Jom Kenali Profil Pelanggan Kedai Runcit Mengikut Lokasi


Menjalankan bisnes kedai runcit merupakan satu usaha yang bagus untuk membina pendapatan yang lumayan.
 
Walaubagaimanapun, sebelum anda terus buat keputusan untuk membuka kedai runcit anda, adalah penting untuk anda mengetahui dan memahami demografi penduduk dikawasan yang anda bakal jalankan perniagaan tersebut.
 
Ini sedikit sebanyak akan dapat membantu anda membuat keputusan yang tepat terutama sekali dari aspek mendapatkan dan menyediakan stok barangan yang perlu dibeli untuk dijual dikedai anda.
 
Sebelum kita bercerita dengan lebih lanjut, mungkin ada yang tertanya-tanya,
apa yang dimaksudkan dengan istilah demografi?
 
Demografi ini sebenarnya merujuk kepada kajian tentang ciri-ciri populasi penduduk disesuatu kawasan, seperti umur, jantina, bangsa, pendidikan, pekerjaan, pendapatan, dan sebagainya.
Demografi digunakan untuk memahami perubahan penduduk dan untuk membuat ramalan tentang masa depan penduduk.
 
Posting pada kali ini, saya akan bercerita mengenai profil atau karekter pelanggan yang anda bakal terima apabila anda menjalankan bisnes kedai runcit.
 
Profil pelanggan ini juga sebenarnya berbeza, bergantung kepada lokasi kedai runcit anda. Lokasi yang berbeza mempunyai demografi penduduk dan latar belakang pelanggan yang berbeza.

Sebab itu, dalam perniagaan yang memerlukan premis perniagaan, anda perlu mencari lokasi yang tepat, dan pada masa yang sama, anda juga perlu faham, apakah profil dan kelakuan (behavior) pelanggan yang anda bakal temui.
 
Umumnya, bisnes kedai runcit ini akan dibuka dikawasan seperti
1. Berdekatan dengan kawasan perumahan atau kediaman penduduk
2. Kawasan bandar atau pekan
3. Kawasan peranginan dan tempat percutian
4. Kawasan kampung
 
Perkara yang saya bakal ketengahkan menerusi posting ini adalah, anda akan mendapat pelanggan yang berbeza sikap, latar belakang dan karekternya, bergantung kepada lokasi dimana anda membuka kedai runcit anda.
 
Maklumat yang bakal kita bincangkan disini mungkin berguna buat anda, jika anda ingin memadankan keperluan pelanggan mengikut lokasi perniagaan anda.

 
Tapi sebelum itu, saya juga ingin membuat penafian. Saya bukan pakar dalam bisnes ini, jadi mungkin ada beberapa poin yang saya ketengahkan dalam posting ini yang anda mungkin tak setuju.
 
Saya juga ingin menggalakkan anda untuk meluaskan pembacaan bagi mendapatkan pandangan dari orang lain juga.
 
Dalam perbincangan disini, kita akan fokus dari sudut
1. Keperluan dan kemahuan pelanggan
2. Motivasi pelanggan untuk buat pembelian
3. Persepsi dan sikap pelanggan
4. Kepuasan dan kesetiaan pelanggan
 
(1) Kedai runcit di kawasan perumahan dan kediaman penduduk Salah satu lokasi yang sangat popular untuk menjalankan bisnes kedai runcit adalah dikawasan yang berdekatan dengan kawasan kediaman atau perumahan penduduk.
 
Kita sedia maklum, kawasan ini sudah pasti mempunyai banyak orang yang berpotensi untuk jadi pelanggan kita.
 
Kalau kita perhatikan, projek-projek perumahan seperti apartment pasti akan ada unit dibahagian tertentu yang dikhaskan untuk bisnes kedai runcit.

Manakala kalau rumah jenis landed pula, biasanya akan ada juga unit yang akan dijadikan sebagai shoplot. Dekat situ juga akan ada unit yang sesuai dijadikan kedai runcit atau kedai serbaneka.
 
Cuma berkemungkinan kalau projek perumahan yang baru dilancarkan, ruang untuk perniagaan kedai runcit ini akan diambil oleh pasaraya yang ternama, seperti 99 speedmart, KK mart dan sebagainya.
 
Tak apa, itu bukan isunya. Apa yang kita nak bincangkan adalah, bagaimana profil pelanggan yang bakal kita perolehi jika membuka bisnes kedai runcit di kawasan kediaman ataupun perumahan.
 
1.1 Keperluan dan kemahuan pelanggan di kawasan perumahan Pelanggan yang tinggal dikawasan perumahan memerlukan perkhidmatan kedai runcit yang berdekatan dengan tempat mereka tinggal. Kalau boleh kedai tersebut mestilah boleh dikunjungi hanya dengan berjalan kaki.
 
Selain itu, penduduk juga mahukan kedai tersebut dibuka 24 jam 7 hari seminggu, atau setidak-tidaknya, ia dibuka lebih awal berbanding lain-lain operasi perniagaan yang standard dan ditutup sedikit lewat.
 
Sebagai contoh, kedai dibuka seawal jam 6.00 pagi dan tutup pada jam 12 tengah malam.
 
Kedai yang dibuka awal pagi, seawal jam 6.00 pagi ini biasanya mensasarkan kategori pelanggan yang akan keluar bekerja atau ke sekolah diawal pagi.
 
