Juara Catur Dunia
Juara Catur Dunia. Alhamdulillah, hari ini, arreessa dah melangkah lagi kedunia baru, ye dunia sekolah rendah. Hari ini sebagai orientasi , kenali cikgu, sekolah, dan juga hari ini ada ujian saringan menentukan kelas tahun depan. Memang dasyat sekolah sekarang, ini baru sekolah SKBA, belum lagi sekolah yang lebih mantap, berprestasi tinggi. Sampai parents kawasan arreessa kata, nak masuk sekolah seksyen 9, kena pergi interview dulu, wah dasyat betul .
ARREESSA ZULAIKHA JUARA CATUR DUNIA
Sebenarnya, pemilihan sekolah SKBA nih sebab sekolah nih dekat je dengan rumah kitorang. Tapi masa first time nak daftar arreessa, dapat tengok sekolah ni dihiasi dengan gambar gambar catur, hahah, sekali baru tahu, sekolah ni sekolah kluster kecemerlangan dalam bidang SAINS dan CATUR. Hhahaa, guru besar dia, Abdul Rasheed yang bertanggung jawab jadikan SKBA sebagai sekolah yang hebat dalam sukan Catur. Boleh dikatakan tadi guru besar kata ada pelajar yang dah sampai peringkat antarabangsa. Memang dasyat sekolah nih, siap ada poster juara catur MSSD budak perempuan.
Kalau tak ajar mana tahu betul tak ? Tetiba sebab takda idea nak buat masa cuti sekolah, why not kita train arreessa main catur, hahaha. Sebab dia kan ada sepupu dia jugak, bolehlah ajar sekali, takpun kengkawan dia yang satu sekolah tuh, hahaha, bolehkan Lydzar Rusman ? carilah masa boleh berlatih bersama, lagipun kita buatlah team catur SKBA, mana tahu, prestasi diorang ni lebih power, sebab sentiasa amalkan minyak ikan terbaik dunia . Nak jugak tengok arreessa , hadif, hana, dalam satu team catur sekolah, hahaha berangan siut.
Sekurang kurangnya, dia akan banyak berfikir dan sentiasa berfikir, dan kurangkan gajet yang boleh melalaikan dan melemahkan fikiran dia. Walaupun sekarang ada aplikasi terbaik nak belajar main, tapi bila dia main chess, dia kena sentiasa cergas berfikir. Lepas tuh dia akan sentiasa fikir di luar kotak, lepas tuh pulak bila dia lawan dengan ramai orang, dia akan dapat ramai kawan dan kenal ramai personaliti yang hebat. Nak jadi pemain yang hebat, dia akan berjalan jauh, main dengan orang orang yang hebat, belajar dengan orang yang lagi hebat dari dia. Dari situ dia akan belajar banyak falsafah pemikiran , dari catur sampailah kehidupan yang sangat berinspirasi.
Banyak pemain catur yang hebat dalam dunia. Zaman kita , tentu sekali nama Gary Kasparov yang paling power sekali. Kalau bab catur sejak zaman sekolah, kasparov ialah pemain catur paling legend. Memang kasparov, rusia yahudi boleh diangkat sebagai pemain catur paling prolifik, dan legend dalam dunia catur antarabangsa. Sampai satu tahap, Kasparov sangat berpengaruh , hinggakan dia terlibat dalam permainan catur MANUSIA lawan KOMPUTER deep blue ciptaan IBM. Kasparov sangat terkenal dan sekarang pula aktif dalam politik Rusia.
Kalau tak suka belah belah Eropah, korang boleh tengok dan contohi gaya permainan Vishwanathan Anand, juara catur dunia dari india. Antara pemain catur asia yang ada title grand master. Saya pun tengok satu video youtube, perlawanan Kasparov vs Anand, hahaha. tahun 1995, macam mana Kasparov sangat ganas menekan psikologi Anand untuk memenangi juara dunia pada tahun tersebut.
Kalau ikut era baru catur, pemain terbaik yang ada tentu sekali Magnus Carlsen, pernah berguru dengan kasparov, dan berjaya capai title grandmaster pada umur 13 tahun, hahaha, pecahkan rekod kasparov melepasi 2800 mata, hahaha. Carlsen memang terbaik dan diakui ramai sebagai seorang yang sangat versatile, dan flexible, dan cara ini orang tak boleh nak agak apa strategi yang digunakan oleh carlsen. Carlsen sangat popular sampai ada channel youtube sendiri, ada apps sendiri, dan dia sendiri kekadang tak boleh nak kalahkan apps dia sendiri, hanya seri je, hahhaa.
