Jomo Bekas Vc Ukm Dicadang Ganti Tempat Maszlee


MALAYSIAKINI


Kumpulan pensyarah IPT, Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (Gerak) mencadangkan dua nama yang wajar dipertimbangkan bagi menggantikan Dr Maszlee Malik yang melepaskan jawatan menteri pendidikan semalam


Gerak menamakan pakar ekonomi Jomo Kwame Sundaram dan bekas naib canselor UKM, Mohd Sham Mohd Sani sebagai pengganti yang sewajarnya.

"Gerak percaya pendidikan perlu dinyahpolitikkan (depoliticisation), untuk menjadikan kita lebih bersedia menghadapi dunia yang cepat berubah dan mencabar ini.

"Sementara ramai yang riuh menuntut ahli politik lapuk dengan ijazah palsu dilantik sebagai menteri pendidikan seterusnya, Gerak akan mencadangkan hanya dua nama – Jomo KS dan Sham Sani.

Kedua-duanya ialah tokoh intelektual besar yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang akademik.

"Kedua-duanya, kami yakin, dapat membuang hadangan serta golongan pak turut politik dan agama lantas membawakan reformasi tulen,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Jomo seorang professor dan begitu juga Sham, seorang profesor emeritus merupakan ahli akademik terkemuka negara.

Jomo pernah menjadi sebahagian daripada anggota Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) yang memberi nasihat kepada PH selepas mengambil alih pentadbiran dan Sham kini berkhidmat sebagai pro-canselor di City University, sebuah institusi pengajian tinggi swasta.


Sham juga pernah menganggotai Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah yang menasihati SPRM.
Semalam, Maszlee mengumumkan peletakan jawatannya sebagai menteri pendidikan menerusi sidang media khas di Putrajaya, selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata keputusan itu dibuat "dengan hati yang reda walaupun berat" atas nasihat perdana menteri.


Pada masa sama, beliau berkata dirinya dilihat menimbulkan banyak krisis kepada kepimpinan antaranya melibatkan isu tulisan Jawi, internet sekolah dan isu sarapan percuma.


Sementara itu, Gerak juga meminta kerajaan sekali lagi mengasingkan pentadbiran pendidikan tinggi daripada kementerian sedia ada.

Katanya, pendidikan tinggi tidak boleh disatukan bersama di bawah tanggungjawab satu kementerian.


"Pertama, kementerian wajar dipecahkan, satu menjadi sebuah kementerian untuk pendidikan bukan pendidikan tinggi, merangka strategi dan dasar pendidikan dari tadika ke peringkat sekolah menengah.


“Dan kementerian berasingan untuk pendidikan tinggi. Di sini, mungkin Dr Maszlee boleh menjadi menterinya, malah memberi manfaat, memandangkan inisiatif yang telah dilakukan beliau sepanjang tempohnya berkhidmat.

"Pendidian moden secara rasmi kini terlalu kompleks dan rumit untuk disatukan di bawah kementerian yang sama," kata kenyataan itu.

NGO itu selanjutnya berkata usaha positif yang dibuat Dr Maszlee dalam memperbaiki sistem pendidikan negara juga perlu diteruskan oleh penggantinya.
Ini termasuk langkah ke arah memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), serta jawatankuasa bebas untuk memilih naib canselor universiti awam dan jawatankuasa integriti bebas menyiasat kes-kes penipuan dan penyelewengan di universiti.

“Sepanjang tempohnya (Maszlee), sebuah jawatankuasa bebas baru untuk memilih naib canselor universiti awam ditubuhkan pada pertengahan 2019.

"Ini selaras dengan pandangan Gerak dalam menghapuskan lantikan politik dalam jawatan teratas universiti dan pelaksanaan prosedur pemilihan bebas.

"Seperti yang dijangkakan, ia tidak berjalan dengan lancar, sebahagian besarnya disebabkan oleh penentangan oleh penjawat kini, yang telah menggunakan amalan standard lama untuk mendapatkan sokongan individu dan institusi yang kuat di luar akademia.

"Bagaimanapun, prosedur telah dilaksanakan bagi menggantikan cara-cara lama feudal dan kaitan politik ini.

"Sekarang terserah kepada semua pihak yang terlibat untuk memastikan sistem ini berfungsi bagi kebaikan universiti awam Malaysia,” tambah kenyataan itu.

Sebaik Maszlee membuat pengumuman peletakan jawatannya, satu petisyen atas talian dimulakan untuk menggesa beliau dikekalkan yang setakat ini telah mengumpul lebih 350,000 tandatangan

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri semalam, Dr Mahathir berkata pengganti Maszlee akan diumumkan sedikit masa lagi.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/01/jomo-bekas-vc-ukm-dicadang-ganti-tempat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Spekulasi Mukhriz Mahathir Ganti Maszlee Malik Tidak Benar Rupanya Mahathir Mohamad Sebagai Pengganti

Spekulasi Mukhriz Mahathir Ganti Maszlee Malik Tidak Benar Rupanya Mahathir Mohamad Sebagai Pengganti

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 373 hits
Sumber gambar dari Astro AwaniInfo terkini yang Ohmedia dapat Tun Mahathir kini memangku jawatan Menteri Pendidikan selepas jawatan berkenaan kosong ditnggalkan oleh Maszlee Malik Dipetik dari Sinar Harian menurut Pejabat Perdana Menteri pe...
Kroni Orang Paling Berpengaruh Ph Akan Ganti Maszlee Kata Annuar Musa

Kroni Orang Paling Berpengaruh Ph Akan Ganti Maszlee Kata Annuar Musa

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 349 hits
Setiausaha Agung Umno Annuar Musa kesal dengan tindakan Dr Maszlee Malik yang meletak jawatan sebagai menteri pendidikan berkuatkuasa hari ini Menurutnya ahli parlimen Bersatu itu menjadi mangsa percaturan walaupun walaupun prestasinya buka...
Calon Bebas Prk Port Dickson Bakal Ganti Maszlee

Calon Bebas Prk Port Dickson Bakal Ganti Maszlee

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 314 hits
MYOCHO KAN calon Bebas pada pilihan raya kecil Port Dickson lalu patut ditimbangi untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai Menteri Pendidikan selepas Maszlee Malik meletakkan jawatan berkuat kuasa esok Satu pertimbangam mungkin kelihatan ag...
Siapa Ganti Maszlee Kita Tunggu Game Dr Mahathir

Siapa Ganti Maszlee Kita Tunggu Game Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 329 hits
SELURUH negara terkejut dengan peletakkan jawatan YB Dr Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan walaupun banyak pihak sebelum ini yang menuntut beliau meletakkan jawatan tetapi tidak berjaya Namun ketiadaan apa apa indikator atau hint meny...
Nam Ron Bimbang Menteri Bangang Ganti Maszlee

Nam Ron Bimbang Menteri Bangang Ganti Maszlee

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 313 hits
Umum mengetahui semalam Dr Maszlee Malik mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Menteri Pendidikan Perkara itu ternyata mengejutkan rakyat Malaysia sehingga satu petisyen dilancarkan The post appeared first on
Mukhriz Tolak Kemungkinan Ganti Maszlee Di Kementerian Pendidikan

Mukhriz Tolak Kemungkinan Ganti Maszlee Di Kementerian Pendidikan

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 359 hits
MUKHRIZ TOLAK KEMUNGKINAN GANTI MASZLEE DI KEMENTERIAN PENDIDIKANSELASA ALOR SETAR Dato Seri Utama Mukhriz Tun Mahathir hari ini menolak spekulasi mengatakan beliau akan dipanggil ke Pusat bagi menggantikan Dr Maszlee Malik yang meletakkan ...
Lebih Baik Ph Bincang Tapi Keputusan Ganti Maszlee Terserah Kepada Pm Kata Guan Eng

Lebih Baik Ph Bincang Tapi Keputusan Ganti Maszlee Terserah Kepada Pm Kata Guan Eng

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 413 hits
Setiausaha agung DAP merangkap Menteri Kewangan Lim Guan Eng BUTTERWORTH Pakatan Harapan akan mengadakan perbincangan bagi mencari pengganti Maszlee Malik yang meletak jawatan sebagai menteri pendidikan kata setiausaha agung DAP Lim Guan En...
Mukhriz Bakal Ganti Maszlee

Mukhriz Bakal Ganti Maszlee

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 310 hits
ROSLINDA HASHIM ALOR SETAR Spekulasi Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir dilantik menganggotai Kabinet kembali bertiup kencang kebelakangan ini setelah Dr Maszlee Malik meletakkan jawatan sebagai Menteri Pendidikan Khamis lalu K...
52 2 Responden Tinjauan Tmi Pilih Nurul Izzah Ganti Maszlee

52 2 Responden Tinjauan Tmi Pilih Nurul Izzah Ganti Maszlee

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 1104 hits
52 2 responden tinjauan TMI pilih Nurul Izzah ganti Maszlee Dikemas kini 3 minit yang lalu Diterbitkan pada 3 Jan 2020 3 00P
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba