Jom Pulihkan Balik Negara Masalah Air Pp S Gor


 

Masalah air Pulau Pinang: PBAPP gagal selesaikan?

“NAK tanya… macam mana ya nak minta PBAPP hantar air esok untuk mandi mayat?”
“Katanya esok sampai pukul 2 tak ada air”
Salah seorang waris keluarga si mati yang baru kehilangan ahli keluarga bertanya.
Kejadian ini berlaku di Taman Seruling Emas, dalam Mukim 5, Sungai Bakap, SPS (Sebarang Perai Selatan), Pulau Pinang.
Reaksi keluarga si mati ini terbit setelah pengumuman PBAPP semalam bahawa terdapat banyak kawasan di SPS sekitar Batu Kawan, Bandar Cassia dan seluruh BKIP (Batu Kawan Industrial Park) akan mengalami gangguan air daripada 8 malam tadi sehingga 2 petang esoknya.
Namun, hakikatnya di kawasan Mukim 5, Taman Seruling Emas, tiada bekalan air berlaku setiap hari daripada jam 6:30 petang sehingga 11:30 malam. Berterusan 5 tahun masalah seperti ini tak selesai.
Jadi siapa kata Penang tak ada masalah air?
Apabila terdapat pengumuman terkini gangguan air tambahan maka keluarga si mati amat bimbang. Bagaimana kalau esok pagi iaitu pada hari ini gangguan itu berterusan sedangkan sebelah malam memang air tak ada bagi mukim 5.
Mereka hanya berbekalkan tong statik tepi rumah. Yang kadang diragui kebersihan air yang diisi ke dalamnya.
Mengurus jenazah bukan isu kecil dalam amalan agama dan hal sosio-budaya masyarakat Islam. Isu tatakelola yang gagal menjangkaui 5 tahun.
Tak selesai masalah air bagi kawasan Taman Widuri, Taman Seruling Emas, Taman Sungai Duri Indah dan sekitarnya dalam mukim 5, Sungai Bakap.
Insiden keresahan penduduk untuk urus jenazah ini adalah isu real di lapangan. Apakah pihak kerajaan negeri yang dikatakan maju gagal selesai isu ni?
Jawapannya adalah ya. Dan sehingga kini tak selesai. Baru saja habis Pilihan Raya Raya Negeri. Perubahan telah dibuat oleh penduduk di sini.
Maka, penduduk akan mula melihat bagaimana ADUN baru berusaha untuk mendesak kerajaan negeri supaya menyelesaikan masalah ini segera.
Rakyat mukim 5, berhak tahu mengapa agensi negeri iaitu syarikat operator air Pulau Pinang , PBAPP gagal selesaikan.
Apakah Pengerusi GLC PBAPP dan Ahli Lembaga Pengarah gagal menjalankan tanggungjawab dengan baik?
Kalau gagal, berapa elaun mereka dapat sedangkan masyarakat mukim 5, terseksa lebih 5 tahun.
Ataupun, Kerajaan Negeri gagal merancang pembangunan dengan baik sehingga keperluan domestik penduduk marhaen tidak diutamakan berbanding kawasan elit dan kawasan industri.
Semua ini menjadi tanda tanya penting.
Bersabarlah pihak keluarga jenazah, semoga pegawai PBAPP di lapangan tahu masalah ni dan segera hulur bantuan untuk keluarga ini.
ZIKRULLAH ISMAILPrihatin Masalah Air PenangCyberjaya , 16 Ogos 2023 – HARAKAHDAILY 16/8/2023 
Komen Weblog Ibnu Hasyim:Jom pulihkan balik negara.. Masalah air PP & S'gor.
Lagi komen rakyat..(i) S'ngor pun sama, banjir kilat 'peka bukan pekak'. Ahmad Yunus Hairi
Kerajaan negeri Selangor digesa agar lebih peka dan serius dalam menangani masalah banjir kilat yang sering berlaku di negeri itu.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, kejadian banjir kilat akibat hujan lebat yang berulang kembali ini tidak sepatutnya berlaku, malah sepatutnya ditangani dengan baik terutama di bandaraya Shah Alam.
“Kejadian banjir kilat petang semalam sangat mendukacitakan rakyat Selangor seolah-olah kerajaan masih tidak serius dalam menangani masalah banjir,” kata yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sijangkang, Selangor kepada HarakahDaily.
Menurut laporan sebelum ini, banjir kilat yang berlaku di Seksyen 13, Shah Alam semalam didakwa berpunca dari pam air yang tidak berfungsi. 
Senario banjir kilat yang melanda beberapa lokasi di Seksyen 13, Shah Alam, Selangor pada petang semalam, 16 Ogos 2023. (FOTO: YouTube)
(ii) Kami, saksi banjir semalam.. 
Suasana banjir kilat yang melanda sekitar Tadisma Business Park, di Seksyen 13, Shah Alam, Selangor pada petang semalam, 16 Ogos 2023. (FOTO: Tangkapan skrin video ihsan Khairul Fitri Mustafa)
Khairul Fitri
Seorang saksi banjir kilat, jurutera awam, Khairul Fitri Mustafa, 38, yang ditemui hasil tinjauan  HarakahDaily di salah satu lokasi yang dilanda banjir kilat tersebut, di Tadisma Business Park, Seksyen 13, di sini, pada hari ini, berkata, dia ada mendengar tentang antara punca utama kejadian itu tersebut berlaku kerana pam air yang gagal berfungsi di kawasan tersebut.
Namun, dia tidak menolak antara punca lain banjir kilat tersebut, mungkin adalah disebabkan masalah perparitan di kawasan itu. 

Visual keadaan longkang di sekitar Jalan Lawan Pedang, Tadisma Business Park pada hari ini, 17 Ogos 2023. (FOTO: HARAKAHDAILY/Muhammad Zharif Zulkiflee)
“Longkang dan parit di sekitar kawasan ini agak tersumbat kerana berkemungkinan jarang diselenggara oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA),” tegasnya yang sempat berkongsi video bahagian hadapan pejabatnya dilanda banjir kilat dengan arus yang sedikit laju dan hampir menenggelamkan beberapa buah kereta diparkir di lokasi kejadian, petang semalam itu.
“Jarang-jarang (atau) tidak pernah saya rasa, nampak MBSA (Majlis Bandaraya Shah Alam) cuci longkang (di sekitar kawasan ini),” luah Khairul Fitri. 
Keadaan di Jalan Lawan Pedang, Tadisma Business Park pada hari ini, 17 Ogos 2023.
Tinjauan HarakahDaily di sekitar kawasan itu pula mendapati keadaan longkang di situ kelihatan tidak diselenggara dengan baik.
Terdapat rumput dan tumbuhan kecil berhampiran longkang yang tidak dipotong dan tumbuh meliar, selain mendapan tanah yang tebal turut didapati terdapat  di dalam longkang terbabit. 
Amir


Sementara seorang lagi saksi kejadian yang hanya mahu dikenali sebagai, Amir, 25, memberitahu ketika banjir kilat di kawasan itu berlaku, paras air hampir mencecah paras 3  kaki.
“Paras air yang begitu tinggi menyebabkan air hampir memasuki rumah kedai, yang mana jarak antara pintu rumah kedai dengan air banjir hanya selangkah sahaja,” katanya. 
Pada hujung 2021, Seksyen 13, Shah Alam antara lokasi yang turut dilanda banjir yang telah melanda beberapa negeri di Semenanjung Malaysia, selain Hulu Langat dan Taman Sri Muda yang meyaksikan Selangor mencatatkan jumlah kematian tertinggi, seramai 25 mangsa melibatkan 17 lelaki dan lapan perempuan.
Sementara pada Jun lalu, Mahkamah Tinggi membenarkan penduduk Taman Sri Muda meneruskan saman terhadap Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan syarikat milik kerajaan, KDEB Waste Management Sdn. Bhd. yang menuntut ganti rugi RM3.8 juta atas dakwaan menyebabkan penduduk mengalami kerugian jutaan ringgit akibat banjir dahsyat berkenaan. 
Sekian.
Kesimpulan:
Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.
Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 
Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.
Sekian. Wassalam. Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim 014 400 2015.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2023/08/jom-pulihkan-balik-negara-masalah-air.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masalah Compressor Water Dispenser Cuckoo Air Tak Sejuk

Masalah Compressor Water Dispenser Cuckoo Air Tak Sejuk

papar berkaitan - pada 29/8/2023 - jumlah : 376 hits
Assalamualaikum Entri kali ni Diah nak kongsikan pengalaman survival kami selama hampir tiga bulan tanpa Penapis Air Cuckoo Amatlah mencabar sebab memang bergantung harap sepenuhnya pada penapis air kalau nak bancuh air panas dan bekalan ai...
T Ganu Kisah Siapa Buaya Burung Jom Bangunkan Negara

