Jubah Raya Duit Raya Barangan Umrah Untuk Mak Dan Abah
JUBAH RAYA, DUIT RAYA, BARANGAN UMRAH UNTUK MAK , ABAH - Lagi beberapa hari je mak, abah dan adik nak menunaikan umrah di Mekah dan Madinah. Mummy dah terasa sedih dan hiba dah. Huhuhu, tak dapat bayangkan bagaimana perasaan orang lain yang tiada ibu dan bapa di dunia ini ! Daddy pun, dah hampir 8 tahun beraya tanpa maknya. Tapi, daddy tak pernah tunjukkan perasaan sedihnya pada mummy (isteri beliau). Kuatnya beliau !
DUIT RAYA UNTUK MAK, ABAH, ALONG
Oleh kerana tak dapat beraya dengan keluarga mummy pada raya pertama atau kedua (insyaallah raya ketujuh onwards kita berjumpa). Maka, duit raya untuk mak abah dah prepare awal-awal. Mata wang duit raya kali ini, berlainan dari duit raya yang sesebelum ini. Duit raya depa berbentuk matawang Riyal tahun ni, sebab mak, abah, along dan adik nak buat umrah pada bulan Ramadan dan Syawal. Mummy pun,nak memudahkan kerja dorang. Mummy sesiap tukarkan duit raya mereka dalam bentuk Riyal (bukan RM), senang mak, abah dan along nak shopping di negara Arab nanti.
Money changer sebelah ofis je mummy tukar iaitu di Citta Mall, mahal ke murah ke? Mummy dah tak fikir dah hehe. Yang penting dapat tukar duit Arab. Dah ada kelegaan dalam diri mummy !
BAJU RAYA UNTUK MAK
Mak ada beritahu senang buat umrah kalau pakai jubah seluar. Alhamdulillah kali ini. Sempat juga mummy belikan jubah seluar untuk mak, sebab mak ada cakap cantik dan selesa nampak mummy pakai jubah blouse tu tiap kali keluar meeting dengan client. Mummy dulu beli di Shopee je (adakala malas pergi mall), tapi seller tu dah tak jual lagi dah. Depa dah kasi clear stok.
So, kebetulan mummy ke Star Avenue untuk pos barang. Ternampak kedai jual jubah blouse. Terus belikan 2 pasang buat mak.
Baju raya abah, along dan adik tak ada. Actually ini pun bukan baju raya sebenar. Baju raya sebenar pastinya mereka dah siap awal-awal untuk sedondon. Tapi kerana umrah di Ramadan dan Syawal. Mummy gelarkannya sedondon lah !
BIOBAX UNTUK MAK DAN ABAH BAWA UMRAH
Oleh kerana mak dan abah dah berumur, mummy bekalkan depa 2 botol Biobax untuk melegakan mana-mana bahagian yang mereka perlu sama ada kaki , pinggang atau dada.
Mak pun lutut sakit tu, abah pulak kerap sakit pinggang. Jadik, memang wajib ada biobax. Mummy dah 3 tahun gunakan biobax ini, kalau selsema tu..bubuh kat tapak tangan dan hidu 3x sehari. Insyaallah tak perlu makan pil boleh cepat sembuh !
EBENE BIO-RAY KNEE GUARD UNTUK MAK BAWA KE UMRAH
Nak ikutkan mak tak berapa suka pakai knee guard ini, ketat dan susah sket nak pasang dan buka. Tapi, demi lutu mak. Mummy belikan juga sepasang.
Knee guard EBENE Bio-Ray ini lain dari yang lain. Orang kata bukan sekadar support lutut tapi untuk peredarah darah dan oksigen juga.
Jangan tak pakai tau, mak ! Moga lutut kurang sakit di sana nanti !
Mummy doakan moga mak, abah, along dan adik sihat sepanjang umrah nanti dan dapat umrah yang mabrur ! Aminnnn....
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.azlindaalin.com/2019/05/jubah-raya-duit-raya-barangan-umrah-untuk-mak-abah.html