Jom Mengopi Dengan Mesin Kopi Philips Lattego
Korang suka minum kopi atau teh?Kalaulah korang memang pencinta kopi, ini ada berita baik. Korang boleh menimati kopi gaya ala kafe di rumah sendiri dengan mesin kopi terbaru daripada Philips Malaysia
Baru-baru nie sis hadir ke majlis pelancaran mesin kopi terbaru Philips. Siri mesin espresso automatik penuh (FAEM), termasuk model Saeco PicoBaristo, Philips 3200 Series LatteGo, Philips 5000 SeriesLatteGo, Philips 2200 Series dan Philips 3100 Series telah diperkenalkan.
Minum Kopi Penuh Gaya Ala Kafe
Kalau korang nak tahu, rangkaian mesin espresso automatik penuh ini merupakan mesin khusus gred profesional yang memang sesuai dan sangat praktikal untuk digunakan di rumah.
Cubalah korang bayangkan, biji-biji kopi yang menjadi pilihan atau kegemaran korang tu sebiji-sebiji jatuh ke dalam cawan dengan satu sentuhan butang.Dah tu penuh kualiti dan senang jer nak sediakannya.Asal teringin bila-bila masa kita boleh bancuh.Dah macam kita minum kopi ala kafe pulak, padahal kat rumah sendiri jer.
Sebelum majlis pelancaran tersebut bermula, sis sempatlah meninjau kehebatan rangkaian mesin kopi terbaru daripada Philips tu. Ras teruja jugalah walaupun sis bukanlah seorang yang terlalu mencintai kenikmatan kopi.
Tambahan pula, bila diberitahu kopi yang dihasilkan melalui kisaran mesin tersebut lebih segar, berkualiti dan penuh kenikmati. Bukan tu jer, cara nak membersihkan serta menyelenggara mesin tersebut juga tidak rumit
Jauh di sudut hati terdetik, bagus juga kalau dapat satu mesin kopi nie.Senang kalau family atau kawan-kawan yang suka minum kopi datang kat rumah nanti. Wahh… gitew yang dah terlintas di kepala otak sis.
Hahaha… dan tak sangka, sis berjaya membawa pulang salah satu daripada 5 mesin kopi tersebut. Jadilah!Alhamdulillah dan syukur sangat-sangat. Yeayyyy!!!!!!
Bagus Kalau Ada Satu Kat Rumah!
Yang menarik, mesin kopi terbaru Philips ini memaparkan sistem penapisan air AquaClean yang dipaten dan pertama dalam industri yang memastikan penyahkerakan sehingga 5,000 cawan dengan penggantian penapis yang kerap . Direka untuk memperbaiki kualiti kopi dengan penapisan air. Di samping itu turut mengekang terjadinya kerak dalam saluran air mesin.
Sementara itu, sistem susu LatteGo terkini, yang direka dalam dua bahagian tanpa tiub, boleh dileraikan dengan mudahnya dan dibilas bersih di bawah air paip mengalir dalam hanya 15 saat, lalu menjadikannya sistem susu dengan pembersihan terpantas
Untuk lebih memudahkan, sistem susu, dulang lelehan dan bekas sisa bancuhan kopi LatteGo juga selamat dicuci dalam mesin pembasuh pinggan mangkuk.
Sistem Aroma Extract mencapai keseimbangan optimum antara suhu membancuh dan pengekstrakan aroma dengan mengekalkan suhu air antara 90 dan 98°C dan pada masa sama,mengawal selia kadar aliran air
Pilih Salah Satu!
Setiap mesin kopi tersebut dicipta dengan tetapan fleksibel yang dengan mudahnya membantu pengguna menukar kekuatan dan gaya minuman mengikut selera masing-masing.Di samping itu, terdapat juga fungsi ingatan terbina-dalam untuk merekod penetapan bagi memudahkan kita untuk menggunakannya lagi.Terdapat juga Opsyen Serbuk untuk membancuh kopi tanpa kafein yang lazat pada bila-bila masa.
Harga Yang Ditawarkan
Andaikata, korang berminat bolehlah pilih yang mana satu korang suka dan kena pada bajetnya. Lagi mahal, lagi hebat keupayaan mesin kopi tersebut.
SaecoPicoBaristo (SM5473/10) (RRP RM5,999)
Philips 3200 Series LatteGo (EP3246/70) (RRP RM4,599)
Philips 5000 SeriesLatteGo (EP5335/10) (RRP RM3,999)
Philips 2200 Series (EP2220/10) (RM3,299)
Philips 3100 Series (EP3510/00) (RM2,999)
Okaylah, sekian dulu catatan sis kali ini. Lagipun hati sedang berbunga-bunga dengan rezeki memiliki mesin kopi Philips 3100 Series berharga RM2,999 ini. Tq Philips Malaysia!!
Lurve,Sis Anie Mohamed
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://aniemohamed.blogspot.com/2019/12/jom-mengopi-dengan-mesin-kopi-philips.html