Jual Barang Melalui Sistem Marketplace Mudah Dan Boleh Untung Besar


Sebelum nak cerita panjang-panjang mengenai sistem marketplace, rasanya lebih baik kita fahamkan dulu, apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan sistem marketplace ini?
 
Sistem marketplace atau online marketplace merupakan sebuah website atau applikasi telefon yang membantu memudahkan pengguna untuk membeli belah secara dalam talian dan boleh melakukan transaksi dengan pelbagai penjual melalui satu sistem.
 
Pemilik laman web atau applikasi marketplace boleh juga menjadi salah seorang penjual dan mempunyai inventori atau stok produk.

Pada masa yang sama, ada juga pemilik sistem marketplace yang tidak mempunyai sebarang produk untuk dijual. Mereka hanya menyediakan sebuah sistem (atau pasaran) supaya penjual boleh mendapatkan pelanggan melalui sistem yang mereka bangunkan, dan pada masa yang sama, pembeli dapat memperolehi barang yang diinginkan tanpa perlu susah payah.
 
Ada beberapa sistem marketplace yang popular, yang biasa digunakan oleh para pengguna di Malaysia. Contohnya,
1. Lazada
2. Shopee
3. Lelong
4. Zalora
5. Ebay


Apa yang saya senaraikan diatas ini, adalah yang popular dan saya percaya anda juga mungkin pernah beli barang daripada salah satu laman web yang saya nyatakan.

 
Sistem marketplace ini juga, dikenali juga dengan nama sistem ecommerce.
 
Oleh kerana sistem ecommerce ini memudahkan bakal pembeli untuk melakukan transaksi, maka muncul pelbagai laman web menawarkan sistem yang seumpamanya.
 
Saya kira mungkin tak salah kalau saya katakan, ada banyak syarikat yang melancarkan sistem ecommerce dan applikasi mereka sendiri.
 
Sistem ecommerce mungkin memudahkan pembeli untuk membuat pembelian, namun, kalau ada 100 penjual, tak kan kita sebagai pengguna nak install 100 apps yang mewakili setiap syarikat yang berbeza? Saya sendiri tak akan buat macam tu.
 
Apa yang lebih mudah, install sahaja apps Shopee atau Lazada, dan melalui kedua-dua apps ini, saya boleh beli macam-macam produk dari pelbagai jenama tanpa perlu nak install banyak-banyak apps dalam satu phone.
 
Saya suka install apps Lazada dan juga apps Shopee ini sebab nak buat perbandingan harga. Ada produk yang dijual lebih murah di Shopee, dan ada juga produk tertentu yang mana kita boleh dapat dengan harga yang lebih menjimatkan kalau beli dari Lazada.
 
Kewujudan laman web yang berkonsepkan cashback atau memberi wang balik kepada pembeli yang membuat pembelian secara online melalui sistem yang mereka bangunkan sedikit sebanyak membantu laman web ecommerce berkembang dan semakin diterima.
 
Salah satu laman web yang memberikan pulangan wang dalam bentuk cash back (lebih kurang seperti rebat tunai) ialah laman web Shopback Malaysia.

Beli barang dari marketplace seperti Lazada dan Shopee sudah cukup murah, kemudian bila ada konsep cashback seperti yang ditawarkan oleh shopback, ia menjadikan pembelian kita jadi lebih menjimatkan.
 
Kalau lihat pada screenshot diatas, kita boleh dapat cashback sehingga 12% kalau beli barang dari Lazada, manakala kalau beli barang dari Shopee, kita boleh dapat cashback sehingga 6%.
 
Masih tak berapa jelas? Mudahnya begini, kalau barang yang kita nak beli tu harganya RM100 di Lazada, selepas kita beli barang tersebut dengan harga RM100, pihak Shopback akan bagi balik duit kita sebanyak RM12. Namun, anda kena baca dan fahamkan dulu terma dan syarat yang ditetapkan terlebih dulu ya.
 
Kenapa pengguna suka sistem atau apps marketplace? Dekat sini ada beberapa kelebihan yang bakal dinikmati oleh pengguna, misalnya pengguna mudah untuk buat perbandingan harga kerana dalam satu ekosistem marketplace lazimnya akan ada lebih daripada seorang penjual yang menjual produk yang sama.
 
Sebagai contoh, kalau ada pembaca blog ini yang merupakan peminat jam tangan jenama Casio G-Shock. Saya pernah menulis artikel berkenaan dengan senarai penjual jam tangan Casio G-Shock original yang boleh dipercayai menerusi artikel ini.
 
Sekiranya ada banyak penjual menjual produk yang sama, masing-masing mampu untuk berikan servis yang setara tahap kualitinya, dan yang penting produk tersebut original, kini terpulang kepada pengguna untuk beli dari penjual yang mampu untuk tawarkan harga yang paling rendah, ataupun berurusan sahaja dengan mana-mana penjual yang dia selesa.
 
Seterusnya, dengan wujudnya sistem marketplace, pengguna boleh berurusniaga dengan banyak penjual dalam masa yang sama tanpa perlu susah payah untuk keluar dari rumah, dan yang tak kurang pentingnya ialah, urusniaga tersebut terjamin dari segi keselamatannya, memandangkan pemilik marketplace akan memastikan pembeli memperolehi barangan seperti yang dibeli ataupun diberikan jaminan wang balik.
 
Sistem yang dibangunkan oleh pemilik marketplace serta jaminan yang diberikan, mampu untuk mengelakkan pembeli merasa tertipu dan para penipu siber tidak mempunyai ruang untuk cuba menipu bakal pembeli.
 
Walaupun hakikatnya tiada sistem yang perfect, dan wujud kes-kes terpencil yang mana pembeli ditipu, namun lazimnya pemilik sistem marketplace akan mengambil tindakan sewajarnya dan tidak akan membiarkan pembeli tidak dibela.
 
Apa pula agaknya yang membuatkan para penjual sukakan sistem Marketplace? Ada beberapa perkara yang saya nak highlight.
 
Pertama, bukan semua penjual mempunyai kemahiran untuk bangunkan sistem ecommerce mereka sendiri. Ya, mereka memang boleh upah mana-mana programmer untuk binakan website ecommerce untuk mereka, namun untuk memiliki website yang popular dan diterima oleh pengguna bukanlah satu tugasan yang mudah.
 
Apabila mereka gunakan sahaja marketplace sedia ada untuk memasarkan produk mereka, itu sudah menjimatkan masa dan duit mereka untuk bangunkan sistem yang serupa, yang tiada jaminan akan berjaya seperti sistem sedia ada.
 
Kedua, sistem ecommerce seperti Lazada dan juga Shopee, mereka telah mempunyai reputasi yang baik dan setiap bulan terdapat berjuta-juta orang pengguna yang melayari dan menggunakan apps mereka. Pengguna ini terdiri daripada mereka yang ingin membeli barang atau sekadar ingin membuat survey.
 
Menggunakan sistem sedia ada, seolah-olah mereka mendapat manfaat iaitu pelanggan segera.
 
Kita bayangkan sistem ecommerce atau marketplace ini ibarat sebuah shopping mall yang sangat besar. Ada beribu-ribu orang yang berniaga disitu, dan pada masa yang sama, terdapat berjuta-juta orang bakal pembeli yang memasuki shopping mall tersebut.
 
Daripada berjuta-juta orang yang berada disitu, takkan tak ada walaupun seorang yang akan jadi pembeli. Ianya hampir mustahil.
 
Jika anda menjual produk yang betul, dengan harga yang munasabah dan susun atur kedai ecommerce anda kelihatan profesional, pasti akan ada pembeli yang akan beli dari anda.
 
Anda ingin jadi seorang usahawan online yang berjaya melalui sistem marketplace? Anda sebenarnya tidak keseorangan. Ya, ada ramai bakal usahawan yang ingin berjaya seperti anda.
 
Melalui inisiatif yang dijalankan oleh pemilik website Bisnes Shopee dan juga Bisnes Lazada, kini makin ramai usahawan online telah mula menjadi penjual yang berjaya menerusi sistem marketplace. The best part, ahli yang lebih awal mengikuti sistem dan tunjuk ajar yang diberikan, ada yang dengan sukarela membantu orang baru yang nak turut sama-sama berjaya dalam bidang ini.
 
Calon pelanggan ada sangat ramai, dan jumlahnya mencecah jutaan orang, cuma persoalannya, mahukah anda menjadi penjual seterusnya dan sama-sama nikmati untung yang lumayan menerusi sistem marketplace ini.
 
 
The post Jual barang melalui sistem marketplace MUDAH dan boleh UNTUNG BESAR appeared first on Sabree Hussin Dot Biz.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sabreehussin.biz/jual-barang-melalui-sistem-marketplace-mudah-dan-boleh-untung-besar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tema Gelap Pada Sistem Android 11 Mungkin Boleh Dijadualkan

Tema Gelap Pada Sistem Android 11 Mungkin Boleh Dijadualkan

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 281 hits
https ift tt 35wSR0S Android 10 adalah di mana fungsi mod tema gelap diperkenalkan secara keseluruhan sistem Jika pengguna menggunakan peranti dengan skrin OLED ia akan menjimatkan bateri peranti kerana kandungan warna hitam LEDnya akan dim...
Daripada Hanya Rm799 Anda Boleh Memiliki Siri Huawei Y9 Dengan Skrin Storan Dan Bateri Yang Besar

