Jual Air Zamzam Kerajaan Patut Lantik Badan Pengurus




SAMSUNGKerajaan tidak sepatutnya ‘pukul rata’ dalam isu pengharaman jualan air zamzam sebaliknya sekadar menghadkan pengedarannya untuk operator terpilih.
Pengarah Urusan Zahafiz Travel & Tours, Datuk Seri Zainal Abidin Yusof berkata, kerajaan Arab Saudi sendiri menjual air zamzam yang diuruskan oleh sebuah syarikat kepada syarikat pengelola haji dan umrah yang membawa jemaah ke Tanah Haram.
Menurutnya, pengharaman jualan air zamzam bukan jalan penyelesaian sedangkan kerajaan boleh bertindak melantik badan-badan tertentu untuk menguruskan perkara tersebut jika mahu memastikan tiada pihak yang mengambil kesempatan.
“Kenapa di sana boleh jual di sini tak boleh jual? Sedangkan di Arab Saudi pun kita kena beli. Ia bukan benda yang haram.
“Kita bukan dapat percuma. Tapi kita beli berdasarkan pasport. Pihak syarikat penerbangan juga menetapkan had seorang jemaah tak boleh lebih. Dulu ya kita dapat percuma, kita tadah dengan tong sendiri,” katanya kepada Sinar Harian.
Zainal Abidin berkata, kerajaan perlu melantik pihak tertentu atau hanya membenarkan operator berlesen untuk menjual air zamzam.
“Yang dapat bawa balik air zamzam bukan mereka seludup mereka beli dari sana. Pihak negara sana yang luluskan.
“Kerajaan kena cari siapa yang ambil kesempatan untuk diambil tindakan. Pastikan yang boleh jual ini pihak yang ada lesen urusan haji dan umrah. Pihak yang menguruskan operasi haji umrah tak tergamak nak tipu bab-bab ini,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Urusan Fadlim Travel & Tours Sdn Bhd, Abdul Halim Salleh berkata, tidak timbul isu jualan air zamzam kerana urusan membawa pulang air zamzam agak terhad.
Katanya, selaku pihak yang menguruskan jemaah haji dan umrah melihat kebanyakan bekalan air zamzam yang dibawa pulang adalah untuk kegunaan sendiri.
“Mungkin sebab ada pihak yang ambil kesempatan menipu dan sebagainya membuatkan peraturan dikuatkuasakan.
“Tidak tahu bagaimana mereka boleh dapat bekalan dengan banyak. Jadi wajar untuk kerajaan ambil tindakan tersebut,” katanya.
Beliau berkata, agak menghairankan bagaimana penjualan air zamzam boleh berleluasa sedangkan setiap jemaah hanya dibenarkan membawa pulang satu botol yang telah dibungkus khas.
“Setiap satu akan diperiksa mengikut pasport. Jika ada lebih pun mungkin setakat sebotol dua untuk mutawif atau pengurus jemaah,” katanya.
Terdahulu, dilaporkan penjualan air zamzam adalah dilarang dan tidak dibenarkan di negara ini.
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi satu kenyataan memaklumkan individu yang melakukan kesalahan itu boleh berdepan tindakan undang-undang.
Mana-mana individu yang disabitkan kesalahan mengimport, mengedarkan dan menjual air zamzam boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun.
Sinar




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/01/06/jual-air-zamzam-kerajaan-patut-lantik-badan-pengurus/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Yang Tak Kena Dengan Kau Caprice Tegur Pihak Persoal Larangan Jual Air Zam Zam

Apa Yang Tak Kena Dengan Kau Caprice Tegur Pihak Persoal Larangan Jual Air Zam Zam

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 222 hits
Sejak beberapa hari yang lalu kembali kecoh diperdebatkan terutamanya di media sosial mengenai larangan penjualan air zam zam Perkara ini adalah ekoran daripada kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia yang memaklumkan individu yang menjual...
Jual Air Zam Zam Di Malaysia Boleh Dipenjara Dua Tahun

Jual Air Zam Zam Di Malaysia Boleh Dipenjara Dua Tahun

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 391 hits
KUALA LUMPUR Air zam zam dilarang dijual di negara ini menurut Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi satu kenyataan Kenyataan itu memaklumkan individu yang menjual air zam zam boleh berdepan tindak...
Denda Tidak Melebihi Rm10 000 Penjara Dua Tahun Jika Jual Air Zam Zam Di Malaysia

Denda Tidak Melebihi Rm10 000 Penjara Dua Tahun Jika Jual Air Zam Zam Di Malaysia

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 673 hits
Air zam zam dilarang dijual di negara ini menurut Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi satu kenyataan Kenyataan itu memaklumkan individu yang menjual air zam zam boleh berdepan tindakan undang und...
Badan Basah Tak Apa Asalkan Kayuh Basikal Jual Kuih Remaja Ini Rela Berpanas Hujan Demi Sesuap Rezeki

Badan Basah Tak Apa Asalkan Kayuh Basikal Jual Kuih Remaja Ini Rela Berpanas Hujan Demi Sesuap Rezeki

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 405 hits
Umum mengetahui ada pelbagai jenis pekerjaan yang boleh dilakukan demi mencari sesuap nasi asalkan ianya halal dan sah di sisi undang undang Menerusi Facebook team FS Channel berkongsi kisah mereka terserempak dengan remaja lelaki yang seda...
Penjelasan Sebenar Terhadap Isu Pengharaman Menjual Air Zamzam

Penjelasan Sebenar Terhadap Isu Pengharaman Menjual Air Zamzam

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 1142 hits
Ekoran tularnya video dibawah Haram Jual Air Zam Zam Kena faham isu ni kenyataan akhbar berkaitan haram JUAL itu telah lama Dua kali KKM buat kenyataan sama 2011 dan 2017 atas isu PENIPUAN penjualan Air Zam Zam Kerajaan Arab Saudi telah men...
Adakah Keberkatan Air Zamzam Terikat Dengan Kemuliaan Tanah Haram

Adakah Keberkatan Air Zamzam Terikat Dengan Kemuliaan Tanah Haram

papar berkaitan - pada 28/12/2019 - jumlah : 238 hits
SOALAN Adakah keberkatan serta kelebihan air zamzam hanya khusus apabila berada dalam kawasan tanah haram Makkah dan Madinah sahaja atau umum di semua tempat Dan apakah hukum membawa keluar air zamzam keluar daripada dua tanah haram tersebu...
Jual Air Zam Zam Tetap Salah Di Sisi Syarak Mufti Perak

Jual Air Zam Zam Tetap Salah Di Sisi Syarak Mufti Perak

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 738 hits
KUALA LUMPUR Susulan isu larangan penjualan air zamzam oleh kerajaan Arab Saudi Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria menjelaskan bahawa perkara itu juga tidak dibenarkan mengikut hukum syarak Memetik laporan Malaysiakini beliau berkata ...
Ini Kerajaan Retorik Guna Air Liur Sahaja Jangan Terlalu Berharap Mic

Ini Kerajaan Retorik Guna Air Liur Sahaja Jangan Terlalu Berharap Mic

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 272 hits
KUALA LUMPUR Jelas sekali apabila bab bercakap retorik kerajaan Pakatan Harapan memang menonjol Bagaimanapun apabila tiba masa untuk melaksanakan apa yang telah dijanjikan seperti yang terkandung dalam manifesto mereka juga antara yang pali...
Kerajaan Tangguh Psp Jangka Kenaikan Kos Sara Hidup Akan Berlaku Seriuslah

Kerajaan Tangguh Psp Jangka Kenaikan Kos Sara Hidup Akan Berlaku Seriuslah

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 200 hits
Gambar sumber dari The Sun DailyTahun lepas kerajaan megumumkan untuk melaksanakan subsidi minyak bersasar yang dikenali sebagai Program Subsidi Petrol bermula Januari 2020 yang menyasarkan golongan berpendapatan rendah B40 Menurut info yan...
Jenis Pelaburan Terbaik Di Malaysia

Kenaikkan Harga Hotel Bajet Bakal Jejaskan Industri Pelancongan Negara

Datin Thalia Terkilan Dengan Sikap Buruk Pembantu Rumahnya

Kadir Jasin Warns Pmx Ph Against Falling Into The Trap To Free Najib

Pm Political Stability Making Malaysia Valued Investment Destination

Either You Are For The Working Class Or Against It Anwar You Can T Both Run With The Foxes And Hunt With The Hounds

Honor Lancar Empat Peranti Baharu Honor Pad 9 5g Honor X7b 5g Honor Magicbook X 16 Honor Band 9

Persatuan Hotel Bajet Sarankan Penggunaan Pekerja Asing Untuk Industri Perhotelan



8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik


Lirik Lagu Kembali Pulang Feby Putri Ft Suara Kayu

Filem Memoir Seorang Guru

Puasa Tarwiyah 2024 Maksud Hari Tarwiyah Hukum Berpuasa

Stpm Ulangan Tarikh Stpm Ulangan 2024

Himpunan Resepi Ayam Goreng Tepung Mudah

Why Choose Private Hire In London A Traveler S Perspective