Jpnj Pantau Penyalahgunaan Ai Dalam Kalangan Pelajar Sekolah


JPNJ pantau penyalahgunaan AI dalam kalangan pelajar sekolah. Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) akan terus memantau dengan teliti isu penyebaran gambar lucah yang disunting oleh pelajar, melibatkan pelajar perempuan lain di sekolah-sekolah seluruh negeri itu.
JPNJ Pantau Penyalahgunaan AI Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Exco Pendidikan dan Penerangan negeri, Aznan Tamin menegaskan bahawa perbuatan sedemikian adalah satu jenayah serius dan amat tidak wajar berlaku di kalangan pelajar sekolah.
Aznan menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak pada Majlis Jamuan Aidilfitri Kelab Media Johor di Kampung Pasir, Johor Bahru. Beliau menjelaskan bahawa pihak JPNJ akan memastikan teknologi kecerdasan buatan (AI) tidak digunakan secara salah oleh pelajar sehingga memberi kesan buruk kepada masa depan mereka.
“Kita bimbang dengan penyalahgunaan teknologi AI dalam kalangan pelajar. Ini merupakan sisi negatif teknologi yang perlu diberi perhatian serius.
“Oleh itu, JPNJ bersama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) serta pihak sekolah akan memantau perkembangan isu ini dengan rapi supaya kejadian seumpama tidak berulang,” katanya.

Beliau ditemui wartawan selepas menghadiri Majlis Jamuan Aidilfitri Kelab Media Johor yang berlangsung di Dewan Hassan Abdullah, Kampung Pasir.
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Mohd Hairi Mad Shah.
Dalam masa yang sama, Aznan turut menyeru ibu bapa supaya mengambil peranan aktif dalam memantau penggunaan telefon pintar oleh anak-anak di luar waktu persekolahan.
“Kita hanya berupaya memantau pelajar semasa mereka berada di sekolah. Justeru, tanggungjawab di luar sekolah terletak kepada ibu bapa agar anak-anak tidak terpengaruh dengan unsur negatif,” tambahnya.
Terdahulu, sebuah sekolah menengah persendirian di Kulai mendapat perhatian ramai selepas tindakan pelajarnya menyebarkan gambar lucah hasil suntingan yang melibatkan pelajar lain serta bekas pelajar sekolah itu menjadi tular.
Lembaga pengarah sekolah berkenaan memaklumkan bahawa pelajar yang dikenal pasti sebagai dalang utama telah dibuang sekolah, menolak dakwaan bahawa hanya tindakan ringan dikenakan.
Namun begitu, pihak sekolah turut mengakui bahawa berlaku kelewatan dalam mengambil tindakan, sekali gus mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat.
“Kami telah mengarahkan agar perkara ini dijadikan iktibar oleh pihak sekolah agar tidak berulang,” jelas Aznan.
Sementara itu, Polis Johor mengesahkan telah menerima sebanyak 29 laporan berhubung kes penyebaran gambar lucah oleh pelajar menerusi media sosial.
Seorang pelajar lelaki berumur 16 tahun, dipercayai individu utama dalam kes ini, kini sedang direman dan tahanan reman dijangka tamat pada keesokan hari.
Sumber: Sinar Harian
Baca lagi: Murid PASTI Meninggal Dunia, Sebak Tengok Rakan-rakan Keliling Jenazah, Beri Penghormatan Terakhir
 
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
 
 
The post JPNJ Pantau Penyalahgunaan AI Dalam Kalangan Pelajar Sekolah appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/jpnj-pantau-penyalahgunaan-ai-dalam-kalangan-pelajar-sekolah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelajar Sekolah Wajib Pakai Pin Lencana Jalur Gemilang

Pelajar Sekolah Wajib Pakai Pin Lencana Jalur Gemilang

papar berkaitan - pada 7/4/2025 - jumlah : 233 hits
Pelajar Sekolah Wajib Pakai Lencana Jalur Gemilang Mulai 21 April 2025 semua murid sekolah di bawah Kementerian Pendidikan wajib memakai Lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam Keputusan ini dibuat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia m...
Buang Saja Sekolah Tu Banyak Lagi Pelajar Yang Kurang Mampu Dan Bijak

Buang Saja Sekolah Tu Banyak Lagi Pelajar Yang Kurang Mampu Dan Bijak

papar berkaitan - pada 8/4/2025 - jumlah : 112 hits
7 pelajar membuli disyorkan dibuang MRSMSITI NUR ZAWANIApril 8 2025Tujuh pelajar Maktab Rendah Sains Mara di utara tanah air yang didakwa membuli seorang pelajar maktab itu disyorkan untuk ditamatkan pengajian Perkara itu dimaklumkan Penger...
Resipi Spageti Aglio Olio Untuk Jamuan Raya Sekolah

Resipi Spageti Aglio Olio Untuk Jamuan Raya Sekolah

papar berkaitan - pada 14/4/2025 - jumlah : 157 hits
Bestnya Spageti Aglio Olio ni Bulan Syawal ni memang banyak majlis makan makan Ada open house taman potluck raya pejabat dan jamuan raya anak anak di sekolah Untuk anak anak menu mestilah yang mesra selera si kecil supaya semua makan Jadi j...
Ini Cara Pakai Lencana Jalur Gemilang Dengan Betul Di Pakaian Sekolah

Ini Cara Pakai Lencana Jalur Gemilang Dengan Betul Di Pakaian Sekolah

papar berkaitan - pada 14/4/2025 - jumlah : 132 hits
Pekeliling terbaru yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada Mac lalu mewajibkan setiap pelajar di institusi pendidikan bawah kementerian memakai lencana Jalur Gemilang Namun masih ramai yang ternanti nanti arahan seterusny...
Duit Raya Guna Beli Emas Gadis Minat Emas Sejak Sekolah Menengah

Duit Raya Guna Beli Emas Gadis Minat Emas Sejak Sekolah Menengah

papar berkaitan - pada 16/4/2025 - jumlah : 149 hits
Duit raya guna beli emas gadis minat emas sejak Sekolah Menengah Sudah menjadi kelaziman anak muda hari ini menggunakan wang simpanan mereka untuk membeli gajet terbaru atau barangan fesyen yang sedang menjadi ikutan Duit Raya Guna Beli Ema...
Pengetua Sekolah Letak Jawatan Susulan Skandal Seks

Pengetua Sekolah Letak Jawatan Susulan Skandal Seks

papar berkaitan - pada 19/4/2025 - jumlah : 100 hits
Malaysiakini nbsp Pengetua Sekolah Menengah Foon Yew di Kulai Johor telah meletak jawatan di tengah tengah pelbagai dakwaan salah laku seksual yang berlaku di kawasan sekolah dan dakwaan salah laku pihak sekolah dalam kes sedemikian Dalam s...
Murid Luah Malas Pergi Jamuan Raya Sekolah Dakwa Peraturan Makin Mengarut Make Up Sikit Tak Boleh

Murid Luah Malas Pergi Jamuan Raya Sekolah Dakwa Peraturan Makin Mengarut Make Up Sikit Tak Boleh

papar berkaitan - pada 17/4/2025 - jumlah : 105 hits
Setiap kali menjelang sambutan Aidilfitri pihak sekolah lazimnya akan mengadakan jamuan raya sebagai salah satu aktiviti yang telah dirancang dalam takwim tahunan Jamuan ini sememangnya dinanti nantikan oleh para pelajar kerana ia memberi p...
Manfaatkan Perjalanan Ke Sekolah Sebagai Waktu Mendidik Anak

Manfaatkan Perjalanan Ke Sekolah Sebagai Waktu Mendidik Anak

papar berkaitan - pada 14/4/2025 - jumlah : 137 hits
Manfaatkan perjalanan ke sekolah sebagai waktu mendidik anak Setiap pagi ibu bapa memulakan rutin harian mereka dengan menghantar anak anak ke sekolah Walaupun masa yang diambil untuk perjalanan itu mungkin hanya sekitar 15 hingga 30 minit ...
Jauhi Hubungan Toxic Sayangi Diri Pilih Jodoh Yang Sihat

Anda Siapa Chatgpt

Lexus Paints The Curtain For A Technological Shift With Its 2026 Es Model

Panduan Ke Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah Tarikan Utama

Tiga Jenis Daun Ketum

Dinas Lingkungan Hidup Indonesia Pilar Utama Pelestarian Lingkungan Negeri

Jjcm Cendol Retro Batu Kikir Matahari Heights Senawang

Cara Daftar Ahli Public Gold


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


10 Essential Roles Of An Insurance Agent

Lapan Anggota Fru Maut Trak Bertembung Lori Muatan Batu Di Teluk Intan

Israel Bunuh Wartawan Palestin Ketika Dirawat Di Hospital

Saifuddin Bidas Kenyataan Rafizi Pkr Wujud Disebabkan Insiden Terhadap Anwar

Perlekeh Pengajian Bidang Seni Nadia Brian Desak Dma Islam Mohon Maaf

No Reflection On Anwar If Nurul Izzah Loses Bid For Pkr No 2 Says Saifuddin