Jom Dapatkan Kanta Lekap Di Barbieeyesland My
Assalamualaikum and hai korang,
So harini Juju nak share dengan korang pasal contact lense atau dalam bahasa melayunya kanta lekap. Kalau korang nak tau, Juju memang tak pernah guna pun kanta lekap ni. So bila dapat peluang untuk mencuba sendiri ni memang bersyukur sangat-sangat
Untuk belian kanta lekap ni, Juju pilih website barbieeyesland.my. Kenapa Juju pilih Barbie Eyesland? Ha kejap lagi Juju cerita.
Jujur Juju bagitau Juju tak tau nak pilih yang mana satu sesuai dengan mata Juju ni. Maklumlah, tak pernah cuba langsung nak pakai kanta lekap ni. Lepas dah belek satu-satu dan akhirnya Juju pilih 3 jenis kanta lekap macam dekat gambar di bawah ni.
Okeh mementang nama Julia, contact lense pun nak amik yang nama Julia jugak. Julia Brown 14.5 mm
Luna Brown 15 mm
Water Grey 14.5 mmCara pembelian dan cara pembayaran dia sangat mudah. Korang boleh daftar masuk dulu. Sahkan email, pilih-pilih kanta lekap yang korang suka, masuk dalam cart dan boleh terus proceed untuk pembayaran.
Untuk pilihan bayaran, korang boleh pilih sama ada nak bayar guna online banking ataupun Paypal. Mudah sangat. Juju baya guna online banking je. Cepat dan senang. Lagipun dia gunakan IPay88. Sama macam Lxxxxa dan Sxxxxe.
Kenapa perlu beli kanta lekap di barbieeyesland.my?
1/ Barbie Eyesland menjamin setiap produk yang dijual 100% authentik dengan servis kualiti yang tinggi dan barang yang original menjadi keutamaan mereka.
2/ Penghantaran ke Singapura juga disediakan. Pelanggan boleh membayar menggunakan akaun Paypal.
3/ Kanta lekap boleh digunakan sehingga 3 bulan dengan had pemakaian 8 jam sehari.
4/ Pengahantaran percuma ke seluruh Malaysia dan RM25.00 untuk Singapura.
5/ Semua barang adalah ready stock.
6/ Harga mampu milik. Hanya dari RM25.00 dah boleh dapat sepasang contact lense idaman kalbu.
7/ Selepas pembayaran diterima, barang anda akan di pos dalam tempoh 24 jam dan ia mengambil masa 1 - 3 hari untuk sampai ke tangan korang.
Pengalaman Juju.
Kalau korang nak tau, Juju dah beli dah kanta lekap dekat Barbie Eyesland ni. Lepas pembayaran lengkap, diorang terus proses. Juju ingat dapat lambat sebab masa Juju beli tu posmen memang tengah sibuk. Maklumlah, sambutan tahun baru Cina ni macam-macam sale ada. Jadi Juju dah pasrah dah kalau barang Juju sampai lepas cuti tahun baru Cina. Tapi alhamdulillah, sebelum cuti barang Juju dah sampai. Yeay.. Boleh melaram mata baru.
Ha jom tengok gambar Juju dengan mata baru, eh dengan kanta lekap baru ni.
Luna Brown 15mm. Tak tau kenapa gambar ni cerah sangat. Mungkin sebab tudung tu cerah kot.Untuk percubaan pertama, Juju cuba pakai kod Luna Brown 15 mm. Dah nama pun first timer, lepas tu pergi cuba lense yang besar. Bertarung jugalah nak masukkan dalam biji mata. Haha. Dan inilah hasilnya. Cantik sangat. Macam nak cari lagi sepasang lense besar ni.
Yang ini pula untuk kod Water Grey 14.5 mm. Lepas dah bersusah payah nak masukkan lense 15mm jadi untuk lense 14.5 mm ni dah jadi kacang je weh. Macam kemaruk pulak.
Water Grey 14mm. Nampak natural kan kan kan... Suka sangat neh.Warna yang ni pun cantik sangat. Nampak natural je dekat mata Juju. Alamak. Dah jatuh cinta sangat-sangat dah ni.
Okeh jom tengok kod yang terakhir, Julia Brown 14.5 mm. Ha, yang ni Juju memang heart sangat-sangat. Ceh, mentang-mentang ada kod sama dengan nama sendiri. Hehe. Yang ni pun Juju suka sangat sebab dia nampak menonjol sikit. Jadi dia boleh membuatkan penampilan kita lain daripada yang lain.
Julia Brown 14mm. Okeh yang ni dah jadi favourite.Dan kalau korang nak tau, setiap barang akan dihantar dalam kotak. Jadi memang takkan pecahlah botol kanta lekap korang tu. Yang bestnya ada free gift dari Barbie Eyesland. Tempat simpan kanta lekap dengan gula-gula. Hehe, sweet sangat.
Hah, tunggu apa lagi? Jom masuk website Barbie Eyesland sekarang jugak. Untuk maklumat lanjut boleh ke:
Official Facebook:https://www.facebook.com/BarbieEyesland/
Website:www.barbieeyesland.my
Email:
[email protected]Contact / WeChat / Whatsapp:+6011333333010
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.kasihjuju.com/2019/02/jom-dapatkan-kanta-lekap-di.html