Joymix Yoghurt Yuja Probiotik Yang Membantu Meningkatkan Sistem Imuniti Badan
Joymix Yoghurt Yuja Probiotik Yang Membantu Meningkatkan Sistem Imuniti Badan | Sistem imuniti badan yang tinggi sangat penting bagi tubuh badan manusia kerana ia sangat diperlukan untuk melawan jangkitan virus yang datang. Imuniti yang rendah boleh menyebabkan seseorang mudah jatuh sakit. Memandangkan kita masih lagi berhadapan dengan dengan pendemic COVID 19, adalah sangat penting untuk kita Tingkatkan Sistem Imuniti Badan. Terutama sekali Usus kerana Usus merupakan barisan pertahanan pertama untuk badan menentang jangkitan dimana ianya merangkumi 70% imuniti sel badan. Selain pengambilan makanan yang kaya dengan probiotik, korang juga boleh amalkan supplement probiotik seperti Joymix Yoghurt Yuja kerana Joymix Yoghurt Yuja Probiotik Yang Membantu Meningkatkan Sistem Imuniti Badan.
Fungsi Tiga Sistem Pertahanan Dan Bahan Utama Dalam Joymix Yoghurt YujaUntuk meningkatkan imuniti badan, terdapat 3 bahan utama dalam Joymix Yoghurt Yuja iaitu Sacchoromyces boulardii (yeast), Yeast Beta Glucan dan Colostrum (bentuk susu lembu pertama). Rasanya pula adalah gabungan dari rasa masam yang ringan dan manis. Memang rasanya sedap. Ketiga-tiga bahan ini lah yang meningkatkan imuniti badan untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Selain daripada itu, ia juga mewujudkan sistem pertahanan dalam tubuh badan yang dibahagiakn kepada 3 peringkat bahagian sistem pertahanan dan bagaimana ianya berfungsi. Iaitu:
Bagaimana Sistem Pertahanan Ini Berfungsi
Sistem Pertahanan PertamaTindakan utama mekanisme adalah merangsang pengeluaran antobid terhadap toksin yang dikeluarkan oleh mikroba usus serta perencatan pertumbuhan bakteria pathogen dalam usus. Dalam erti kata lain, ianya membantu menyahtoksin toksin yang dihasilkan oleh bakteria jahat dalam usus yang merangkumi 70% sistem imun badan. Untuk pengguna yang menggunakan buat pertama kali, mungkin najis akan sedikit berbau dan ia adalah perkara biasa
Sistem Pertahanan KeduaYeast Beta Glucan (YBG) pula memainkan peranan penting untuk meningkatkan imuniti, mengelakkan jangkitan dan penyembuhan luka. Secara tidak langsung ianya mempercepatkan proses penyembukan luka. Dengan erti kata lain, ia memberi amaran kepada sel imun dalam sistem limfa usus untuk menyerang sel asing. Kehadiran YBG juga dapat meningkatkan sintesis kolagen pada lapisan kulit yang penting dalam penyembuhan luka
Selain daripada itu, YBG juga berperanan penting dalam mengaktifkan sel imun yang mungkin tidak aktif kerana semakin banyak imun yang tidak aktif, maka imuniti jadi semakin lemah. Contohnya… Sel kebal digambarkan sebagai Polis. Jika polis malas, negara akan jadi kucar kacir dan banyak jenayah akan berlaku, Jika kita memberi YBG kepada polis sebagai insentif, polis akan jadi rajin bekerja dan mula menagkap penjenayah yang diibarakan seperti bakteria atau virus jahat. Begitu lah perumpamaan nya untuk pemahaman
Sistem Pertahanan KetigaImmunnoglobulin (IGg) yang terdapat dalam kolostrum atau susu awal adalah sejenis antibody yang disediakan oleh mamalia untuk bayi yang baru lahir untuk mewujudkan kekebalan seumur hidup. Sebahagian besar antibodi IGg dalam peredaran darah mampu menurunkan risiko jangkitan, alergi bersama penyakit autoimun
Kelebihan Yang Terdapat Pada Joymix Yoghurt YujaBanyak kelebihan yang terdapat pada Joymix Yoghurt Yuja kalau kita amalkan secara konsisten. Antara kelebihan nya ialah:Anti Cirit-birit Menyokong sistem imun yang berkaitan dengan selesema (rinitis) dan asmaMengurangkan H.pyloriMengurangkan sindrom kerengsaan atau ketidakselesaani pada usus (IBS)Membantu proses penyembuhan luka terutama untuk pesakit diabetesMembantu mengatasi alahan atau ekzemaMembantu pergerakan usus dan pembuangan air besarMembantu anak membesar dengan lebih cepatApa Yang Saya Suka Dengan Joymix Yoghurt Yuja Probiotik
Selepas mencuba Joymix Yogurt Yuja ni, saya rasa badan tak cepat letih. Biasalah bulan-bulan puasa ni kan, pagi-pagi dah bangun sediakan sahur untuk keluarga. Petang pula terkejar-kejar masak untuk berbuka pula. Rasa lebih bertenaga selepas amalkan Joymix Yogurt Yuja. Sistem pembuangan pon lancer. Setiap pagi mesti nak membuang. Anak-anak pon suka dengan Joymix Yogurt Yuja ni. Sebab lain kenapa saya suka dengan Joymix Yogurt Yuja ialah:
Dalam Bentuk SerbukUntuk orang yang tak suka telan ubat macam saya, Joymix Yoghurt Yuja ni sangat sesuai untuk korang sebab ianya didatangkan dalam bentuk serbuk. Senang sebab hanya perlu kumam saja. Tak perlu telan.
PackagingPembungkusan nya dalam bentuk sachet. Mudah untuk dibawa ke mana-mana sebab saiznya yang comel dan ringan. Tak perlu nak simpan dalam peti sejuk macam supplement prebiotic lain yang perlu disimpan dalam peti sejuk untuk mengekalkan suhu.
Kesukaan Anak-AnakAnak-anak saya memang suka kan Joymix Yoghurt Yuja ni sebab rasa nya yang macam gula-gula. Nak bagi anak-anak makan pon senang. Kiranya Joymix Yoghurt Yuja sudah boleh jadi pengganti gula-gula buat anak-anak
Mudah Untuk DimakanMudah sangat cara pengambilan Joymix Yogurt Yuja ni. Hanya dengan memotong atau koyak kan saja sachet. Tuangkan ke dalam mulut dan kumam sehingga cair dan minum sedikit air. Untuk yang ada alergi atau eczema, makan Joymix Yogurt Yuja terlebih dahulu sebelum mengambil makanan yang boleh menyebabkan alahan. Untuk Dewasa, amalkan 2 sachet manakala untuk kanak-kanak 1 sachet sudah mencukupi
Joymix Yoghurt Yuja Lebih Baik Dari Vitamin CBaru saya tahu probiotik lebih baik dari Vitamin C. Bolek rujuk info dibawah untuk mengetahui perbezaan antara Joymix Yoghurt Yuja dan Vttamin C.
Joymix Yoghurt Yuja
Vitamin C Supplement
Bahan-Bahan Aktif
Terdiri dari bahan-bahan aktif seperti Colostrum, Yeast Beta Gluten (YBG) dan S. Bounlardii atau lebih dikenali sebagai Yis.
Ascorbic Asid atau asid penyerap yang larut air dan antioksidan nya adalah kuat.
Kekebalan Mekanisme
Mempunyai mekanisme penting dimana ia mengaktifkan sel imun yang tidak aktif untuk mencari dan membunuh bakteria atau virus yang tidak dikenali.
Acid penyerap yang antioksidan adalah kuat dimana fungsinya untuk melindungi sel imun dari kerosakan akibat radikal bebas. Jika sel imun tidak merosakkan, maka perubahan imuniti adalah lebih baik.
Kelebihan
Lebih berkesan dalam meningkatkan kekebalan sehingga 3 lapisan perlindungan.
Murah dan larut dalam air serta mudah dicampurkan dengan perisa lain.
Kekurangan
Lebih mahal
Berasid dan boleh menyebabkan Gastrik
Vitamin C membantu melindungi sel imun dari kerosakan akibat radikal bebas. Ianya menjadi kurang cekap dalam melindungi tubuh dari serangan bakteria dan virus jahat. Manakala Joymix Yoghurt Yuja akan memberikan cara yang lebih proaktif dengan mengaktifkan sel imun untuk membunuh bakteria atau virus jahat.
Tingkatkan Sistem Imuniti Badan Dengan Joymix Yoghurt Yuja Probiotik
Kesimpulan nya... Untuk dapatkan usus yang sihat, amalkan lah pemakananan yang kaya dengan probiotik atau mengambil supplement probiotik seperti Joymix Yoghurt Yuja dengan secukupnya. Kesihatan usus dan penghadaman adalah penting kerana kebanyakan fungsi kesihatan badan bermula daripada kesihatan usus yang baik. Harga untuk sekotak Joymix Yoghurt Yuji adalah RM50.00 dengan kuantiti sebanyak 20 scahet sekotak. Untuk maklumat lanjut atau untuk membuat pembelian, korang boleh layari laman sesawang dibawah:
Website: www.joypremix.com
Facebook: www.facebook.com/joypremix
Instagram: @joymixsb
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fizarahman.com/2021/04/joymix-yoghurt-yuja-probiotik-yang-membantu-meningkatkan-sistem-imuniti-badan.html