulak bini aku ajak pi I-City, ke Padini secara lebih tepat sebab nak healing beli baju. Aku pun turutkan la, selepas amek si Zaim dari taska, kitaorang tros ke I-City..bagi anak aku main kat 'The Parenthood', dekat kul 9 malam baru balik. Aku tak cakap apa dah, lepas mandi aku tros baring dan tido. Aku dah pesan awal2 dah kat bini aku supaya uruskan kedua-dua anak aku sebab aku penat sangat. Nasib baik dia OK dan buat segala kerja..aku pun tido zZzZzZz..
Aku menulis ni pada pagi 2 Disember 2023 pukul 8 pagi. Kedua-dua anak aku dah pun bangun.. petang ni pulak aku kena kerja overtime dari pukul 2 petang ke 9 malam. Nasib baik la pagi ni aku boleh rehat sikit, ni pun rasa badan macam nak demam. Ada batuk sikit2..aku terus telan 2 bijik panadol..
Ok itulah saja coretan aku untuk kali ni, rajin aku coretkan untuk tatapan di masa hadapan..untuk mengimbau kenangan betapa penatnya aku selama 1 hari menguruskan hal di tempat kerja dan juga di rumah. Assalamualaikum
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://duitdarionline.blogspot.com/2023/12/jumaat-yang-memenatkan.html