T Ganu Kisah Siapa Buaya Burung Jom Bangunkan Negara

papar berkaitan - pada 8/9/2023 - jumlah : 129 hits
Perbandingan menarik buaya dengan burungKUALA LUMPUR Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Industri Asas Tani Keterjaminan Makanan dan Komoditi Negeri Terengganu Dr Azman Ibrahim membuat perbandingan yang agak menarik antara buaya dengan burung ...
Foto Musim Kemarau Pmi Kota Depok Salurkan Ribuan Liter Air Bersih Untuk Warga

Foto Musim Kemarau Pmi Kota Depok Salurkan Ribuan Liter Air Bersih Untuk Warga

papar berkaitan - pada 14/9/2023 - jumlah : 143 hits
Sudah hampir dua pekan PMI Kota Depok setiap harinya mendistribusikan 10 ribu hingga 15 ribu liter air bersih untuk warga yang kesulitan air
How To Cook Salmon In Air Fryer

How To Cook Salmon In Air Fryer

papar berkaitan - pada 14/9/2023 - jumlah : 237 hits
Salmon is a delicious and healthy fish that is rich in omega 3 fatty acids If you re looking for a quick and easy way to cook salmon then an air fryer is a great option Not only is it healthier than frying or baking but it also cooks salmon...
Pasangan Suami Isteri Buat Salesman Terkejut Bila Bawa 9 Botol Air Yang Dipenuhi Duit Nak Beli Toyota Vios Cash

Pasangan Suami Isteri Buat Salesman Terkejut Bila Bawa 9 Botol Air Yang Dipenuhi Duit Nak Beli Toyota Vios Cash

papar berkaitan - pada 13/9/2023 - jumlah : 317 hits
Begitu juga dengan pasangan suami isteri di Indonesia ini yang akhirnya selelas menyimpan duit selama 3 tahun mulai tahun 2018 akhirnya mereka berjaya membeli kereta idaman mereka iaitu Toyota Rush Asriadin Syamsuddin dan isterinya Ratna me...
Beredar Isu Kkb Minta Tebusan Rp20 Miliar Bebaskan Pilot Susi Air Ini Kata Pangdam Cenderawasih

Beredar Isu Kkb Minta Tebusan Rp20 Miliar Bebaskan Pilot Susi Air Ini Kata Pangdam Cenderawasih

papar berkaitan - pada 13/9/2023 - jumlah : 205 hits
Pangdam Cenderawasih menegaskan isu membayar Rp20 miliar kepada KKB untuk membebaskan pilot warga Selandia Baru itu tidak benar
Sekejap Keindahan Pulau Rempang Berubah Jeritan Dan Air Mata

Sekejap Keindahan Pulau Rempang Berubah Jeritan Dan Air Mata

papar berkaitan - pada 14/9/2023 - jumlah : 232 hits
Buntut warga Pulau Rempang bentrok dengan polisi sejumlah orang jadi tersangka
Masalah Wakaf Dan Hukum Faraid

Masalah Wakaf Dan Hukum Faraid

papar berkaitan - pada 26/8/2023 - jumlah : 254 hits
Bapa saudara saya ada membeli sebidang tanah Saya memohon skim Rumah Mesra Rakyat atas namanya tetapi bayaran bulanan rumah tersebut dibayar sepenuhnya oleh saya Dia dan saya merancang untuk mewakafkan tanah dan rumah tersebut jika dia iste...
Hiburan Kalau Hang Ada Telo Jumpa Cap Isteri Didakwa Jadi Sasaran Sihir Caprice Minta Pelaku Bersemuka Selesai Masalah

Hiburan Kalau Hang Ada Telo Jumpa Cap Isteri Didakwa Jadi Sasaran Sihir Caprice Minta Pelaku Bersemuka Selesai Masalah

papar berkaitan - pada 30/8/2023 - jumlah : 193 hits
Penyanyi menerusi satu hantaran di Instagram menggesa sesiapa yang telah meletakkan barang seperti ritual sihir di kereta isteri Farra Inalis untuk bersemuka dengannya bagi menyelesaikan masalah Ujar Caprice dia tidak pernah mendedahkan lok...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


10 Petua Dapur Berguna Untuk Memudahkan Hidup

Christmas With Tears In 2024

Precious Metal Recycling Malaysia Turning Waste Into Value

Ifa Raziah Dan Roslan Shah Tidak Lagi Bersengketa

Bila Wanita Hilang Malu

Mengenang 20 Tahun Tsunami Aceh Tragedi Harapan Dan Kebangkitan