Mereka ini boleh singgah dan berbelanja di kedai anda, untuk membeli minuman seperti kopi dan juga roti atau apa-apa makanan yang anda jual untuk sarapan pagi.
 
Oleh kerana kebanyakkan orang akan keluar bekerja atau belajar sama ada disekolah, kolej dan sebagainya, maka kedai anda akan dikunjungi oleh pelanggan yang terdiri daripada mereka yang tak bekerja atau suri rumah.
 
Pelanggan yang mengunjungi kedai runcit biasanya memerlukan
1. Barangan keperluan memasak
2. Barangan basah seperti sayur, ikan, ayam, sotong, udang
3. Produk untuk pembersihan
4. Barangan penjagaan diri
 
Pelanggan memilih untuk berbelanja di kedai runcit kerana mereka perlukan perkhidmatan yang cepat dan yang memudahkan urusan.
1. Tak perlu habiskan masa yang lama untuk ke pasaraya besar
2. Mudah untuk cari parking
3. Hanya ingin beli satu atau dua barang sahaja
4. Jenama yang dia mahukan hanya ada dijual dikedai runcit tersebut sahaja
 
Apabila menjalankan bisnes ini dikawasan kediaman, maka anda juga perlu tahu, apakah keperluan pelanggan yang mungkin sedikit berbeza mengikut peringkat usia.
 
Kalau pelanggan dalam kategori muda remaja, mereka ini mungkin lebih cenderung untuk beli barangan seperti
1. Ais krim
2. Minuman tenaga
3. Topup kredit handphone
4. Makanan ringan seperti snek, coklat, gula-gula
5. Alat permainan
 
Untuk pelanggan yang sudah berkeluarga, mereka lebih perlukan barangan seperti
1. Produk pencuci pakaian
2. Pampers
3. Sayur-sayuran dan lauk
4. Makanan sejuk beku
5. Roti, kek dan sebagainya
 
Untuk pelanggan yang dalam perjalanan untuk ke sesuatu tempat
1. Makanan yang siap di pek
2. Minuman dalam botol
3. Makanan ringan seperti keropok, snek dan sebagainya
 
Bila kita faham apakah keperluan bakal pelanggan kita, maka kita sediakanlah mengikut kemampuan modal kita.

1.2 Motivasi pelanggan Kita perlu akui, kedai runcit bukanlah pilihan utama kalau mereka ingin membeli-belah.
 
Kalau bercakap dari segi kos, adalah lebih berbaloi kalau shopping dipasaraya besar, untuk mendapatkan keperluan produk yang pelbagai dan harga yang lebih murah. Pasaraya besar juga kerap menjalankan promosi diskaun dari masa ke masa.
 
Sebaliknya, kedai runcit akan dijadikan pilihan utama atas sebab ianya memudahkan urusan pelanggan. Terutama sekali apabila mereka ada keperluan yang mendesak dan mereka mahukan penyelesaian segera.
 
Sebagai contoh, mereka nak masak kemudian baru perasan ada bahan yang tak ada. Contohnya seperti santan dalam kotak, daun sup dan sebagainya.
 
Barangan ini lebih mudah dan pantas kalau beli di kedai runcit, berbanding di pasaraya besar.
Kalau nak murah, beli di pasaraya besar.
Kalau nak penyelesaian yang pantas, beli dari kedai runcit.
 
Harga yang anda perlu bayar, kalau ada perbezaan sekalipun, itu sebenarnya adalah harga untuk kemudahan anda.
 
Janganlah terlalu cepat nak mempertikaikan harga yang dijual di kedai runcit.
Kalau betul lebih mahal pun, biasanya hanya berbeza 10 sen atau 20 sen sahaja.
 
Anda pun bila ada duit, tak berbelanja dan sokong bisnes kedai runcit. Anda lebih rela berbelanja di pasaraya yang lebih besar dan sanggup berbelanja hingga RM300 – RM500 dalam satu pembelian.
 
Amaun yang sama, kalau anda gunakan untuk berbelanja di kedai runcit, tak mustahil satu hari nanti kedai runcit tersebut juga akan ada kemampuan untuk jual dengan harga murah, atau setanding dengan pasaraya besar.
 
Rasionalnya?
 
Apabila jumlah jualan kedai runcit meningkat, keuntungan juga akan meningkat.
 
Dengan ini, dia ada kemampuan untuk beli barangan stok dalam kuantiti yang besar. Bila beli dalam kuantiti yang besar, atau beli dengan harga borong, harga kos untuk barangan tersebut jadi lebih murah dan ini membolehkan pemilik kedai jual dengan harga yang sama seperti pasaraya besar.
 
Kedai yang sentiasa ramai pelanggan tak perlu takut untuk jual murah-murah, sebabnya barangan yang dijual akan dibeli oleh pelanggan dan cepat habis. Ini akan memberikan keuntungan dan aliran tunai yang lebih cepat.
 
Sebaliknya, kalau pelanggan yang datang pun, hanya berbelanja sekitar RM2 – RM10 sahaja, maka dalam situasi ini memang agak sukar untuk kedai runcit tersebut menurunkan harga barangan yang dijual.
 
1.3 Persepsi dan sikap pelanggan Pelanggan menganggap kedai runcit sebagai pilihan yang paling tepat, cepat dan mudah untuk mendapatkan sesuatu barangan yang diperlukan.
 
