Jom Daftar Vaksinasi Covid 19 Di Aplikasi Mysejahtera



Jom Daftar Vaksinasi COVID-19 Di Aplikasi MySejahtera | Assalammualaikum semua! Ruby terlupa nak kongsikan dengan anda tentang pengalaman mendaftar untuk Vaksinasi COVID-19. Pada ketika itu, Ruby hanya klik-klik MySejahtera dan dah siap. Ruby fikir, eh mudah betul. Tetapi, mudah bagi Ruby, tidak mudah bagi ibu bapa Ruby. Mereka tidak faham. Perlu ajar bersebelahan mereka. Tapi, sekarang ni mana boleh merentas daerah dan negeri. Ruby pun nak jaga diri dan keluarga agar tidak menjadi penyumbang kepada rantaian wabak pandemik COVID-19. Di negeri Selangor, kes semakin hari semakin naik. Jadi, memandangkan Ruby adalah penulis blog. Ruby seharusnya menulis dan mengajak ramai rakyat Malaysia untuk mendaftar. Kemudian, apabila mendapat tarikh yang ditetapkan. Anda hanya perlu hadir aje. Mudah kan?
Jom Daftar Vaksinasi COVID-19 Di Aplikasi MySejahtera
Aplikasi MySejahtera mungkin semua rakyat Malaysia sudah muat turun. Jika belum muat turun dan mendaftar. Nanti Ruby kongsikan caranya di hujung artikel ya. Vaksinasi COVID-19 boleh di daftar melalui aplikasi MySejahtera, fasiliti kemudahan kesihatan kerajaan, laman sesawang www.vaksincovid.gov.my, talian hotline dan lawatan ke rumah. 5 cara ini amat mengelirukan rakyat dan Ruby cuma mendaftar melalui saluran yang Ruby rasa lebih praktikal memandangkan petugas barisan hadapan sibuk dengan keadaan semasa kes COVID-19. Kalau nak ke premis kesihatan macam meletihkan je. Sebab Ruby tahu pasti hospital sibuk. Kemudian utk hubungi terus ke talian hotline, Ruby rasa macam tiada keperluan. Kalau nak tunggu macam lawatan ke rumah. Petugas barisan hadapan kita dah keletihan. Mungkin pada masa akan datang akan ada perkhidmatan ini


Pada permulaan pelancaran kaedah pendaftaran vaksinasi, memang banyak pilihan. Tetapi kerajaan sedia maklum bahawa rakyat akan keliru. Jadi, banyak penambahbaikan telah berlaku dari masa ke semasa. Alhamdulillah. Gambar di bawah adalah cara terkini untuk anda mendaftar untuk vaksinasi COVID-19. 

Zaman dah canggih kan. Jadi, Ruby daftar melalui dua cara. Aplikasi MySejahtera dan www.vaksincovid.gov.my. Semasa mendaftar, Ruby dan suami saling mengingatkan. Jom kita daftar sekarang. Maka, kami pun daftar dengan jawab soalan yang diajukan. Selepas beberapa hari, viral bahawa maklumat pendaftaran vaksinasi tiada dalam sistem. Kami pun cek, benar sekali! Kami dikategorikan tidak mendaftar. Rileksssssss. 
Kami daftar je lagi sekali. Masa tu tengok ada dua saluran daftar. Dekat aplikasi MySejahtera kami daftar dan di laman web Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) pun kami daftar. Nak pastikan kami selamat dan tidak ketinggalan. Hahaha. 