Hahaha, sebab asyik cerita pasal lelaki nih, ni ada satu lagi contoh terbaik perempuan, Hou Yifan, pemain catur perempuan terbaik dari China, Hhahaha, yang ni sekarang world champion chess untuk perempuan. Tapi tengok balik, dia pernah lawan magnus carlsen, hahaha, perlawanan grandmaster lelaki dan perempuan. memang dasyat. Mungkin arreessa nanti lebih hebat, mana tahu, hahaha
Hahhaha, tak tahulah macam mana nak cakap, tak pandai sangat, tapi bolehlah, sebab pengalaman dulu, masa wakil sekolah Seksyen 6, sekolaha raja muda tuh memang musuh ketat. Tapi dalam satu pertandingan mssd , berjaya jugaklah, team kitorang jadi juara, raja muda dapat nombor dua masa tuh. Our team masa tuh adalah khairul fatin, kenny, dan hazril pernah wakil malaysia, hahahha. Ingat lagi cikgu Laila dan Mrs Lee, hahhaa. Tapi masuk sekolah menengah dah jadi malas fikir, hahaha. Sekarang ni kenangan tuh tinggal piala lah,
Sebelum nak tamatkan penulisan nih, memang terasa sukar betul pendidikan yang akan dihadapi arreesa nanti. Kata cikgu Asmadi, macam macam style pendidikan, nak ikut eropah, korea, lepas tuh DLP, KSSR, MPR, SPR, KBBA, MRMA, KGBA, hahahah. Lagi satu pendidikan abad ke 21, hahaha. Tapi kalau kita ambil pendekatan Einstein, paling penting ialah kita berfikir, sebab maklumat dan fakta ada dihujung jari. Benda ni pun dah mention dalam Quran , kitab tuh dah ada, tapi Allah cabar lagi supaya kita berfikir melihat kejadian Alam ini
Kenapa dan mengapa mak mak kita bising kita ‘mengandung’ lagi.
Sentap juga daku… Huhuhu.. Sebab anak2 masih kecil.. Blum nmpk lg masa depan mrk… Mudh2an dpt mndidik mreka dgn lbh baik…
In sha allah……….
Antara Kualiti Dan Kuantiti Anak, Ini Jawapan Sentap Seorang Doktor Buat Pesakitnya
A 48 years old female, came to me for her maternal check up. She has underlying Chronic Hypertension, poorly controlled and IGT (Impaired Glucose Tolerance – kira sipi-sipi lagi nak kena kencing manis.)
So boleh bayangkan tak? An advanced age mother, with underlying chronic disease came in with a pink book. Saya berdebar bila baca buku pink dia. It is a high risk pregnancy.
To make sure every information written on her book is correct, I’m asking the patient again.
“Ini kandungan ke 8? Betul ke? Pernah gugur tak?
“Ya, ini kandungan ke 8, tak pernah gugur.”
“Pernah makan pil perancang, ubat cucuk atau alat untuk perancang keluarga?”
“Tak pernah. Saya yakin. Anak itu rezeki.”
Dah kenapa nak rasa offended?
“Saya tak pernah kata anak itu bukan rezeki,” kata saya.
“Takde lah. Mana-mana doktor, memang suka kalau kita ini tidak beranak lagi. Kalau orang Melayu dan Islam tak ramai di muka bumi, siapa lagi?” katanya melenting.
Saya pun mulakan ceramah agama. Kenapa saya panggil ceramah agama dan bukan ceramah kesihatan? Sebab pesakit gunakan agama mempertahankan pendiriannya.
“Anak adalah rezeki tapi jangan lupa, rezeki adalah hadiah daripada Tuhan untuk kita. Kena ingat, anak juga adalah amanah, iaitu tanggungjawab kita kepada anak dan Tuhan.”
“Bila kita sentuh tentang amanah kepada anak, bukan asal pakai baju tetapi menyediakan pakaian yang bersih dan menutup aurat. Asal cukup makan tetapi memberikan makanan yang sihat dan halal begitu juga pendidikan yang baik.”
“Soalan yang akan saya tanya kepada puan, anak sulung puan, umur berapa?”
“18 tahun. Baru habis SPM.”
“Berapa keputusan SPM dia?”
“Teruk. Tak pandai mana.”
“Anak puan yang sulung tu, perempuan ke lelaki?”
“Perempuan, kenapa doktor?”
“Pakai tudung menutup dada?”
“Tak… kadang pakai, kadang tak.”
“Cukup solat 5 waktu dijaga?”
Si ibu termenung jauh.
“Kalau puan dah berusaha berikan pendidikan yang baik kepada anak, Alhamdulillah.”
“Kalau puan dan berusaha berikan pakaian yang baik dan menutup aurat kepada anak, Alhamdulillah.”
“Kalau puan dan berusaha menjaga solat anak puan, Alhamdulillah.”
“Sesungguhnya, Allah menilai usaha, bukan hasil.”
“Cuma kalau puan gagal menjalankan tanggungjawab dengan baik, semoga Tuhan ampunkan dosa puan dan suami kerana lalai menjalankan amanah.”
“Rezeki yang dimiliki jika tidak diuruskan dengan baik, akan jadi mudharat kepada kita.”
Ibu tadi mengalirkan airmata. Habis tudung, hujung lengan baju dijadikan kain mengesat airmata.
Saya memegang bahu pesakit dan menghulurkan tisu.
Nasihat itu bukan semata-mata untuk pesakit tetapi diri sendiri juga.
Moga menjadi iktibar untuk semua.
sumber : dapur hidayah
The post Juara Catur Dunia appeared first on FAIZ SAAID.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://faizsaaid.com/juara-catur-dunia/