Daripada Hanya Rm799 Anda Boleh Memiliki Siri Huawei Y9 Dengan Skrin Storan Dan Bateri Yang Besar

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 351 hits
https ift tt 38VKhL9 Umum mengetahui bahawa kita sudahpun berada di penghujung tahun 2019 Namun sudahkah azam anda tahun 2019 ini tercapai Bagi anda yang berazam untuk mengurangkan perbelanjaan dan ingin mempunyai simpanan sendiri ini adala...
Suka Makan Tat Keju Ini Resepi Mudah Anda Boleh Cuba

Suka Makan Tat Keju Ini Resepi Mudah Anda Boleh Cuba

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 401 hits
Pastri yang rangup serta inti yang gebu berkrim pastinya menjadikan tat keju ni sangat enak serta tak puas dimakan Memang layan Rasanya pun tidak terlalu manis dan tak muak Jom cuba BAHAN PASTRY 170gm butter 50gm gula aising 1 biji telur gr...
Mendag Hari Pertama Harbolnas Jual Produk Lokal Dengan Diskon Besar Besaran

Mendag Hari Pertama Harbolnas Jual Produk Lokal Dengan Diskon Besar Besaran

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 221 hits
Direktur Jenderal Perdagangan Dalam Negeri Kemendag Suhanto berharap hari khusus tersebut dapat bantu meningkatkan transaksi untuk produk lokal hingga ke pasar internasional
Cara Mudah Membuat Huruf Besar Di Awalan Entri Blog

Cara Mudah Membuat Huruf Besar Di Awalan Entri Blog

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 596 hits
Cara Mudah Membuat Dropcap Huruf Besar di Awal Postingan Blog Assalamualaikum hai Bila bosan tak tahu nak buat apa Mulalah tangan gatal nak edit template blog Fiza suka tengok blog dan yang mencuri perhatian Fiza bila masuk blog dia ialah H...
Ini 9 Petua Mudah Hilangkan Bau Busuk Ketiak Yang Anda Boleh Segera Lakukan

Ini 9 Petua Mudah Hilangkan Bau Busuk Ketiak Yang Anda Boleh Segera Lakukan

papar berkaitan - pada 30/11/2019 - jumlah : 443 hits
Bau ketiak hang busuk nak mampuih Herdikan itu disusuli dengan riang ketawa semua kawan kawan lain yang ada tengahari itu Mereka sedang gigih angkat barang untuk disusun masuk ke dalam stor kilang Gurau senda dah jadi perkara biasa sesama p...
Tips Mudah Menjadi Peniaga Atau Seller Di Lazada Dengan Untung Lumayan

Tips Mudah Menjadi Peniaga Atau Seller Di Lazada Dengan Untung Lumayan

papar berkaitan - pada 12/12/2019 - jumlah : 342 hits
As Salam Tips Mudah Menjadi Peniaga Atau Seller di Lazada Dengan Untung Lumayan Maklumlah cuti cuti sekolah ini saya memang banyak masa untuk explore macam macam benda kat internet Dari layan drama korea yang best saya scroll juga youtube y...
Jokowi Tandatangani Aturan Perdagangan Melalui Sistem Elektronik

Jokowi Tandatangani Aturan Perdagangan Melalui Sistem Elektronik

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 184 hits
Presiden Joko Widodo telah menandatangani Peraturan Pemerintah Nomor 80 Tahun 2019 tenatang Perdagangan Melalui Sistem Elektronik pada Rabu lalu Hal ini dengan pertimbangan untuk melaksanakan ketentuan Pasal 66 Undang Undang Nomor 7 Tahun 2...
8 Petua Mudah Lembutkan Ayam Pencen Yang Anda Masak Boleh Cuba Selalu

8 Petua Mudah Lembutkan Ayam Pencen Yang Anda Masak Boleh Cuba Selalu

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 342 hits
Pernah beli ayam pencen kat pasar malam atau kat pasar basah Berkemungkinan besar paling lekeh anda akan beli ayam 3 atau 4 kali dalam seminggu Adalah sesuatu yang ajaib sekarang jika dalam tempoh seminggu anda tak masak atau tak makan ayam...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Warga Emas Buat Onar Tutup Lubang Kunci Rumah Orang Lain Guna Gam Super

Penumpang E Hailing Ghaib Tinggalkan Kain Putih

Startup Ai Raih 25 Pembiayaan Vc Di Eropah

Tak Lupa Diri Juara Program Nyanyian Masih Tebar Roti Canai Di Kedai Mentua