Jom Terjah Lihat Sawah Padi Di Seluruh Dunia Subhanallah
Subhanallah!
1. China. Apabila kita bercakap mengenai sawah, mengenai pengeluaran beras, rupanya pengeluaran beras di China, melibatkan kuantiti dan kualiti yang tingi. China adalah kampung halaman bagi pengeluaran beras. Ia mempunyai tradisi lama yang menjadikan nasi sebagai sebahagian besar diet mereka. Dengan kawasan tanah yang sangat besar, China adalah negara ke-4 terbesar di dunia. Oleh itu, ia menyediakan kawasan tanah yang besar bagi kegunaan pertanian terutamanya untuk penanaman padi dengan kawasan seluas 43.2 juta hektar.Selain itu, populasi China yang merupakan tertinggi di dunia dengan 1.39 bilion penduduk juga memberikan kelebihan dari segi tenaga buruh. 27.8% daripada pengeluaran beras dunia dihasilkan oleh China, yang merupakan paling tinggi di dunia.Di China, padi ditanam pada bulan Februari hingga April dan dituai pada Jun dan Julai memberikan kira-kira 34% kepada pengeluaran beras dan meningkatkan posisi ekonomi.
2. India. Tanah bendang padi yang sangat besar menjadikan India berada di kedudukan kedua senarai ini. Kadar hujan tahunan, perubahan musim, musim tengkujuh dan kawasan penanaman yang besar adalah faktor-faktor yang menjadikan India menjadi negara pengeluar beras kedua di dunia, iaitu dengan 21.2% daripada pengeluaran padi dunia atau 157,200,000 metrik tan.India juga merupakan negara terbesar yang mengeluarkan beras putih dan beras perang. Memandangkan pertanian memainkan peranan utama dalam ekonomi India, jadi beras dikeluarkan dalam kuantiti yang lebih besar.
3. IndonesiaBerada di tangga ke-3 pengeluar padi terbesar di dunia adalah jiran negara kita iaitu Indonesia, dengan jumlah 70,846,465 metrik tan atau 9.5% daripada pengeluaran padi dunia.Tanah di Indonesia boleh dilihat penuh dengan sawah padi yang sangat besar. Penanaman padi tersebar di lebih daripada 10 juta hektar tanah di Indonesia yang memainkan peranan penting kepada ekonomi negara ini.Kini kerajaan Indonesia mengambil pelbagai inisiatif bagi meningkatkan pengeluaran padi. Ia juga meningkatkan hasil pengeluaran yang berkualiti dari Indonesia.
4. Vietnam.Di Vietnam beras dikenali sebagai 'emas putih'. Vietnam mempunyai kawasan seluas 33 juta hektar bagi tujuan pertanian dan kebanyakan daripadanya digunakan untuk penanaman padi. Mekong Delta adalah salah satu bahagian daripada negara ini yang menghasilkan beras dalam kuantiti yang sangat tinggi dengan kualiti yang tinggi.Ia juga dikenali sebagai "periuk nasi" negara ini. Vietnam mempunyai 17 juta penduduk dan hampir 18% atau 3.06 juta rakyat Vietnam terlibat dalam penanaman padi disebabkan pengeluaran padi adalah tulang belakang kepada ekonomi negara ini.
5. Thailand.Thailand adalah salah satu negara yang terkenal dengan pengeluaran padi yang sangat tinggi. Ia mempunyai kawasan seluas 9.2 juta hektar untuk aktiviti penanaman. Dianggarkan pada tahun 2007 sebanyak 25 juta tan beras dihasilkan oleh Thailand.Thailand sangat terkenal dengan beras Jasmin yang berkualiti tinggi yang dieksport pada harga dua gali ganda di pasaran antarabangsa. Namun pengeluaran beras jenis ini adalah lebih kecil daripada pengeluaran beras jenis lain.
6. BangladeshNegara ini sangat terkenal dengan pengeluaran dan juga penggunaan beras. Ia disebabkan oleh Bangladesh mendapat hujan yang cukup, malah ia juga mempunyai sungai yang mengalir melalui sawah-sawah padi ini.Walaupun luas kawasan negara ini tidaklah setanding negara-negara yang tersenarai dalam senarai ini namun hasilnya agak tinggi. Di Bangladesh, 75% daripada tanah pertanian atau 12 juta hektar tanah digunakan untuk penanaman padi, membuatkan ia menjadi negara ke-6 pengeluar beras terbesar dunia.
7. MyanmarTanah yang sangat subur dan lembap di Myanmar berfungsi sebagai persekitaran paling tepat dan mesar untuk pengeluaran beras. Walaupun negara ini kekurangan sumber dan dana dalam sektor pertanian, namun Myanmar mampu menghasilan pengeluaran beras yang besar.Menurut statistik, Myanmar telah menghasilkan 34.24 juta metrik tan beras daripada 6.8 juta hektar sawah padi. Kerajaan Myanmar masih perlu mengambil langkah-langkah tertentu bagi mengeksploitasikan kawasan pertanian untuk pengeluaran padi yang lebih maksimum.
8. FilipinaFilipina berada di tangga ke-8 dalam senarai pengeluar beras paling tinggi di dunia, dengan jumlah 2.8% peratus daripada jumlah pengeluaran beras dunia. Luzon dan Vasayas Barat dalah pangkalan utama negara ini di mana penanaman padi di lakukan merangkumi 4.5 juta hektar tanah.Seperti negara-negara lain dalam senarai ini, penanaman padi dan pengeluaran beras membantu Filipina dalam meningkatkan ekonomi mereka.
9. BrazilBrazil merupakan satu-satunya negara bukan Asia dalam senarai ini, dan juga satu-satunya negara di Amerika Selatan yang sangat tinggi pengeluaran beras. Pengeluaran beras oleh Brazil merangkumi 1.7% daripada pengeluaran beras dunia.Sebanyak 251 jenis beras dihasilkan oleh negara negara ini dan Brazil tersenarai juga disebabkan oleh kualiti beras mereka.
10. JepunPastinya ramai yang hanya mengetahui Jepun sebagai antara pengeluar kereta terbesar dunia dan pusat teknologi dunia. Namun, Jepun juga antara pengeluar beras terbesar di dunia.Walaupun tanah di Jepun dipenuhi dengan sawah padi, namun disebabkan oleh kekurangan tanah yang diperuntukan untuk pertanian, negara ini tidak dapat menghasilkan hasil pengeluaran padi yang tinggi seperti negara-negara lain dalam senarai ini.Terdapat 2.3 juta ladang pertanian di Jepun yang mana 85% daripadanya digunakan untuk penanaman padi. Statistik terbaru menunjukkan Jepun menghasilkan 11.573 juta tan beras menjadikannya sebagai negara pengeluar beras ke-10 terbesar di dunia.
Subhanallah!
Subhanallah!
Subhanallah! Komen Weblog Ibnu Hasyim: Walaupun Malaysia tidak termasuk antara 10 negara pengeluar beras terbesar di dunia tetapi Perdana Menterinya, Tun Dr Mahathir mencadang agar menukar waktu kerja dari siang kepada malam, yang dilihat mampu mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing.
Menurut Dr Mahathir, kebanyakan kerja dalam industri kotor, berbahaya dan sukar "dirty, difficult and dangerous" (3D) tidak sanggup dilakukan oleh rakyat kerana cuaca siang yang panas, justeru pekerjaan itu diserahkan kepada warga asing.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ibnuhasyim.com/2019/05/jom-terjah-lihat-sawah-padi-di-seluruh.html