Jom Cuba Macarons Di Mccafe Mcdonald S
Jom Cuba Macarons di McCafe McDonald's | Berita baik untuk semua penggemar desserts!! Including me! Kini, McDonalds ada menu desserts baru di McCafe iaitu Macarons! Gee tahu, desserts ni ada follower yang tersendiri. Tapi sebut desserts macam terlalu umum juga. Sebabnya seorang individu tak mungkin akan suka ke semua jenis desserts disebabkan setiap daripada desserts ini mempunyai tahap kemanisan yang berbeza, perasa yang berbeza serta tekstur yang berbeza
Gee ni penggemar kek coklat, dan segala cookies atau biskut perasa coklat. Tapi perasa coklat itu sendiri ada banyak jenis rasa bergantung pada sukatan gula melebihi koko atau kandungan koko yang mewah. Perasa koko pula ada yang jenis manis, pahit atau rasa berlemak. Haaa banyaknya details kan?hahahah
Gee pernah merasa macarons suatu ketika dahulu. Beberapa tahun lepas ketika macarons ni agak viral. Masa tu tekak tak dapat terima sebab tahap kemanisan dia tak sesuai dengan Gee. Yes! Gee sukakan dessert tapi tak suka yang terlalu manis. So masa tu terus banned macarons sebab tak leh terima kemanisan dia. Haha
Bila dapat tahu McCafe McDonald's ada menu baru Macarons, Gee pun saja lah nak cuba sebab tengok warna dia mengancam sungguh!! Siap rasa semua perisa pulak tu!
So bila dah merasa boleh lah Gee kongsikan apa menariknya Macarons McCafe McDonald's ini. Sedap ke tak? Kena baca sampai habis okey
Macarons McCafe McDonald's
1. Terdapat 6 Perisa Macarons
Nampak colourful kan? Tapi bukan setakat warna je tau berbeza. Rasa Macarons pun berbeza setiap satu. So bolehlah beli mengikut perasa yang korang suka. Kalau first time nak merasa, better ambil setiap perisa satu so nanti baru boleh tahu perasa apa yang mengena dengan taste korang. Macarons McCafe ni ada 6 perisa iaitu Caramel Biscuit, Pistachio, Vanilla, Rasberry, Lemon dan Chocolate.
2. Tahap Manis Seimbang Dengan Setiap Perisa
Rasa kemanisan Macarons McCafe bukan diibaratkan seperti meratah gula. Haha! Kalau yang perisa coklat, terasa juga pahit coklat tu. So bagi Gee, balanced. Bagus juga sebab kalau manis sangat memang ramai kurang gemar nanti.
3. Suka Rasa Rangup, Cair di Mulut dan Chewy
Macarons ni bukan biskut dan bukan juga kek. Kulit dia rasa rangup kemudian tekstur dalam bukan seperti biskut tapi bila korang makan terasa sedikit chewy. Makan satu, kemudian ambil lagi satu, sampai berebut juga dengan anak - anak. Tak sangka diaorang pun suka. Hehe
4. Kotak Cantik Untuk Hadiahkan Pada Sidia
Dah menjadi kebiasaan kalau berkasih - sayang ni, pasangan akan bagi kek, coklat atau cookies yang dibalut cantik. Bila tengok kotak Macarons ini terus terbayangkan idea untuk berikan hadiah. Sangat menarik! Tinggal hanya korang ikat dengan riben untuk nampak lebih istimewa
5. Boleh Beli Satu Atau Lebih Jimat Dengan Belian 3 Macarons
Jangan beli satu nanti rugi sebab sedap!! Sebiji Macarons berharga RM 3.95 sahaja. Tapi kalau korang beli 3 biji Macarons ni, ia cuma berharga RM 10 sahaja. So jimat banyak tu kan? Takpe, sorang pun boleh habiskah 3 ketul Macarons tu! Tak perasan pun masa mana ngap nanti. Hehe
Bole Cuba Macarons di McCafe Sekarang!
Sementara Macarons ada promosi 3 biji RM 10 ni, baik korang cepat serbu McCafe McDonalds berhampiran sekarang. Nak drive tru pun boleh. Tapi Gee lebih suka dine in sebab boleh makan burger favourite dan kentang yang panas baru digoreng. Hehe. Kalau coffee McCafe Gee suka Hot Coffee Latte Almond.
I vote for Chocolate Macarons!! Sedap yummeh sangat yang coklat dia. So next time nak repeat tapi nak yang coklat je. Haha! Korang dah cuba tak? Korang suka flavour apa?
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.sisgee.com/2018/12/jom-cuba-macarons-di-mccafe-mcdonalds.html