Juai Agama Sekupang Dua Demi Kelangsungan Hayat Politik
Hari ini, Pas bertungkus-lumus mencari dalil daripada kitab Allah, sunnah Rasul dan Qawaid Fiqhiyyah untuk menghalalkan sokongannya kepada MCA di Tanjung Piai. MCA yang pernah menentang Pas dalam isu hudud dan melakar kartun wajah pemimpin Pas dalam isu RUU 355, itulah MCA yang Pas sokong pada hari ini. MCA yang pernah menjadi alasan untuk Pas kafirkan Umno suatu masa dulu.
Semenjak terbentuknya PH, dan terjalinnya kerjasama politik antara parti-parti komponen dalam PH, Pas dengan ghairah menjaja dimana-mana saja, haram bekerjasama dengan orang bukan Islam walaupun dalam urusan politik. Betapa banyak ayat al-Quran dan hadis Nabi yang pemimpin Pas pulas tengkuknya untuk menegakkan hujah itu.
Bukan perkara baru hal sebegitu pemimpin Pas yang ada pada hari ini lakukan, bahkan semenjak sekian lama. Suatu masa dulu Pas mengkafirkan Umno kerana kerjasama politiknya dengan MCA. Antara alasannya, MCA tolak hudud.
Ahli2 jangan lebih pandai dari pemimpin.sebab pemimpin PAS duduk atas pokok nampak semuanya..Pesanan ketua lebai PAS pada ahli2 parti satu ketika dahulu..
Kemudian Pas nerakakan pula orang Amanah kerana kerjasama politik dengan DAP. Antara alasannya, DAP tolak RUU 355. Bagi Pas, RUU itu setaraf hudud. Dimana-mana saja pemimpin Pas yang ada pada hari ini mendendangkan ayat al-Quran berkaitan haramnya bekerjasama dengan orang bukan Islam.
Bahkan pemimpin Pas pernah mengkategorikan orang bukan Islam di Malaysia sebagai kafir harbi. Biar pun beribu-ribu kali diberi penjelasan bahawa ayat-ayat berkenaan tidak bermaksud seperti yang dipromosi oleh Pas, tetapi tiada sekelumit pun pemimpin Pas yang hiraukan penjelasan itu.
Bahkan pemimpin Amanah yang memberi penjelasan tentang ayat-ayat itu dilabel liberalis yang mempersenda dan menolak al-Quran. Betapa banyak orang Amanah di nerakakan dan dimunafikkan dalam hal ini. Begitulah watak dan perangai pemimpin Pas yang ada pada hari ini, semenjak dulu sehingga kini. Jual agama sekupang dua saja untuk kelangsungan hayat politik mereka.
BN jual bangsa, PAS pula jual agama.
Kini di Tanjung Piai, semuanya sudah jadi halal. Kerjasama politik dengan MCA halal. Tolong MCA halal. Undi calon MCA halal. Apa sahaja yang Pas haramkan suatu masa dulu, di Tanjung Piai semuanya sudah halal.
Ayat al-Quran yang Pas guna untuk kafirkan Umno dan nerakakan orang Amanah, kini ayat al-Quran yang sama Pas gunakan pula untuk halalkan sokongannya kepada MCA. Begitulah hipokrasi Pas dalam politik. Mana-mana perkara yang menguntungkannya, suatu ketika haram, suatu ketika yang lain menjadi halal.
Orang lain buat jadi haram, Pas buat jadi halal. Orang lain buat masuk neraka, Pas buat masuk syurga. Orang lain buat jadi kejahatan, Pas buat jadi amal soleh. Tunggulah, suatu hari nanti, demi kelangsungan politiknya, perkara yang kelmarin haram, hari ini jadi halal, esok Pas akan haramkan semula. Begitulah sebaliknya. Hukum haram halal akan berubah mengikut kemahuan politik Pas sesuka hatinya.
Kalimah halal haram diletak mana-mana petak yang disukai ibarat pemain catur meletak bidak-bidak catur. Jika untung diguna, jika rugi dikorbankan demi mempertahankan "king" (nafsu politik pemimpin Pas) di papan catur politik. Semuanya demi keuntungan dan laba politik Pas. - Ustaz Zolkharnain
Apabila Adun PAS cuba untuk menjelaskan bahawa orang Islam tak boleh menggunakan agama untuk menghentam dan berdoa agar agama2 lain tak baik,saksikan bagaimana geng2 mullah dan PAS bertindak dan merampas mikrofonnya. Tepat sekali ucapan ostad ini! 👏👏👏 #syabas!
Barang Melayu...Cina Jual!!!
MCA berjaya tundukan penyatuan ummah pas dan umno. Baru Mca ugut. Umno dan pas dah takut.
Berapa pemimpin MCA dan berapa bahagian mca seluruh negara keluarkan kenyataan. Sekiranya umno meletakan calon prk di Tanjung Piai. MCA akan keluar dari kompenan BN. Ermmmm aku ingatkan kuatlah gabungan umno pas. Rupanya goyang dengan MCA. Inilah nasib PAS. Dulu jadi khadam DAP. Sekarang jadi khadam MCA.
Tanjung Piai sekian lama adalah kerusi tradisi parti DAP. Pru 14 yang lalu parti bunga bertanding di Tanjung Piai. Parti bunga menang. Apabila penyadang kerusi meninggal dunia. DAP tak tuntut dan meroyan mintak balik kerusi Tanjung Piai. Bermakna parti DAP menghormati perjanjian dan persefahaman di dalam PH.
Kepada budak parti bunga yang tak suka DAP dan PKR belajarlah dan menjiwai PH. Kalau tak suka dengan PH eloklah kau orang keluar masuk UMNO balik. Bukanya susah daftar umno.on line pun boleh.
Yang bertanding MCA, tapi yang nampak sibuk adalah PAS. Lebih sudu dari kuah.. Macam- macam dalil ugama dikeluarkan untuk memberi sokongan kepada MCA. Lebih kemaruk dari mengidam..
UMNO yang menjadi tunjang BN pun nampak tidak sesibuk PAS. Lebih lajak dari laju.. Nanti cakap PAS dah jadi khadam MCA marah pulak..harr..harr..harr.. hakikatnya camtu lah.. - f/bk
The benchmarking significance of Tanjung Piai by-election...
Nomination for the Tanjung Piai parliamentary by-election on Saturday 2nd November 2019 has a benchmarking significance for the country.
The country's political climate has experienced dramatic changes more than a year after the 2018 general election. There has been a fair deal of missteps on the part of the ruling PH coalition over a number of issues. And in more recent weeks there has been an apparent tilt towards religionisation, in addition to repeated delays in the prime minister's handover plan. All these have further aggravated the conflicts among the various component parties.
Tanjung Piai should provide a clue as to how the voters will respond to such changes. Even though the by-election is not going to have any impact on the existing administration, it will nevertheless have a powerful bearing on what will become of the country's political environment over the next couple of years.
Both PH and BN/PAS need this by-election to prove how they fare among the voters, and the election outcome will very much determine the future political strategies of these two major camps.
PPBM needs to fight for a bigger support among the Malay voters to prove that it is indeed the party of choice among them. Prior to this, PH has lost three of the past eight by-elections because of poor support from Malay voters. PPBM cannot afford to lose Tanjung Piai with 57% of Malay voters given the fact the party has gone an extra mile to fight for the support and approval of Malay voters.
Additionally, the 42% Chinese voters in Tanjung Piai are also of crucial significance. For the past more than one year, PH has disappointed the local Chinese community over a large number of issues ranging from Jawi calligraphy, UEC recognition, Utar allocations to the Malay Dignity Congress, dashing the community's hopes for a “New Malaysia”. The decision of Chinese voters in Tanjung Piai will reflect on the Chinese community's support and trust for the PH administration.
Tanjung Piai will also set a benchmark for the future direction of BN. PPBM has thrown itself into the intense fight for Malay support ever since Umno and PAS sealed a formal tie, and this has further exacerbated the the race politics atmosphere in the country. During the last general election, BN lost in Tanjung Piai mainly as a result of vote dilution from PAS, and the upcoming by-election will serve as a litmus test for Umno-PAS cooperation.
Tanjung Piai has always been a traditional constituency for MCA since the 2003 redelineation exercise. MCA won three of the last four elections there, until it was defeated by PPBM in 2018. Given MCA's increasingly poor showing in past elections, Umno has always wanted to field its own candidate there, especially for this by-election which should put its alliance with PAS to real test. As a result, BN has held back the announcement of its candidate until very recently.
Tanjung Piai is an utterly important battle for MCA. With its holding down to only one seat after GE14, the party badly needs this by-election to prove its worth in BN as well as political clout in national politics, especially where the Chinese community is concerned.
MCA has been playing a very active role since it became an opposition party, voicing up for the Chinese community over many issues. Tanjung Piai will be a very important indicator whether the Chinese community will give MCA a second chance having experienced many hostile policies from PH.
Similarly, Tanjung Piai will also be the first election for Gerakan Rakyat after the party opted out from BN last year. The voters' reaction will be an important reference for MCA, too. Intense as it is, the election war has to be fought in a gentlemanly manner. All parties must exercise utmost self-restraint and refrain from raising sensitive racial and religious issues, or national stability and intercommunity harmony will be at stake. - sinchewdaily
Sebelum ni lebai kata kalau TPM DSWA tak sokong RUU355 klu mati tanam di jirat cina. Calon MCA penentang kuat RUU. Camna?
Kalu MCA menang Tanjong Piai, MP Cina tambah 1 seat parlimen.
MP Melayu kurang 1 seat. Hadi dan Zahid tau tak ?
cheers.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://alditta.blogspot.com/2019/11/juai-agama-sekupang-dua-demi.html