Jumaat Terakhir Ramadan 1441h Bersediakah Suami Menjadi Iman Solat Aidil Fitri


Jumaat Terakhir Ramadan 1441H Bersediakah Suami Menjadi Iman Solat Aidil Fitri | Assalammualaikum wbt. Ya Allah cepat sungguh masa berlalu dan hari ini merupakan Jumaat terakhir Ramadan 1441H  dan InsyaAllah lusa kita semua akan menyambut Syawal tapi entah la rasa hati macam masih tak rela Ramadan ini berakhir...rasa terlalu pendek Ramadan kali ni..terasa masih banyak yang tak dapat dibuat dengan penuh kualiti.  Semoga Ramadan yang cukup berlainan dari tahun-tahun sebelum ini membentuk diri kita menjadi lebih baik, muhasabah diri dan menjadi lebih baik lagi dari semalam

Jumaat Terakhir Ramadan 1441H Bersediakah Suami Menjadi Iman Solat Aidil Fitri

Ya, memang berbeza sungguh Ramadan kali ni dengan rentak kehidupan yang berubah dengan PKP akibat Covid -19 ni tapi semoga amalan kita berubah lebih baik dan lebih sempurna hendaknya. Tiada solat Tarawih bukan bererti kita tak boleh buat di rumah malau pandemik ini mengajar kita untuk lebih menghargai ahli keluarga dan bukan melihat serta meneliti keburukan tapi menerima segalanya dan perbaiki pasangan mahupun anak-anak dan diri bukan menunding keburukan sesama sendiri

Seperti Ramadan yang berbeza tahun ini, kedatangan Syawal yang lebih kurang 2 hari lagi pun pasti berbeza, tiada solat  Aidil Fitri di masjid tapi kita berpeluang mengerjakan solat sunat Aidil Fitri di rumah bersama keluarga. Kalau dulu yang wanita terkejar-kejar untuk menyiapkan juadah raya dan tak sempat bersolat Aidil Fitri (sebenarnya lebih afdal buat kaum lelaki) tapi tahun ni kita mampu solat bersama keluarga di rumah sendiri. Diharap tiada yang culas solat di rumah dengan alasan tidak dapat solat di surau atau masjid

Berkuatkuasanya PKP merubah seorang lelaki menjadi imam buat ister, bukankah itu suatu keindahan pada sesuatu yang mungkin tidak pernah seorang suami lakukan? Mungkin ramai diantara kita sudah biasa solat berjemaah bersama keluarga tapi kali ini kita akhiri Ramadan tahun ini dan menyambut Syawal lusa nanti menjadi sejarah indah dalam hidup bila si suami mampu menjadi imam solat sunat Aidil Fitri nanti.  Indah bukan! Bagi kami sekeluarga solat berjemaah setiap waktu Maghrib dan Isyak sudah menjadi kebiasaan sejak 2 -3 tahun lepas tapi terujanya en hubby bila dia bakal menjadi imam solat sunat Aidil Fitri dan berpeluang membaca khutbah yang cukup menarik ni dan diharap tiadalah ada antara kami yang uzur

Jadi kalau para suami membaca posting saya ni, atau seorang isteri membaca posting saya ni bolehlah  kongsi khutbah Hari Raya yang saya copy paste dari grup Whatsapp. Cukup menarik dan harap dibaca sampai habis dan ambillah peluang yang mungkin tak akan kunjung dimasa lain. Wallahualam

PERSIAPAN DIRI: Panduan Solat dan khutbah Aidil Fitri
Bagaimana persediaan para imam yang akan solat dan berkhutbah Aidil Fitri kali ini?

Tentunya ia satu pengalaman indah menjadi imam dan berkhutbah di hadapan jemaah ahli keluarga sendiri.

Walaupun sunat, tetapi eloklah kita sempurnakan solat dan khutbahnya sekali.

Solat Aidil Fitri dua rakaat biasa kita dilakukan.
Rakaat pertama selepas doa iftitah, kita bertakbir (Allahu Akbar) tujuh kali dan diselangi oleh bacaan tasbih (Subhanallah wal hamdulillah, wala ilaha Illah walLahu Akbar) enam kali.

Setelah itu baca al-Fatihah dan surah pilihan.

Pilihlah surah yang mudah bagi anda.

Pada rakaat kedua, dikehendaki bertakbir (Allahu Akbar) lima kali diselangi dengan bacaan tasbih, seperti di atas.

Diikuti bacaan Al-Fatihah dan surah pilihan.

Sesudah memberi salam, imam akan berkhutbah.

Saya ringkaskan di sini kaedah berkhutbah Aidil Fitri. Ia boleh dilakukan oleh semua imam.
Usah gusar. Ia mudah dan simple.

Ingat, khutbah ada dua, khutbah satu dan khutbah dua yang diselangi oleh DUDUKnya imam.

Rukun khutbah ialah:

1. Alhamdulillah (memuji Allah)
2. Selawat ke atas nabi (Alluumma salli ala Muhammad... )
3. Ittaqullah! (pesan bertakwa kepada Allah)
4. Baca satu ayat al-Quran
5. Doa kepada seluruh muslimin (Allummaghfir lil muslimin wal muslimat)

Semua rukun ini perlu dibacakan dalam bahasa Arab.

Ringkasnya jika anda menyebut seperti ini sahaja,

1. Alhamdulillah,
2. Allumma salli ala Muhammad,
3. Ittaqullah,
4. Alhamdulillahi Rabbil Alamin, dan
5. Allummaghfir lil muslimin”,

maka sahlah khutbah kita. Kemudian anda duduk sebentar, bangun dan ulang semula, maka ia sudah memadai, sudah sah.

Ia tersangat ringkas kan...

Bagi mengindahkan lagi susunan khutbah Aidil Fitri, maka kita tambahlah beberapa perkara.
Kita mulakan dengan takbir (Allah Akbar!) 9 kali.

Dan kita pesanlah dengan nasihat berkenaan kekeluargaan dan sambutan Aidil Fitri, maka jadilah ia lebih cantik.

Jemaah pun boleh tersenyum lebar.

Saya kemukakan satu contoh teks khutbah yang boleh dijadikan panduan kepada para imam.

KHUTBAH PERTAMA

1. Allahu Akbar 9 kali (sunat)
2. Alhamdulilah (wajib) Alhamdulillah, Allah yang berfirman (Wal Asr, Innal insanalafi… - baca surah Al-Asr, (wajib)
3. Asyhaduan La Ilaha illa Lah, Wa Asyhaduanna Muhammadan Rasulllah (sunat)
4. Allahumma salli ala saidina Muhammad … (wajib)
5. Ittaqullah! (wajib) marilah kita bertaqwa kepada Allah dengan melaksanakan perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya

6. Alhamdulillah, hari ini buat pertama kali abah (saya) berdiri dan berkhutah di hadapan anak-anak dan keluarga yang dikasihi.

Alhamdulillah wabak Covid 19 ini banyak memberi pengajaran kepada kita sekeluarga.

Kita bersyukur kerana kita selalu dan kerap solat berjemaah.

Kita boleh solat tarawih berjemaah dan kita banyak melakukan aktiviti keluarga secara lebih dekat.

Sebagai ketua rumah tangga, abah (saya) sedar saya perlu memastikan keluarga kita ini sentiasa berada di bawah reda Allah.

Maksudnya saya perlu pastikan kita semua sentiasa mentaati Allah dan Rasul-Nya pada seluruh kehidupan kita.

Alhamdulillah kerana keluarga kita menjadi HEBAT dan SEMPURNA kerana kita punyai seorang IBU yang cukup baik.

Seorang IBU yang sentiasa siang malamnya berkorban untuk kita.

IBU tidak pernah mengeluh, walaupun tugasnya tidak pernah berakhir menguruskan keluarga kita.

Kita juga bersyukur kerana kita punyai anak-anak yang baik.

Anak-anak abah (saya) yang sentiasa membantu keluarga, yang boleh disuruh untuk buat itu dan ini.

Anak-Anak abah (saya) sememangnya HEBAT. Anak-anak Abah (saya) sentiasa membahagiakan kami sebagai bapa dan ketua keluarga.

Pada Aidil Fitri ini, marilah kita saling bermaaf-maafan sesama kita.

Lahirkan kemaafan itu dari lubuk hati kita yang suci bersih, sebersih indahnya Ramadan yang baharu sahaja kita tinggalkan.

Abah dan ibu sayang kepada anak-anak dan ahli keluarga kita. Abah memohon kemaafan atas kekurangan abah sepanjang mendidik anak-anak.

Kita bukanlah insan sempurna, walaupun sebenarnya kita mahu menjadi TERBAIK kepada semua orang.

7. Allahumaghfir lil muslimin wal muslimat, al-ahya’i hum wal amwat. (wajib) Walhamdulillah..

Imam kena DUDUK sebentar. (sediakan kerusi yang sesuai)


KHUTBAH KEDUA

1. Allahu Akbar 9 kali (sunat)
2. Alhamdulilah (wajib) Alhamdulillah, Allah yang berfirman (Qulhuwallahu Ahad - baca surah Al-Ikhlas, - wajib)
3. Asyhaduan La Ilaha illa Lah, Wa Asyhaduanna Muhammadan Rasulllah (sunat)
4. Allahumma salli ala Muhammad … (wajib)
5. Ittaqullah! (wajib)

6. Sidang jemaah yang dikasihi, jadikanlah hari raya ini sebagai hari terbaik untuk kita mengeratkan silaturahim kalangan keluarga kita.

Kita saling bermaaf-maafan dan kita berziarah saudara terdekat.

Marilah kita menjaga ibadah wajib kita sebagaimana kita menjaganya pada bulan Ramadan yang lalu, marilah kita menjaga akhlak dan peribadi kita agar kita ini dikenal sebagai seorang muslim yang soleh dan solehah.

Marilah kita menjadikan al-Quran sebagai tilawah harian kita, agar nantinya al-Quran itu bisa menjadi peneman kita di alam kubur kelak.

Anak-anak, sentiasalah mendoakan keselamatan dan kesejahteraan ibu bapa dan adik beradik kita.

Doakanlah keampunan kepada ibu bapa dan saudara terdekat, agar kita ini hidup dalam iman dan kembali kepada Allah juga di dalam iman.

Andai kata kelak nanti, ibu dan abah ini telah tiada, maka doa dan amalan anak-anak kalian adalah peneman kami yang terbaik yang kami nantikan.

7. Allahumaghfir lil muslimin wal muslimat, al-ahya’i hum wal amwat. (wajib)

Ya Allah Kau ampunilah segala dosa kami dan ahli keluarga kami. Selamatkanlah negara kami daripada mara bahaya wabak dan segala jenis fitnah dan penyakit.

Berikanlah kami kebahagiaan dan kesenangan hidup di dunia dan akhirat.

(Rabbana atina fiddunya hasanah wa fil akhirati hasanah waqina azabannar.

Walhamdulillah.

Tamatlah khutbah dan boleh bersalaman dengan ahli keluarga.

Perlu diingat, semasa berkhutbah, imam kenalah berdiri.

Kalau ada tongkat, boleh pegang tongkat.

Jika tiada, tak perlu pegang apa-apa. Kalau pegang penyapu, dah kelakar pula jadinya!

Selamat berkhutbah. Doakan kebaikan untuk saya juga


Ustaz Ahmad Nawawi Yaakob
UiTM Segamat
Imam Surau Al-Muhajirin

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.iamfuzy.com/2020/05/jumaat-terakhir-ramadan-1441h.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pahang Sediakan Panduan Solat Sunat Aidil Fitri Di Rumah Masing Masing Beserta Teks Khutbah

Pahang Sediakan Panduan Solat Sunat Aidil Fitri Di Rumah Masing Masing Beserta Teks Khutbah

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 1023 hits
Pahang telah keluarkan panduan dan cara lakukan Solat Sunat Aidil Fitri beserta teks khutbah untuk anda lakukan sendiri di rumah masing masing bersama keluarga Panduan ini sedikit sebanyak akan memudahkan urusan kita semua Pahang antara neg...
Kak Ida Marah Sebab Suami Tak Boleh Solat Jumaat Dan Dihentam Walaun

Kak Ida Marah Sebab Suami Tak Boleh Solat Jumaat Dan Dihentam Walaun

papar berkaitan - pada 26/5/2020 - jumlah : 430 hits
Saridah Sh AbdullahMemang Kak Ida akan ungkit dan ungkit sebab Kak Ida cadangkan solat dilapangan utk solat Jumaat since 1st week PKP lagi Tapi boleh tahanlah yang dok serang wall saya dgn alasan social distancing dan hadith pasal wabak Neg...
Jumaat Terakhir Dalam Bulan Ramadan

Jumaat Terakhir Dalam Bulan Ramadan

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 667 hits
DAY 66 Hari kedua puluh sembilan RamadanPagi Pukul enam pagi orang dah ramai beratur untuk masuk ke dalam pasar borong Wah Abang ramainya orang beratur Kita nak beratur juga ke Kalau nak beli bahan basah pergilah beratur abang nak ke tempat...
Ustaz Ismail Kamus Meninggal Dunia Jumaat Ramadan Jangan Jadi Macam Burung Unta

Ustaz Ismail Kamus Meninggal Dunia Jumaat Ramadan Jangan Jadi Macam Burung Unta

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 674 hits
Ustaz Ismail Kamus meninggal dunia Jumaat Ramadan jangan jadi macam burung unta Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua Kita dikejutkan dengan berita pemergian seorang ilmuwan tokoh ulama Malaysia yang terkenal iaitu Dato Ismail Kamus P...
Untungnya Fasha Ada Suami Macam Aidil Aziz Hari Hari Tolong Urut Kaki Bercakap Dengan Baby Dalam Kandungan

Untungnya Fasha Ada Suami Macam Aidil Aziz Hari Hari Tolong Urut Kaki Bercakap Dengan Baby Dalam Kandungan

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 425 hits
Peminat memang sedia maklum bahawa pelakon Fasha Sandha sedang menantikan kelahiran cahaya mata ketiga untuk perkahwinan keduanya bersama suami tercinta yang juga merupakan seorang pelakon Aidil Aziz Kemesraan pasangan selebriti ini selalu ...
Pkpb Perlis Benar Solat Jumaat

Pkpb Perlis Benar Solat Jumaat

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 455 hits
Gambar HiasanPERLIS membenarkan pelaksanaan solat Jumaat di masjid seluruh negeri bermula 15 Mei dengan syarat tertentu tanpa kehadiran orang awam Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis dalam kenyataan hari ini berkata solat Jum...
Khutbah Hari Raya Aidil Fitri Negeri Johor 1441 Hijriah 2020 Miladiah

Khutbah Hari Raya Aidil Fitri Negeri Johor 1441 Hijriah 2020 Miladiah

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 767 hits
KHUTBAH HARI RAYA AIDIL FITRI NEGERI JOHOR 1441 HIJRIAH 2020 MILADIAH Lagi beberapa hari lagi kan kita nak The post appeared first on
Investigation Reveals Millions Of Ringgit Transferred Into Najib S Account Testifies Former Io

The Enigmatic Voynich Manuscript Unraveling A Century Old Puzzle

Kuih Raya Homemade By Nieyl

Trump S Tariffs Market Jitters But Impact Likely Limited

In Paris 5 Stores To Find Chanel Dior And More At A Markdown

Adakah Sabah Senyap Senyap Maju Bawah Pimpinan Hajiji

Why Every Homeowner In Katoomba Needs A Reliable Electrician On Speed Dial

Govt Urges More Corporate Aid For Putra Heights Gas Explosion Victims


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Beli Barang Atas Dasar Buatan Bangsa Pilihan Atau Sebab Memang Nak Pakai Barang Tu

Anak Buah Terpaling Kecil

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025

Alim Kris Kunjungan Terakhir Chord

The Impatient Sisters Galok Raya Chord

Hokuto A Kinetic Moto Guzzi Sp3 1000 Caf Racer From Monza