Di atas adalah gambar infografik untuk anda mula mendaftar vaksinasi di aplikasi MySejahtera. Di bawah pula adalah gambar pendaftaran melaluai laman web JKJAV



Apabila anda sudah mendaftar, bahagian COVID-19 Vaccination di aplikasi MySejahtera akan kemaskini tarikh anda mendaftar. Seperti Ruby, 24 Februari 2021 pendaftaran berjaya. Yayy!! Mesti anda nak tahu pengalaman Ruby mendapatkan vaksinasi COVID-19 kan? Ruby akan kongsikan pada artikel seterusnya. 😍

Mengenai Aplikasi MySejahtera
Apakah aplikasi MySejahtera?
MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri. Pada masa yang sama, ia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan

Aplikasi MySejahtera memberikan kemudahan untuk:
- Membantu Kerajaan dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan seterusnya menangani wabak COVID-19- Membantu individu mengenal pasti tahap kesihatan mereka sepanjang penularan wabak COVID-19- Membantu individu mendapatkan bantuan kesihatan dan tindakan yang perlu diambil jika dijangkiti COVID-19- Membantu individu mengenal pasti hospital dan klinik terdekat untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan COVID-19

Siapakah peneraju aplikasi MySejahtera?
Aplikasi MySejahtera dibangunkan melalui kerjasama strategik antara Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)

Siapakah pengguna aplikasi MySejahtera?
Terdapat dua kategori pengguna aplikasi iaitu:
1. Rakyat Malaysia dan warga asing yang menetap di Malaysia2. Pentadbir aplikasi di KKM
Apakah undang-undang yang berkaitan dengan pelaksanaan aplikasi MySejahtera?
Aplikasi MySejahtera dibangunkan untuk menyokong pelaksanaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342].
Mengemukakan maklumat palsu adalah suatu kesalahan di bawah Seksyen 22 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342] dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588].
Bagaimana maklumat yang saya kemukakan melalui aplikasi ini dapat membantu Kerajaan menangani penularan wabak COVID-19 di Malaysia?
Pada dasarnya, maklumat yang dikemukakan akan digunakan untuk membantu KKM merancang dan melaksanakan tindakan yang sewajarnya. Oleh itu, sila bersikap jujur semasa menghantar maklumat anda bagi membantu KKM memutuskan rantaian jangkitan COVID-19


Adakah saya perlu membayar untuk muat turun aplikasi MySejahtera?
Aplikasi MySejahtera adalah PERCUMA

Bagaimanakah proses pendaftaran sebagai pengguna aplikasi ini?
Untuk mendaftar, ikuti langkah-langkah berikut:
Langkah 1: Muat turun dan pasang aplikasi MySejahtera daripada Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia (GAMMA), Apple AppStore, Google Play Store atau Huawei AppGallery
Langkah 2: Tekan butang "Daftar Di Sini" untuk mendaftar pengguna baharu
Langkah 3: Masukkan nombor telefon bimbit dan klik "Daftar" atau klik pautan "Saya ingin menggunakan e-mel untuk mendaftar" (jika ingin mendaftar menggunakan e-mel)
Langkah 4: Anda akan menerima OTP melalui SMS daripada 63839 (jika mendaftar menggunakan nombor telefon) atau pautan pengesahan pendaftaran melalui e-mel (jika mendaftar menggunakan e-mel)
Langkah 5: Masukkan OTP yang diterima dan tekan "Hantar" (jika mendaftar menggunakan nombor telefon) atau klik pada pautan dalam emel (jika mendaftar menggunakan e-mel)
Langkah 6: Masukkan butiran pendaftaran seperti arahan di skrin dan tekan butang "Sahkan"
Langkah 7: Anda akan mendapat mesej "Pendaftaran Berjaya". Klik pada link "Tutup" di bahagian bawah skrin untuk kembali ke laman Log Masuk
Langkah 8: Masukkan ID Pengguna (nombor telefon atau e-mel) dan kata laluan anda dan klik "Log Masuk"
Tahniah! Anda berjaya mendaftar sebagai pengguna

Bolehkah saya mendaftarkan ahli keluarga atau individu lain yang tinggal bersama saya?
Anda BOLEH mendaftarkan maklumat berhubung ahli keluarga atau individu lain yang tidak mempunyai nombor telefon atau akses kepada telefon pintar melalui fungsi "Urus Tanggungan" di dalam aplikasi ini. Aplikasi ini akan turut membantu anda memantau tahap kesihatan mereka

Apakah jenis klasifikasi tahap kesihatan yang dinyatakan dalam aplikasi MySejahtera?
Setelah melengkapkan penilaian kesihatan kendiri, status kesihatan anda akan diklasifikasikan sebagai salah satu klasifikasi berikut:
1. Low Risk: Individu yang mempunyai risiko rendah terhadap jangkitan COVID-19
2 Casual Contact Individu yang berkemungkinan terdedah kepada individu lain yang dijangkiti COVID-19

3. Close Contact: Individu yang telah dikenal pasti terdedah kepada individu lain yang dijangkiti COVID-19. Ini termasuk:
- Pekerja kesihatan yang terdedah kepada COVID-19 (termasuk memberi rawatan secara langsung kepada pesakit COVID-19 tanpa menggunakan PPE, bekerja dengan pekerja kesihatan yang terjangkit dengan COVID-19, menziarahi pesakit atau tinggal bersama pesakit COVID-19)
- Bekerja bersama-sama atau berada dalam bilik yang sama dengan pesakit COVID-19Mengembara bersama pesakit COVID-19Tinggal di rumah bersama-sama pesakit COVID-19
4. Person Under Surveillance (PUS): Individu yang mempunyai risiko mendapat jangkitan COVID-19. Contoh: individu yang mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dalam tempoh 14 hari

5. Kes Suspek: Individu yang mempunyai risiko mendapat jangkitan COVID-19, seperti individu yang mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara atau yang pernah menghadiri perhimpunan ramai (mass gathering) dalam tempoh 14 hari sebelum kemunculan simptom

6. Confirmed Case: Individu yang telah diuji positif COVID-19

Bagaimanakah saya boleh mendapatkan bantuan teknikal sekiranya menghadapi masalah semasa menggunakan aplikasi MySejahtera?
Anda boleh mendapatkan bantuan melalui fungsi "MySejahtera Helpdesk" dalam aplikasi MySejahtera

Adakah maklumat peribadi saya yang dimasukkan dalam aplikasi ini selamat?
Aplikasi ini dimiliki oleh Kerajaan Malaysia dan diuruskan oleh KKM sebagai pentadbir aplikasi dengan dibantu oleh MKN dan MAMPU. Kerajaan memberi jaminan bahawa maklumat peribadi anda akan digunakan bagi tujuan pemantauan dan pencegahan wabak COVID-19 sahaja. Maklumat peribadi anda tidak akan dikongsi atau diberikan kepada mana-mana pihak yang lain

Sekiranya saya dikenal pasti sebagai pesakit COVID-19, adakah identiti saya akan dilindungi?
Semua maklumat pesakit COVID-19 adalah terpelihara di bawah kerahsiaan maklumat rekod perubatan

Sumber: https://mysejahtera.malaysia.gov.my/FAQ/
Jika ada sebarang persoalan boleh rujuk JKJAV di www.vaksincovid.gov.my/soalan-lazim/

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ruby.my/2021/05/jom-daftar-vaksinasi-covid-19-di-aplikasi-mysejahtera.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Daftar Vaksinasi Di Mysejahtera Untuk Ibu Menyusukan Anak

Daftar Vaksinasi Di Mysejahtera Untuk Ibu Menyusukan Anak

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 271 hits
Daftar Vaksinasi 2021 Alhamdulillah Fiza dah pun berjaya mendaftar untuk mendapatkan vaksinasi pada 27 Mei 2021 Tapi masa tu sistem MySejahtera takde lagi assessment untuk ibu hamil dan menyusukan anak Walaubagaimana pun sejak semalam lagi ...
Apa Itu Vaksin Cara Daftar Vaksin Covid 19