Walaubagaimanapun, pelanggan cenderung untuk mempunyai persepsi negatif terhadap kedai runcit dari segi
1. Harga barangan yang dijual
Harga barangan di kedai runcit biasanya lebih mahal berbanding di pasaraya besar.
 
2. Kepelbagaian produk
Pelanggan yang baru kali pertama masuk atau yang jarang berbelanja di kedai runcit, biasanya akan tanya soalan seperti “Maggi Kari ada tak?”
 
Tapi kalau mereka ke pasaraya, mereka tak akan tanya soalan yang sama. Sebaliknya mereka akan tanya “Dekat mana bahagian Maggi?”
 
Mereka ada andaian bahawa pasaraya besar mesti ada semua barang yang diperlukan, manakala kedai runcit ini biasanya barang yang dia nak mungkin tak ada.
 
Tapi kalau ada, itu rezeki.
 
Adakah terlalu sukar untuk memastikan, kedai runcit menjual semua barangan yang mungkin diperlukan oleh pelanggan?
Saya berpendapat, ianya tak terlalu sukar.
 
Apa yang menjadi masalah adalah apabila anda gagal memahami apa keperluan bakal pelanggan yang berada di lokasi tertentu.
Sebab itu, sebagai pemilik bisnes, anda perlu peka, apakah nama barang yang ditanya oleh pelanggan, tapi anda tak menjual barangan tersebut.
 
Buat catatan, dan usahakan untuk jual produk tersebut di masa akan datang.
 
Perkara yang tak kurang pentingnya, jangan sampai tersilap beli stok untuk barangan yang jarang dibeli oleh pelanggan dalam kuantiti yang besar.
 
3. Kualiti produk
Pernah tak anda menganggap atau merasakan, barangan yang dijual di pasaraya lebih berkualiti berbanding barangan yang dijual di kedai runcit?
Kalau pernah rasa sedemikian, agaknya sebab apa dan dari mana anggapan ini bermula?
 
Adakah disebabkan pasaraya besar menggunakan sistem penghawa dingin, maka barangan yang dijual disitu pasti berkualitti tinggi?
Manakala kedai runcit yang hanya ada kipas angin, akan ada isu dari segi kualiti produk?
 
Persepsi pelanggan terhadap sesebuah perniagaan kedai runcit ini sebenarnya dipengaruhi oleh banyak faktor. Antaranya adalah seperti
1. Susun atur barangan dalam kedai
2. Layanan terhadap pelanggan
3. Kepelbagaian tawaran pilihan produk
4. Imej dan penjenamaan kedai
5. Kebersihan kedai

1.4 Kepuasan dan kesetiaan pelanggan Kesetiaan dan kepuasan pelanggan ini bergantung kepada beberapa perkara antaranya seperti
1. Setakat mana anda mampu memenuhi keperluan pelanggan
Barangan yang dicari dan diperlukan oleh pelanggan mudah untuk diperolehi dari kedai anda.
 
2. Strategi harga yang anda gunakan
Anda tak perlu sentiasa menawarkan harga yang paling murah. Asalkan harga berpatutan dan pelanggan masih mampu untuk beli dari anda, itu masih lagi memadai.
 
3. Layanan yang anda berikan terhadap pelanggan
Layanan terhadap pelanggan juga memainkan peranan, bagi memupuk kesetiaan mereka untuk terus datang berbelanja di kedai anda.
 
4. Persekitaran dan susun atur dalam kedai yang menarik
Kedai mempunyai sistem pencahayaan yang bagus dan susunan barangan yang dijual perlu nampak menarik.
 
5. Kepelbagaian produk
Pelanggan boleh beli macam-macam produk dari pelbagai jenama. Anda memberi pilihan kepada pelanggan untuk membeli produk yang sama, tapi dari jenama yang berbeza.
 
6. Program kesetiaan
Bagi tujuan mendapatkan jualan secara berulang, anda boleh pertimbangkan untuk anjurkan program kesetiaan. Program paling mudah adalah seperti mengumpul kupon.
 
7. Kebersihan dalam kedai
Pastikan tiada habuk pada barang-barang yang anda pamerkan pada rak jualan.
 
Sekiranya anda mampu untuk menyediakan atau melakukan kesemua perkara ini, In Shaa Allah kesetiaan dan kepuasan pelanggan lebih mudah untuk diperolehi.
 
(2) Kedai runcit dikawasan bandar Seterusnya kita lihat pula profil pelanggan yang bakal kita perolehi seandainya perniagaan kedai runcit ini kita jalankan dikawasan bandar.
 
Seperti yang kita maklum, kawasan bandar ini lazimnya adalah sebuah tempat tumpuan yang mana dikawasan ini jugalah kita boleh lihat terdapat bangunan seperti shopping mall, bangunan pejabat, restoran, universiti, kolej, sekolah, hospital, stesen pengangkutan awam dan macam-macam lagi.

Persoalannya ialah, adakah bisnes kedai runcit boleh hidup dikawasan yang maju dan berkembang seperti ini? Sedangkan disekeliling mungkin terdapat banyak pesaing yang lebih hebat.
Pada pendapat saya, jawapannya adalah pasti boleh.
 
Sudah tentu, anda perlu menyusun dan merangka strategi yang betul untuk berjaya dalam perniagaan yang dilakukan.
 
Salah satunya adalah dengan mengambil pendekatan “ambil tahu” apakah profil pelanggan yang bakal anda perolehi apabila berniaga dikawasan seperti ini.
 
2.1 Keperluan dan kemahuan pelanggan Apakah yang diperlukan oleh pelanggan kedai runcit di kawasan bandar?
Jawapannya tetap sama, iaitu mereka perlukan kemudahan untuk mendapatkan barangan yang diperlukan dan urusan transaksi yang pantas.
 
Selain itu, barangan yang dijual mestilah pelbagai jenis dan memenuhi keperluan peribadi dan profesional pelanggan yang datang.
 
Lazimnya, pelanggan yang masuk ke kedai anda adalah terdiri dari mereka yang mempunyai kuasa beli yang tinggi. Jika anda mampu menyediakan barangan yang menepati citarasa mereka, maka tak mustahil untuk mereka datang ke kedai anda dengan agak kerap dan berbelanja di tempat anda.
 
Memandangkan, kategori pelanggan yang mungkin anda akan perolehi adalah dari golongan yang bekerja dan bekerjaya, pelanggan anda mungkin lebih memerlukan barangan seperti
1. Minuman dalam tin atau botol
2. Air kopi
3. Minuman tenaga
4. Snek
5. Makanan ringan
6. Sandwich
7. Makanan siap pek
8. Buah-buahan potong
 
Sudah tentu, anda memerlukan peralatan dan kelengkapan yang sesuai untuk menjual kesemua barangan yang disebutkan.
 
Saya maksudkan barangan seperti freezer, chiller, dan sebagainya.
 
Sesetengah kedai turut menyediakan perkhidmatan tambahan seperti khidmat untuk printing dan juga mesin fotokopi. Kesemua perkhidmatan ini diperlukan untuk urusan kerja atau urusan pembelajaran.
 
2.2 Motivasi pelanggan untuk membeli Pelanggan anda akan memilih untuk berbelanja di kedai runcit apabila mereka mempunyai keperluan yang spesifik yang berkaitan dengan acara atau keadaan tertentu.
 
Sebagai contoh, ketika rehat, makan tengahari atau dalam perjalanan untuk melakukan kerja di luar.
 
Mereka akan memilih untuk singgah dan beli sesuatu di kedai runcit sebagai distraction atau mengalih perhatian ketika mereka ingin melakukan sesuatu tugasan.
 
Contohnya kalau buat kerja sahaja, kebarangkalian untuk rasa mengantuk itu ada.
Tapi kalau boleh buat kerja sambil mengunyah sesuatu, rasa mengantuk itu dapat dielakkan.
 
Pembelian yang dilakukan selalunya akan cuba dikaitkan dengan pekerjaan atau aktiviti yang bakal dilakukan sama ada dipejabat atau di tempat belajar.
 
Beli air kopi supaya rasa segar dan tak mengantuk untuk buat kerja-kerja di pejabat.

Beli gula-gula supaya nafas sentiasa segar ketika berinteraksi dengan rakan sekerja.
 
Selagi mana pelanggan anda dapat mengaitkan keperluan barangan tersebut dengan kerja yang bakal dilakukan, maka dia akan buat pembelian.
 
2.3 Persepsi pelanggan terhadap kedai runcit Pelanggan akan mengunjungi kedai runcit tersebut, sekiranya mereka merasakan kedai tersebut adalah penting dalam memastikan dirinya dapat berfungsi dengan baik sepanjang hari bekerja.
 
Apabila keadaan ini berlaku, kunjungan ke kedai runcit tersebut boleh dijadikan sebahagian dari rutin harian sebelum memulakan kerja.
 
Ada beberapa waktu, yang dia akan berbelanja di kedai runcit.
1. Ketika baru nak masuuk kerja
Dia mungkin akan beli minuman seperti kopi dan mungkin sandwich untuk alas perut.
 
2. Ketika rehat
Beli makanan ringan dan minuman petang.
 
3. Ketika balik kerja
Beli sesuatu untuk isi perut mungkin roti, pizza dan sebagainya.
 
Sampai satu tahap, kedai runcit tersebut akan menjadi sebahagian daripada destinasi persinggahan yang penting dalam rutin hariannya.
 
2.4 Kesetiaan dan kepuasan pelanggan Ianya bergantung kepada sejauh mana anda mampu menyediakan perkhidmatan yang dapat memenuhi keperluan dan kemahuan pelanggan anda.
 
Sekiranya mereka boleh mendapatkan apa-apa barangan yang mereka perlukan dengan harga yang berpatutan, maka tak menjadi masalah untuk mereka terus setia berbelanja di tempat anda.
 
Selagi mana mereka masih ada urusan ditempat tersebut, selagi itulah mereka akan berbelanja ditempat anda.
 
Sebaliknya, apabila berlaku perubahan pada gaya hidup, kerjaya dan sebagainya, pelanggan ini mungkin akan berhenti menjadi pelanggan anda.
 
(3) Kedai runcit di tempat percutian Destinasi percutian merupakan salah satu tempat yang akan menerima jumlah pelawat atau pengunjung yang ramai. Walaubagaimanapun, tempat seperti ini menerima kemasukkan pelancong yang ramai mengikut musim.
 
Biasanya ketika musim cuti sekolah, musim perayaan, cuti umum dan sebagainya.
 
Di tempat peranginan ini juga, kita boleh lihat ada bangunan seperti hotel, resort, homestay dan sebagainya.

Kemudian ada juga bangunan lain seperti hospital, balai polis, restoran, lapangan terbang, stesen kereta apa, terminal feri dan sebagainya.
 
Besar kemungkinan pelanggan yang akan mengunjungi kedai kita adalah terdiri dari kalangan pelancong yang datang bercuti.
 
Bagi mereka yang memang bekerja dikawasan percutian, mereka ini akan menyumbangkan jualan yang konsisten kepada bisnes kedai runcit kita.
 
Manakala pelancong ini pula adalah golongan yang perlu kita sasarkan untuk keuntungan yang lebih tinggi.
 
3.1 Keperluan pelanggan di kawasan percutian Pelanggan yang mengunjungi kedai runcit di kawasan peranginan mempunyai keperluan yang berbeza berbanding ketika mereka mengunjungi kedai runcit di tempat tinggal mereka.
 
Sebagai contoh pelanggan kedai runcit di kawasan peranginan mungkin mencari barangan yang memenuhi keperluan dan berkaitan dengan tujuan dia pergi bercuti.
 
Pelanggan ini mungkin mencari barangan seperti
1. Cenderamata
2. Produk kraftangan tempatan
3. Peta
4. Buku panduan
 
Mereka juga memerlukan barangan yang dapat membantu memudahkan lagi aktiviti yang bakal mereka lakukan
1. Roti
2. Coklat
3. Minuman dalam botol
4. Gula-gula sakit tekak
5. Cermin mata hitam
6. Krim sunblock
7. Selipar
8. Topi
 
Pelanggan dalam kawasan ini, biasanya kurang berminat dengan barangan keperluan harian seperti keperluan memasak, barangan penjagaan diri, produk pembersihan dan sebagainya.
 
Kalau kebetulan mereka terlupa untuk bawa semasa bercuti, biasanya mereka tak akan terlalu memilih. Dia akan ambil sahaja apa yang ada, asalkan produk tersebut memang berkualiti.
 
3.2 Motivasi pelanggan Pelanggan lebih mementingkan aspek kemudahan dan fungsi barangan yang ingin dibeli. Mereka juga tak terlalu cerewet atau berkira dalam bab harga.
 
Pada masa yang sama, mereka ini tak mempunyai banyak masa untuk buat perbandingan harga atau mengunjungi pasaraya lain untuk membuat pembelian. Kalau urusan dan keperluan mereka boleh diperolehi dari satu tempat, itu sudah cukup bagus.
 
Sudah tentu, mereka sukakan kedai yang serba lengkap. Namun, lengkap yang dimaksudkan disini bukanlah seperti sebuah pasaraya besar yang ada semua barangan.
 
Yang lebih penting ialah, kedai tersebut dapat memenuhi semua keperluan ketika percutian tersebut. Kalau anda jual macam-macam produk sekalipun, tapi ia kurang relevan dengan keperluan pelanggan semasa tempoh percutian, dia tetap tak akan beli.
 
Selain itu, pelanggan dikawasan tempat percutian ini juga inginkan sesuatu barangan yang lain dari yang lain, serta unik. Kalau boleh, barangan tersebut hanya boleh diperolehi di tempat percutian itu sahaja.
 
Kalau barang yang sama boleh dibeli di tempat lain, ia mungkin tak menarik minat bakal pelanggan untuk membuat pembelian.
 
3.3 Persepsi dan sikap pelanggan Pelanggan yang mengunjungi kedai runcit mempunyai persepsi dan sikap yang berbeza, berbanding pelanggan yang mengunjungi kedai runcit di tempat mereka biasa pergi.
 
Bagi pelanggan, kedai runcit bukan sekadar tempat untuk beli barang.
 
Bagi mereka, disini jugalah tempat paling mudah untuk dia dapatkan maklumat mengenai tempat percutian tersebut.
 
Justeru, tak pelik kalau ada pelanggan yang akan luangkan sedikit masa untuk berbual-bual dengan pemilik atau pekerja kedai. Biasanya mereka ini akan tanya soalan-soalan seperti
1. Dekat mana mesin ATM paling dekat?
2. Dekat mana ada dobi?
3. Tempat makan yang special ada dekat mana?
4. Cuaca dekat tempat tersebut macam mana? Biasanya hujan ke atau tidak.
5. Dekat mana tempat yang sesuai untuk shopping?
6. Apa tempat menarik yang ada dekat sekitar
 
Semua maklumat ini, memang kita boleh dapatkan sendiri kalau buat carian melalui Google.
 
Tapi, bila kita dah sampai disesuatu destinasi percutian, kadang-kadang lagi cepat kalau kita tanya penduduk setempat daripada kita buat carian Google.
 
Penduduk setempat ini mungkin tahu, mana-mana lokasi “hidden gem” yang hanya diketahui oleh penduduk.
 
Sesebuah kedai runcit itu juga, akan dianggap sebagai unik dan lain dari yang lain, jika ia turut menjual produk kraf tangan, cenderahati dan apa-apa produk yang berkaitan dengan destinasi percutian tersebut.
 
Sesuatu yang unik, yang hanya boleh diperolehi ditempat itu, dan tiada di tempat lain.
 
3.4 Kepuasan dan kesetiaan pelanggan Bagaimana untuk mendapatkan kesetiaan pelanggan?
Bagaimana pula caranya untuk memberikan kepuasan kepada mereka?
 
Seperti kita sedia maklum, kalau dikawasan percutian, pelanggan yang melangkah masuk ke kedai kita, mungkin hanya akan berbuat demikian sekali sahaja. Itulah kali pertama dan kali terakhir dia membeli barangan di kedai kita.
 
Maka dekat sini, kita perlu anggap setiap pelanggan yang melangkah masuk, itulah kali pertama dan kali terakhir dia akan berbuat demikian.
 
Cubalah berikan layanan yang paling baik dan mesra, supaya dia boleh berbelanja seberapa banyak yang boleh dikedai anda. Layanan baik yang anda berikan, sebenarnya sedikit sebanyak dapat mempengaruhi mood pelanggan tersebut untuk datang bercuti.
 
Kalau pelanggan tersebut menerima layanan yang buruk, ia mungkin akan mempengaruhi mood sepanjang percutian tersebut.
 
Apabila ada pelanggan yang cuba untuk bertanya soalan, jawablah pertanyaan tersebut dengan sebaik mungkin. Latih diri anda, atau mungkin pekerja anda untuk mencatat soalan popular yang selalu ditanya oleh pelanggan yang datang ke kedai.
 
Sediakan juga jawapan untuk soalan yang ditanyakan oleh pelanggan.
 
Perkara yang paling mengecewakan buat pelanggan adalah apabila soalan yang kita tanyakan, dijawab dengan jawapan “tak tau”.
 
Ya, kita faham… anda cuma buat kerja anda, which is jaga kedai.
 
Tapi kalau nak bandingkan antara pelanggan yang baru pertama kali sampai ke destinasi percutian tersebut, dengan anda yang memang hari-hari ada disitu, tak kan tak ada satu pun maklumat yang anda boleh berikan?
 
Jawapan “tak tahu” itu sangat mengecewakan.
 
At least jawab setakat yang anda tahu.
Mustahil anda tak tahu apa-apa.
 
Kemudian, bila dah berbual-bual beberapa minit, jangan lupa untuk jemput pelanggan tersebut untuk datang lagi ke kedai anda. Mungkin boleh kata
“Nanti kalau ada apa-apa nak tanya, datanglah lagi kedai saya… In Shaa Allah kalau saya tahu, saya cuba bantu…” 
 
Pelanggan ini mungkin akan datang semula.
Dia akan datang bersama dengan macam-macam soalan (kalau ada), dan pada masa yang sama dia juga akan beli sesuatu dari kedai anda.
 
Itulah caranya untuk dapatkan kesetiaan pelanggan dikawasan percutian.
Beri layanan yang mesra.
 
(4) Kedai runcit di kawasan kampung Seterusnya mari kita lihat pula bagaimana karekter pelanggan yang bakal kita temui apabila bisnes ini dijalankan di kawasan kampung.
 
Kalau di kawasan kampung, lazimnya situasi biasa yang kita boleh bayangkan adalah seperti
1. Lebih ramai orang yang bekerja sendiri atau bekerja kampung
2. Golongan muda mungkin agak kurang kerana mereka berhijrah ke bandar untuk bekerja
3. Para remaja pula mungkin banyak yang merantau atas tujuan menyambung pelajaran

Jika dikawasan perkampungan tersebut tak banyak peluang pekerjaan, kita boleh andaikan bahawa kuasa beli penduduk disitu tidaklah begitu besar.
 
Mereka lebih cenderung untuk berbelanja sedikit demi sedikit bagi tujuan penjimatan duit.
 
4.1 Keperluan pelanggan Pelanggan yang tinggal dikawasan pedalaman atau dikawasan kampung memerlukan perkhidmatan kedai runcit yang berhampiran dengan tempat mereka tinggal dan pada masa yang sama, kedai tersebut mestilah dapat menyediakan segala barangan keperluan mereka.
 
Barangan keperluan adalah seperti
1. Bahan-bahan untuk memasak
2. Produk pembersihan
3. Produk penjagaan peribadi
4. Makanan
 
4.2 Motivasi pelanggan Dikawasan kampung lazimnya agak sukar untuk mencari kedai runcit yang agak besar dan lengkap. Kalau ada kedai runcit dijalankan, ia biasanya adalah perniagaan yang dijalankan atas tanah sendiri.
 
Melainkan kalau ada pemilik tanah yang menyewakan tanah mereka untuk dijadikan kedai runcit. Dalam keadaan ini barulah ada usahawan dengan modal yang besar akan masuk dan buka kedai runcit yang besar, seperti pasaraya.
 
Tetapi situasi seperti ini mungkin agak jarang berlaku.
 
Kuasa beli dalam kalangan pelanggan yang mengunjungi kedai runcit kampung juga mungkin tak begitu besar. Kuasa beli ini sangat berkait rapat dengan peluang pekerjaan dan aktiviti harian yang boleh menyumbangkan kepada perolehan pendapatan.
 
Pemandangan seperti beberapa produk yang dipaketkan semula dalam paket yang lebih kecil adalah merupakan pemandangan biasa.
 
Pelanggan juga selalunya mengenali pemilik kedai dengan baik, dan pelanggan datang membeli disitu kerana mereka selesa dengan layanan yang diberikan.
 
Kalau kedai runcit di kawasan kampung, memang sangat penting untuk cuba mengenali setiap penduduk disitu, dan terlibat dalam acara masyarakat setempat.
 
Sekiranya ada penduduk setempat yang akan mengadakan majlis kenduri, memberi sumbangan kepada tuan rumah adalah satu langkah yang baik bagi mengambil hati penduduk sekitar.
 
4.3 Persepsi dan sikap pelanggan Untuk pelanggan yang tinggal dikawasan luar bandar, kedai runcit mungkin dianggap sebagai satu tempat yang sangat penting untuk mereka menikmati keseronokkan membeli-belah.
 
Bagi mereka yang tinggal dikawasan bandar, mereka mempunyai pilihan untuk ke shopping mall yang besar untuk window shopping dan juga untuk membeli belah.

Tapi bagi masyarakat yang tinggal di kawasan kampung, pilihan yang paling dekat adalah berbelanja di kedai runcit.
 
Walaubagaimanapun, para pelanggan masih lagi mempunyai pilihan lain selain hanya bergantung kepada kedai runcit kampung. Mereka masih lagi boleh berbelanja secara online dengan membeli barangan keperluan harian melalui platform marketplace, sama ada seperti
1. Lazada
2. Shopee
3. PG Mall
 
Walaubagaimanapun, mereka perlu menunggu untuk barangan tersebut sampai ke tangan mereka. Sebaliknya kalau terus beli di kedai, dia boleh dapat barangan tersebut pada hari itu juga.
 
4.4 Kesetiaan dan kepuasan pelanggan Kesetiaan dan kepuasan pelanggan sangat bergantung kepada faktor seperti
a. Sejauh mana anda mampu mempelbagaikan produk jualan
b. Layanan terhadap pelanggan
c. Dan lain-lain perkara yang saya sudah sebutkan sebelum ini
 
Sekiranya pelanggan boleh dapatkan semua barangan yang diperlukan, itu sudah cukup untuk membuatkan mereka berpuas hati dan menjadi pelanggan setia.
 
Selain perlu memastikan semua produk yang diperlukan boleh diperolehi, harga yang ditawarkan juga mestilah berpatutan. Ini ada kaitan dengan faktor kuasa beli yang agak rendah.
 
Sekiranya penduduk sekitar kurang berkemampuan untuk beli dengan harga biasa, anda mungkin terpaksa paketkan semula produk atau barangan jualan. Sebagai contoh, gula sekilo anda paketkan semula menjadi 500 gram sahaja.
 
Kalau ada pelanggan yang betul-betul susah dan tak mampu, dia masih boleh beli gula walaupun sedikit.
 
Selain gula, barangan lain yang boleh dipaketkan semula adalah seperti beras, sabun pencuci, dan sebagainya.

Kalau barangan seperti beras, ia biasanya dijual dalam paket 5KG ataupun 10KG.
 
Tapi kalau di kedai runcit kawasan kampung, pemilik kedai biasanya tak keberatan untuk buka paket dan jual mengikut berat yang mampu dibayar oleh pelanggan. Sebagai contoh, pelanggan hanya mampu beli beras 1KG sahaja.
 
Mereka ini mungkin menerima bayaran upah mengikut hari bekerja. Jadi mereka tak mampu untuk beli stok dalam kuantiti yang besar.
 
Pelanggan mungkin tak ada pilihan lain, selain berbelanja dikedai runcit tersebut.
Lagipun, bukan semua kedai mampu untuk ikut kemahuan dan kemampuan pelanggan.
 
Penutup Kita telahpun sampai kepada penghujung perbincangan kita mengenai bisnes kedai runcit.
 
Mengetahui profil pelanggan yang bakal mengunjungi kedai runcit anda mengikut lokasi yang berbeza adalah penting kerana beberapa sebab.
 
Pertama, ia akan membantu pemilik atau pengurus kedai untuk buat keputusan bagi menjual barangan yang bagaimana, berdasarkan kepada keperluan pelanggan di lokasi tersebut.
 
Kedua, pengetahuan ini akan dapat membantu pengurus kedai untuk membina kempen pemasaran yang berkesan, untuk mempromosikan perniagaan kedai runcit yang dijalankan.
 
Sebab yang ketiga, adalah supaya pemilik kedai dapat membuat keputusan yang tepat yang boleh memberikan kepuasan dan keseronokkan pada pelanggan yang datang untuk berbelanja di kedai miliknya. Apabila pelanggan puas hati dengan perkhidmatan dan layanan yang diberikan, mereka akan jadi pelanggan setia dan akan selalu berbelanja di kedai anda.
 
Apa pun, semua yang saya sebutkan disini, anda akan pelajari dan lalui sendiri melalui pengalaman.
Sampai satu tahap, anda sudah boleh kenal dan faham, pelanggan ini akan beli barang apa dari kedai anda.
 
Kadang-kadang kita boleh teka, apa yang pelanggan ini akan beli sebaik sahaja kita nampak dia melangkah masuk ke dalam kedai. Memang ada pelanggan yang seperti ini. Setiap kali datang, dia hanya akan beli barang yang sama sahaja.
 
Tetapi kalau anda baru nak mulakan bisnes kedai runcit anda, anggaplah posting ini sebagai salah satu perkongsian tips kejayaan bisnes kedai runcit untuk anda.
 
Anda tak perlu tunggu 3 ke 4 tahun untuk mengetahui dan merasai sendiri pengalaman menguruskan kedai runcit anda sendiri. Setidak-tidaknya anda boleh dapatkan sedikit maklumat melalui pembacaan di blog ini.
 
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan sekiranya anda ada pendapat lain yang ingin dikongsikan, boleh kongsikan dibahagian komen ya.
 
In Shaa Allah kita jumpa lagi dalam posting yang lain, yang berkaitan dengan perniagaan kedai runcit ini.
 
 
The post Jom Kenali Profil Pelanggan Kedai Runcit Mengikut Lokasi appeared first on Blog Sabree Hussin.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sabreehussin.com/profil-pelanggan-kedai-runcit/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tips Menjalankan Bisnes Kedai Runcit Yang Berjaya

Tips Menjalankan Bisnes Kedai Runcit Yang Berjaya

papar berkaitan - pada 19/5/2023 - jumlah : 411 hits
Adakah anda berminat untuk membuka perniagaan kedai runcit anda sendiri Jika jawapan anda adalah ya perkongsian tentang tips menjalankan bisnes kedai runcit ini memang saya tulis untuk anda Bisnes kedai runcit adalah salah satu bisnes yang ...
Lelaki Berbaju Kurung Samun Kedai Runcit

Lelaki Berbaju Kurung Samun Kedai Runcit

papar berkaitan - pada 27/5/2023 - jumlah : 327 hits
FMT ReportersTangkap layar video tular di Twitter menunjukkan suspek lelaki berbaju kurung dan bersenjatakan pisau ketika menyamun sebuah kedai runcit di Padawan Sarawak pada Isnin PETALING JAYA Seorang lelaki berbaju kurung bersenjatakan p...
Loan Kedai Motor Kereta

Loan Kedai Motor Kereta

papar berkaitan - pada 21/5/2023 - jumlah : 221 hits
LOAN KEDAI MOTOR KERETA Memandangkan pada masa kini kos untuk membeli kenderaan sama ada motor atau kereta di Malaysia semakin tinggi semestinya anda akan membuat Untuk membuat loan peribadi seharusnya memerlukan dokumen pendapatan kewangan...
Kenapa Banyak Rangkaian Kedai Makanan Fast Food Suka Bagi Refill Air Secara Percuma

Kenapa Banyak Rangkaian Kedai Makanan Fast Food Suka Bagi Refill Air Secara Percuma

papar berkaitan - pada 21/5/2023 - jumlah : 277 hits
Kenapa banyak rangkaian kedai makanan 8216 fast food 8217 suka bagi refill air secara percuma Hari ini restoran makanan segera ataupun fast food sudah menjadi antara pilihan utama untuk masyarakat daripada pelbagai jenis latar belakang menj...
Warga Emas Dilaporkan Hilang Setelah Keluar Ke Kedai

Warga Emas Dilaporkan Hilang Setelah Keluar Ke Kedai

papar berkaitan - pada 19/5/2023 - jumlah : 248 hits
Lelaki warga emas dilaporkan hilang sejak empat hari lalu selepas keluar dari rumahnya di Kampung Datuk Keramat Kuala Lumpur Mohd Salihudin Lailan 73 yang memakai kemeja berwarna kuning dan berseluar panjang berwarna kelabu dikatakan keluar...
Suami Isteri Tak Sedar Anak Tertinggal Di Kedai Makan Di Raub

Suami Isteri Tak Sedar Anak Tertinggal Di Kedai Makan Di Raub

papar berkaitan - pada 17/5/2023 - jumlah : 173 hits
Kanak kanak lelaki berusia enam tahun itu ditinggalkan tanpa sedar ibu bapanya di Medan Selera Simpang Kallang Raub PETALING JAYA Sepasang suami isteri tertinggal anak lelaki berusia enam tahun yang tertinggal di sebuah medan selera di Simp...
Patutlah Ramai Orang Datang Rupanya Lalat Besar Jadi Pelaris Jualan Kedai Sup Terkenal Yang Ramai Tak Tahu

Patutlah Ramai Orang Datang Rupanya Lalat Besar Jadi Pelaris Jualan Kedai Sup Terkenal Yang Ramai Tak Tahu

papar berkaitan - pada 23/5/2023 - jumlah : 170 hits
Patutlah ramai orang datang rupanya 8216 lalat besar 8217 jadi pelaris jualan kedai sup terkenal yang ramai tak tahu PASTI anda dapat membayangkan nikmat dan kelazatan kuah sup daging yang dihidang panas panas Tapi selera anda mungkin terba...
Tugasan Harian Sebagai Usahawan Kedai Kopi

Tugasan Harian Sebagai Usahawan Kedai Kopi

papar berkaitan - pada 25/5/2023 - jumlah : 383 hits
Sebagai seorang usahawan kedai kopi tugasan harian anda mungkin akan melibatkan beberapa perkara berikut 1 Membuka Kedai Datang ke kedai awal pagi untuk membuka kedai memeriksa stok kopi dan bahan bahan lain yang diperlukan untuk menyediaka...
10 Kedai Boleh Redeem Makanan Percuma Sempena Hari Ulangtahun

10 Kedai Boleh Redeem Makanan Percuma Sempena Hari Ulangtahun

papar berkaitan - pada 31/5/2023 - jumlah : 229 hits
Korang tahu tak waktu birthday korang boleh claim makanan PERCUMA Yes percuma je Ini 9 kedai yang korang boleh pergi untuk claim makanan PERCUMA dan pelbagai promosi menarik sewaktu hari ulangtahun korang waktu birthday Nampaknya sempena ha...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Isteri Czer Tiga Kali Komen Suami Ni Buat Ramai Respect Malu Berdebat Dengan Orang Yang Lahirkan Anak Saya

Nabila Razali Selamat Bersalin Anak Pertama Timang Cahaya Mata Lelaki

Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm