Jom Muat Turun Aplikasi Kenangan Coffee Boleh Dapat Minuman Percuma
JOM MUAT TURUN APLIKASI KENANGAN COFFEE! BOLEH DAPAT MINUMAN PERCUMA! | Assalammualaikum semua! Semalam Ruby berkesempatan ke Pelancaran Cawangan Pertama Global Kenangan Coffee di Suria KLCC. Menariknya di sini, mereka menggunakan sistem pesanan yang mudah iaitu aplikasi di telefon pintar je.
Bayangkan anda keluar dari LRT KLCC dan nak masuk kerja di dalam Suria KLCC, Petronas Twin Tower atau di sekitar kawasan ini. Pesan je minuman atau makanan melalui aplikasi dan anda akan dapat notifikasi minuman atau makanan yang dah ready untuk pick up. Know know dah siap! Masa amat berharga kan? Kalau servis laju, konsisten serta berkualiti, hari-hari kita pasti akan order. Grab-and-go! Hahaha.
JOM MUAT TURUN APLIKASI KENANGAN COFFEE! BOLEH DAPAT MINUMAN PERCUMA!
Sejak sibuk dengan urusan harian, Ruby selalu mengelak bersesak dengan masyarakat. Jualan murah dah tidak pergi. Promosi hebat pun tak pergi. Beratur panjang? Memang tidak! Menunggu lama? Lagi tak mahu!
Segala urusan harian memang akan dijadualkan termasuklah cuaca hari ini dan keadaan trafik jalan raya. Tak sanggup stress atau kelam kabut. Nak elak semua tu, Ruby akan keluar awal. Semuanya awal.
Di antara gaya hidup yang Ruby sangat suka, ada di dalam aplikasi Kenangan Coffee. Baru tadi Ruby muat turun dan daftar. Belek-belek dalam aplikasi, ehhh semua menu ada setiap hari! Kemudian harga terpapar dan berpatutan. Nak gula lebih? Ais kurang? Tambah topping? Heyyy mudahnyaaaa.
Anda masuk ke Google Play Store atau Apple Store untuk muat turun Kenangan Coffee. Setelah install, anda daftar nombor telefon dan email. Siap verifikasi, anda dah sedia untuk membuat pesanan.
MENU KENANGAN COFFEE
Di dalam aplikasi Kenangan Coffee tersedia beberapa kategori dan kesemuanya pilihan pasti sesuai dengan selera anda. Hehe. Kenangan Coffee cuba untuk menyediakan keperluan anda. Peminat kopi, peminat teh dan peminat non kopi serta teh pun ada. Jadi, tiada sebab untuk berkata TIDAK kepada Kenangan Coffee.
COFFEE LOVER
NON COFFEE LOVER TAPI MAU KE KENANGAN
TEH-TARIK UNTUK YANG SUKA NGETEH!
KEK UNTUK KENANGAN MANIS
MUFFIN UNTUK SI COMEL
PASTRY PASANGAN MINUMAN ANDA
BIJI KOPI ISTIMEWA KENANGAN CPFFEE
MUDAH MEMBUAT PESANAN
Di Kenangan Coffee, gaya hidup si peminat kopi lebih best dengan hanya memilih dari aplikasi. Adakah kami introvert sehingga tidak mahu bercakap dengan Barista? Tidak! Ada kalanya introvert perlu fokus hal lain. Namun, Barista di Kenangam Coffee akan menyapa dengan mesra "Welcome to Kenangan Coffee". "Order for Ruby is Ready!". "Enjoy your day!".
Kadang-kadang sapaan begitu akan buat kita tersenyum dan bangkit mengenal realiti. Realitinya kita masih boleh menikmati secawan Kenangan Coffee. Ummmmmmm. Kembali fokus dengan lebih hebat lagi ya!
Dibawah ini adalah contoh Ruby memesan Americano. Pada kebiasaannya Ice Americano yang Ruby pesan tiada gula. Anda boleh pesan saiz dari small, regular atau large. Nak sejuk atau panas? Biji kopi jenis Bumi Flores atau Kenangan Blend? Kemudian nak ais? Kurang ais atau tiada ais? Mudah sangat kan
Selepas itu, anda pilih topping pula. Ada dua bahagian topping. Mungkin anda ingin extra espresso dan hazelnut syrup. Boleh tambah. Easy peasy!
TEBUS COP UNTUK DAPAT MINUMAN PERCUMA
Jika anda sudah menjadi fans Kenangan Coffee, berita gembira buat anda! Setiap pembelian akan melayakkan anda untuk mendapat satu cop. Kumpul cop banyak-banyak, anda akan dapat minuman percuma
KENANGAN POINT & BAUCAR
Ini adalah cara bagaimana Kenangan Coffee give back kepada komuniti dan pelanggan. Anda akan menerima cashback dan baucar promosi untuk lebih penjimatan.
Hari ini, 18 Oktober 2022 hari pertama Kenangan Coffee beroperasi. Jom support mereka dan nikmati kopi pada harga berpatutan. Semua biji kopi Kenangan Coffee adalah autentik dari Indonesia. 4 kawasan pertanian biji kopi yang terlibat iaitu di Aceh Takengon, Sidikalang di Sumatra Utara, Jawa Timur dan Flores
Enjoy dan jom curhat di Kenangan Coffee!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ruby.my/2022/10/jom-muat-turun-aplikasi-kenangan-coffee.html