Jual Tisu Tampung Hidup


Hazira Ahmad Zaidi  
“ELAUN bulanan yang diperoleh daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setiap bulan tidak cukup untuk menampung kos hidup menyebabkan saya terpaksa menjual tisu sebagai sumber pendapatan,” kata pengemis warga tempatan, Rahimin Abdul Rahman, 49.

Menurut Rahimin yang juga orang kurang upaya (OKU) penglihatan, walaupun kerap ditangkap pihak berkuasa, dia tiada pilihan kerana punca rezekinya hanya dengan menjual tisu di Pasar Besar Siti Khadijah sejak lebih 10 tahun lalu.

Katanya, sejak isterinya meninggal dunia dua tahun lalu disebabkan kencing manis, dia kini terpaksa berulang-alik bersendirian dari rumah sewanya di Jelawat, Bachok ke Kota Bharu dengan menaiki bas setiap tiga atau empat hari seminggu.

“Saya bukan mengemis, tetapi wang bulanan yang diperoleh daripada JKM RM400 tidak cukup kerana perlu membayar sewa rumah RM170 sebulan selain bil utiliti dan makan minum.

“Dengan keadaan mata saya yang tidak dapat melihat menyebabkan saya sukar mendapat pekerjaan dan hanya mampu menjual tisu untuk mencari duit tambahan.

“Dalam sehari saya memperoleh RM50 dan jika ada individu yang prihatin, mereka hanya memberi sedekah dan tidak mengambil tisu yang dijual,” katanya yang tidak mempunyai anak ketika ditemui di Pejabat JKM Kota Bharu selepas diselamatkan dalam Operasi Bersepadu Menyelamatkan Pengemis di sini, semalam.

Operasi berkenaan membabitkan anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) dan JKM.

Seorang kanak-kanak warga Thailand, Solehah Mat Ali, 12, pula berkata, dia ke negeri ini bersama ibu dan ayahnya sejak seminggu lalu untuk menjual kerepek di kaki lima bank di sekitar bandar Kota Bharu.

“Saya mengemis bukan sebab dipaksa mak atau ayah, tetapi atas kerelaan sendiri untuk membantu mereka mencari wang untuk membeli baju raya untuk adik yang masih kecil.

“Setiap kali datang ke sini, saya akan mengayuh basikal sendirian dari rumah sewa kami yang terletak berdekatan Masjid Muhammadi untuk menjual kerepek bermula jam 9 pagi hingga lewat petang,” katanya.

Difahamkan, Solehah sudah dua kali ditangkap pihak berkuasa iaitu kali pertama pada bulan lalu selepas dia dilihat menjual kerepek berseorangan di kaki lima sebuah bank di bandar Kota Bharu.

Sementara itu, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasaan JKM Negeri Azman Mat Zain berkata, seramai 15 pengemis termasuk dua kanak-kanak terdiri daripada rakyat tempatan dan warga asing diselamatkan dalam operasi berkenaan.

“Daripada jumlah itu, tiga pengemis warga tempatan diselamatkan dan mereka ditahan sementara di Rumah Seri Kenangan di Taman Kemumin dalam tempoh 24 jam,” katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/05/jual-tisu-tampung-hidup.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Patah Cacat Kekal Itu Kalau Hidup Viral Gambar Kenderaan Balik Raya Anak Berisiko Tercampak Keluar

Patah Cacat Kekal Itu Kalau Hidup Viral Gambar Kenderaan Balik Raya Anak Berisiko Tercampak Keluar

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 805 hits
Perjalanan dalam kenderaan bersama si kecil tidak kira jauh mahu pun dekat jangan sekali kali diambil mudah Baru baru ini tular gambar kenderaan yang disiapkan untuk perjalanan jauh bersama keluarga tular Ia menerima pelbagai reaksi negatif...
Nak Berjaya Dalam Hidup Jom Amalkan Tips Ni

Nak Berjaya Dalam Hidup Jom Amalkan Tips Ni

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 556 hits
Kadangkala pengalaman dan kejayaan orang lain tu lah akan menjadi inspirasi untuk kita dan boleh dijadikan pengajaran untuk diri sendiri supaya kita dapat memperolehi masa depan yang lebih baik Mungkin benda tu nampak remeh tapi kalau diama...
Kami Tak Kisah Pun Ceo Huawei Yakin Boleh Hidup Tanpa Cip Dari Amerika Syarikat

Kami Tak Kisah Pun Ceo Huawei Yakin Boleh Hidup Tanpa Cip Dari Amerika Syarikat

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 454 hits
Kami Tak Kisah Pun CEO Huawei Yakin Boleh Hidup Tanpa Cip Dari Amerika Syarikat Pengasas dan Ketua Eksekutif Huawei Teknologi menegaskan kesemua barang peralatan teknologi daripada China tidak menyalahi undang undang yang diperkatakan oleh ...
Ajaibnya Dan Kelebihan Surah Ar Rahman Jika Dijadikan Amalan Hidup

Ajaibnya Dan Kelebihan Surah Ar Rahman Jika Dijadikan Amalan Hidup

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 6083 hits
Ajaibnya Surah Ar Rahman Jadikan Amalan Hidup Seharian Dalam al Quran ada banyak surah yang boleh kita baca amalkan dan dijadikan panduan hidup seharian Antara surah yang sangat mudah dibaca tentulah surah al Fatihah surah al Ikhlas surah a...
From Data To Decisions How Artificial Intelligence Is Transforming Digital Marketing Strategies

Singgah Pasar Malam Sekolah

Ketua Pengarah Akps Beri Amaran Keras Isu Rasuah Imigresen

Little Black Number A Honda Cb350 Caf Racer From Austria

Kemalangan 15 Motosikal Seorang Lagi Meninggal Dunia

Akaun X Kena Hacked Setel Dalam Masa 8 Jam

Wanita Cuci Kereta Guna Alat Cuci Cermin Cetus Rasa Marah Netizen

Tri Suaka Feat Dodhy Kangen Andai Waktu Bisa Kembali Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bergema Laungan Takbir Dan Doa Perang Mahu Anwar Turun Untuk Naikkan Hamzah Sebagai Pm Ke

Ali Baba And The Filthy Rich Thieves

Bring Me Your Concerns In Parliament Not Just On Streets Says Anwar

More Than Rm2 Million Raised For Tiger Conservation Since 2021

Kpdn Cadang Benar Bantuan Sara Diguna Di Jualan Rahmah Madani

Final Piala Aff U 23 2025 Indonesia Vs Vietnam Tiket Mulai Rp 200 Ribu