Apa Itu Vaksin Cara Daftar Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 27/5/2021 - jumlah : 364 hits
Salam semua Saya kongsikan video berikut oleh Dr Wan Syaidatul Aqma Wan Mohd Noor pensyarah Mikrobiologi UKM tentang perkara berikut 1 Apa itu vaksin2 Cara vaksin berfungsi dan bekerja 3 Kesan sampingan selepas ambil vaksin4 Herd Imunity Im...
Cara Kemas Kini Status Mengandung Dan Menyusukan Bayi Di Aplikasi Mysejahtera

Cara Kemas Kini Status Mengandung Dan Menyusukan Bayi Di Aplikasi Mysejahtera

papar berkaitan - pada 5/6/2021 - jumlah : 417 hits
Cara Kemas Kini Status Mengandung dan Menyusukan Bayi di Aplikasi MySejahtera ini merupakan panduan untuk wanita hamil dan para ibu yang masih menyusui bayi mereka Seperti mana yang semua sedia maklum bahawa aplikasi MySejahtera merupakan s...
Chile Mula Vaksinasi Covid 19 Untuk Penduduk Bawah 30 Tahun

Chile Mula Vaksinasi Covid 19 Untuk Penduduk Bawah 30 Tahun

papar berkaitan - pada 27/5/2021 - jumlah : 285 hits
Chile mula vaksinasi Covid 19 untuk penduduk bawah 30 tahun Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan pada 26 May 2021 11 30PM
Terpengaruh Berita Palsu Tak Semak Mysejahtera Antara Punca Tidak Hadir Vaksinasi

Terpengaruh Berita Palsu Tak Semak Mysejahtera Antara Punca Tidak Hadir Vaksinasi

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 213 hits
Di Pahang Raub merupakan daerah paling tinggi mencatatkan jumlah ketidakhadiran vaksinasi iaitu 45 Program vaksinasi kebangsaan dimulakan sejak Februari lalu Tidak menyemak aplikasi MySejahtera dan terpengaruh dengan berita tidak benar berk...
Jom Daftar Luno Crypto Exchange Trusted Digital Asset Exchanges

Jom Daftar Luno Crypto Exchange Trusted Digital Asset Exchanges

papar berkaitan - pada 19/5/2021 - jumlah : 335 hits
Jom daftar LUNO crypto exchange trusted Digital Asset Exchanges Tak guna duit pun untuk daftar e wallet LUNO IMPORTANT RIDE WAVES AND BUY DIPS DONT PANIC SELL Anda dijemput 1 Daftar dengan pautan jemputan saya2 Deposit dan beli MYR 250 dala...
Kejar Target Vaksinasi Covid 19 Untuk Lansia Dinkes Tangerang Door To Door

Kejar Target Vaksinasi Covid 19 Untuk Lansia Dinkes Tangerang Door To Door

papar berkaitan - pada 25/5/2021 - jumlah : 208 hits
Dinas Kesehatan Kota Tangerang melakukan percepatan layanan vaksinasi Covid 19 bagi masyarakat lanjut usia dengan menghadirkan layanan door to door Pada layanan ini petugas kesehatan melalui 38 Puskesmas yang ada melakukan jemput bola ke pa...
Kemnaker Adakan Kembali Vaksinasi Covid 19 Bagi Seribu Pekerja Dan Buruh

Kemnaker Adakan Kembali Vaksinasi Covid 19 Bagi Seribu Pekerja Dan Buruh

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 180 hits
Masih dalam rangkaian peringatan Hari Buruh Internasional atau May Day tahun 2021 Kementerian Ketenagakerjaan bekerja sama dengan Kementerian Kesehatan kembali mengadakan program vaksinasi Covid 19 bagi pekerja buruh di Gedung Serbaguna Kem...
Menteri Nadiem Targetkan Vaksinasi Covid 19 Tenaga Kependidikan Selesai Agustus 2021

Menteri Nadiem Targetkan Vaksinasi Covid 19 Tenaga Kependidikan Selesai Agustus 2021

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 229 hits
Dengan angka yang baru mencapai 28 persen Nadiem mengaku mengalami keterlambatan dalam proses vaksinasi kepada mereka
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization