Jualan Ketam Rm1 Seekor Di Pulau Warisan Laris


KUALA TERENGGANU – Kawasan pesisir sungai di Pulau Warisan, di sini menjadi tumpuan orang ramai yang ingin mendapatkan makanan laut istimewa, ketam yang dijual hanya pada harga RM1 hingga RM4 seekor.
Orang ramai terutamanya penduduk di sekitar kawasan itu mula berkumpul seawal jam 8 pagi setelah mendapat maklumat mengenai jualan ketam murah serendah RM1 seekor yang dibawa dari Dungun, ditularkan menerusi media sosial sejak semalam.
Seorang pelanggan, Muhammad Azam Mohd, 38, dari Kampung Tanjung berkata, dia bertolak ke lokasi kira-kira jam 7.45 pagi untuk mendapatkan ketam pada harga yang murah.
“Memang ramai yang datang ke lokasi ni setelah dapat maklumat menerusi media sosial. Ramai juga yang datang awal bila dapat tahu ketam akan mula dijual pada sebelah pagi ini.
“Saya sempat beli dalam 15 ekor ketam yang dijual pada harga RM2 sebab hari ini stok bagi ketam RM1 tak ada. Jadi, dapat beli yang RM2 seekor pun tak apa sebab bagi saya harganya murah dan berbaloi,” katanya.

Sementara itu, peniaga, Nur Amirah Syairah Alias, 32, yang berasal dari Kampung Sungai Udang, Dungun, berkata, jualan di Pulau Warisan bermula sekitar jam 9.30 pagi dan ketam yang dijual bermula pada harga RM2 hingga RM4.
“Ini hari kedua kami menjual ketam di Pulau Warisan, Kuala Terengganu. Sebelum ini, kami bermula di Arena Square, Dungun, di mana jualan dilakukan pada sebelah malam, Isnin lalu dengan menjual ketam RM1.
“Hari ini ketam RM1 tak ada stok, jadi ketam yang dijual adalah yang berharga RM2, RM3 dan RM4 sahaja untuk seekor.
“Semalam kami bawa jual 200kg ketam sahaja di sini (Pulau Warisan) dan sambutan yang diterima memang hangat, 200kg tak cukup. Semuanya habis dalam masa tak sampai satu jam.
“Jadi, hari ini kami tambah kepada 500kg. Kesemua habis dijual sehingga jam 2 petang tadi,” katanya.

Menurut Nur Amirah Syairah, dia bertolak dari Dungun sekitar jam 8 pagi dan tiba di Kuala Terengganu dalam jam 9.20 pagi.
“Sebolehnya kami memang nak sampai awal sebab tak mahu pelanggan menunggu lama. Tetapi stok ketam yang kami dapat dari Rompin, Pahang, tiba dalam jam 5 pagi. Selepas kumpul stok, kami berkemas, rehat dan mula bergerak ke Kuala Terengganu.
“Kami berhasrat nak jual di Marang, tetapi bergantung pada stok yang ada sebab ketam ni bermusim, mungkin dua, tiga hari lagi mungkin musim ia akan habis. Kita jual ketam ini bergantung pada stok dan musim.
“Kalau stok yang dapat lebih 100kg, kami akan jual di tempat lain, kalau ada dalam 100kg sahaja, kami hanya akan jual di Dungun sahaja,” katanya.

Nur Amirah Syairah berkata, perniagaan itu dijalankan dengan bantuan adik beradik serta beberapa anak saudaranya.
Katanya, idea untuk menjual ketam RM1 itu diperoleh setelah melihat ada makanan laut lain, udang, yang dijual pada harga RM1 seekor sebelum ini.
“Niat saya nak berkongsi rezeki bersama orang ramai. Jadi bila difikirkan balik, tak rugi jual ketam RM1, sekurang-kurangnya dapat membantu orang yang mahu makan makanan itu, tetapi tak mampu sebab harga yang mahal.
“Tambahan pula, dengan keadaan ekonomi sekarang, boleh dikatakan harga bagi makanan laut pun agak mahal. Jadi, kita harap orang ramai dapat ambil peluang yang ada sementara stok masih ada,” katanya.


Sumber: kulihatlangitbiru.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/06/jualan-ketam-rm1-seekor-di-pulau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mee Tarik Warisan Asli Mydin Jalan Baru Perai Pulau Pinang

Mee Tarik Warisan Asli Mydin Jalan Baru Perai Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 9/6/2019 - jumlah : 932 hits
Mee Tarik Warisan Asli Mydin Jalan Baru Perai Pulau PinangMee Tarik Warisan Asli Mydin Jalan Baru Perai Pulau PinangMee Tarik yang aku pergi ni yang terletak di dalam mydin mall Jalan Baru Perai Kenapa mee tarik Sebab mee kat sini bukan mee...
Mrcb To Receive Rm1 32b As Part Edl Concession Termination

Mrcb To Receive Rm1 32b As Part Edl Concession Termination

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 226 hits
Malaysian Resources Corporation Bhd s subsidiary MRCB Lingkaran Selatan Sdn Bhd has entered into a termination and settlement agreement with the government in relation to the concession termination of the Eastern Dispersal Link Expressway i...
Rm1 6 Juta Kepada Keluarga Dan Pelajar Pusat Tahfiz Datin Rosmah Sayangi Mereka

Rm1 6 Juta Kepada Keluarga Dan Pelajar Pusat Tahfiz Datin Rosmah Sayangi Mereka

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 252 hits
Anak anak tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah ini amat istimewa dan dekat di hati saya Sejak beberapa tahun lalu pada setiap hari Khamis malam Jumaat para pelajar tahfiz ini hadir di kediaman saya di Taman Duta untuk melakukan ibadah seperti mem...
Hamza Bendelladj Hacker Yang Mendermakan Rm1 17 Bilion Kepada Palestin

Hamza Bendelladj Hacker Yang Mendermakan Rm1 17 Bilion Kepada Palestin

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 751 hits
Bergantung kepada siapa yang anda bertanya Hamza Daniel Bendelladj dianggap sebagai Robin Hood atau penjenayah siber alaf baru seorang penggodam komputer berasal dari Algeria menggunakan kod nama BX1 dan telah diberikan nama julukan Smiling...
Misteri Sumbangan Rm1 Juta Kepada Polis Johor

Misteri Sumbangan Rm1 Juta Kepada Polis Johor

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 378 hits
oleh Ab Jalil Backer Ahli Parlimen Iskandar Puteri YB Lim Kit Siang mengumumkan peruntukan RM1 juta untuk baik pulih balai Polis Tampoi di Johor Menurut beliau ini merupakan peruntukan pejabat Parlimen beliau selain peruntukan khas kerajaan...
Najib Sokong Labur Rm1 5 Bilion

Najib Sokong Labur Rm1 5 Bilion

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 259 hits
Bekas perdana menteri Najib Razak pada 2011 menyokong keputusan SRC International Sdn Bhd untuk melaburkan RM1 5 bilion di luar negara kata bekas pengerusi lembaga pengarah syarikat itu Ismee Ismail hari ini Beliau yang menjadi saksi ke 39 ...
Simpan Rm1 Sehari Hujung Bulan Dapat Rm465 Buat Konsisten Boleh Guna Waktu Kecemasan

Simpan Rm1 Sehari Hujung Bulan Dapat Rm465 Buat Konsisten Boleh Guna Waktu Kecemasan

papar berkaitan - pada 14/6/2019 - jumlah : 344 hits
Bila dah berkahwin ada anak perkara pertama yang akan terlintas adalah duit Nak simpan banyak takut tak cukup nak belanja bayar itu ini dan beli keperluan anak anak Kadang kadang bila difikirkan boleh pening kepala Bak kata orang duit ni ib...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization